Anda di halaman 1dari 18

Nilai Murni : Ulasan :

Baik hati

Sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas yang dapat dilihat dengan menilai tindak-tanduk seseorang terhadap orang lain. Contoh : tolong-menolong, bergotong-royong, saling membantu, bertanya khabar, melawat, menderma, memberi wang dan lain-lain.

Nilai Murni : Ulasan :

Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain yang wujud melaluinya rasa tanggungjawab, berupaya, bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri. Contoh : mengemas bilik tidur, mencuci kasut, menjaga rumah, mengasuh adik dan sebagainya.

Nilai Murni : Ulasan :

Hemah tinggi

Budi pekerti dan tingkah-laku yang mulia dan lemah-lembut serta budi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan anggota masyarakat yang lain. Contoh : sifat ramah mesra, kesopanan, mengakui kesalahan diri, tidak sombong dan lain-lain.

Nilai Murni : Ulasan :

Hormat-menghormati

Menghargai dan memuliakan seseorang atau institusi social dengan memberikan layanan sopan. Contoh : taat dan patuh terhadap ibu bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan-rakan, jiran tetangga, pemimpin, raja, negara, undangundang dan menghargai maruah diri.

Nilai Murni : Ulasan :

Kasih-sayang

Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu perkara. Contoh : cinta pada Tuhan, sayang pada ibu bapa dan ahli keluarga, nyawa, rakan, guru, alam sekitar, haiwan, Negara dan keamanan.

Nilai Murni : Ulasan :

Keadilan

Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. Bersifat adil dan tidak pilih kasih. Contoh : kasih ibu bapa terhadap anak-anak, perhatian guru kepada murid-murid, mengadili perlawanan dan sebagainya.

Nilai Murni : Ulasan :

Kebebasan

Dapat melakukan sesuatu tanpa paksaan atau batasan asalkan kebebasan itu tidak melanggar undang-undang dan perintah agama, nilai masyarakat , peraturan sekolah dan undangundang negara.

Nilai Murni : Ulasan :

Keberanian

Sanggup menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Berani yang tidak membuta tuli, berani kerana benar, berani mempertahankan pendirian dan berani bertanggungjawab. Contoh : mengakui kesalahan yang dilakukan, menolong kawan yang hampir lemas atau di dalam kesusahan , mempertahankan diri daripada musuh dan sebagainya.

Nilai Murni : Ulasan :

Kebersihan fizikal dan mental

Menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Dapat dilihat melalui pertuturan, kelakuan, pemikiran dan amalan kerohanian. Contoh: bahasa dan pakaian yang sopan, berdisiplin dan lain-lain.

Nilai Murni : Ulasan :

Kejujuran

Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Bersifat amanah, bercakap benar dan ikhlas. Contoh : membantu orang lain, mengajar adik, memulangkan dompet atau barangan lain yang dijumpai atau milik orang lain dan sebagainya.

Nilai Murni : Ulasan :

Kerajinan

Usaha berterusan dengan penuh semangat ketekunan dan dedikasi dalam melakukan sesuatu perkara. Dapat dilihat melalui kecekalan, daya usaha, tekun dan sebagainya. Contoh : berusaha belajar bersungguh-sungguh, mengulangkaji pelajaran, tidak putus asa dalam membuat sesuatu perkara sehingga Berjaya dan lain-lain.

Nilai Murni : Ulasan :

Kerjasama

Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat. Contoh : Sifat persaudaraan, tanggungjawab bersama, bergotong-royong, toleransi, kebaikan bersama dan perpaduan.

Nilai Murni : Ulasan :

Kesederhanaan

Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan tindakan daripada segi pemikiran, pertuturan dan perlakuan. Sesuai dengan norma masyarakat. Mempertimbangkan kepentingan orang lain. Contoh : mengawal sifat marah, jimat berbelanja, suka menabung dan sebagainya.

Nilai Murni : Ulasan :

Kesyukuran

Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhkas atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh. Contoh : Sikap berterima kasih, mengenang budi, mengenang jasa, menghargai, membalas jasa dan sebagainya.

Nilai Murni : Ulasan :

Patriotisme

Semangat cinta dan saying akan negara, taat setia kepada raja dan sanggup berkorban demi negara. Contoh : askar di medan perang, menghormati bendera, berdiri tegak semasa menyanyi lagu Negaraku dan lain-lain.

Nilai Murni : Ulasan :

Rasional

Dapat berfikir dengan waras berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, berfikiran logic dan boleh membuat pertimbangan. Contoh : dapat membuat keputusan yang betul, adil dalam memberi hukuman dan sebagainya.

Nilai Murni : Ulasan :

Semangat bermasyarakat

Melakukan sesuatu berdasarkan semangat,kekitaan, bermuafakat, kejiranan, peka tentang isu semasa dan masyarakat. Contoh: gotong-royong kenduri, menjaga keselamatan perumahan bersama-sama dan sebagainya.

Contoh : Sikap berterima kasih, mengenang budi, mengenang jasa, menghargai, membalas jasa dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai