Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Bagi tugasan melaksanakan amali Sains, saya menjalankan eksperimen secara dalam kumpulan bertiga .

Praktikal 2 bertajuk Hukum Hess, yang mengkehendaki saya mengkaji haba tindakbalas bagi natrium karbonat kontang dan hidroklorik asid serta haba tindakbalas bagi pepejal natrium hidrogen karbonat. Saya dapati bahawa kemahiran mengaplikasi pengetahuan dijalankan

sepenuhnya apabila saya dikehendaki untuk mengira nilai haba bagi setiap tindak balas yang telah diuji. Semasa menjalankan amali, terdapat beberapa kekuatan yang saya peroleh misalnya, saya dapat mengetahui dengan tentang tindakbalas eksotermik iaitu membebaskan haba ke sekeliling dan sebaliknya Disamping itu, saya dapat mengetahui bahawa nilai haba tindakbalas piawai ditentukan dengan tekanan yang tetap iaitu 1 atm dan pada suhu yang standard iaiatu 25 C bersamaan 198K. Melalui hukum Hess, juga saya dapat ketahui yang haba yang dibebaskan atau diserap semasa perubahan kimia tidak bergantung kepada perubahan itu disempurnakan. Dalam erti kata lain, keadaan awal dan keadaan akhir yang penting, namun jalan diantaranya tidak. Selain itu, semasa menjalankan eksperimen saya mampu mengendalikan peralatan dengan cara yang sepatutnya, seperti semasa mengukur isipadu larutan dengan menggunakan buret, selain penggunaan penimbang elektronikdan cara mengelakkan ralat sifar.

Tiada masalah yang besar berlaku, namun terdapat beberapa kelemahan yang menyebabkan kami masih tidak dapat memperoleh nilai haba sepertimana teori kerana beberapa langkah berjaga-jaga tidak dikawal dengan baik. Bagi mengatasi masalah seperti ini berlaku, saya harus lebih bersedia dengan pengetahuan berkenaan langkah berjaga-jaga yang boleh mempengaruhi keputusan ujikaji. Kesimpulannya, sepanjang menjalankan amali ini, pelbagai kelemahan dan kekuatan yang saya peroleh selain pengetahuan yang boleh saya gunakan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai