Anda di halaman 1dari 55

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Fakulti Pengurusan & Ekonomi

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH


TUGASAN INDIVIDU ANALISIS BUKU TEKS : PERDAGANGAN TINGKATAN 4 KUMPULAN KULIAH : X

DISEDIAKAN OLEH:NAMANO.
MATRIKTANDA TANGANNURUL HUDA KAMARULZAMANL20112008611 PENSYARAH: EN ABU BAKAR BIN YUSOF

SEMESTER 2 - SESI 2012/133

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS SUBJEK JUDUL PENULIS PENERBIT : PERDAGANGAN : PERDAGANGAN TINGKATAN 4 : HENG SEAI KIE, CHIAM CHEE SIANG, ZAKIYAH BINTI JALUN, SHARINI BINTI HAJI RAMLI : PUSTAKA SERI KANCIL TEMPAT TERBIT: 479A, MELAKA PLAZA, JALAN HANG TUAH, 75300 MELAKA TAHUN TERBIT : 2002 ARAHAN Tandakan ( ) pada skor: 1: Lemah 2: Sederhana TINGKATAN : 4

3: Baik

4: Cemerlang

Dalam ruangan ulasan, anda perlu menyatakan halaman dan justifikasi. KOMPONEN PERKARA SKOR 1 2 3 4 / ULASAN (Halaman & Justifikasi) Penyusunan pecahan setiap topik kepada sub topik tertentu disusun secara teratur yang dilengkapkan dengan nota, contoh serta gambar dan sumber rujukan internet yang dapat digunakan oleh pelajar. Setiap bab dimulakan dengan pengenalan untuk memudahkan pelajar mendapat gambaran awal tentang topik yang akan dipelajari. Tambahan lagi, buku teks ini memuatkan rumusan bagi setiap bab yang dipelajari. Selain daripada itu, ruangan kecil yang memaparkan maklumat tambahan dan persoalan yang merangsang minda pelajar untuk berfikir juga telah dimuatkan dalam buku teks ini. Seterusnya sebagai pelengkap isi kandungan, penulis menyediakan pelbagai bentuk latihan yang dapat menguji pengetahuan pelajar hasil daripada pembelajaran yang telah dilalui. Keluasan isi kandungan adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mata pelajaran ini. 2

A. KESESUAIAN 1. Kelengkapan isi kandungan ISI KANDUNGAN DENGAN TAHAP

2. Keluasan isi kandungan

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH 3. Kedalaman isi kandungan / Kandungan buku memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang asas-asas dalam perdagangan serta dapat memperkembangkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran asas perdagangan yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat menengah rendah. Oleh yang demikian didapati penerangan dan nota yang disediakan dalam setiap bab bersesuaian.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya,isi kandungan buku ini adalah baik dan sesuai untuk memperkenalkan pelajar kepada mata pelajaran perdagangan. Buku ini merangkumi pelbagai kemahiran, konsep, amalan dan pengetahuan serta nilai murni yang selaras dengan keperluan dalam sukatan pelajaran KBSM. Walaubagaimanapun kebanyakan isi kandungan tersebut hanya pada aras pengetahuan dan kefahaman sahaja mengikut aras Taksonomi Bloom. Huraian dan contoh yang lebih terperinci diperlukan merujuk kepada pelbagai aras pengetahuan mengikut taksonomi bloom kerana setiap pelajar adalah berbeza tahap penerimaan dan keupayaan. B. KETEPATAN ISI 4. Ketepatan konsep, definisi KANDUNGAN dan fakta / Konsep, definisi dan fakta yang digunakan bertepatan dengan isi kandungan mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Perdagangan. Ruangan Info Dinamik banyak membantu pelajar memahami sesuatu istilah atau konsep dengan lebih mendalam ( contoh: rujuk m/s 125) Ilustrasi gambar serta penerangan bagi gambar disediakan bagi memudahkan pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang sesuatu topik yang dibincangkan dan ianya sesuai dengan isi kandungan. Peta konsep juga digunakan dala buku ini supaya pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang sesuatu isi dalam topickyang dipelajari ( contoh rujuk m/s 77). Walau bagaimanapun, terdapatcontoh yang sudah tidak relevan digunakan. Sebagai contoh, penulis meletakkan pasaraya Makro 3

5. Ketepatan contoh, kes, gambar, diagram dan ilustrasi

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH (rujuk m/s 75) sebagai contoh,sedangkan kini Makro telah diambil alih oleh Tesco. 6. ketepatan dan konsistensi istilah dan simbol / Penggunaan istilah yang konsisten telah digunakan dalam buku ini namun terdapat penggunaan istilah yang tidak jelas maknanya, seperti istilah kos overhed (m/s 48) kerana penulis tidak menerangkan apakah kos maksud kos overhed. Terdapat beberapa kesalahan ejaan. Sebagai contoh , perkataan 'mengehadkan' sepatutnya ditulis 'menghadkan' (rujuk m/s 18). Ejaan 'xtra' untuk nama pasaraya sepatutnya 'Xtra' (rujuk m/s 50).

7. Ketepatan penulisan mengikut daftar ejaan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya isi kandungan yang dimuatkan dalam buku teks perdagangan Tingkatan 4 ini bertepatan dengan kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Penggunaan sesuatu istilah yang terkini dan jelas dapat memudahkan pelajar memahami arahan. Penulis perlu memastikan penulisan ejaan dan istilah adalah tepat untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembacanya. Selain daripada itu penulis perlu membuat semakan terperinci dalam penggunaan istilah agar makna sesuatu istilah itu difahami oleh pembaca khususnya pelajar luar Bandar ini kerana penulisan buku teks akan menjadi contoh yang baik kepada pelajar dan guru. C. KEMUTAKHIRAN KANDUNGAN 8. Kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi / Perkembangan isi kandungan buku ini hampir seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi, contohnya untuk sub topik 3.3c (m/s 56), penulis ada menerangkan tentang Mesin Peruncitan Automatik dan konsep E-Dagang. Selain itu, sub topik 6.1b (m/s163) ada menerangkan pengedalian perniagaan dalam pengurusan sumber manusia dan pengurusan maklumat menggunakan tekonologi komputer. Pelajar juga boleh mendapatkan info tambahan dengan melayari laman web yang disediakan sebagai 4

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH rujukan. Namun, terdapat juga malkumat lama dan beberapa laman web yang dicadangakan tidak dapat dilayari lagi seperti http://etutoring.tripod.com/per/bab4/j enis/pbrg.html (contoh rujuk m/s 79). 9. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi, peraturan dan kes sebenar. / Hampir semua contoh dan gambar adalah terkini seperti sistem komunikasi dan komputer, nama dan premis perniagaan terkini serta ia merujuk kepada kes yang hampir dengan persekitaran pelajar terutamanya di kawasan bandar. Namun terdapat juga maklumat yang diberi tidak mengikut perkembangan semasa seperti Perbadanan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) tidak diguna pakai lagi kerana telah digantikan dengan SME Corporation (SME Corp)(rujuk m/s 153). / Daftar ejaan dalam buku ini adalah yang terkini mengikut perkembangan ilmu dan situasi semasa. Sebagai contohnya istilah Tvi (Tv Interaktif) (m/s63), e-Dagang (m/s 60) dan IKS (Industri Kecil sederhana). Namun,istilah lama yang sesuai juga masih diguna pakai dalam kandungan buku ini contohnya 'memecah pukal' (m/s 39) dan 'hutang lapuk' (m/S62).

10. Kemutakhiran daftar ejaan

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya kemutakhiran isi kandungan buku ini adalah baik. Ini kerana isi kandungan yang disediakan seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi semasa. Kesahihan maklumat dan kandungan buku ini hendaklah dikaji dan melalui proses penyemakan semula bagi memastikan kandungan di dalamnya dapat membimbing pelajar mengikut arus semasa terutamanya dalam perkara asas perdagangan dan perniagaan. D. KESESUAIAN DENGAN KEHIDUPAN 11. Sesuai dengan perkembangan dan kemampuan pelajar / Isi pelajaran yang terkandung di dalm buku ini bagus dan sesuai dengan perkembangan 5

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH PELAJAR dan kemampuan pelajar. Namun begitu, kelebihan bagi pelajar bandar kerana konsep perdagangan yang digunakan lebih hampir dengan kehidupan mereka. Mereka juga mudah mendapatkan maklumat melalui kemudahan internet yang mudah didapati dalam persekitaran kehidupan mereka.Berbeza dengan pelajar luar bandar pula kerana agak sukar untuk mereka memahami sesetengah istilah misalnya dalam bab perdagangan antarabangsa dan pelaburan. Penjelasan secara mendalam dan contoh yang bersesuaian dengan suasana persekitaran mereka dapat membantu mereka. 12. Sesuai dengan keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar / Contoh -contoh yang digunakan kebanyakannya sesuai dengan lingkungan sosiobudaya pelajar di Malaysia (contoh rujuk m/s 41) Kebanyakan contoh dan gambar dan kes tempatan yang digunakan biasa dilihat oleh pelajar. Bagi topik antarabangsa pula contoh dari luar negara di gunakan.

13. Menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia)

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Penulis menitikberatkan isi pelajaran dengan kehidupan pelajar. Walaupun penyediaan buku teks ini mengikut zon negeri serta menggunakan contoh kes tempatan, tetapi hakikatnya pelajar yang tinggal diluar bandar akan tetap menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat tambahan sekiranya perlu. Ini merujuk kepada kemampuan ekonomi keluarga dan kemudahan teknologi yang sukar untuk memenuhi tuntutan pendidikan semasa. E. KEPEKAAN TERHADAP NILAI TEMPATAN 14. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan (ikut subjek) / Banyak nilai murni dan amalan positif seperti bertanggungjawab, amanah, rasional dalam membuat keputusan, berdikari dan berdaya saing serta memberi pendedahan tentang pembentukan perniagaan diterapkan dalam buku ini. 6

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH (contoh rujuk m/s 145) 15. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan/ wawasan negara / Kebanyakkan nilai gagasan dan wawasan negara tidak diterangkan secara jelas dan tersirat.Pelajar mungkin tidak menyedari tentang nilai yang ingin diterapkan. Misalnya dalam sub topic 4.1c menyatakan kepentingan perniagaan antarabangsa kepada negara. (m/s 114)

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Melalui penilaian, buku teks ini mengandungi banyak unsur yang menunjukkan kepekaan nilai-nilai murni walaupun ada segenlintirnya dinyatakan secara tersirat. Aktiviti berkumpulan mampu melahirkan sikap bekerjasama dan tolong-menolong.Di samping itu, kandungan isi buku ini dapat membimbing pelajar menjadi peniaga yang amanah, berdaya saing serta berdikari seterusnya melahirkan bakal usahawan atau individu yang dapat membantu meningkatkan kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara. F. FOKUS KANDUNGAN 16. Mendorong perasaan ingin tahu pelajar. / Ruangan cetusan minda dalam buku teks ini mampu mendorong pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu perkara. Pelajar juga boleh mendapatkan maklumat tambahan melalui rujukan laman web yang dicadangkan oleh penulis buku. Banyak aktiviti yang dapat merangsang minda pelajar berfikir secara luas disediakan di setiap bab. Melalui aktiviti ini dapat mendorong pelajar membina idea baru contohnya bagaimana untuk menambah pendapatan melalui perniagaan serta kaedah membuat promosi yang kreatif dan unik demi untuk memajukan perniagaan. (contoh rujuk m/s 187) Penulis banyak menekan tentang ciri-ciri usahawan dan peniaga seperti inovatif, berani menghadapi risiko, gigih dan tidak mudah putus asa yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar agar 7

17. Memperkembangkan daya kreativiti

18.Mengembangkan daya kritikal

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH menjadi individu yang sentiasa ingin maju dalam hidup dan tidak hanya menerima sesuatu keadaan tanpa sebarang tindakbalas atau persoalan.Sebaliknya mereka akan sentiasa ingin mengetahui apa jua punca sesuatu kejadian contohnya apabila gagal dalam sesuatu mereka akan menilai mengapa situasi itu berlaku. 19. Mengembangkan kemahiran hidup / Isi kandungan buku teks ni memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai cara memulakan perniagaan, mengamalkan cara-cara kerja yang sistematik dan mengetahui serba sedikit tentang risiko serta perkembangan perdagangan antarabangsa dapat memberi gambaran kepada mereka untuk membentuk kerjaya masa depan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya, buku teks ini telah diolah dengan baik. Jika dilihat dari sudut kandungan dan latihan yang disediakan, ia mampu meningkatkan kreativiti dan daya kritikal pelajar. Selain daripada itu fokus kandungan buku teks ini juga memberi pengetahuan asas kepada pelajar tentang dunia perniagaan yang dapat memberi gambaran awal serta mengembangkan minat mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya. Guru perlu membantu pelajar dengan member penjelasan yang jelas dan mendalam serta mengaitkan dengan kehidupan seharian pelajar supaya merak tidak merasa bosan mempelajari subjek perdagangan ini. / Penulis mengaplikasikan G. TEKNIK 20. Bab dan sub bab di PENYAJIAN paparkan secara konsistensi konsistensi dalam buku teks KANDUNGAN dan sistematik ini dengan menggunakan pernomboran yang sistematik. Setiap tajuk besar menjadi pendahuluan dan akan diikuti oleh beberapa sub tajuk kecil yang memaparkan isi berdasarkan kandungan bab.Seterusnya diikuti oleh rumusan dan latihan sebagai penutup untuk setiap bab. 21. Ketertiban konsep, definisi dan fakta / Setiap permulaan bab dimulakan dengan definisi dan penjelasan bagi setiap penggunaan istilah dan kemudiannya diikuti dengan 8

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH nota dan diselang selikan dengan aktiviti kumpulan. Sebagai contoh, kandungan buku teks ini juga menerangkan cara-cara memulakan perniagaan dan prosedur yang perlu dipatuhi (rujuk m/s 177180).Seterusnya bahagian rumusan dan latihan pengukuhan untuk bab tersebut. 22. Bersifat konstekstual / Isi kandungan dapat mengembangkan kefahaman pelajar serta mengamalkan prinsip asas perdagangan dan usahawan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar selaras dengan nilai dan etika perniagaan. Gambaran yang diberikan juga berkait rapat dengan kehidupan pelajar. Sebagai contoh, penulis memberi gambaran yang jelas bagaimana barangan sampai kepada pihak pengguna (rujuk m/s 38). Isi kandungan yang berkait rapat dengan kehidupan pelajar mampu menjadikan pelajar bertindak dengan bijak dan dapat menyesuaikan diri mengikut perkembangan teknologi semasa. Kemahiran menguruskan perniagaan secara tidak langsung mengembangkan kemahiran mengendalikan urusan diri dan keluarga secara teratur, kemas dan bertanggungjawab selaras dengan nilai dan tatasusila masyarakat dan bijak mengumpul, memproses maklumat secara sistematik, seterusnya membuat keputusan yang rasional. Kuantiti kandungan bab dan sub bab adalah seimbang iaitu di antara 1- 6 sub bab dalam satu-satu topik. Namun pada bab 3 iaitu topik Perniagaan Dalam 9

23. Keseimbangan di antara bab dan sub bab

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH Negeri dalam buku ini terlalu Banyak sub bab yang ingin diterangkan berbanding bab lain 24. Kesinambungan di antara bab/ sub bab/ topik. / Kesinambungan antara bab dan sub bab adalah bersesuaian dengan dengan topik perbincangan bagi setiap bab dalam buku ini. Pelajar didedahkan dengan asas perdagangan serta sejarah awal perdagangan. Seterusnya, aras pengetahuan pelajar meningkat sedikit demi sedikit dengan lebih mendalam tentang perjalanan aktiviti dalam perdagangan seperti pengeluaran, agihan , promosi, perniagaan antarabangsa seterusnya sumber kewangan perniagaan melalui tajuk perbankkan dan pelaburan. Isi kandungan nota yang ditulis dalam buku ini adalah menggambarkan tema berkaitan sukatan pelajaran untuk perdagangan.

25.Keutuhan makna yang terdapat dalam bab/ sub bab/ topik

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya, teknik penyajian kandungan buku ini baik. Penyusunan kandungan juga dimulakan dari aras yang rendah dan meningkat ke aras yang lebih tinggi dalam satu-satu bab. H. PAPARAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN 26. Berpusatkan kepada pelajar / Sebahagian kandungan buku ini berpusatkan pelajar. Selain daripada nota, aktiviti berkumpulan dan perbincangan dimana penglibatan pelajar diperlukan disediakan. Setiap aktiviti yang disediakan diberikan arahan cara untuk menyelesaikannya. Terdapat juga latihan melabel gambarajah secara tidak langsung merangsang pemikiran pelajar.(contoh 10

27. Pembelajaran kendiri

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH rujuk m/s 201). 28. Bervariasi / Penyampaian informasi dalam buku teks ini bervariasi iaitu selain penerangan nota, ia juga menggunakan jadual perbandingan, gambar dan rajah bagi menerangkan sesuatu proses atau ciri sesuatu struktur. ( Contohnya rujuk m/s 45 -50). Namun begitu, penggunaan warna hitam putih pada gambar memberikan kesan paparan yang kurang menarik. Penggunaan warna hanya dibuat dalam bab 3 buku ini. Ini boleh menyebabkan pelajar mula berasa bosan semasa membaca isi kandungan buku ini. / Kandungan buku ini tidak bias kepada pelajar Bandar dan luar bandar. Cuma,lokasi di pedalaman menyukarkan pelajar untuk merasai perkembangan semasa serta kemudahan ICT. Oleh yang demikian sesuatu yang biasa bagi pelajar bandar menjadi perkara baru bagi pelajar luar Bandar seperti EDagang. Namun pengetahuan ini perlu diterangkan dengan lebih mendalam oleh guru bagi memastikan pelajar luar bandar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa. Gaya pemaparan kandungan pembelajaran dalam buku ini dapat membantu mengembangkan kemahiran proses pelajar iaitu pelajar mendapat pendedahan dan gambaran awal beberapa proses yang berkaitan dengan perdagangan.Sebagai contoh: a) rangkaian proses 11

29. Adil & demokrasi (tidak bias lokasi, gender, etnik dll)

30. Mengembangkan kemahiran proses

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH pengeluaran (m/s 8) b) proses bertukar barang melalui sistem barter (m/s 18) c) proses pengagihan sesuatu barang (m/s 38) d) proses mendokumentasi dalam perniagaan (m/s 82) e)prosedur import & eksport (m/s 118) f) proses pengendalian perniagaan (m/s163) g) kaedah mengira pulangan hasil pelaburan. Segala pengetahuan mengenai proses ini dapat merangsang pelajar berfikir bagaimana strategi dan proses untuk memulakan perniagaan dan merangsang mereka membuat keputusan yang rasional dalam menjadi individu yang berjaya dalam kerjaya. 31. Mencipta komunikasi interaktif / Melalui sesi perbincangan berdasarkan pelbagai bentuk latihan seperti kerja kumpulan dan forum yang disarankan dalam buku ini dapat mewujudkan komunikasi yang interaktif dari pelbagai hala. Aktiviti ini akan merangsang pelajar berfikir, bekerjasama untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan. Dalam sub topik Bantuan Perniagaan mengajar pelajar tentang risiko dan menekankan kepentingan insurans untuk melindungi keselamatan perniagaan.

32. Menekankan aspek keselamatan (bagi subjek amali/ praktik)

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara kesimpulannya, pemaparan kandungan buku ini adalah menyeluruh. Ini merangkumi penyediaaan nota dan latihan sebagai pengukuhan kepada pelajar. Namun begitu, penggunaan warna hitam putih kurang menarik minat pelajar. Oleh yang demikian, dicadangkan supaya penulis dan penerbit buku ini menilai semula dari segi paparan menggunakan pelbagai warna agar buku ini lebih menarik dan dapat merangsang minat pelajar untuk menggunakannya. Ini dapat mengalakkan pelajar agar tidak bergantungsepenuhnya kepada buku teks kerana pelajar 12

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH lebih tertarik kepada warna dan cara buku itu dipersembahkan. Ini dikhuatiri maklumat yang terdapat dalam buku teks dan buku rujukan berbeza dan seterusnya mengelirukan para pelajar I. KELENGKAPAN DOKUMENTASI 33. Ada kata pengantar / Buku ini ada menyediakan ruangan kata pengantar iaitu oleh Ketua Pengarah pendidikan Malaysia ( Datuk Abdul Rafie Bin Mahat)(rujuk m/s vii) dimana beliau menjelaskan tentang tahap tahap kualiti penyediaan buku ini melalui semakan semula dan diperakui oleh Kementerian Pelajaran serta memenuhi Sukatan dan Huraian sukatan Pelajaran. Ruangan Glosari disediakan di bahagian helaian belakang bagi memudahkan pelajar membuat rujukan bagi istilah yang digunakan dalam buku ini. (rujuk m/s 226-228) Di setiap pengenalan bab bagi setiap topik ada disediakan tajuk, hasil pembelajaran dan motif pembelajaran (contoh rujuk m/s 23). Peta konsep juga disediakan bagi memudahkan pelajar mengetahui apa yang dipelajari dalam bab tertentu. Ruangan Renungan Sejenak juga dilampirkan bagi mengimbas kembali apa yang telah dipelajari dalam bab yang sebelumnya (contoh rujuk m/s 24). Di samping itu penulis juga meletakkan ilustrasi gambar yang berkaitan dengan bab dan ini membantu memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pelajar. Sumber rujukan yang digunakan oleh penulis adalah di antara tahun 1985 -2005. Penulis juga banyak menggunakan sumber atas talian. (rujuk 229-230). Rumusan bagi setiap bab disediakan pada akhir topic. 13

34. Definisi istilah dinyatakan

35. Ada carta/ Advance organizer pada awal bab

36. Sumber maklumat terkini: teks, data, gambar, jadual, diagram, nama, tarikh & sumber internet.

37. Ada rumusan pada setiap topik/ bab.

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH Rumusan yang ringkas memudahkan pelajar melihat isi penting dalam setiap bab. 38.Tugasan, latihan dan contoh soalan diberi pada setiap bab. / Semua soalan yang disediakan meliputi kaedah penyoalan yang berbeza. Pada akhir setiap sub topik disediakan aktiviti kelas dan kumpulan berbentuk perbincangan ataupun soalan berkaitan. Bagi setiap akhir setiap bab pula di sediakan soalan berbentuk objektif, esei dan kajian kes sebagai aktiviti pengukuhan pelajar . Daftar pustaka untuk buku ini dinyatakan pada bahagian awal buku iaitu dimulakan dengan judul buku, nama pengarang (seramai 4 orang), nama editor, nama dan alamat penerbit (Pustaka Seri Kancil), tahun terbitan ( 2002) serta tempat cetakan buku ini di buat (Percetakan Laser Press Sdn. Bhd). Ruangan Indeks dan Glosari ada di sediakan dan ini memudahkan pengguna buku ini mencari kedudukan dan makna sesuatu istilah atau perkataan berkaitan teks dan ditulis mengikut turutan alphabet (rujuk m/s 226,227,228 & 232). Buku ini ada menyediakan lampiran bagi ruangan Glosari, Senarai Rujukan, senarai Rujukan Laman Web dan Indeks di mana ia dapat menjadi panduan rujukan tambahan pelajar. (rujuk ms 226 - 232).

39. Ada bibliografi/ rujukan terkini

40. Terdapat Indeks

41. Ada lampiran (bagi perkara yang berkaitan

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Kesimpulannya, struktur dokumentasi buku ini adalah lengkap. Buku ini dimulakan dengan kata penghantar sebagai pengenalan buku. Hasil pembelajarn dinyataka pada setiap bab memudahkan pelajar apa yang bakal mereka pelajari dalam bab tersebut membantu pelajar mendapatkan maklumat yang lebih awal sebelum mereka 14

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH memulakan pembelajaran. Seterusnya susunan nota dan di selang selikandengan latihan yang berbeza dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan buku ini di smaping dapat mengalakkan mereka berfikir secara kritis dan kreatif. Bahagian akhir buku diakhiri dengan bahagian penutup iaitu glosari, senarai rujukan dan indeks.

PENGENALAN Perdagangan adalah salah satu mata pelajaran elektif untuk tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah kumpulan Sastera Ikhtisas. Mata pelajaran ini dapat memperkembangkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran asas perdagangan yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di peringkat menengah rendah. Nilai-nilai murni dan sikap positif yang berkaitan juga akan dapat dipupuk dan diperkukuhkan di kalangan pelajar. Isi sukatan pelajaran ini dibentuk berasaskan beberapa keperluan yang melampaui peringkat kenal faham untuk: i. ii. iii. iv. v. vi. Membangunkan tenaga manusia dan negara melalui bidang perdagangan Menerapkan nilai-nilai murni dan menanamkan sikap positif dalam menjamin kesejahteraan hidup melali berbagai aktiviti perdagangan Mengetahui, memahami dan menggunakan prinsip-prinsip dan amalanamalan asas perniagaan dalam negeri dan antarabangsa Mengetahui dan memahami kegunaan dan penggunaan perkhidmatanperkhidmatan yang membantu perniagaan Mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan secara formal dan tidak formal Mengenal pasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan supaya dapat membuat pilihan dengan bijak

Mata pelajaran ini juga dapat memenuhi keperluan pendidikan perdagangan bukan sahaja dalam konteks persekitaran perdagangan yang dipengaruhi oleh arah aliran dan perkembangan terbaru, tetapi juga dalam usaha serta komitmen untuk memberi pelajar pendidikan umum seimbang dan menyeluruh dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif. mata pelajaran ini juga dapat memberi pegetahuan dan kemahiran asas dalam bidang perdagangan. Seterusnya, diharap pelajar mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran serta mengukuhkan minta bagi tujuan meneruskan pendidikan perdagangan ke peringkat yang lebih tinggi serta membantu pelajar mengenal pasti peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan dan memilih pekerjaan dengan bijak. Hal ini sejajar dengan matlamat 15

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KBSM iaitu melahirkan pelajar yang mampu berdikari, berktrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, peka terhadap perkembangan teknologi dan ekonomi semasa dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan bagi mewujudkan kemakmuran dan keharmonian keluarga dan masyarakat. Secara umumnya, Perdagangan merupakan satu mata pelajaran yang dianggap relevan dalam menerapkan menerapkan nilai-nilai yang berkaitan dengan hubungan kaum dari aspek kandungan, penerapan nilai dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Justeru dalam penilaian terhadap buku teks Perdagangan tingkatan empat ini akan dibincangkan mengenai matlamat pendidikan perdagangan itu sendiri, kekuatan dan kelemahan buku teks ini serta cadangan bagi menambahbaik buku teks ini.

1.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN Sesebuah kursus yang dibina pasti mempunyai matlamat yang telah digariskan. Setiap guru haruslah memastiakn bahawa mereka dapat mencapai matlamat tang telah ditetapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Taba (1962) melalui Huraian Sukatan Pelajaran Perdagangan, matlamat utama sebuah pengajaran dan pembelajaran ialah untuk menyampaikan pengetahuan. Pengetahuan terbahagi kepada empat peringkat iaitu data atau fakta, konsep, generalisasi dan prinsip. Hal ini menyebabkan pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aspek iaitu kognitif, psikomotor, afektif, rohaniah dan sosial. Hal ini juga menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif serta membentuk pelajar berdikari. Mata pelajaran Perdagangan bertujuan untuk member pendidikan perdagangan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip dan amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan. Dengan ini dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup beerdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa juga usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur untu kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. 2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN Objektif mata pelajaran Perdagangan adalah untuk membolehkan pelajar: i. ii. iii. iv. v. Mengenal pasti dan menerangkan struktur dan operasi asas perniagaan, perniagaan dalam negeri dan antarabangsa Mengetahui dan memahami kepelbagaian kaedah jualan dalam perniagaan Mengetahui dan memahami peranan industri kecil dan sederhana dalam pengeluaran Membuat pilihan tentang jenis milikan perniagaan serta memahami prosedur penubuhannya Mengenal pasti peluang-peluang utama pelaburan di Malaysia dan cara-cara untuk melabur 16

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH vi. vii. viii. ix. x. Mengetahui dan memahami kepentingan dan cara bantuan perniagaan membantu pengendalian sesuatu perniagaan dan pengguna Memahami dan menilai etika-etika dalam perniagaan dari aspek perlindungan pengguna supaya wujud pengguna yang bijak dan rasional Mengetahui dan memahami kepentingan peranan kerajaan dalam membantu perniagaan Membina pengetahuan dan kemahiran asas serta mengukuhkan minat bagi tujuan meneruskan pendidikan perdagangan di peringkat yang lebih tinggi Mengenal pasti peluang-peluang pekerjaan dalam bidang perdagangan dan memilih sesuatu pekerjaan dengan bijak sama ada yang bersifat berusaha sendiri atau bekerja dengan majikan

KEKUATAN YANG TERDAPAT DALAM BUKU TEKS Pendidikan di Malaysia meletakkan buku teks sebagai salah satu sumber untuk kegunaan pelajar dan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Buku teks ialah bahan pengajaran dan pembelajaran yang kandungannya disediakan mengikut keperluan dan penekanan pihak berkuasa pendidikan sesuatu tempat. Buku teks adalah wadah penyampaian ilmu dan dianggap sebagai jambatan antara sukatan pelajaran dan pengguna. Buku teks juga menterjemah keperluan kurikulum ke dalam bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pengguna. Buku teks Perdagangan tingkatan empat ini ditulis oleh empat orang penulis iaitu Heng Seai Kie, Chiam Chee Siang, Zakiyah binti Jalun dan Sharini binti Haji Ramli.. Mereka merupakan penulis yang mempunyai kelayakan dalam bidang perdagangan. Buku teks ini ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang baru iaitu Edisi 2002, edisi semakan semula. Buku ini mengandungi tujuh bab yang merangkumi prinsip asas dalam bidang perdagangan. Secara umumnya, terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam membuat penilaian atau analisis terhadap sesebuah buku kerana buku teks menjadi sumber rujukan utama pelajar di semua sekolah di Malaysia. Sesungguhnya sesebuah buku teks itu perlu mempunyai ciri-ciri seperti kandungan fakta yang diyakini sumbernya, penulis yang mempunyai kewibawaan dan diiktiraf, mengandungi pengetahuan yang bersesuaian dengan aras pengetahuan pelajar, sesuai bagi sesebuah mata pelajaran, bersifat menyeluruh dan sebagainya. Menurut penilaian yang telah dibuat terhadap buku teks ini didapati beberapa aspek yang dilihat menjadi asas dan kekuatan dalam menepati ciri-ciri buku panduan dan rujukan sumber utama murid. Kandungan buku teks merupakan aspek penting dalam penghasilan buku teks Antara kekuatan tersebut termasuklah dari sudut pemilihan isi kandungan yang sememangnya berdasarkan Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran Perdagangan Tingkatan Empat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar untuk mempertingkatkan mutu pendidikan di Malaysia di mana fokus pembelajaran bukan kepada pengetahuan sahaja tetapi juga dalam meningkatkan kemahiran pelajar. Tahap pengetahuan pelajar yang berbeza-beza dapat disesuaikan dalam buku teks ini kerana objektif pembelajaran yang dibina adalah bersifat pelbagai iaitu dari tahap aras 17

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH rendah kepada aras tinggi. Dari sudut kelengkapan isi kandungan pula dapat dilihat kekuatannya iaitu pemilihan isi kandungan yang bersesuaian dan disusun secara sistematik dan teratur dan secara kronologi bagi memudahkan pelajar membina pengetahuan. Pengetahuan baru dapat dibina di atas pengetahuan lama kerana sifat isi kandungan yang berkesinambungan. Buku ini juga ditulis dengan baik apabila melihat kepada penggunaan contoh, gambar dan kes tempatan bermaksud contoh bagi penyataan atau isi yang dinyatakan berkait rapat dengan gambaran yang dapat dibuat oleh pelajar kerana situasi atau contoh yang digunakan terdapat dalam lingkungan budaya serta gambaran tempatan. Pelajar mudah memahami sesuatu konsep dan pengetahuan apabila penulis memberikan contoh yang paling dekat dalam diri pelajar dengan. Namun begitu, bagi melihat kepada fakta sebenar yang berkaitan diselitkan juga contoh dan gambar dari luar negara bagi memberi gambaran tepat. Ini sedikit sebanyak membantu pelajar untuk mempunyai pengetahuan globalisasi semasa.

Tahap pengetahuan pelajar juga dapat diperkembangkan lagi dengan info tambahan yang diberikan oleh penulis pada ruangan kecil yang dikenali sebagai Cetusan Minda dan Info Dinamik. Melalui latihan yang diberikan juga, dapat dilihat bahawa penulis bijak dalam mempelbagaikan latihan dan ianya dibuat berdasarkan minat pelajar dan dekat dengan jiwa mereka. Sebagai contoh latihan berbentuk peta konsep, pencarian maklumat dalam laman web, dan sebagainya. Selain itu,kedalaman aspek isi kandungannya juga dapat dilihat melalui persembahan isi yang lengkap dan tersusun secara sistematik. Keluasan isi kandungan ini juga dapat dilihat daripada pemilihan topik dan sub topik bagi keseluruhan buku yang bersifat menyeluruh merangkumi fakta berkaitan kes tempatan dan luar negara bagi mendapatkan fakta yang bersifat menyeluruh. Format persembahan pada keseluruhan buku teks juga dilihat terancang, berfungsi,agak jelas dan mudah. Terancang disini membawa maksud susunan isi kandungan dan pengisiannya adalah sangat sistematik selain jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Tambahan lagi jika dilihat dari sudut teknik penyajian kandungan terdapat beberapa perkara positif yang dapat dikenalpasti antaranya ialah bab dan sub bab yang dipaparkan adalah secara konsistensi dan sistematik. Malah, terdapat juga keseimbangan antara bab dan sub bab walaupun maklumat bab 3 panjang sedikit berbanding bab yang lain serta ianya berkesinambungan serta mempunyai keutuhan makna antaranya. Akhir sekali aspek yang turut dilihat agak baik dan menjadi kekuatan buku ini ialah aspek pendokumentasian yang agak lengkap. Terdapat beberapa perkara yang menjadi kekuatan dalam bahagian pendokumentasian ini antaranya kelengkapan dari segi penyediaan bahagian pengenalan buku tang terdiri daripada mempunyai bahagian Penghargaan, Isi Kandungan, Kata Pengantar dan Pendahuluan. Manakala bahagian isi kandungan pula ada dinyatakan definisi atau istilah sesuatu perkataan, carta atau peta konsep pada awal setiap bab, dan maklumat juga agak terkini serta disediakan rumusan pada setiap akhir bab bagi menutup setiap bab dan setiap rumusan ini diselitkan dengan nilai patriotisme serta latihan dan aktiviti bagi setiap bab bagi memberi pengukuhan kepada pelajar. Bahagian penutup juga ada dinyatakan beberapa perkara yang sepatutnya ada iaitu Glosari, Sumber rujukan atau bibliografi serta turut dinyatakan indeks.

18

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

3.0 KEKURANGAN YANG TERDAPAT PADA BUKU TEKS Setelah penilaian dibuat ke atas buku teks Perdagangan Tingkatan Empat ini, didapati terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki oleh pihak penulis itu sendiri antaranya kelemahan yang sangat ketara dalam aspek persembahan gambar, ilustrasi dan diagram yang digunakan. Yang amat jelas tidak menarik ialah dari sudut kualiti sesebuah gambar yang digunakan. Penggunaan warna hitam putih tidak dapat menarik minat pelajar untuk membaca. Penggunaan ilustrasi berwarna hanya digunakan dalam bab 3 sahaja. Namun terdapat beberapa ilustrasi yang digunakan dilihat agak menarik kerana memberi gambaran dengan baik tentang sesuatu perkara. Kualiti gambar yang kurang menarik ini menimbulkan perasaan bosan dalam kalangan pelajar kerana pelajar lebih tertarik kepada gambar yang bersifat menarik dan kreatif. Seperti yang sedia maklum, buku teks merupakan sumber utama dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Maklumat yang diberikan haruslah bertepatan dengan keadaan semasa. Di dalam buku ini, ada contoh yang tidak relevan lagi kepada pelajar. Contohnya penggunaan gambar Pasaraya Makro masih digunakan sedangkan pasaraya tersebut sudah diambil alih dan diuruskan oleh pengurusan lain. Contoh lain yang masih digunakan peleh penulis ialah Perbadanan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) tidak diguna pakai lagi kerana telah digantikan dengan SME Corporation (SME Corp). Tambahan lagi, sebahagian kecil maklumat laman web yang dijadikan sebagai rujukan untuk pelajar juga sudah tidak dapat dilayari. Hal ini akan menyusahkan pelajar untuk mencari maklumat dan minat mereka untuk mencari maklumat mungkin akan luntur sekiranya mereka menghadapi masalah dalam mendapatkan maklumat tambahan. Laras bahasa yang sukar dan ejaan salah akan mengelirukan para pelajar. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam kandungan buku ini yang perlu dititik beratkan. Kesilapan bahsa dan ejaan dalam buku teks akan menjejaskan pembelajaran pelajar. Penerbitan buku teks Perdagangan berbeza bergantung kepada zon yang telah ditetapkan sedangkan pelajar menduduki kertas yang sama dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Maklumat dan cara penyampaian yang berbeza mengikut zon. Pelajar boleh menjadi keliru sekiranya mereka menggunakan buku teks yang berbeza sebagai rujukan tambahan. Seharusnya apabila melibatkan peperiksaan besar seperti SPM, kandungan dan maklumat 19

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH yang disampaikan mempunyai tahap yang sama dan standard tanpa mengikut zon yang telah ditetapkan.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BUKU TEKS Sebuah buku teks yang baik mempunyai beberapa perkara yang dapat memastikan isi kandungan dan persembahan buku tersebut dapat disampaikan dengan baik dan efektif agar sesebuah buku teks itu dapat menjalankan fungsinya sebagai sumber rujukan utama pelajar. Buku teks yang baik mampu memberi bimbingan serta membina sikap para pelajar secara langsung dan tidak langsung. Selain itu juga, buku teks yang baik mampu dijadikan rujukan dan menyediakan maklumat kepada para pelajar supaya pelajar tidak bergantung harap kepada buku rujukan.Ini diharap dapat membantu pelajar dalam menguasai dan memahami setiap topik yang dipelajari walaupun dengan bersumberkan buku teks sahaja. Peranan buku teks ini tidak dipandang serius oleh sesetengah pihak terutama pelajar. Sebagai medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran, buku teks menjadi aspek penting untuk memastikan proses perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan efektif walaupun buku teks hanyalah sebahagian daripada bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru. Jadi seharusnya buku teks itu mempunyai ciri-ciri yang baik dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan menjadi sumber utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mampu menjadikannya sebagai sumber bacaan dan rujukan utama kepada semua pelajar. Setelah melihat kepada kekuatan dan kelemahan dalam penulisan buku teks ini dapat dicadangkan beberapa penambahbaikan bagi membantu penghasilan buku teks yang lebih baik pada masa akan datang. Daripada beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti semasa penilaian dilakukan terhadap buku teks ini terdapat beberapa perkara yang dilihat dapat diperbaiki salah satunya adalah aspek reka bentuk buku teks yang merangkumi aspek-aspek teknikal seperti rupa luaran buku teks, penggunaan gambar atau grafik yang lebih menarik, ilustrasi yang menarik serta sudut persembahan isinya perlu dibuat dengan penggunaan peta minda dan perlu dipelbagaikan dari sudut persembahan. Ini kerana sukar untuk menarik pelajar untuk membaca buku ini yang dianggap penuh berfakta yang sukar diingati, jadi seharusnya gambar dengan warna yang menarik dan jelas perlu dipersembahkan agar pelajar merasakan subjek perdagangan ini sebagai satu subjek yang menarik dan mudah dipelajari. Penyediaan CD boleh digunakan sebagai ruangan latihan selain daripada nmenyediakan tayangan gambar atau video yang berkaitan dengan perniagaan seperti perniagaan runcit, pengangkutan dan promosi untuk menarik perhatian dan minat pelajar. 20

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH Selain itu juga, di dalam CD ini juga boleh dilengkapkan dengan nota-nota yang interaktif serta contoh-contoh atau idea kreatif dalam menjalankan perniagaan. Cd ini juga boleh dijadikan nota tambahan dan rujukan awal sebelum pembelajaran bermula. Akhirnya, dapat dicadangkan juga penggunaan unsur-unsur animasi dalam menyampaikan maklumat berkenaan fakta sejarah ini untuk memudahkan pelajar membaca. Ini diharap dapat membantu pelajar untuk menimbulkan minat untuk mempelajari mata pelajaran ini serta mengharapkan pihak tertentu atau penulis sendiri untuk menyediakan sekeping cakera padat berkaitan keseluruhan topik dalam bentuk animasi yang diolah mengikut kesesuaian pelajar mengikut tingakatan dan aras pelajar. Bentuk animasi ini dilihat dekat dengan jiwa pelajar di peringkat umur ini dan ianya perlu dibuat dengan teliti dan menggambarkan situasi yang bersesuaian dengan topik yang dibincang. Diharapkan beberapa cadangan ini dapat membantu penambahbaikan dalam buku teks Perdagangan Tingkatan Empat ini agar ianya lebih bersifat fleksibel dan efektif bagi kegunaan pelajar.

5.0 PENUTUP Buku teks kini tidak hanya memaparkan bahan baku yang perlu dimentelaah dan dihafal. Sebaliknya, buku teks kini mengajak pembacanya berinteraksi secara aktif seperti mempersoalkan isu atau pendapat agar pembaca dapat mengambil bahagian dalam setiap perbincangan yang dilakukan. Namun demikian, penggunaan buku teks lebih bermakna sekiranya guru menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Buku teks juga dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang seragam kepada pelajar. Pengalaman ini menyediakan pelajar ke tahap pengetahuan dan kemahiran yang lebih tinggi dari pelbagai aspek. dengan kata lain, ilmu pengetahuan asas menjadi wadah bagi pengumpulan dan pemahaman ilmu yang lebih kompleks di kemudian hari. Secara keseluruhannya daripada kesemua aspek yang telah dinyatakan iaitu aspek isi kandungan, pengisian, teknik penyajian, pendokumentasian dan sebagainya, buku ini telah hampir memenuhi aspek tersebut. Buku teks merupakan sebuah buku yang dianggap penting bagi pelajar kerana ianya dianggap sumber rujukan yang lengkap dan tepat. Jadi seharusnya pelbagai pihak perlu memandang berat terhadap aspek penulisan dan penghasilan buku teks ini agar tidak menyampaikan sesuatu yang salah kepada pelajar. Justeru,sesebuah buku teks yang menjadi rujukan pelajar itu sangat memainkan peranan penting dalam mendapatkan maklumat dan rujukan yang tepat serta memandu pelajar dalam mempelajari subjek ini dengan lebih baik. Penilain buku teks perlu bagi mengekalkan kualiti buku teks seterusnya dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran serta mengembangkan lagi pengetahuan pelajar dalam bidang ilmu yang dipelajari melalui sesuatu mata pelajaran di sekolah.

21

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

BIBLIOGRAFI Heng Seai Kie, Chiam Chee Siang, Zakiyah Binti Jalun, Sharini Binti Haji Ramli (2002), Perdagangan Tingkatan Empat, Pustaka Seri Kancil, Melaka Huraian Sukatan Mata Pelajaran Perdagangan dimuat turun melalui http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/p_teknik&kemahiran/HSP_Aliran_Teknikal_ 13mp/perdagangan.pdf pada 20 September 2012

22

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

LAMPIRAN

23

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 1 : Halaman Muka Hadapan Buku Teks 24

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 2 : Halaman Muka Belakang Buku Teks

25

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 3 : Isi Kandungan Buku Teks

26

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

27

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 4 : Halaman Kata Pengantar

28

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 5 : Halaman Pendahuluan

29

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 6 : Halaman Penghargaan

30

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 7 : Halaman pengenalan di setiap permulaan bab

31

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 8 : Halaman rumusan di setiap akhir bab

32

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 9 : Contoh latihan di setiap akhir bab

33

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

34

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 10 : Contoh penerangan nota melalui carta aliran

35

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 11 : Contoh penerangan nota melalui peta konsep

36

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

37

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 11 : Contoh penerangan nota melalui jadual

38

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 12 : Contoh penerangan nota melalui gambar rajah

39

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

40

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 13 : Contoh ruangan Info Dinamik

41

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 14: Contoh aktiviti individu

42

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 15: Contoh aktiviti kumpulan

43

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 16 : Contoh ilustrasi

44

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

45

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 17 : Contoh gambar yang tidak relevan digunakan lagi

46

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 17 : Contoh kesilapan ejaan

47

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

48

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 18 : Contoh ketidakmuktahiran kes (SMIDEC kepada SME Corp)

49

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 18 : Contoh rujukan laman sesawang

50

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 19 : Contoh borang

51

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 20: Glosari

52

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 21: Halaman Senarai Rujukan

53

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

54

KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Lampiran 22: Halaman Indeks

55

Anda mungkin juga menyukai