Anda di halaman 1dari 6

Pengertian Ilmu usul al-fiqh

1.1 Sebelum kita masuk dengan lebih jauh tentang Ilmu usul al-fiqh ini , maka adalah lebih baik kita mengetahui dahulu apakah dia yang di maksudkan dengan al-fiqh itu.Ini kerana kita tidak akan dapat memahami dan mengetahui dengan pemahaman yang sempurna tentang ilmu usul al-fiqh jika kita tidak mengetahui (walaupun secara asas / basic ) apakah dia fiqh itu dahulu.

Maka secara ringkasnya , al-fiqh ( sebagaimana firman Allah swt :

) itu dari sudut bahasa ialah : Mengetahui dan memahami ,


Langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk Yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun. [1]

1.2 Manakala dari sudut Istilah syara , al-fiqh bermaksud : Ilmu mengenai hukum-hukum syara yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf.[2] Ia juga boleh diertikan sebagai , himpunan hukum-hukum syara yang berkaitan dengan amalan kehidupan mukallaf yang diambil dari dalil-dalilnya yang tafsili ( terperinci ).[3]

1.3 Pengertian Usul (

) pula adalah kata jama dari perkataan aslu ( ) yang mana dari segi bahasa

membawa maksud : Tempat atau asas binaan sesuatu perkara ; sesuatu yang dibina di atasnya , seperti akar pokok yang mana pokok tumbuh atau terbina melalui (atas) akarnya.Maka akar pokok itu disebut sebagai Aslu (

4[.) ]

Dalil bagi makna di atas ialah firman Allah swt :


Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). [5]

Dan juga firman-Nya :


Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) Yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya Yang asal, maka Yang demikian adalah Dengan izin Allah (kerana ia hendak memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin), dan kerana ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang Yang fasik. [6]

1.4 Terdapat berbagai-bagai pengertian usul al-fiqh dari sudut syara yang dikemukakan oleh para ulama.[7] Rumusan dan kesimpulan daripada pendapat-pendapat ulama terhadap pengertian usul al-fiqh tersebut ialah :

Ilmu yang membahaskan segala kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan / mengistinbatkan hukumhakam syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf (amali) daripada dalil-dalilnya yang tafsili. [8]

1.5 Maka berdasarkan kepada pengertian di atas , ilmu usul al-fiqh boleh dianggap sebagai akar yang mana melalui akar tersebut akan terbina dan terbentuklah ilmu fiqh yang menjadi penentu kepada hukum hakam syariyyah terhadap sesuatu perbuatan mukallaf samada ianya wajib , sunat , harus , makruh atau pun haram.

Melalui ilmu usul al-fiqh juga , penetapan hukum hakam syariyyah terhadap perbuatan mukallaf dapat dibuat dengan cara melakukan perbahasan dan penelitian terhadap dalil-dalilnya yang qatie atau zanni melalui teori dan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama usul.

1.6 Secara dasarnya Ilmu Fiqh amat berkait rapat dengan ilmu Usul al-fiqh.Tidak mungkin seseorang individu itu akan dapat memahami intipati kandungan ilmu fiqh tanpa disertai dengan kefahaman yang jelas dalam ilmu usul al-fiqh.Ini kerana segala hukum hakam fiqh tidak dapat diputuskan kecuali dengan melalui satu proses perbahasan dan pembinaan hukum menurut teori atau kaedah Usul al-fiqh.

Maka dengan ini , rasanya tidak keterlaluan jika penulis mengatakan bahawa peng istinbatan sebarang hukum tanpa melalui proses pengeluaran dan pembinaan hukum seperti yang ditentukan oleh ulama usul , adalah tidak sah serta didorong dan didasari oleh hawa nafsu semata-mata.

Bersambung pada siri 2.

[1] Surah al-Isra : 44

[2] Al-Mustasfa min Ilmi al-usul , Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali , 1997 , Muassasah alRisalah ,jilid 1 , ms 35 , tahqiq As-Syaikh Dr. Muhammad Sulaiman Al-Asyqar.

[3] Ilmu usul al-fiqh , As-Syaikh Dr. Abd Wahab Khallaf , 2003 , Dar al-Hadis , ms. 11.

[4] Abhas haula usul al-fiqh al-Islami , As-Syaikh Dr. Mustafa Said al-Khin , 2000 , Dar al-Kalim al-Tayyib , ms.65

[5] Surah Ibrahim : 24 , 25

[6] Surah al-Hasyr : 5

[7] Dalam hal ini penulis tidak mahu membentangkan kesemua pengertian tersebut sebagaimana yang direkodkan oleh para ulama.Ini adalah kerana penulis tidak mahu menimbulkan kerumitan dan kesukaran terhadap para pembaca untuk memahami pengertian usul al-fiqh dengan sempurna.

[8] Ilmu usul al-fiqh , As-Syaikh Dr. Abd Wahab Khallaf , 2003 , Dar al-Hadis , ms. 12.

KULIAH USUL AL-FIQH ( siri 2 ) 19 May

Skop / bidang perbahasan ilmu usul al-fiqh

2.1 Jika diteliti secara umumnya , bidang atau skop perbahasan dalam ilmu usul al-fiqh ialah mengenai kaedahkaedah yang digunakan oleh ulama untuk mengeluarkan sesuatu hukum daripada sesuatu sumber hukum , samada sumber hukum yang disepakati atau dari sumber hukum yang tidak disepakati.Ianya juga membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan Ijtihad , syarat-syarat dan kriteria serta ciri-ciri mujtahid.Begitu juga dengan al-Taarud dan al-Tarjih serta al-Dilalat atau al-Dalalat , iaitu perbahasan khusus tentang cara-cara menentukan madlul dan hukum dari Al-Quran serta Hadith dan kategorinya.

2.2 Bidang-bidang yang menjadi perbahasan dalam ilmu usul al-fiqh seperti di atas adalah merupakan perkara asas yang wajib diketahui oleh setiap individu yang ingin mempelajari Ilmu Usul al-fiqh.Ini disebabkan supaya ianya selari dengan kehendak dan matlamat ilmu usul al-fiqh itu sendiri dan tidak tersasar daripada perbahasan yang sepatutnya.Perlu diingat , bidang perbahasan ilmu usul al-fiqh adalah berbeza dengan bidang perbahasan ilmu al-Fiqh.

2.3 Sebagai contoh , untuk membezakan skop atau bidang perbahasan antara ilmu al-fiqh dengan ilmu usul alfiqh adalah seperti berikut :

Dalam ilmu al-fiqh , kita diberitahu bahawa hukum menunaikan sembahyang adalah wajib.Begitu juga dengan hukum bagi yang meninggalkan sembahyang.Kita juga mengetahui apakah hukum puasa ramadhan , mengeluarkan zakat , menunaikan haji dan banyak lagi perkara-perkara syariat yang disuruh untuk kita samada melakukannya atau pun meninggalkannya.Pendek kata , apa sahaja perbuatan yang kita lakukan dimuka bumi ini hanya akan dikategorikan kepada 2 pembahagian yang paling utama iaitu , boleh atau tidak boleh , Halal atau haram. Maka , menjadi tugas dan tanggungjawab para sarjana dan fuqaha Islam lah untuk mencari dan membahas serta meletakkan hukum pada setiap perbuatan mukallaf tersebut.

Ini berbeza dengan bidang tugas Ulama usul.Sebagai contoh , Al-Quran adalah merupakan sumber perundangan Islam yang paling Agong dan menjadi keutamaan dalam penetapan hukum.Nas-nas perundangan yang terdapat dalam al-Quran tidak hanya berkisar pada satu atau dua perkara sahaja.Bahkan padanya terdapat nas-nas yang bersifat perintah , bersifat larangan , umum atau yang bersifat mutlak.Maka al-Usuli (ulama Usul) akan membahaskan setiap nas dan dalil tersebut menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu dengan berpandukan kepada penyelidikan terhadap uslub bahasa arab dan penggunaannya dalam syariat.Misalnya , dalam al-Quran terdapat nas-nas yang bersifat perintah ( perintah (

.) Maka berdasarkan pengkajian

atau penyelidikan terhadap uslub bahasa Arab , para ulama usul dapat menetapkan bahawa , ayat yang bersifat

) tersebut , menunjukkan kepada hukum wajib dalam melaksanakan perintah tersebut.Begitu juga dengan nas atau ayat al-Quran yang bersifat larangan ( ) yang mana menurut uslub bahasa Arab
ianya menunjukkan kepada hukum haram dalam melakukan larangan tersebut dan begitulah seterusnya. 2.4 Maka kesimpulannya , dapatlah kita fahami , bahawa para fuqaha tugasnya adalah untuk membahaskan serta memperincikan hukum pada setiap amalan perbuatan bagi mukallaf berdasarkan kepada dalil-dalil yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah saw.Manakala tugas dan peranan para ulama usul (al-Usuli) pula ialah melakukan perbahasan dan kajian terhadap dalil-dalil syarak dari sudut penggunaannya yang menjadi sandaran para fuqaha.

al-FUQAHA ( ulama Fiqh ) : Skop perbahasannya ialah pada hukum amalan perbuatan mukallaf

al-USULI ( ulama Usul ) : Skop perbahasannya ialah pada dalil dan nas-nas syara yang menjadi sandaran fuqaha.

2.5 Berdasarkan kepada penerangan di atas , maka kesemua skop perbahasan dalam ilmu Usul al-Fiqh sebagaimana yang dilakukan oleh ulama usul adalah seperti berikut : Dalil-dalil syarak yang umum: merangkumi dalil-dalil yang disepakati dan dalil-dalil yang tidak disepakati.

Dilalah atau dalalat (

:)Perbahasan khusus tentang cara-cara dalam menentukan petunjuk hukum (madlul) :) perbahasan tantang percanggahan antara dalil-dalil syarak serta jalan

yang merangkumi kaedah-kaedah istinbat hukum dari nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Taarudh dan Tarjih ( penyelesaiannya. Ijtihad dan Mujtahid: merangkumi persoalan taqlid dan muqallid, syarat-syarat serta kriterianya Hukum-hukum syarak yang umum: merangkumi hukum-hukum taklifi dan hukum wadie.

Kesemua skop atau bidang perbahasan tersebut , insya Allah akan dibahaskan satu persatu mengikut perbahasan yang telah dibuat oleh para Ulama Usul.

Tujuan atau maksud

Sebagaimana yang kita semua maklumi , bahawa tidak ada satu perkara pun dalam dunia ini yang wujud atau dicipta oleh Allah swt tanpa sebarang tujuan dan maksud di atas penciptaan tersebut.Ini juga termasuklah apa yang dilakukan oleh para ulama usul dalam membuat pengkajian dan penelitian terhadap segala kaedah yang terdapat dalam ilmu Usul al-Fiqh.Mereka (al-Usuli) tidak akan melakukan suatu perkara secara sia-sia dan tanpa tujuan.Malah , secara umumnya segala apa yang dilakukan oleh mereka adalah untuk memberikan kemudahan dalam mengintinbatkan hukum fiqh yang dipraktikkan (amali) oleh umat Islam.

2.6 Sebelum kita melihat apakah dia maksud dan tujuan ilmu usul al-fiqh , kita lihat dulu maksud dan tujuan ilmu al-fiqh itu dahulu.

Ilmu al-fiqh : Maksud dan tujuan ilmu al-fiqh ialah perlaksanaan hukum hakam syariyyah ke atas amal perbuatan dan pertuturan mukallaf.Maka dengan itu , ilmu al-fiqh adalah tempat rujukan para al-Qadhi dalam sebarang perkara yang berkaitan dengan al-Qadho.Begitu juga ianya menjadi rujukan para Mufti dalam fatwanya dan juga menjadi rujukan setiap mukkallaf dalam mengetahui hukum hakam syarak yang berkaitan dengan amal perbuatan dan pertuturannya. [1]

Inilah dia maksud dan tujuan ilmu al-fiqh , malah ianya juga menjadi matlamat dan tujuan semua undangundang yang ada dalam dunia ini.Ini kerana secara dasarnya , matlamat dan tujuan undang-undang adalah untuk dilaksanakan (

) segala apa yang terkandung dalam undang-undang tersebut kepada kehidupan

manusia serta setiap individu juga akan mengetahui apakah dia bentuk perbuatan yang dibolehkan dan yang diharamkan (dilarang).

Adapun maksud dan tujuan ilmu usul al-fiqh pula ialah :

Perlaksanaan segala bentuk kaedah dan pandangan ilmu usul al-fiqh ke atas dalil-dalil yang tafsili dengan menghubungkannya kepada hukum-hakam syar iyyah yang ditunjukkan oleh dalil-dalil tersebut.Melalui ilmu usul al-fiqh ini , pemahaman terhadap nas-nas syarak dapat dilakukan serta mampu mengetahui apakah hukum yang terkandung dalam nas tersebut dan dapat menyingkap segala bentuk perkara yang tersirat daripadanya.

Selain daripada itu , tujuan dan maksud ilmu usul al-fiqh ini juga ialah dapat mengistinbatkan hukum samada dengan kaedah Qiyas , atau Istihsan atau Istishab dan sebagainya terhadap perkara-perkara yang tidak terdapat nas atau dalil dalam menerangkan hukumnya.

Begitu juga dengan kaedah-kaedah dan perbahasan ilmu usul al-fiqh ini ,kita dapat mengetahui setiap pengistinbatan hukum oleh para ulama mujtahid yang berbeza-beza mengikut kaedah pemahaman mereka dengan melakukan perbandingan terhadap perbezaan hukum tersebut dalam satu masalah.(satu masalah , hukum yang berbeza).Ini kerana kita tidak boleh memahami dan mengetahui sesuatu hukum serta perbezaanperbezaan pendapat terhadap hukum tersebut melainkan dengan jalan melihat dan meneliti dalil hukum tersebut serta membahaskan bentuk pengambilan dan pengeluaran hukum daripada dalil tersebut.Maka , inilah yang dikatakan maksud dan tujuan ilmu usul al-fiqh yang juga menjadi tunggak kepada al-fiqh al-Muqaran. [2]

2.7 Berdasarkan kepada perbahasan di atas , maka bolehlah disimpulkan bahawa , maksud dan tujuan ilmu alfiqh adalah untuk kemanfaatan dan kemudahan setiap mukallaf dalam mengetahui setiap hukum hakam amal perbuatan mereka , manakala maksud dan tujuan ilmu usul al-fiqh pula adalah untuk kemanfaatan dan kemudahan para ulama , fuqaha dan para mujtahid dalam membuat sebarang penentuan dan penetapan hukum terhadap sesuatu masalah.

WA

Bersambung di siri yang akan datang ( siri 3 )..

[1] Ilmu usul al-Fiqh , As-Syaikh Dr. Abd Wahab khallaf , 2003 , Dar al-Hadis , al-Kaherah , ms.14

[2] Kulliah Ilmu Usul al-Fiqh , As-Syaikh Muhamad Ali al-Qumashi , Usul al-Fiqh Al-Islami , As-Syaikh Dr. Muhammad Sinan Saiful Jalal , Pensyarah Kulliah Syariah wa al-Qanun , Universiti Sanaa , Republik Yaman.

Anda mungkin juga menyukai