Anda di halaman 1dari 5

Kisah Pemburu dan Ibu Rusa

Pada zaman dahulu ada seorang pesuruh raja. Pesuruh raja ini sangat suka memburu. Dia mempunyai seekor kuda. Dia selalu menunggang kuda ini semasa memburu. Pada suatu hari pemburu itu pergi ke sebuah hutan. Dia melihat ke kanan dan ke kiri. Dia sedang mencari binatang untuk di buru. Tiba-tiba dia ternampak seekor anak rusa. "Comel sungguh anak rusa itu," kata pemburu. "Tentu anak-anakku suka padanya." Perlahan-lahan dia menghampiri anak rusa itu. Denagn pantas dia menangkap anak rusa itu untuk di bawa pulang. Anak rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tetapi pempburu itu memegangnya dengan kuat. Dia mengikat anak rusa itu di belakang kudanya. Setelah itu dia terus menungggang kudanya untuk pulang. Ibu rusa mencari anaknya kesana dan kemari. Ia sangat sedih kerana anaknya telah hilang. Tiba-tiba ia ternampak anaknya di belakang kuda si pemburu. Ia pun mengejar pemburu itu tanpa rasa takut. Ibu rusa menghampiri pemburu itu. Ia merenung anaknya dengan sedih. Ibu rusa inginkan anaknya kembali. Anak rusa menangis terisak-isak diatas belakang kuda tanpa dapat bergerak kerana keempat-empat kakinya telah di ikat. Pemburu sangat sedih melihat ibu rusa dan anaknya. Akhirnya Si pemburu melepaskan ikatan pada anak rusa. Anak rusa melompat dan terus berlari mendapatkan ibunya. Ibuny rusa menjilat anaknya dengan penuh kasih sayang. Ibu dan anak rusa sangat gembira kerana dapat bersama kembali.

SI KATAK DAN AHLI SIHIR

Tersebutlah sebuah kisah boleh dijadikan tauladan. Ada seekor katak ingin belajar ilmu sihir dengan Tok Beruk yang terkenal kehandalannya. Kalau kau ingin belajar ilmu sihir, kau mesti taat akan perintahku, jangan sekali-kali kau sentuh dan baca buku nota ku ini, mengerti, kata Tok Beruk. Baik tok, jawab si Katak. Pada suatu pagi, kerana tergesa-gesa ke pekan, tok Beruk terlupa membawa buku notanya. Akibat tidak sabar, Si Katak pun mengambil kesempatan membuka dan membaca buku tersebut. Ia sudah lupa akan pesanan tok Beruk. Lalu ia mencuba kesaktian buku nota itu. Hei, bendera Malaysia, bangun dan menyanyilah ! Tiba-tiba bendera itu bangun dan menyanyi. Tanggal 31 Bulan 8 57 Merdeka-merdeka
Lagu Merdeka

Luar biasa ! ? jerit Si Katak keseronokan.Kemudian Si Katak menyuruh pengasah pensil Tok Beruk menari. Hei kau, menarilah. Lalu menari-narilah pengasah pensil itu. Sedang Si Katak asyik leka dengan keajaiban buku nota itu, tiba-tiba bertempik satu suara Zam Zam Ala Kazam !. Bendera dan pengasah pensil itu kaku semula seperti asalnya. Rupanya Tok Beruk telah kembali. Tok Beruk sangat marah terhadap si Katak, melihat buku notanya telah dibaca oleh muridnya itu. Hei ! Katak pergilah kau dari sini kerana engkar perintah ku. jerit tok Beruk. Si Katak amat malu dan menyesal. Dia tidak berpeluang mempelajari ilmu sihir. Ingatlah kawan-kawan ! jangan pilih cara yang salah untuk mencapai cita-cita dan pesanan guru sentiasa ditaati untuk menjadi orang yang berjaya. Itu sahaja cerita saya Kisah Si Katak dan ahli sihir Moga ia mengajar kita Sebelum bertindak perlu berfikir
2 rangkap pantun dan 2 rangkap syair

Sekian, terima kasih

Tajuk : ALI PENIAGA CELIK YANG PINTAR


Dengan lafaz Bismillah dimulakan cerita Kisah Ali si kecil yang pintar
Baca sebagai pantun 2 kerat

Walaupun masih kecil Ali rajin orangnya. Semua kerja diurus sendiri. Pada suatu pagi Ali ke pekan mencari kerja. Puas dirayu dan diminta tiada seorang pun melayannya. Kau masih kecil apa yang kau boleh buat ! herdik orang dewasa. Setelah keletihan Ali berehat di bawah pokok. Tiba-tiba terdengar suara, Adik jangan putus asa Rezeki ada di mana-mana Cuma perlukan usaha Pasti nanti kan berjaya
Jadikan senikata lagu

Rupanya seekor burung sedang menyanyi sambil memberi makan anak-anaknya dengan buahbuahan dari hutan. Betul juga, buat apa aku bergantung pada orang. Kan pesan Nabi sembilan persepuluh rezeki itu dari berniaga. bisik Ali. Ali pun pergi ke hutan dan mengutip buah-buahan untuk dijual. Buah-buah ! belilah buah ! enak rasa, murah harganya ! Buah-buah .!. Jualan Ali itu mendapat sambutan yang baik. Lama-kelamaan buah-buahan di hutan kehabisan. Ali amat susah hati. Lalu dia mencari burung yang pandai menyanyi itu, mudahan-mudahan diberi idea baru. Setelah lama menunggu, burung tidak kelihatan. Yang ada hanya tunas-tunas pokok yang tumbuh subur dari sisa buah yang telah dimakan burung. Sekali lagi burung ini mengajar aku sesuatu. bisik Ali. Biji-biji buah hutan itu pun ditanam di halaman rumah. Dalam tempoh beberapa bulan pokok-pokok itu telah mengeluarkan buah. Dengan usaha itu, Ali mendapat bekalan buah-buahan yang berterusan dan dia menjadi peniaga terkenal dan berjaya. Sekian sahaja cerita saya Semoga menjadi pedoman kita Hidup susah hanya sementara Kalau kita rajin berusaha
Jadikan 2 rakap pantun 2 rakap syair

Sekian Terima kasih.

BADANG JAGUH BINA BADAN


Badang seorang atlit bina badan terkenal di Taiping. Pada suatu hari semasa sesi latihan Badang mengalami kecederaan mengakibatkan dia tidak dibenarkan menyertai pertandingan Universe. Badang menjadi marah dan .. Eehhh. geram sungguh aku, sia-sia saja aku berlatih, cedera sedikit dah digugurkan keluh Badang amat kecewa. Tak apa biar aku jumpa Ali Baba, mudah-mudahan dia boleh menolong. Badang pun berbasikallah ke rumah Ali Baba secepat kilat hingga mampu memotong kereta dan lori di jalan raya. .zummmmm. Wahai Ali Baba, ante kena tolong ana, dah lama ana mengidamkan gelaran Universe ! kata Badang. Sabar-sabar, baiklah biar ana tolong jampikan. jawab Ali Baba. Sebut dalam loghat Arab Ali Baba memulakan jampi dengan memukul drum dan menyanyi : Main Layang-layang Setinggi kapal terbang Badang jangan meradang Peluang masih terbentang Jadikan sebagai senikata lagu Sambil memukul drum, beberapa peralatan tertentu di dalam rumah Ali Baba seperti buku, papan tulis, huruf A, B. C, papan dat, gelang hula hup dan jam tiba-tiba turut sama-sama menyanyi dan menari. Oh ! hebat sungguh ilmu Ali Baba. bisik Badang di dalam hati. Baiklah Badang ante pilih salah-satu objek yang terapung di atas kolam itu dan bawa ke sini. arah Ali Baba kepada Badang. Sebut dalam loghat Arab Antara sampan, papan luncur dan bola yang terapung-apung akhirnya Badang memilih bola. Ali Baba pun menggunakan bola itu untuk mengurut bahagian badan Badang yang cedera sambil menjampi,Wahai bola ku pinjamkan kuas. aPulihkan semula badan yang tercedera Semuga Si Badang cergas semula. Layak bertanding gelaran dicita Dengan izin Allah, Badang pun pulih.Dipendekkan cerita, Badang dibenarkan bertanding dan berjaya dinobatkan sebagai Universe. Dengan rasa bangga, Badang pun mencapai microphone lalu berkata :
Tiang bola keranjang, papan gelunsor Permainan catur kegemaran saya Pantang Badang untuk berundur Berkat tabah pasti berjaya. Jadikan pantun Sekian saja cerita seloka Badang yang gagah menjadi idola

MIMPI RAJA MENGENAI MALAYSIA


Tersebutlah kisah seorang raja pada suatu malam mengalami mimpi aneh. Baginda terus bertitah, Wahai Tok Nujum, beta telah bermimpi, berdiri keseorangan di atas sebidang tanah yang amat luas. Nun di atas langit terpancar lima butir bintang bercahaya indah. Bolehkah kamu mentafsir mimpi beta ini ? Ampun tuanku, izinkan patik meniliknya. sembah Tok Nujum.Wahai dewa tanah, Dewa langit, Dewa laut.., Tunjukkan kepada ku petanda mimpi itu. Waw bum..bum bum, Ampun tuanku, menurut firasat patik mimpi tuanku ini menjelaskan apa yang akan berlaku kepada kerajaan tuanku pada masa hadapan, tuanku.Kerajaan ini akan bertambah kuat. Banyak kerajaan lain akan menaung di bawah pemerintahan tuanku dan membentuk sebuah negara yang makmur, tuanku.Lima butir bintang itu pula menjelaskan lima orang pemimpin yang akan memerintah kerajaan ini selepas tuanku. Dan mereka adalah .. Rahman memerdekakan negara Abdul Razak membangunkannya Hussein menyatukan bangsa Mahathir penuh wawasannya Abdullah memertabatkan agama Mereka adalah pemimpin ternama

Jadikan sebagai skrip lagu

Ohohoh

Oh ! begitu rupanya maksud mimpi beta ini. Titah baginda dengan perasaan yang amat gembira kerana kerajaan baginda akan bertambah kukuh dan mewariskannya kepada pemimpin-pemimpin yang berwibawa.

Secebis kisah sebuah negara Kegemilangan dicapai bukan dongengan Itulah Malaysia negara ku tercinta

Anda mungkin juga menyukai