Anda di halaman 1dari 1

Soalan no.

1 Tamadun manusia bersifat dinamik , maka tamadun awal ini terus berkembang kerana masyarakat yang mendukung tamadun tersebut sentiasa berusaha untuk mencapai kemajuan hidup.Oleh itu, kita dapat melihat peningkatan berlaku setelah tamadun itu berkembang.Secara umum, peningkatan tamadun merujuk pada kemampuan manusia menggunakan pemkiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks daripada yang tersebut sebelum itu.Peningkatan itu berkait secara langsung dengan kemahiran menghasikan idea-idea baru dalam memajukan dan meningkatkan cara hidup.Kemajuan tamadun ini dapat diukur melalui pencapaian manusia dalam tiga aspek utama, iaitu sosial, politik dan ekonomi.Politik merujuk kepada sistem pemerintahan, pentadbiran, perundangan, serta perluasan kuasa.Dari sudut ekonomi, ekonomi merupakan kegiatan yang dijlankan untuk memenuhi keperluan hidup seperti bertani, berdagang dan hasil barangan ada diniagakan. Sosial pula menekanan asek pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraan, seni lukis, sains dan teknologi.Contoh tamadan yang wujud ialah tamadun Yunani, Rom, India, dan China.

Anda mungkin juga menyukai