Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Pengenalan

Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras utama bagi penguasaan bahasa baku. Penguasaan kemahiran ini penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berkait dengan kemahiran lisan dibahagikan kepada dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar boleh mempengaruhi

kemahiran bertutur dan begitu juga sebaliknya. Bagi kanak-kanak, kemahiran ini perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum mereka menguasai kemahiran bahasa yang lain. Lazimnya, kanak-kanak yang menguasai kemahiran lisan dengan baik , mampu menguasai kemahiran lain dengan baik juga. Bagi membantu pelajar menguasai kemahiran lisan dengan baik, mereka perlu dilatih menggunakannya secara kerap dan mengajar merupakan percakapan atau pertuturan secara terancang. Lisan

iaitu melahirkan bahasa secara verbal

melalui sebutan atau suara. Bagi menyampaikan maklumat atau berkomunikasi kita akan mengujarkan sesuatu, begitu juga kita akan bercakap menggunakan bahasan yang kita kuasai. Olah itu, tujuan menguasai kemahiran lisan bukan sahaja untuk mempelajari bahasa, namun bagi mencapai tahap kompentensi dalam

berkomunikasi. Kemahiran berbahasa yang lain ialah kemahiran membaca dan menulis yang bukan merupakan kemahiran bukan lisan. Jadi sebagai pebimbing perlu

memastikan penguasaan terhadap kemahiran berbahasa ini dikuasai bagi memastikan input yang diberikan kepada muird-murid selaras dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

2.0 Penyataan masalah Tujuan penilaian ini adalah untuk mengesan dan mengenalpasti pemahaman guru-guru pelatih bagi aspek kemahiran mendengar dan bertutur yang telah diajar. Disamping itu, hasil penilaian ini juga dapat membantu guruguru pelatih merangka strategi dalam mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran asas kemahiran bagi kemahiran mendengar dan betutur.

3.0 Objektif Antara objektif penilaian yang kami jalankan adalah untuk mengenalpasti tahap pencapaian dan pemahaman guru pelatih mengenai kemahiran berbahasa terutama kemahiran mendengar dan bertutur.

Soalan-soalan dalam penilaian ini, bagi tujuan memenuhi objektif tersebut, seperti : a. Apakah tahap pemahaman guru-guru pelatih dalam ujian kemahiran mendengar dan bertutur yang telah dijalankan? b. Adakah terdapat perbezaan signifikan antara penutur jati dan bukan jati dari segi pencapaian dalam penilaian yang dijalankan? c. Apakah masalah-masalah yang menyebabkan kemahiran mendengar dan bertutur diabaikan? d. Apakah kesan-kesan yang timbul apabila kemahiran mendengar dan bertutur diabaikan?

Anda mungkin juga menyukai