Anda di halaman 1dari 1

Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.

W pernah bersabda:Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hakhak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.

Sahabat dalam Islam *Nabi S.A.W. bersabda, yang bermaksud : * *" Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi." * */(Riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Mas'ud r.a.)/* Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya. *Tips memilih sahabat menurut Islam* : * seseorang itu dapat *diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur* * seseorang itu dapat *menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu* Abu Sulaiman Darami rahimaullah berkata, jika kamu suka bersahabat dengan orang yang mempunyai sifat selain daripada dua yang disebut itu, maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya. Walaupun kebanyakan kita cenderung untuk memilih sahabat yang akan mendatangkan kebaikan duniawi kita, seperti mereka yang mempunyai pangkat tinggi dalam pekerjaan supaya memudahkan kerja kita, ataupun mereka yang mempunyai banyak harta supaya ada tempat kita 'meminta bantuan' apabila perlu, ataupun mereka yang mempunyai banyak 'maklumat' agar kita tidak bosan apabila diajak mengumpat. Namun, dalam Islam telah disyarankan 2 tips terbaik untuk memilih sahabt, iaitu *yang jujur dan yang bertaqwa*. Jadi, sebagai seorang muslim, harulah juga *amanah dalam persahabatan* kita. *Amanah itu adalah iman dan kepercayaan*. Maka, bawalah sahabat kita ke arah kebaikan dan sentiasa mengikut panduan yang ditetapkan dalam syariat, agar kita sama-sama mendapat manfaat di dunia dan akhirat, insyaAllah.

BERKATA Imam al-Syafie perkara yang lebih menganiayai diri sendiri ialah mereka merendahkan dirinya kerana dunia, memuji mereka tidak dikenali dengan lebih dekat dan mengasihi sahabat tidak memberi manfaat untuknya.

Anda mungkin juga menyukai