Anda di halaman 1dari 3

Bab 10 : Pengurusan Sumber

Kepentingan Pengurusan Sumber Pengurusan sumber merupakan satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan 1. Mengelakkan Kepupusan Penerokaan hutan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan kepelbagaian biologi di ancam kepupusan Contoh haiwan :- badak sumatera, harimau malaya dan orang utan Penerokaan sumber mineral mengakibatkan deposit sumber kehabisan Contoh bijih timah, arang batu, bauksit dan perak 2. Menjamin Bekalan Sumber Berterusan Bertujuan untuk mengekalkan kemajuan ekonomi dan sosial secara berterusan melalui penerokaan sumber berkonsepkan pembangunan lestari Membolehkan sumber digunakan untuk jangka masa yang lebih lama Menjamin pembangunan ekonomi negara akan berterusan dan mengekalkan taraf hidup yang dinikmati oleh rakyat. 3. Keseimbangan Ekosistem Mengekalkan keseimbangan ekosistem penting untuk menjamin kualiti alam sekitar dan kesejahteraan hidup manusia.

Langkah-langkah Pengurusan Sumber Di Malaysia 1. Pemeliharaan dan Pemuliharaan a) Pengunaan Sumber Alternatif Menekankan kepada pengeluaran hasil hutan yang bukan berasaskan kayu balak. Contohnya rotan, buluh, kayu getah Mengunakan sumber alternatif yang boleh diperbaharui Contohnya sumber tenaga suria, biomas dan kuasa hidroelektrik b) Program Kitar Semula Konsep 3R ( Reduce, Reuse and Recycle) Mengurangkan penerokaan sumber baru kerana sumber yang ada dapat di gunakan semula. c) Penghutanan Semula Kawasan hutan yang ditebang akan ditanam semula dengan pokok yang bermutu tinggi dan cepat matang. Contoh akasia, yemane, batai d) Ladang Hutan Menjamin bekalan kayu dan mengeluarkan kayukayan yang bermutu tinggi. Pokok-pokok seperti akasia, yemane dan batai di tanam secara ladang e) Rawatan Sivilkultur. Memastikan pokok-pokok yang ditanam cepat matang Pokok-pokok berharga diberi perhatian serta bantuan untuk subur

f) Penebangan Terpilih Menjalankan pemantauan bagi memastikan pokok-pokok yang ditebang adalah benar-benar matang ( berdiameter melebihi 45cm) 2. Penguatkuasaan Undang-undang a) Akta Kualiti Alam Sekitar Memulakan pemeriksaan dan pemantauan tentang masalah tumpahan minyak di sekitar kawasan pelantar minyak Memastikan penerokaan bijih timah menyediakan kawasan takungan khas b) Akta Perhutanan Menguatkuuasakan akta Perhutanan Negara ( Pindaan 1993) dan Akta Perlindungan Hidupan Liar. Mengawal aktiviti pembalakan dengan mengeluarkan permit pembalakan secara terhad c) Mewartakan Hutan Simpan Kekal dan Taman Negara Mengelakkan kepupusan flora dan fauna d) Pemuliharaan Bekas Lombong Mewartakan Enakmaen Mineral Negeri yang menggariskan bahawa penerokaan sumber dilakukan secara teratur, efisien dan mesra alam Memastikan langkah-langkah pemuliharaan dilakukan selepas penerokaan.

Pelbagai kegunaan bekas lombong bijih timah Kegunaan Contoh Kawasan Kawasan penanaman sayurDi sekitar Ipoh, Perak sayuran dan buah-buahan seperti limau dan jambu Kawasan penternakan ikan air Puchong, Selangor tawar ( akuakultur) Tapak perindustrian Tasek dan Jelapang di Perak Tapak perumahan Ampang di Kuala Lumpur, Selayang di Selangor, Lembah Kinta di Perak Kawasan rekreasi Sunway Lagoon di Selangor dan Taman Tasik Taiping di Perak 3. Pendidikan Alam Sekitar a) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) - menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi sumber perhutanan b) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN) - Melindungi taman-taman negara dan hidupan liar serta memberikan pendidikan pemeliharaan kepada orang awam. c) Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung Alam Malaysia (WWF Malaysia) - mengambil inisiatif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

Pengurusan Air Di Jepun 1. Pengurusan Sungai membina empangan dan tetambak bagi tujuan pembersihan air, pengawalan banjir dan penjanaan kuasa elektrik kekurangan air diatasi dengan mengalirkan air dari sungai yang mempunyai isi padu yang tinggi ke sungai yang kekurangan air kerajaan Jepun melaksanakan projek pelebaran dan pendalaman dasar sungai untuk mengawal banjir Pembinaan floodway ( laluan banjir ) mengalirkan air terus ke laut 2. Pengurusan Tasik Membina sistem pembentangan yang baik di tasik di kawasan berpenduduk padat Pembersihan tasik-tasik dam kawalan pembiakan rumpai dilakukan Dasar tasik di korek bagi mengurangkan pemendapan 3. Kawalan Undang-undang i. Undang-undang Kawalan Kualiti Air dan Undang-undang Kawalan Buangan Industri 1958 - meningkatkan tahap keselamatan bekalan air - memperbaiki kualiti alam sekitar ii. Undang-undang Asas Bagi Kawalan Pencemaran Alam Sekitar 1993 - menetapkan piawai kualiti air di sungai, tasik, kawasan takungan air, dan perairan pantai

Anda mungkin juga menyukai