Anda di halaman 1dari 3

1.

ZAMAN PALEOLITIK
Di Malaysia bermula kira-kira 200 000 300 000 tahun dahulu Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik, alat repihan seperti alat batu penetak

I. Ciri Petempatan a.Hidup berpindah-randah b.Biasanya tinggal di kawasan terbuka(di luar gua), di dalam gua, & di sekitar tasik

II. Kegiatan ekonomi dan peralatan a.Memburu binatang liar b.Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dll c.Mengamalkan cara hidup sara diri d.Menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian

III. Lokasi di Malaysia

a. Bukit Jawa, kota Tampan, & Bukit Bunuh di Lenggong, Perak b.Gua Niah, Sarawak c.Tingkayu, Sabah

2. Zaman Neolitik

Merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam & memelihara binatang ternakan. Di Malaysia bermula kira-kira 7000 tahun dahulu. Bukit Tengkorak, Sabah tapak manusia Zaman Neolitik di Malaysia.Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu tetapi menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar.Manusia pada zaman ini mula tinggal menetap dan menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang. I. Petempatan a.Wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja b.Tinggal di gua dan berhampiran sungai

II. Kegiatan ekonomi dan peralatan a.Mencipta peralatan tembikar seperti bekas air, periuk, dan belanga b.Bercucuk tanam c.Menangkap ikan dan menternak binatang d.Berburu dan memungut hasil hutan e.Berdagang secara tukar barang f.Menggunakan alat batu seperti beliung & pemukul kulit kayu

III. Lokasi di Malaysia a.Gua Cha, Kelantan b.Bukit Tengkorak, Sabah

3. ZAMAN LOGAM
a.Teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam. b.Zaman logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu

c.Manusia telah mencipta alat gangsa dan besi.

I. Ciri-ciri petempatan a.Hidup menetap b.Ada yang masih tinggal di dalam gua dan berhampiran dengan sungai.

II. Kegiatan ekonomi dan peralatan a.Menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi b.Bercucuk tanam, menangkap ikan, berburu, menternak binatang, dan menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang.

Anda mungkin juga menyukai