Anda di halaman 1dari 32

OBJEKTIF

Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer Memahami prinsip etika penggunaan komputer dan isu privacy Menyenaraikan fungsi kod etika komputer Mengetahui kesukaran dan miskonsepsi kepada etika komputer

Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).

Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

Etika Penggunaan Komputer


1. Tidak menggunakan komputer untuk merbahayakan orang lain. 2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.

3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.


4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.

5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.

Etika Penggunaan Komputer


6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah 7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.

8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.


9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan. 10.Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

Garis Panduan Penggunaan Emel dan Internet


Gunakan hanya e-mel sendiri untuk menghantar e-mel kepada orang lain Rahsiakan nama, pengenalan dan kata laluan untuk mengelakkan penyalahgunaan e-mel Jangan menghantar e-mel yang mengandungi maklumat rahsia yang boleh mencemarkan orang lain mahupun sesebuah negara

Garis Panduan Penggunaan Emel dan Internet


Pilih masa yang sesuai untuk melayari internet agar capaian internet pantas dan dapat menjimatkan kos. Berhati-hati dengan laman yang terlarang yang boleh menjejeskan moral, organisasi mahupun negara

Definisi Undang-undang

Undang-undang merupakan sistem yang sah yang mengandungi peraturan dan prinsip yang mana ia dikawal oleh pihak berkuasa Undang-undang berbeza antara 1 negara dengan negara lain Dalam era teknologi,undang-undang komputer diperlukan untuk memberi manfaat kepada orang ramai Contoh Undang-undang pengkomputeran di Malaysia ialah; -> Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia -> Akta Jenayah Komputer 1997

Masalah Moral dan Etika Penggertak (Cracker) Penyalahgunaan Internet Virus Hakcipta Perisian Cetak Rompak

Keperluan etika dan undang-undang dalam komputer


Menghormati hak pemilik Menghormati kebersendirian (privacy)

Persamaan antara etika dan undang-undang


Memberi panduan kepada pengguna daripada menyalahgunakan komputer Mewujudkan masyarakat bermaklumat dan positif Mengelakkan sebarang jenayah komputer

Perbezaan antara etika dan undang-undang


Etika
Sebagai panduan kepada pengguna komputer Pengguna bebas untuk mengikut atau mengabaikan kod etika Universal. Boleh digunakan di manamana sahaja

Undang-undang
Sebagai peraturan untuk mengawal pengguna komputer Pengguna mesti mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan Bergantung kepada sesebuah negara dan tempat.

Definisi Harta Intelek


Merujuk kepada kerja yang dicipta oleh pencipta, penulis dan artis. Semua hasil ciptaan mereka dilindungi oleh harta intelek. Ciptaan yang dilindungi: trademark Perdagangan/ nama syarikat Hak cipta

Undang-undang harta intelek


Undang-undang harta intelek meliputi ideaidea, ciptaan-ciptaan sastera, nama-nama unik, model perniagaan, proses industri, kodkod program komputer dan lain-lain.

Kebersendirian (privacy)
Privacy dalam IT merujuk kepada data dan kerahsiaan maklumat. Ancaman terhadap privacy komputer

a.) Cookies b.)Spyware

Adakah cookies 1. Pepijat dan virus yg boleh merosakkan komputer. 2. Digunakan untuk aktiviti Spamming. 3. akan menyebarkan maklumat peribadi ke luar rangkaian PC anda. 4. Digunakan untuk pengiklanan yang tidak diundang.

Ya @ tidak???

Apa itu cookies


Cookies ini disimpan di dalam komputer anda oleh laman web yang telah anda lawati melalui browser web (Internet Explorer, Mozilla Firefox dan sebagainya). Ancamanannya ialah: utk kenalpasti identiti pengguna melalui web browser,e-commerce & aplikasi lain. Membenarkan sesetengah website mendapatkan maklumat tentang

Apa itu Spyware


Spyware merupakan perisian komputer yang apabila berada di dalam PC, ia akan melaksanakan beberapa arahan seperti mengumpul pelbagai data dari komputer

menyiarkan iklan-iklan yang tidak dikehendaki malah mengubah konfigurasi komputer


semua ini dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran

Bagaimana privacy dilindungi

Privacy dilindungi oleh


Undang-undang privacy Perisian utiliti

Authentication (pengesahan)

Satu proses di mana penggunapengguna mengesahkan identiti mereka di dalam sistem. Contohnya penggunaan ATM Kaedah-kaedah pengesahan
1. Biometric Devices (peranti Biometric) 2. Callback System (sistem panggil balik)

Biometric Devices

Biometrik merupakan kaedah untuk mengecam (recognize) individu berdasarkan : ciri-ciri biologi (biological) dan tingkah laku (behavioral) individu tersebut. Contohnya cap jari, tapak tangan, anak mata,suara, muka, tandatangan

Pengesahan MelaluiCap jari

Cap Jari

Teknologi cap jari menggunakan imej optik atau electronic field imaging untuk mengenal pasti identiti melalui patternmatching dan minutiaes. Imbasan cap jari individu akan dibandingkan dengan templat cap jari yang disimpan di dalam sistem. Kaedah biometrik ini mempunyai tahap ketepatan yang tinggi di mana telah terbukti tidak terdapat lebih dari satu individu yang mempunyai cap jari yang serupa.

Pengesahan Melalui Muka

Muka
Teknologi biometrik ini menggunakan imbasan imej muka iaitu reka bentuk muka sebagai pengesahan identiti seperti kedudukan hidung, mata, dagu dan mulut. Sistem pengenalpastian muka akan membuat analisis ke atas data dan membandingkannya dengan templat muka yang terdapat di dalam kad pintar (smart card) atau templat muka di dalam pangkalan data. Kaedah ini sesuai digunakan bagi mengesan penjenayah terutamanya di kawasankawasan tumpuan orang awam seperti di lapangan terbang dan sebagainya.

Pengesahan Melalui Geometri Tangan

Geometri Tangan

Pengenalpastian individu menggunakan kaedah imbasan tapak tangan adalah mudah dan ringkas. Kaedah ini menumpukan kepada beberapa dimensi bentuk tapak tangan iaitu
Panjang tapak tangan Tebal tapak tangan Struktur tulang Jarak antara sendi tangan

Sistem/alat imbasan tangan akan membuat pemadanan antara imej yang dibaca dengan imej yang telah

Pengesahan Melalui Anak Mata (Iris)

Anak Mata (Iris)


Teknik ini menggunakan ciri-ciri imej anak mata yang unik. Alat pengimbas mata akan mengambil foto mata yang beresolusi tinggi dan merekodkan data tersebut. Data ini seterusnya akan ditukarkan kepada algoritma dan dibandingkan dengan karakter dan bentuk anak mata yang telah direkodkan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk akses lokasi-lokasi yang bertahap keselamatan yang tinggi, contohnya memasuki bilik kebal yang mengandungi bahan-bahan rahsia.

Pengesahan melalui suara

Suara

Kaedah imbasan suara membolehkan rakaman suara yang direkodkan, disimpan dalam komputer dalam jangka masa tertentu. Perisian bagi pengenalpastian suara individu akan merekodkan cara percakapan serta frekuensi setiap perkataan. Sistem yang baik akan dapat mengenal pasti suara percakapan walaupun berubah, contohnya serak. Contohnya, capaian kepada akaun bagi perkhidmatan perbankan dan pengenalpastian pelanggan bagi

Pengesahan melalui tandatangan

Tandatangan (Signature)
Kaedah pengesahan ini menggunakan imej tandatangan. Teknologi imbasan tandatangan akan meneliti dan menganalisis aspekaspek seperti bentuk, kecepatan dan tekanan sesuatu tandatangan dibuat dan membandingkan dengan tandatangan yang telah direkodkan bagi mengesahkan individu.

SEKIAN TERIMA KASIH..


SELAMAT STUDY: 1. NORMALIZA BT AB RAZALI 2. LIZAWATI BT MASRONI 3. ZAIDAH BT MUSTAFARAH

Anda mungkin juga menyukai