Anda di halaman 1dari 7

TENAGA SURIA

TEKNOLOGI sel solar wajar digunakan sebagai sumber alternatif menjana elektrik dalam projek pembestarian sekolah luar bandar untuk memastikan pelajar di kawasan berkenaan tidak ketinggalan dalam pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi. Contoh tenaga suria:

Gambar Hiasan: Sebuah rumah yang dikuasakan dengan tenaga solar / suria

TENAGA KIMIA
Tenaga kimia adalah tenaga yang tersimpan di dalam ikatan atom dan molekul . Ia adalah tenaga yang mengikat zarah zarah bersama. Bahan bakar seperti biojisim, petroleum, gas asli dan propana, dan juga makanan serta bateri adalah contoh contoh tenaga kimia tersimpan.

TENAGA CAHAYA
Tenaga cahaya membolehkan kita melihat sebarang objek di sekeliling kita. Kebanyakan objek yang kita lihat tidak menghasilkan cahaya. Objek objek tersebut hanya memantulkan cahaya datang daripada sumber lain.

TENAGA ELEKTRIK
Tenaga elektrik terhasil daripada pergerakan cas cas elektrik. Ia terdiri daripada zarah zarah kecil dipanggil sebagai atom. Atom terdiri daripada zarah zarah yang lebih kecil dipanggil elektron (bercas negatif), proton (bercas positif) dan neutron (cas neutral). Elektron mengorbit mengelilingi pusat, atau nukleus, seperti bulan mengorbit Bumi. Nukleus terdiri daripada neutron dan proton.

TENAGA HABA
Tenaga haba membuatkan objek menjadi panas. Jika lebih banyak haba dibekalkan kepada objek, objek itu akan menjadi lebih panas. Sebaliknya, jika tenaga haba dibebaskan daripada objek, ia akan menjadi sejuk

TENAGA KINETIK
Tenaga kinetik (kinetic ebergy) adalah tenaga yang dimiliki (possessed) oleh jasad yang bergerak (moving body). Tenaga kinetik sesuatu objek adalah bergantung kepada jisim (mass) danhalaju (velocity).

TENAGA KEUPAYAAN

TENAGA KEUPAYAAN
Tenaga keupayaan (potential energy) adalah tenaga yang tersimpan di dalam badan/jasad kerana kedudukannya (tenaga keupayaan graviti) atau keadaan fizikalnya (tenaga keupayaan elastik).

Anda mungkin juga menyukai