Anda di halaman 1dari 3

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI WISMA TANI, BLOK PODIUM, LOT 4G1, PRESINT 4 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62630 PUTRAJAYA , MALAYSIA
BE
RT A M

BE R

SEK

U TU

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

B A H M U TU

Telefon : 03 8870 2000 Faks : 03 8888 4457, 03 8888 6051 (KP) E-mail : pro@dvs.gov.my

KENYATAAN MEDIA
Oleh;

Y.B. TUAN CHUA TEE YONG Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
25 Julai 2011 (Isnin)

PENJELASAN TERHADAP PERSEPSI YANG SALAH MENGENAI INDUSTRI BURUNG WALIT


1. Industri perladangan burung walit semakin mendapat perhatian di negara ini berikutan nilai sarang burungnya yang bernilai tinggi di pasaran. Kerajaan turut memberi galakan untuk memajukan industri ini melalui pemberian geran perladangan burung walit kepada golongan miskin tegar, kemudahan pinjaman daripada institusi-institusi kewangan seperti Agrobank, SME Bank dan TEKUN. Kemudahan pinjaman ini turut meliputi bantuan bagi aktiviti pemprosesan sarang burung walit. Terdapat beberapa isu melibatkan industri ini yang sering berbangkit sejak akhir-akhir ini yang memerlukan penjelasan lanjut antaranya adalah ketidaktulenan sarang burung walit (EBN), jarak zon penampan premis burung walit, pengeksportan hasil dan hasilan EBN dan juga pendaftaran premis perladangan burung walit dan premis pemprosesan sarang burung walit.

2. Kebanyakan EBN asli adalah berwarna putih. Sebahagian EBN juga boleh didapati dalam warna hitam (black nest), kuning (yellow nest), merah (red nest) dan lain-lain. Sarang burung walit merah asli (red nest) kerap kali disalah anggap sebagai blood nest (adulterated) yang didakwa lebih berkhasiat berbanding sarang burung putih. Walau bagaimanapun, persepsi tersebut adalah tidak benar. Ini adalah kerana warna merah pada blood nest terhasil daripada tindak balas gas ammonia pada guano atau tahi burung walit dengan kandungan mineral dalam sarang burung. Terdapat juga ketidaktulenan (adulteration) EBN yang lain, yang mana ia dicampur dengan fungus atau rumpai laut merah dalam sarang burung. Adulteration sarang burung walit ini memang banyak dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar
KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

25 Julai 2011
1

oleh pengeluar yang tidak bertanggungjawab bagi mengelirukan dan menipu pengguna.

3. Terdapat juga maklumat atau fakta yang kurang tepat oleh pihak media barubaru ini mengenai jarak zon penampan antara premis walit dan kawasan perumahan. Sebenarnya jarak zon penampan antara premis walit dan kawasan perumahan yang dicadangkan adalah minimum 50 meter dan bukanlah 100 meter seperti yang pernah dilaporkan pihak media sebelum ini. Ketetapan ini telah dinyatakan dalam buku Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walit atau 1GP. Penetapan zon penampan 50 meter ini telah dikaji kesesuaiannya meliputi aspek kacau ganggu bunyi, bau dan tahap kebersihan premis.

4. Semua pengeksportan hasil dan hasilan EBN perlu mendapatkan permit eksport dan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Eksport EBN yang kurang daripada atau sehingga 1 kg untuk tujuan cenderahati adalah dikecualikan daripada permit eksport tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i) (ii) Jumlah berat bersih (net weight) sehingga 1000 gram/orang sahaja; dan EBN-mentah siap bersih (raw-clean EBN) dan/atau EBN produk tambah nilai (further processing EBN); dan (iii) (iv) Dalam bentuk bungkusan; dan Mempunyai logo Veterinary Health Mark (VHM) pada setiap bahan bungkusan.

5. Semua pengeksportan hasil dan hasilan EBN dalam bentuk EBN-mentah belum bersih (raw-unclean EBN), EBN-mentah siap bersih (raw-clean EBN) dan produk tambah nilai EBN (further processing EBN) yang melebihi 1 kg perlu mendapat permit eksport dan SKV dari DVS. Sekiranya pengeksport/individu didapati tidak mematuhi syarat-syarat bagi kedua-dua perkara tersebut, maka EBN tersebut akan dirampas oleh pihak MAQIS.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar


KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

25 Julai 2011
2

6. Para pengusaha diwajibkan untuk mendaftar premis perladangan burung walit dan premis pemprosesan sarang burung walit mereka dengan DVS. Untuk tujuan ini, borang pendaftaran premis boleh dicapai melalui laman sesawang Jabatan, www.dvs.gov.my. Selain itu, pihak penjual atau traders yang terlibat dalam perdagangan produk berasaskan sarang burung walit juga perlu mendaftar dengan pihak DVS. Sehingga kini terdapat 6 buah loji pemprosesan sarang burung walit untuk tujuan pasaran domestik dan eksport yang telah mendapat pensijilan Veterinary Health Mark (VHM) dari DVS.

7. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan industri burung walit sebagai salah satu sumber ekonomi negara yang bernilai tinggi. Kerjasama semua pihak yang terlibat dalam pembangunan industri ini penting bagi memastikan Malaysia menjadi negara pengeluar sarang burung yang terbaik dan termaju di dunia.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar


KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

25 Julai 2011
3

Anda mungkin juga menyukai