Anda di halaman 1dari 3

SOLAT Pengertian Solat adalah ibadat kepada Allah yang dikerjakan dengan penyertaan anggota badan, lidah dan

hati menurut aturan khusus pada waktu-waktu yang ditetapkan. Secara khususnya solat bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan memberi salam.

Allah s.w.t berfirman, Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman. Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam. Manakala solat Jumaat pula difardhukan kepada umat muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu:

Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur

Syarat-syarat Wajib Solat Terdapat empat syarat wajib solat. Pertama, solat diwajibkan ke atas seluruh umat Islam Orang yang telah mengucap dua kalimah syahadat iaitu mengakui Keesaan ALLAH yang mencipta alam. Maka wajiblah orang ini sujud kepada Pencipta alam ini. Solat tidak diwajibkan ke atas orang kafir.

Kedua, baligh, tidak wajib ke atas kanak-kanak. Baligh secara bahasa bererti 'sampai' manakala akil datang dari kalimah 'akal'.Jadi gabungan akil + baligh memberi maksud "akal sudah sampai" atau "kesampaian akal".Pada tahap ini,seorang individu itu

sudah dikira sampai atau mampu berfikir dari segi spiritual,mental dan fizikal. Maka di wajibkan ke atasnya mengerjakan solat. Tanda-tanda baligh adalah 3 iaitu kedatangan haid bagi wanita, mimpi bagi lelaki dan jika sudah mencapai umur 15 tahun hijrah. Anak yang belum baligh dan di bawah 15 tahun tidak wajib sembahyang.

Syarat wajib solat yang ketiga ialah berakal. Ertinya akalnya sihat dan waras dalam mengurus kehidupan sehariannya. Solat tidak wajib solat bagi orang yang tidak berakal. Contoh hilang akal ialah seperti mabuk, gila, pitam dan pengsan. Tidur tidak termasuk dalam kategori hilang akal. Jika masuk waktu solat itu dia hilang akal, maka tidak wajib solat baginya hinggalah dia sembuh. Jika dia sembuh dalam waktu, maka wajib baginya untuk mengerjakan solat fardhu tersebut. Jika tidak sembuh sehingga luput waktu, maka tidak wajib baginya solat untuk waktu tersebut dan solat itu juga tidak wajib diqadha.

Namun demikian, wajib atau tidak qadha tadi, bergantung pada keadaan berikut:

1. Tidak wajib qadha, jika hilang akal itu berlaku dengan sendirinya, tanpa diusahakan atau disengajakan seperti sakit atau gangguan sihir. 2. Wajib qadha jika hilang akal itu berlaku kerana diusahakan atau disengajakan oleh empunya diri seperti minum arak atau makan ubat yang diketahui kesannya sampingannya.

Seseorang yang bila masuk waktu tidak terus sembahyang tetapi menangguhkannya pada pertengahan atau akhir waktu, kemudian tiba-tiba berlaku hilang akal yang tidak disengajakan sebelum sempat dia menunaikan solat, maka hukum wajib solat pada waktu tersebut masih berlaku atasnya. Ini kerana dia dikira mempunyai cukup waktu untuk membolehkan dia bersembahyang pada waktu tersebut. Maka, dia wajib qadha solat untuk waktu tersebut apabila dia telah sembuh nanti.

Syarat yang keempat pula ialah suci daripada haid dan nifas. Wanita yang sedang haid dan nifas tidak wajib sembahyang malahan berdosa jika mereka menunaikan sembahyang. Mereka juga tidak perlu mengqadakkan sembahyangnya apabila telah bersuci kelak. Bagi mereka yang sentiasa berhadas kerana penyakit, kewajipan sembahyang tidak gugur dan wajib mendirikan sembahyang dengan cara dhaif thaharah.

Syarat Sah Solat Terdapat lima syarat sah solat. Pertama, yakin masuk waktu solat.

Anda mungkin juga menyukai