Anda di halaman 1dari 3

BAB 2 – ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA

2.1 Zaman Paleolitik


1. Ciri-ciri penempatan
 Bermula sekitar 200 000 - 300 000 tahun dahulu.
 Manusia zaman ini hidup berpindah-randah.
 Mereka tinggal di tempat terbuka, sekitar tasik, dan di dalam gua.

2. Kegiatan dan peralatan


 Memburu binatang liar.
 Memungut hasil hutan.
 Hidup secara sara diri, iaitu memenuhi kepcrluan diri dan keluarga dan tidak ada
lebihan.
 Menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan harian.

3. Kepercayaan
 Mengamalkan animisme, iaitu kepercayaan bahawa setiap benda seperti
batu dan kayu mempunyai semangat (jiwa dan roh) orang mati.
 Mengamalkan upacara perkuburan.

4. Lokasi di Malaysia
 Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak.
 Gua Niah di Sarawak.
 Tingkayu di Sabah.

5. Penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia


 Alat penetak untuk menetak pokok dan memotong daging.
 Kapak genggam.
 Alat repihan untuk meraut dan memotong.
 Manusia Perak, iaitu rangka manusia yang ditemui di Gua Gunung Runtuh pada
tahun 1990 yang dikebumikan dengan kaki terlipat.

2.2 Zaman Neolitik


1. Ciri-ciri penempatan
 Bermula sekitar 7000 tahun dahulu.
 Merupakan zaman perubahan daripada batu kepada tanah liat untuk membuat
tembikar.
 Manusia zaman ini mula hidup menctap dan wujud sistem bermasyarakat.
 Mempunyai ketua dan terdapat pembahagian kerja.
 Mereka tinggal di dalam gua dan berhampiran sungai.

2. Kegiatan dan peralatan


 Menangkap ikan dan menternak binatang.
 Bercucuk tanam.
 Memburu dan memungut hasil hutan.
 Mengamalkan sistem barter, iaitu berdagang secara tukar barang.
 Mencipta peralatan tembikar seperti periuk, belanga, dan bekas air yang
diperbuat daripada tanah liat.
 Mencipta alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu.
 Mencipta barang kemas seperti kalung, anting-anting, dan gelang.

3. Kepercayaan
 Mengamalkan animisme.

4. Lokasi di Malaysia
 Gua Cha di Kelantan.
 Bukit Tengkorak di Sabah.

5. Penemuan Zaman Neolitik di Malaysia


 Artifak tembikar di Gua Harimau.
 Beliung untuk menggali tanah dan mengetam kayu.
 Barang kemas seperti gelang dan anting-anting.
 Pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.
 Rangka manusia yang ditemui di Gua Cha yang dikebumikan bersama tembikar.

2.3 Zaman Logam


1. Ciri-ciri penempatan
 Bermula sekitar 4000 tahun dahulu.
 Berkembang ke arah teknologi logam.
 Manusia zaman ini hidup menetap, namun masih ada yang tinggal di dalam gua dan
berhampiran dengan sungai.
 Mereka mempunyai adat resam.

2. Kegiatan dan peralatan


 Memburu binatang.
 Memungut hasil hutan.
 Menternak binatang dan bercucuk tanam.
 Menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang.
 Menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.
3. Kepercayaan
 Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.
 Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu.

4. Lokasi di Malaysia
 Sungai Tembeling di Pahang.
 Gua Harimau di Perak.
 Changkat Menteri di Perak.

5. Penemuan Zaman Logam di Malaysia


 Kapak dan mata lembing di Sungai Tembeling, Pahang.
 Tulang Mawas di Raub, Pahang.
 Sabit di Lembah Bernam, Selangor.
 Pisau di Klang, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai