Anda di halaman 1dari 4

Pengurusan Sumber

BAHAGIAN A

KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER

1. Senaraikan kepentingan pengurusan sumber dalam rajah di bawah.


Mengelakkan kepupusan

KEPENTINGAN
Menjamin bekalan sumber
PENGURUSAN SUMBER
berterusan

Keseimbangan ekosistem

ms 114

2. Nyatakan DUA sumber yang diancam kepupusan jika tidak diurus dengan baik.
i. Sumber hutan iaitu tumbuhan dan hidupan liar
ii. Sumber mineral
ms 114

3. Apakah konsep pembangunan yang diamalkan oleh negara Malaysia bertujuan untuk
mengekalkan kamajuan ekonomi dan sosial secara berterusan melalui penerokaan
sumber?

Pembangunan Lestari
ms 114

4. Kenapa kita perlu mengekalkan keseimbangan ekosistem?


i.
Menjamin kauliti alam sekitar
ii.
Menjamin kesejahteraan hidup manusia
ms 115

BAHAGIAN B

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN SUMBER DI MALAYSIA

1. Nyatakan TIGA aspek penting di dalam pengurusan sumber di Malaysia.

i. Pemeliharaan dan pemuliharaan

1
ii. Penguatkuasaan undang-undang
iii. Pendidikan alam sekitar
ms 115-119

2. Lengkapkan jadual di bawah untuk menjelaskan langkah-langkah pengurusan sumber


dari aspek pemeliharaan dan pemuliharaan.
Langkah-langkah
pemeliharaan dan Penerangan
pemuliharaan.
Penggunaan sumber - Menggantikan penggunaan sumber hutan dengan
alternatif sumber lain.
- Menggantikan penggunaan sumber mineral dan
tenaga fosil dengan sumber tenaga alternatif
Program kitar semula - Konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle)
- Mengitar semula bahan buangan menjdi barang lain.
- Dapat mengurangkan penerokaan sumber baru.

Penghutanan semula - Kawasan hutan yang telah ditebang akan ditanam


semula dengan spesies pokok yang bemutu tinggi dan
cepat matang seperti pokok akasia, yamane dan batai

Ladang hutan - Bertujuan untuk menjamin bekalan kayu mencukupi


dan mengeluarkan kayu bermutu tinggi
- Ditebang mengikut giliran selepas 30 atau 50 tahun

Rawatan silvikultur - Memberi rawatan kepada pokok bagi memastikannya


cepat matang.
- Pokok berharga sahaja diberi perhatian

Penebangan terpilih - Membuat pemantauan bagi memastikan pokok yang


matang sahaja ditebang.
- Hanya pokok yang berukur lilit melebihi 45 cm sahaja
dibenarkan untuk ditebang.
ms 115-117

3 Lengkapkan jadual di bawah untuk menjelaskan langkah-langkah pengurusan sumber


dari aspek penguatkuasaan undang-undang.
Langkah perundangan Penerangan
Akta Kualiti Alam Sekitar
- Membuat pemeriksaan dan pemantauan di kawasan
perairan bagi mengatasi masalah tumpahan minyak.
- Memastikan peneroka sumber mineral (bijih timah)
menyediakan kolam takungan.

2
Akta Perhutanan - Mengatasi masalah pembalakan haram.
- Megeluarkan permit pembalakan secara terhad

Mewartakan Hutan Simpan - Melarang sebarang bentuk penerokaan di kawasan ini


Kekal dan Taman Negara untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna

Pemuliharaan bekas - Menggariskan bahawa penerokaan sumber mestilah


lombong dilakukan dengan teratur, efisien, dan mesra alam.
- Memastikan langkah-langkah pemuliharaan dilakukan
selepas penerokaan.
ms 117-118

4 Lengkapkan jadual di bawah untuk menjelaskan langkah-langkah pengurusan sumber


dari aspek pendidikan alam sekitar.
Pihak yang terlibat Peranan yang dijalankan
Kerajaan - Menubuhkan FRIM untuk menjalankan peneylidikan dan
pembangunan bagi sumber perhutanan
- Menubuhkan PERHILITAN bagi tujuan melindungi taman-
taman negara dan hidupan liar serta memberi pendidikan
pemeliharaan hutan kepada orang awam

Badan sukarela - MNS dan WWF menjalankan kempen dan program bagi
memberi kesedaran kepada orang ramai teatang pentingnya
pemeliharaan dan pemuliharaan hutan
ms 119

BAHAGIAN C

PENGURUSAN SUMBER AIR DI JEPUN.

1. Nyatakan TIGA langkah pengurusan sungai yang dilaksanakan oleh Jepun.


i.
Pembinaan empangan dan tetambak untuk tujuan pembersihan air, pengawalan
banjir, dan penjanaan hidroelektrik
ii.
Menyalurkan air dari sungai yang mempunyai isi padu air yang tinggi ke sungai
yang mengalami kekurangan air.
iii.
Pelebaran dan pendalaman sungai untuk mengawal banjir

ms 120

2. Nyatakan TIGA langkah pengurusan tasik yang dilaksanakan oleh Jepun.


i. Pembinaan sistem pembentungan yang yang baik
ii. Mendalamkan dasar tasik bagi mengurangkan pemendapan

3
iii. Melaksanakan pembersihan tasik dan kawalan pembiakan rumpai
ms 120

3. Nyatakan TIGA undang-undang yang diwartakan oleh Jepun dalam pengurusan air.
i. Undang-undang kawalan kualiti Air dan Undang-undang Kawalan Buangan
industri 1958 diwartakan untuk mengawal keselamatan dan kualiti bekalan air.
ii. Undang-undang asas bagi kawalan pencemaran alam sekitar 1993 diwarta untuk
menetapkan piawai kualiti air di sungai, tasik, kawasan takungan air dan
perairan pantai
iii. Undang-undang sungai 1964 diwartakan untuk memberi penekanan kepada
pembangunan sumber air dan empangan
ms 121

Anda mungkin juga menyukai