Anda di halaman 1dari 9

BAB III: PEMANDUAN BERHEMAH

i.

1) KONSEP PEMANDUAN BERHEMAT


Definisi konsep pemanduan berhemat: (a) Pemanduan yang dapat mengelakkan dan menyelamatkan dari berlaku kemalangan. Meliputi: pengetahuan tentang peraturan lalulintas kemahiran yang tinggi dalam aspek pemanduan sikap yang betul ketika memandu (b) Duanne R. Johnson: Pemandu SENTIASA bersedia menghadapi keadaan halangan yang disebabkan oleh pemandu lain atau keadaan jalan raya melalui teknik 'Identify, Predict, Decide, Act' IPDA Langkah mencegah berlakunya kemalangan: 'Identify, Predict, Decide, Act' IPDA Merancang perjalanan (a) masa perjalanan (b) keadaan mental & fizikal (c) keadaan kenderaan 'pre-driving check' (d) tempat berhenti rehat (e) barang keperluan untuk perjalanan Pemanduan sempurna: Pemandu sempurna tidak akan terlibat dalam melakukan perkara-perkara berikut: (a) kemalangan (b) kesalahan lalulintas (c) penyalahgunaan kenderaan (d) kelewatan jadual perjalanan (e) kehilangan sifat kesopanan

ii. iii.

iv.

2) KEDUDUKAN-KEDUDUKAN YANG MENYEBABKAN PERLANGGARAN ANTARA DUA BUAH KENDERAAN


i.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

Pelanggaran dengan kenderaan di hadapan Gagal/tidak menggunakan peraturan jarak mengekori dengan betul (mengekori terlalu rapat) Gagal melihat ke hadapan (isyarat kenderaan di hadapan dsb) Pelanggaran dengan kenderaan di belakang Tidak melihat cermin pandang belakang (harus dilihat setiap 5 saat). Tidak mengamalkan peraturan jarak jika kenderaan di belakang mengekori terlalu hampir (peraturan jarak yang selamat diamalkan ialah Peraturan Empat Saat). Gagal memberi isyarat lampu dalam tempoh masa yang mencukupi (harus diberi dalam masa sekurang-kurangnya 3 saat sebelum mengubah haluan). Pelanggaran ketika memotong Tidak bijak membuat keputusan (seperti 'perlukah memotong?') Gagal mangamalkan peraturan memotong (gagal melihat sekurang-kurangnya dalam jarak 100 meter/12 saat ke hadapan) Gagal memeriksa kawasan 'blind spot' Pelanggaran ketika dipotong Gagal mematuhi peraturan/disiplin menggunakan lorong (pemandu tidak ikut kiri jalan) Tidak melihat cermin pandang belakang (ia juga cuba memotong) Tidak bekerjasama (melajukan kenderaan apabila ada kenderaan lain cuba memotong) Pelanggaran dari sebelah tepi/di persimpangan jalan Tidak merancang perjalanan (pemandu kurang pasti arah haluannya). Gagal memberi isyarat. Tidak menggunakan peraturan di persimpangan jalan 'intersection rules'. Pelanggaran dengan kenderaan dengan kenderaan dari arah hadapan Gagal melihat sekurang-kurangnya dalam jarak 100 meter/12 saat ke hadapan Tidak faham 'peraturan mengelak dari arah hadapan'. Tidak bekerjasama (tidak mahu mengalah dengan bergerak ke kiri semula).

3) KEADAAN YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN


i.

ii.

iii. iv. v.

Pemandu Memandu dalam keadaan yang letih; fikiran dan emosi yang tertekan. Memandu selepas minum minuman keras atau di bawah pengaruh dadah. Tidak bijak menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca atau jalan yang berubah. Tidak menggunakan peraturan 2 saat apabila mengekori kenderaan. Memotong di kawasan larangan. Jarang kerling cermin pandang belakang. Tidak patuh kepada tanda/isyarat jalan raya. Jalan Jalan rosak akibat daripada hujan, panas, minyak yang tumpah dsb (kelajuan memandu mesti mengikut keadaan jalan; memandu laju di permukaan jalan raya yang berair menyebabkan kawalan stereng, tayar dan brek tidak dapat berfungsi dengan sempurna 'hydroplanning'). Kenderaan Kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik. Cuaca Hujan lebat & kabus tebal boleh menyebabkan pandangan menjadi kurang jelas; jalan menjadi licin. Cahaya Cahaya berlebihan atau tidak mencukupi. Mata akan kembali pulih seperti biasa dari silauan dalam masa 7 saat dan jika pemandu memandu dengan kelajuan 70 km/j

vi.

jarak kereta tersebut bergerak ialah sejauh 140 meter. Oleh itu, sesuaikan kadar kelajuan apabila menghadapi keadaan tersebut. Lalulintas Kemalangan biasanya berlaku pada waktu yang sibuk seperti waktu pagi (7am 8am), waktu tengahari (12pm 1pm) dan waktu petang (4pm 5pm). Faktor seperti kawasan berhampiran pusat beli-belah, kawasan kilang, kawasan sekolah, dsb juga memungkinkan kemalangan berlaku.

4)

HALANGAN
Merupakan elemen-elemen yang dikenalpasti boleh mendatangkan risiko atau kemudaratan kepada pemandu. i. Bentuk halangan (a) Halangan berbentuk fizikal (persimpangan, bulatan, selekoh, bukit tinggi, lintasan pejalan kaki, kerja-kerja di tepi jalan, dsb) (b) Halangan yang bergerak di jalan raya (pejalan kaki, kenderaan sedang bergerak, binatang, dsb) (c) Halangan berbentuk semulajadi (angin kencang, panas terik, permukaan jalan licin, dsb) ii. Pelan tindakan halangan 'The hazards action plan': 'Identify, Predict, Decide, Act' IPDA iii. Sistem kawalan kenderaan (a) Cermin: Pandang cermin pandang belakang dan tepi untuk memastikan kenderaan lain, mungkin ada kereta mengekori terlalu hampir di belakang. (b) Isyarat: Tunjukkan perhatian lebih awal dan perhatikan reaksi pengguna jalan raya lain. (c) Brek: Mula membrek mengikut keperluan keadaan. Elakkan membrek dengan tiba-tiba/mengejut. (d) Gear: Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. (e) Kelajuan: Melajukan/memperlahankan kenderaan bergantung kepada jenis bahaya.

5) PERATURAN
i.

ii.

iii.

iv.

Peraturan jarak (a) Penggunaan peraturan 2 saat apabila mengekori kenderaan di hadapan dalam keadaan biasa/terkawal. (b) Penggunaan peraturan 4 saat jarak selamat mengekori kenderaan pada mana-mana kelajuan apabila berada dalam keadaankeadaan berikut : (i) Kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat. (ii) Kenderaan di hadapan mengekori rapat dengan kenderaan di hadapannya. (iii) Semasa menarik 'towing'. (iv) Keadaan cuaca yang buruk, jalan yang licin atau berpasir. (c) Penggunaan peraturan 12 saat membolehkan pemandu memerhati lalu lintas dari mana-mana arah di dalam masa sesuai untuk menyesuaikan kelajuan dan kedudukan kenderaan; jarak selamat yang diperlukan untuk memotong. (d) Bagaimana peraturan-peraturan itu digunakan: (i) Kelajuan kenderaan yang dipandu adalah lebih kurang sama dengan kelajuan kenderaan yang diekori. (ii) Satu tanda yang tidak bergerak di tepi jalan perlu dikenalpasti untik dijadikan panduan seperti tiang lampu/telefon, pokok, dsb. (iii) Tidak perlu melihat 'speedometer' untuk menentukan kelajuan. Peraturan memotong (a) Diperlukan dalam keadaan-keadaan berikut: (i) Apabila kenderaan di hadapan bergerak terlalu perlahan. (ii) Apabila kenderaan di hadapan menukar haluan. (iii) Apabila mengekori kenderaan di hadapan yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan. (b) 10 peraturan semasa memotong: (i) Berada di belakang mengekori dalam jarak yang selamat dengan mengamalkan peraturan 2 saat. (ii) Periksa di hadapan sentiasa mengamalkan peraturan 12 saat pada setiap masa dengan membuat pandangan jauh ke hadapan. Setiap kali memotong, sukarang-kurangnya 10 saat diperlukan untuk melepasi kenderaan yang dipotong. (iii) Periksa di belakang pastikan tiada kenderaan lain yang cuba memotong pada waktu yang sama. Lihat cermin pandang belakang, cermin tepi, toleh sedikit ke belakang. (iv) Memberi isyarat ke kanan isyarat diberi sekurang-kurangnya untuk 3 saat, pada masa yang sama peraturan 12 saat terus diamalkan. (v) Bergerak ke kanan pastikan ruang cukup & jarak selamat sebelum bergerak. (vi) Melajukan kenderaan patuhi had laju. (vii) Komunikasi sebaik sahaja kenderaan melintas kawasan 'blindspot', pemandu dinasihatkan supaya membunyikan hon/memberi isyarat dengan menggunakan lampu lintas 'passing light' sebagai tanda komunikasi sedang memotong. (viii) Memberi isyarat ke kiri isyarat diberi sekurang-kurangnya untuk 3 saat, pada masa yang sama menggunakan jangkaan jarak yang selamat sebelum bergerak ke kiri. (ix) Bergerak ke kiri pastikan ruang cukup untuk berada di hadapan kenderaan yang dipotong. Kenderaan boleh bergerek ke kiri sebaik sahaja pemandu dapat melihat hadapan kenderaan yang dipotong melalui cermin pandang belakang. (x) Menyambung kelajuan tentukan berada di lorong yang betul dengan mengambil kira peraturan 2 saat bagi kenderaan di belakang dan peraturan 12 saat untuk pandangan ke hadapan. Peraturan mengelakkan kemalangan daripada hadapan (a) Melihat jalan di hadapan dengan mengamalkan peraturan 12 saat, pemandu bukan sahaja melihat di sekeliling dan di sepanjang jalan di hadapan, tetapi dalam masa yang sama juga dapat mengenal pasti pergerakan dan kedudukan kenderan yang datang daripada arah hadapan. (b) Bertindak dengan bergerak ke kiri (c) Mengurangkan kelajuan pemandu juga dinasihatkan supaya membunyikan hon/menyalakan lampu sebagai amaran. (d) Memandu keluar daripada jalan raya Peraturan di persimpangan (a) Tahu arah pemandu dilarang menukar haluan secara tiba-tiba apabila sudah sampai di simpang jalan kerana amalan ini akan mengganggu aliran lalulintas. (b) Perlahankan kenderaan di persimpangan perlahankan kenderaan walaupun mempunyai 'right of way'.

(c) (d)

Memperlihatkan hasrat melalui kedudukan dan isyarat pastikan berada di lorong betul dan isyarat lampu kenderaan di samping mengikut petunjuk arah panah dll. Bergerak dengan berhati-hati

6) OLAH GERAK
i. ii. iii. iv. v. vi. Pergerakan ke dalam: Masuk mengikut aliran lalulintas (pemandu dari bahu jalan masuk ke jalan raya, dari jalan susur masuk ke dalam, dari tempat meletak kenderaan ke jalan raya, menukar lorong, memasuki bulatan). Pergerakan ketika berada di atas jalan raya: Memandu dengan selamat di atas laluan yang betul dan kedudukan yang baik (kenderaan berada/bergerak di atas jalan raya, memandu di selekoh tajam, memandu di atas berbagai-bagai permukaan jalan, berada di atas jalan raya yang rosak, berlubang, dan berminyak). Ketika kecemasan seperti kenderaan rosak dan kemalangan. Pergerakan bersama aliran lalulintas: Mengawal kenderaan dengan selamat dan lancar di dalam kedudukan yang betul dengan kenderaan lain (semasa mengekori kenderaan, berada di hadapan kenderaan lain). Pergerakan melintasi: Melalui jalan di mana kenderaan lain mungkin bergerak melepasi laluan pamandu (semasa di persimpangan, lintasan pejalan kaki, lintasan keretapi, lalulintas kawalan warden/polis). Pergerakan ketika memotong dan dipotong: Perjalanan dalam arah yang sama tetapi pada kelajuan yang berbeza serta mendahului kenderaan lain dengan selamat. Pergerakan berpusing balik: Memandu ke arah asal (semasa meletak kenderaan, pusingan U, pusingan tiga penjuru).

7) KEPUTUSAN/TINDAKAN MENCEGAH KEMALANGAN


Pengetahuan dan kemahiran membuat keputusan terbaik & selamat semasa memandu diperoleh melalui: i. Memahami Konsep Pemanduan Berhemah ii. Mengenalpasti bahaya/'hazards' iii. Mengenalpasti enam (6) kedudukan yang boleh menyebabkan pelanggaran dua buah kenderaan iv. Mengenalpasti enam (6) keadaan yang boleh menyebabkan kemalangan v. Meningkatkan 'visual skills' & mengamalkan peraturan jarak, peraturan memotong, peraturan mengelakkan kemalangan dari arah hadapan, peraturan di persimpangan & memahami tujuh (7) ciri-ciri olah gerak semasa memandu. Dengan itu, amalkan teknik 'Identify, Predict, Decide, Act' IPDA

BAB IV: PEMANDUAN DALAM PELBAGAI KEADAAN


1) PEMANDUAN SEMASA KECEMASAN
i. Brek gagal berfungsi (a) Pamkan injak brek dengan segera untuk memulihkan tekanan brek. (b) Sekiranya tekanan gagal dipulihkan: di jalan raya selamat, berada dalam gear dan tarikkan brek tangan beransur-ansur. Cuba tukar kepada gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan. di jalan yang tidak selamat (seperti bukit dsb), segera cari objek untuk digesel (seperti semak, rel adang, termasuk kereta yang diparkir di tepi jalan). (c) Guna hon dan lampu untuk memberi amaran kepada pemandu-pemandu lain, (d) Mematikan suis pencucuhan membantu tetapi amat merbahaya untuk kenderaan bersistem automatik dan stereng kuasa. (e) Jangan kunci stereng. Kenderaan terbabas (a) Belokan mendadak, menukar lorong dengan tiba-tiba atau membrek dengan kasar boleh menyebabkan kenderaan terbabas. (b) Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pemecut dengan segera dan tekan cekam. (c) Pusingkan stereng mengikut arah bahagian belakang yang terbabas. Kemudian luruskan arah stereng. (d) Jangan gunakan brek. Pemecut terlekat (a) Di jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut dengan hujung kasut. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan, matikan suis pencucuh dan brek untuk memberhentikan kenderaan. Mematikan suis pencucuh boleh menyebabkan sistem stereng kuasa dan brek kuasa gagal berfungsi. Kawalan stereng dan brek menjadi masalah. Pegang stereng dengan kuat. Berjaga-jaga supaya stereng tidak terkunci semasa suis pencucuh dimatikan. (b) Di jalan raya yang tidak selamat, biarkan enjin berjalan dan tukar gear dalam keadaan neutral atau tekan cekam. Berhenti segera dan matikan enjin. Tayar pecah (a) Pegang stereng dengan erat. Jangan belok lebih untuk membetulkan arah stereng. Jika tayar belakang yang pecah, bahagian belakang kenderaan akan menjadi tidak stabil. Brek perlahan-lahan dan berhati-hati. Membrek dengan tiba-tiba mungkin menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal. (b) Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan ke kawasan yang rata dan selamat untuk menukar tayar. (c) Nyalakan lampu kecemasan. Digalakkan menggunakan peralatan kecemasan yang lain seperti alat pemantul cahaya. Lampu hadapan kenderaan terpadam (a) Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas. (b) Beransur-ansur naik ke atas bahu jalan dan hentikan kenderaan. (c) Nyalakan lampu kecemasan atau alat-alat amaran kecemasan yang lain. Kenderaan terbakar (a) Biasanya berlaku akibat litar pintas dalam sistem elektrik. (b) Hentikan kenderaan dengan segera. (c) Matikan sistem pencucuh dan keluarkan semua penumpang. (d) Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh. (e) Gunakan alat pemadam api atau kain/gebar yang tebal. (f) Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan sebelum tangki minyak meletup. Bonet terbuka (a) Brek beransur-ansur. Naik ke atas bahu jalan.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

(b) Lihat melalui tingkap untuk panduan memandu. viii. Terpaksa berhenti di lebuhraya (a) Beri isyarat dan susur keluar ke tepi lebuhraya perlahan-lahan. (b) Nyalakan lampu hadapan yang rendah di waktu senja, malam atau hujan. (c) Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan. (d) Jika kenderaan terhenti di lokasi-lokasi yang berbahaya (selekoh, puncak bukit dsb) keluarkan penumpang jauh dari aliran lalulintas. (e) Jangan halang lampu belakang kenderaan dengan berdiri atau melakukan kerja-kerja lain di belakang kenderaan. (f) Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan. (g) Angkat bonet dan dapatkan bantuan. ix. Menghadapi kemalangan (a) Brek sekuat-kuatnya. (b) Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri dan keluar dari jalan raya. (c) Bunyikan hon, nyalakan lampu hadapan. x. Kenderaan terjunam ke dalam air (a) Hanya seorang sahaja patut mengawal keadaan. (b) Buka tingkap dengan segera. Tingkap-tingkap dapat diturunkan dengan segera melainkan tingkap kuasa. Jadi turunkan tingkap-tingkap itu dengan segera. Pecahkan kaca tingkap dengan benda keras atau tendang dengan kaki. (c) Keluarkan kanak-kanak dahulu; mereka akan timbul di permukaan air/bentuk rangkaian manusia dan keluar melalui tingkap. (d) Adalah sukar membuka pintu di bawah tekanan air. Baki udara biasanya terkumpul di dalam kenderaan. Jika kenderaan itu menjunam ke hadapan, udara akan terkumpul di bahagian belakang berhampiran bumbung. Tunggu sehingga tekanan menjadi seimbang, kemudian buka pintu dan keluar segera. xi. Kaca skrin pecah (a) Perlahankan kenderaan. Jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat. (b) Cuba rentangkan gebar/kain di atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar/kain tersebut. (c) Buatkan lubang pada kaca skrin. (d) Pemandu hendaklah melindungi mata dengan memakai kaca mata. (e) Gantikan kaca skrin yang pecah dengan segera. xii. Enjin kenderaan tidak boleh dihidupkan (jika bukan akibat kehabisan minyak) (a) Jika kenderaan automatik, letakkan dalam neutral. Tolakkan tuil gear dari satu posisi ke satu posisi. Ini mungkin dapat membebaskan suis keselamatan. (b) Padamkan radio, lampu-lampu dan lain-lain punca elektrik untuk mengurangkan saliran kuasa elektrik dari bateri. (c) Rehatkan bateri seketika. (d) Tekankan pemecut separuh untuk menyambarkab cok automatik. (e) Nyalakan pencucuh sehingga enjin dapat dihidupkan selama 5 hingga 10 saat. Jika enjin masih tidak boleh hidup, mungkin enjin telah dibasahi petrol. (f) Tunggi 2 hingga 3 minit. Tekan pemecut hingga mencecah lantai dan biarkan dalam posisi itu. Hidupkan enjin. Jangan pamkan pemecut, ia akan menyebabkan enjin terlalu basah dengan petrol. Apabila enjin hidup biarkan sehingga 30 saat sebelum berjalan. (g) Jika enjin masih tidak boleh dihidupkan, dapatkan bantuan mekanik. xiii. Kerosakan pada kenderaan (a) Kehabisan minyak (i) Periksa tolok minyak. Jika bacaannya E atau Empty, isikan minyak. (b) Pemanasan lebih (i) Penunjuk suhu akan menyala. Berhenti segera dan matikan enjin. (ii) Angkat bonet supaya enjin dapat menyejuk. Jangan sentuh penutup radiator. (iii) Setelah radiator berhenti mengewap, tunggu setengah jam lagi. Kemudian buka penutup dan tambah air. (iv) Periksa sistem penyejuk untuk mengesan talian putus atau saluran yang bocor. (v) Sistem penyejuk hendaklah diperiksa dengan segera, termasuk jangka suhu dan penutup penyinar. (c) Kerosakan sistem elektrik (i) Biasanya berpunca dari fius terbakar, pendawaian putus atau terminal bateri kotor. Jika kesemua sistem gagal dihidupkan, puncanya ialah bateri. (ii) Tanggalkan kabel bateri dan bersihkan terminal bateri. (d) Bau petrol (i) Bau petrol bermakna enjin dibanjiri dengan petrol. (ii) Tanggalkan penapis udara dan buka penyelak. (iii) Hidupkan enjin. Enjin akan menjadi kering dan dapat dihidupkan. (e) Pencucuh basah (i) Sistem pencucuh yang basah menyebabkan enjin sukar dihidupkan. (ii) Palam pencucuh dan kabel-kabel serta litar pencucuh yang basah hendaklah dikeringkan dengan kain pengelap. (f) Kotoran pada sistem pembakaran (i) Tanggalkan penapis udara. (ii) Kotoran boleh dibuang dengan meletakkan telapak tangan atas karburetor sambil seorang pambantu manghidupkan pencucuh. (g) Tali kipas putus (i) Ikatkan stokin nilon atau talu yang sesuai sebagai gantian. xiv. Menukar tayar (a) Apabila tayar bocor dalam perjalanan, kawal stereng dan pandu keluar dari jalan raya. Jangan tekan brek. Tarik brek tangan. (b) Letakkan batu pengadang di bawah tayar pepenjuru dengan tayar yang bocor. Keluarkan bicu/jak, sepana dan tayar ganti. (c) Tanggalkan tudung tayar dengan pemutar skru. Longgarkan nat sebelum kenderaan dibicukan. (d) Letakkan bicu di atas permukaan tanah yang keras dan pamkan bicu sehingga tayar kenderaan dinaikkan ke paras 10 cm. (e) Tanggalkan nat dan letakkan ke dalam tudung tayar supaya nat tidak hilang. (f) Tanggalkan tayar yang bocor dan pasangkan tayar ganti serta skru semula nat tetapi tidak ketat. (g) Turunkan kenderaan. Ketatkan semua nat dengan sepana dan pasang semula tudung tayar.

xv.

Peralatan kecemasan (a) Alat-alat pemantul cahaya (b) Kotak ubat dan buku panduan (c) Lampu suluh (d) Alat pemadam api jenis kering (e) Bicu dan sepana (f) Kabel pelompan (g) Tali untuk tunda (h) Alat pemutar skru (i) Sepana palam pencucuh (j) Pelbagai jenis sepana (k) Playar (l) Penyembur untuk menaggalkan kotoran (m) Tali kipas kecemasan (n) Satu bekas mengandungi air bersih

2) MEMANDU DI LEBUHRAYA
i. Sebelum memandu (a) Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik (jaga dan servis mengikut jadual). (b) Tayar mesti diisi dengan tekanan angin yang betul dan berada dalam keadaan baik. Untuk perjalanan jauh/muatan kenderaan penuh, gunakan tekanan tayar yang tinggi. (c) Pastikan pemandu selesa dengan tempat duduk dan tali pinggang keledar. (d) Jangan gantung tuala/pakaian pada pintu untuk mengelakkan cahaya. Gunakan skrin penahan cahaya. (e) Berpakaian ringkas, selesa dan berkasut. Elakkan memakai selipar. (f) Jangan membawa terlalu ramai penumpang atau muatan. (g) Pastikan setiap penumpang memakai tali pinggang keledar. (h) Bawa bersama-sama alat kelengkapan untuk menghadapi kecemasan. Semasa memandu (a) Perhatikan had laju dah patuhinya. (b) Perhatikan semua tanda-tanda isyarat yang dipamerkan di lebuhraya yang menunjukkan perubahan had laju yang sesuai. (c) Berhenti dan berehat di perhentian sebelah berikutnya. Tidak dibenarkan berhenti di lorong kecemasan kecuali ketika kecemasan. (d) Perhatikan tanda isyarat lalulintas yang dipamerkan berhampiran hentian sebelah atau persimpangan. Perlahankan kenderaan semasa menghampiri hentian sebelah atau persimpangan kerana mungkin ada pemandu yang memperlahankan kenderaannya untuk berhenti atau keluar dari lebuhraya pada persimpangan jalan. (e) Berhati-hati juga terhadap kereta yang keluar dari hentian sebelah atau kereta yang masuk ke lebuhraya dari persimpangan. (f) Lihat kepada pengukur suhu dan penunjuk lain untuk memeriksa keadaan suhu dan minyak enjin serta bateri. (g) Sentiasa pandu di sebelah kiri lebuhraya. (h) Rancang perjalanan dengan bantuan papan tanda penunjuk jarak destinasi. (i) Jangan memandu berterusan melebihi dua jam. Berhenti di perhentian sebelah, keluar dari kenderaan dan lakukan sedikit senaman regangan, tarik nafas dan pandu apabila telah bersedia. (j) Gunakan lampu besar untuk memberi amaran kepada kereta hadapan supaya bergerak ke lorong luar jika kenderaan tersebut bergerak perlahan dan vice versa. (k) Sentiasa nyalakan lampu isyarat sebelum memotong atau menukar lorong. (l) Tetapkan jarak munasabah dari kereta hadapan. Gunakan peraturan 2 saat. (m) Jangan pasang lampu 'hazard' semasa memandu. Pasang lampu besar dan lampu belakang jika hari hujan. (n) Berhati-hati terhadap kereta yang berhenti di lorong kecemasan. (o) Rancang perjalanan; elakkan memandu pada waktu malam/musim hujan. Selepas memandu (a) Periksa semula keadaan kenderaan, air bateri, sistem penyejuk, minyak enjin, tekanan angin tayar dan kerosakan-kerosakan kecil pada komponen kenderaan.

ii.

iii.

3) MEMANDU PADA WAKTU MALAM


Kebanyakan kemalangan pada waktu malam berlaku kerana lampu yang lemah/tidak baik, jalan raya yang berlubang atau pemandu yang tidak biasa dengan jalan tersebut.Sistem lampu yang baik sangat penting apabila memandu pada waktu malam. Pandu di jalan raya yang biasa dilalui atau jalan yang mempunyai lampu jalan yang baik. Lampu besar hendaklah berkeadaan baik dan diselaraskan dengan betul. Periksa semua lampu termasuk lampu penunjuk dan lampu 'hazard', lampu ekor/belakang. Selaraskan lampu besar apabila membawa muatan yang berat di tempat melatak barang di belakang. Pemandu dijangka memasang lampu kereta apabila hari mulai gelap atau apabila mula menyedari keadaan penglihatan mula berkurangan. Jangan gunakan lampu kabus atau lampu memandu tambahan ketika memandu di dalam bandar. Lampu-lampu tersebut terlalu cerah dan mempunyai ketajaman yang tinggi. Adalah dinasihatkan agar lampu-lampu tersebut berkongsi suis dengan lampu tinggi. Anda mungkin lupa memadamkannya jika suis lampu-lampu itu berasingan. Nyalakan lampu isyarat dan lampu 'hazard' apabila perlu dan padam segera selepas digunakan. Demikian juga lampu brek. Pemandu dilarang menggunakan lampu tinggi apabila mengekori kenderaan lain kerana cahaya kenderaan akan memantul melalui cermin pandang belakang kereta di hadapan dan menyilaukan mata pemandu kenderaan di hadapan. Jika tidak dapat melihat kerana lampu kereta dari arah hadapan, kelipkan lampu tinggi sekali untuk mengingatkan pemandu kereta tersebut supaya memadamkan lampu besar. Jika kereta tersebut datang dari belakang, berikan isyarat/tanda dengan tangan. Jika kereta tidak bertindak balas dengan merendahkan lampu besar, perlahankan kenderaan serta merta dan biarkan kenderaan tersebut lepas atau potong. i. Faktor-faktor manusia (a) Penglihatan (b) Silau

ii.

Seseorang pemandu mungkin memerlukan beberapa saat untuk pulih daripada silauan. Oleh itu, jangan lihat secara tepat ke arah cahaya yang terang apabila memandu. Lihat ke sebelah kiri jalan bagi mengelak silau. (c) Letih dan kurang berwaspada; memandu ketika mengantuk (i) Jika mengantuk, berhenti sebentar untuk tidur. Faktor-faktor fizikal (a) Lampu jalan yang kurang terang (b) Silau dari kenderaan arah hadapan (c) Gunakan lampu tinggi apabila perlu (i) Gunakan lampu tinggi apabila selamat iaitu 100 meter daripada kenderaan dari arah hadapan atau kenderaan yang diekori.

(i)

BAB V: KEPERLUAN KESIHATAN & KESELAMATAN PEMANDU


1) KESIHATAN & KESELAMATAN PEMANDU
i. Pandangan Dapatkan pemeriksaan mata setiap tahun atau dua tahun sekali. ii. Pendengaran Pendengaran dapat memberitahu amaran bahaya seperti bunyi hon, siren atau geseran daripada tayar, terutamanya daripada kenderaan yang berada di dalam kawasan 'blindspot'. Pastikan pendengaran tidak diganggu oleh radio atau CD yang. bising dalam kereta. Pastikan satu daripada tingkap kenderaan dibuka untuk mendengar keadaan di luar. Jangan gunakan telefon mudah alih. iii. Waspada Apabila keletihan/memandu pada waktu malam, berhentikan kenderaan di tepi jalan dan tidur sebentar. Dapatkan rehat yang panjanh sebelum memulakan perjalanan. Jangan ambil sebarang dadah/ubat-ubatan. Perhatikan setiap bahagian jalan raya; lihat pada objek yang dekat dan jauh, kiri dan kanan. Turunkan tingkap dan dapatkan sedikit udara luar; cuba makan sesuatu seperti kacang, gula-gula getah dsb/menyanyi bersama-sama radio. iv. Perubatan Ambil perhatian terhadap amaran mengenai sukatan ubat-ubatan; gunakan hanya dengan nasihat doktor. v. Kesihatan & emosi Sesetengah penyakit seperti masalah pandangan mata yang kabur, sakit jantung, diabetes dan gila babi menjejaskan pemanduan. Maklumkan kepada pihak berkenaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan sebelum mendapatkan lesen memandu. vi. Pemeriksaan doktor Kenderaan perkhidmatan awam wajib menjalani pemeriksaan doktor. vii. Sikap & keselamatan Selain berkemahiran tinggi, pemandu harus berkelakuan sopan dan bertimbang rasa. Berikut merupakan beberapa ciri-ciri yang harus diikuti: (a) Tanggungjawab: Bersedia bertolak-ansur dengan semua pengguna jalan raya lain dalam pelbagai keadaan atau situasi. (b) Tumpuan: Jangan memandu jika tidak sihat, letih, marah atau tegang. Jangan membuat perkara lain yang ketika memandu (menjawab telefon, menukar CD dsb). Jangan tampal terlalu banyak stiker/objek pada cermin/tingkap yang membataskan pandangan. (c) Perancangan: Jangka pergerakan pemandu/pengguna lalulintas lain. (d) Kesabaran (e) Keyakinan viii. Tanggungjawab memiliki insurans Kenderaan bermotor yang dilesenkan wajib mengambil perlindungan insurans. Di bawah Seksyen 89, Akta Pengangkutan Jalan 1987, terdapat dua kategori insurans: (a) Biro Penanggung Insurans Motor: Suatu institusi yang menyempurnakan perjanjian dengan Menteri Pengangkutan untuk memberikan pampasan kepada pihak-pihak ketiga kemalangan jika mangsa-mangsa tersebut dinafikan haknya disebabkan kenderaan terlibat tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah dan efektif. (a) Penanggung Insurans Yang Dibenarkan Syarikat yang menjalankan perniagaan insurans kenderaan motor dan menjadi anggota Biro Penanggung Insurans Motor. Seksyen 90(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan semua kenderaan yang dilesenkan mendapatkan perlindungan insurans. Kegagalan mendapatkan perlindungan insurans yang sah dan efektif ditakrifkan di bawah Seksyen 90(2), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM1000 atau dipenjara tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali. Pemalsuan/penipuan maklumat insurans juga boleh dihukum di bawah peruntukan Seksyen 108(1)(b) atau 108(2)(c) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Seandainya disabitkan kesalahan, maka boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Dalam prosedur biasa kemalangan jalan raya, setiap kemalangan yang berlaku harus dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Selain itu, peruntukan Seksyen 104 Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan setiap pengambil insuran untuk memaklumkan penanggung insurans secepat mungkin agar pampasan dapat diberikan sewajarnya.

2) PENGURUSAN KETEGANGAN 'STRESS MANAGEMENT'


i.

Definisi ketegangan: Penglahiran tekanan dalam diri berkaitan dengan aspek pekerjaan, peningkatan, pencapaian, kehidupan penyelesaian dan perolehan.

ii.

iii.

iv.

Kategori ketegangan: (a) Ketegangan fizikal (b) Ketegangan psikologi (c) Ketegangan fisiologikal (ketengangan fizikal dan mental serentak) Tiga peringkat mengawal ketegangan (a) Peringkat 1 'Alarm': Tindak balas serta merta terhadap situasi yang tidak dijangka; masih boleh meneruskan pemanduan. (b) Peringkat 2 'Resistance': Tindak balas masih mampu dikawal dengan menyesuaikan diri dengan situasi serta mencari jalan keluar daripada ketegangan; masih boleh meneruskan pemanduan. (c) Peringkat 3 'Exhaustion': Tidak mampu menerima kesilapan/kesalahan; harus berhentikan kenderaan. Rancangan pengurusan ketegangan (a) Pastikan keselesaan memandu. (b) Pakai pakaian yang selesa. (c) Cuba dapatkan teman berbual untuk perjalanan yang jauh. (d) Rehat apabila terlalu letih. (e) Lakukan senaman ringan.

3) PEMANDUAN DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL & DADAH


i. Alkohol TAHAP ALKOHOL DALAM DARAH (%) 0.10 (Tahap Merbahaya) 0.15 (Tahap Merbahaya) 0.20 (Tahap Mabuk) 0.20-0.35 (Tahap Mabuk) KESAN KE ATAS TINGKAHLAKU SEDAR Perhatian terganggu. Masa reaksi lambat. Keupayaan mental terganggu. Masa reaksi terganggu. Imbangan, penglihatan dan koordinasi terjejas. Kebolehan deria dan motor amat berkurangan. Tingkahlaku luar kawalan. Gangguan motor (menggigil). Persepsi deria amat terganggu. Tidak sedarkan diri dan keadaan sekeliling. Perlukan pertolongan untuk berjalan. Pergerakan lumpuh serta-merta. Kandungan yang melebihi 0.35% boleh membawa maut.

Had alkohol yang telah ditetapkan ialah: (a) 35 mikrogram alkohol dalam 100 ml nafas, atau; (b) 80 miligram alkohol dalam 100 ml darah, atau; (c) 107 miligram alkohol dalam 100 ml air kencing. ii. Dadah/ubat Dapatkan nasihat doktor tentang kesan ubat yang diambil. Elakkan daripada mengambil alkohol selepas mengambil ubat.

BAB VI: UNDANG-UNDANG & KESALAHAN PEMANDU


1) LESEN MEMANDU
A B B1 B2 C D E E1 E2 F G H I Termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Seksyen 26(1) dan Seksyen 26(2). KELAS-KELAS LESEN MEMANDU Kenderaan orang cacat. Motosikal (perseorangan). Motosikal (perseorangan). Tidak melebihi 500 cc. Motosikal (perseorangan). Tidak melebihi 250 cc. Motosikal selain daripada motosikal (perseorangan). Motokar. Berat tanpa muatan tidak melebihi 3000 kg. Motokar berat. Berat tanpa muatan tidak melebihi 7500 kg. Motokar berat. Bersendi atau berat kejur berat tanpa muatan tidak melebihi 7500 kg. Motokar berat. Bersendi atau berat kejur berat tanpa muatan tidak melebihi 5000 kg. Traktor ringan: jentera bergerak ringan (beroda). Berat tanpa muatan tidak melebihi 5000 kg. Traktor ringan: jentera bergerak ringan (berantai). Berat tanpa muatan tidak melebihi 5000 kg. Traktor berat: jentera bergerak berat (beroda). Berat tanpa muatan melebihi 5000 kg. Traktor berat: jentera bergerak berat (berantai). Berat tanpa muatan melebihi 5000 kg. i. Jenis-jenis lesen memandu (a) Lesen belajar memandu (LDL) Minima 21 tahun Minima 17 tahun Minima 21 tahun Mempunyai Lesen Kelas D selama setahun Sihat tubuh badan Boleh melihat sejauh 23 meter Tidak buta warna Minima 16 tahun KELAYAKAN

BAHAGIAN-BAHAGIAN UJIAN (MOTOKAR & MOTOLORI) Bahagian I Bahagian II Ujian teori (berkomputer/lisan) untuk Panduan Jalan raya dan Pemanduan Berhemat Ujian praktikal meletak motokar/motolori secara masuk belok, mendaki bukit dan pusingan tiga penjuru (kecuali untuk motolori) Ujian memandu di atas jalan raya

TEMPOH SAH UJIAN 2 tahun

1 tahun

Bahagian III (i)

(b)

Pra kelayakan untuk menduduki ujian amali: (i) lulus ujian undang-undang teori (dalam tempoh 2 tahun) (ii) telah menjalani latihan amali 16 jam (termasuk 6 jam pertama di sirkit latihan institut memandu) (ii) Syarat pengeluaran lesen: (i) Telah menghadiri kursus teori selama 5 jam dan memperoleh sijil kehadiran JPJL2A. (ii) Telah lulus ujian undang-undang teori (Bahagian I) dalam tempoh 2 tahun dari tarikh permohonan. (iii) Telah menghadiri latihan amali permulaan 6 jam di sirkit latihan institut memandu dan dikeluarkan dengan sijil kehadiran JPJL2B bagi kelas lesen yang dipohon. (iii) Boleh dikeluarkan mengikut tempoh 3/6 bulan dan boleh diperbaharui mengikut agregat tersebut sehingga 2 tahun dari keluaran pertama. Sekiranya melebihi 2 tahun, pemegang lesen dikehendaki mengambil semula ujian undang-undang teori sebelum pembaharuan dibenarkan. (iv) Syarat-syarat yang dikenakan kepada pemegang lesen belajar memandu: (i) Mempamerkan tanda pengenalan 'L' di hadapan dan belakang kenderaan. (ii) Memandu di bawah pangawasan pengajar institusi memandu yang bertauliah (iii) tidak boleh membawa penumpang/muatan Lesen memandu percubaan (PDL) (i) Untuk semua kelas KECUALI E, E1, E2. (ii) Tempoh percubaan adalah selama 2 tahun. (iii) Syarat-syarat yang dikenakan kepada pemegang lesen memandu percubaan: (i) Membawa lesen memandu percubaan bersama-sama (ii) Mempamerkan plat P, bersaiz 15 cm X 15 cm, di sebelah kiri atas hadapan dan belakang kenderaan (iii) Memastikan kadar alkohol dalam darah, pernafasan dan air kencing adalah 0.00%. (iv) Pemegang lesen yang melanggar syarat boleh didakwa di bawah Sekyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum RM1000 atau 3 bulan penjara bagi kesalahan pertama danbagi kesalahan kedua dan seterusnya, RM2000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Sabitan kesalahan juga akan mengumpul 5/10 mata demerit dalam sistem KEJARA. (v) Mana-mana pemegang lesen yang telah mengumpul 10 mata akan dibatalkan lesennya oleh Ketua Pengarah JPJ. Dengan itu, pemegang lesen juga dilarang memandu, memegang atau memohon apa-apa lesen (termasul LDL) bagi tempoh 12 bulan. (vi) Sabitan kesalahan mengumpul mata demerit seperti berikut (termasuk kesalahan lain yang tersenarai di bawah sistem KEJARA). KESALAHAN Gagal membawa lesen memandu percubaan bersama-sama Gagal mempamerkan plat P di hadapan dan belakang kenderaan Gagal memastikan kadar alkohol dalam darah, pernafasan dan air kencing adalah 0.00%. MATA DEMERIT 5 5 10

(c) (d)

Lesen memandu kompeten (CDL) (i) Harus dipohon tidak lewat dari 1 tahun daripada tarikh tamat lesen PDL. (ii) Boleh dipohon bagi tempoh 1, 2, 3, 5, dan 10 tahun. Lesen memandu vokasional (PSV, GDL, lesen konduktor)

2) KESALAHAN-KESALAHAN MEMANDU & HUKUMAN-HUKUMANNYA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987


1. 2. Pendahuluan Jenis-jenis kesalahan

3) SISTEM PENALTI MATA DEMERIT KESALAHAN JALAN RAYA (KEJARA)


1.

2.

Kenapa Sistem KEJARA diwujudkan? 1. Mengurangkan kadar kemalangan jalan raya 2. Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya 3. Memastikan pemandu-pemandu mematuhi peraturan-peraturan jalan raya. 4. Mewujudkan pemandu-pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bertimbang rasa. 5. Mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan di jalan raya. Bagaimana Sistem KEJARA berfungsi? 1. Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 35, 35(a), 37 dan 38 serta Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Mata Demerit) 1997. 2. Jika pemandu telah mengumpul 15 atau lebih mata demerit, tindakan berikut akan diambil: MATA KESALAHAN HUKUMAN Lesen memandu digantung 6 bulan Lesen memandu digantung 12 bulan TEMPOH PENGURANGAN PASCA KURSUS PEMULIHAN 4 minggu 8 minggu

15 atau lebih mata demerit kali pertama 15 atau lebih mata demerit kali kedua

15 atau lebih mata demerit kali ketiga (dalam tempoh 3 tahun) ii.

Lesen memandu digantung 12 bulan dan tindakan pembatalan lesen dibuat

iii. iv. BIL 1 2 3 4 5 6

Pemberian bonus Pemegang lesen CDL yang memperoleh kurang dari 15 mata dan tidak melakukan apa-apa kesalahan terjadual selama 24 bulan berturut-turut, akan dikurangkan 7 mata. Penalti denda (a) Memandu semasa lesen digantung/dibatalkan boleh didenda RM2000 atau 6 bulan penjara. Kesalahan-kesalahan terjadual dan mata demerit KESALAHAN MATA DEMERIT

Memandu atau mengawal kenderaan motor di bawah pengaruh minuman yang memabukkan/dadah Memandu dengan melulu atau merbahaya Memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa Pertandingan atau dugaan kelajuan Gagal, tanpa alasan munasabah, mengadakan spesimen nafas, darah, atau air kencing apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai polis Gagal mematuhi lampu isyarat Melebihi had laju yang dikenakan 15

Melebihi 40 km/j Melebihi 26 40 km/j Melebihi 1 25 km/j

10 8 6

8 9

Kesalahan-kesalahan semasa memotong dan dipotong Gagal memberi laluan kepada ambulans/bomba/polis/kastam/JPJ 8

10 Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh di lintasan pejalan kaki 11 Gagal berhenti di persimpangan 12 Cuai mengawal pergerakan kenderaan dengan wajar (penggunaan telefon bimbit) 13 Menggunakan kenderaan motor di jalan yang disekat 14 Mengabaikan arahan & isyarat lalulintas 15 Menggunakan tayar botak 16 Memotong di garisan kembar

Gagal mematuhi syarat-syarat yang dilampirkan kepada lesen PDL [Kaedah 15A Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992] 17 Gagal membawa lesen memandu semasa memandu Gagal mempamerkan tanda P Gagal memastikan kandungan alkohol dalam nafas, air atau darah adalah pada 0.00% 5 10 5

Anda mungkin juga menyukai