Anda di halaman 1dari 5

Kaedah Pandang Dan Sebut A.

Latihan Menyebut Perkataan Aktiviti : Uji Minda

Peruntukan masa : 20 minit Pelaksanaan: 1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kesesuaian aktiviti. 2. Murid akan didedahkan dengan aktiviti menyebut perkataan. Kad bergambar akan ditunjukkan kepada miurid-murid terlebih dahulu. Kemudian guru akan menyebut perkataan bagi gambar dan diikuti oleh murid-murid. 3. Guru memaparkan perkataan bagi gambar yang telah ditunjukkan. Guru akan menyebut perkataan yang dipaparkan, diikuti oleh murid-murid. Aktiviti ini akan dijalankan berulangan dengan kad-kad gambar yang lain pula. 4. Setelah semua kad gambar dan perkataan selesai diajar, maka guru aka menguji murid-murid. Guru akan memanggil murid secara rawak untuk menyebut kembali perkataan-perkataan yang telah dipelajari dengan kad gambar dan kad perkataan.

Aktiviti

: Padankan Aku

Peruntukan masa : 15 minit Pelaksanaan: 1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kesesuaian aktiviti. 2. Setiap kumpulan akan diberikan peti yang mengandungi kad-kad perkataan yang telah dipelajari dalam aktiviti Uji Minda. 3. Kad-kad gambar yang telah diajar oleh guru dalam aktiviti Uji Minda akan ditampal pada papan tulis di hadapan bilik darjah. 4. Murid-murid akan melakukan aktiviti memadankan dan melekatkan kad-kad perkataan yang mereka perolehi dari dalam kotak, di bawah kad-kad gambar yang betul.

2. Latihan Mencerakinkan Perkataan Menjadi suku Kata Aktiviti : Bola SuKa

Peruntukan masa : 20 minit Pelaksanaan: 1. Murid-murid akan didedahkan dengan aktiviti mencerakinkan perkataan. 2. Kad-kad bergambar akan dipaparkan kepada murid terlebih ahulu. Guru menyebut perkataan bagi gambar tersebut dengan betul. Guru meminta murid mengulangi sebutan perkataan dengan betul. 3. Kad-kad suku kata pula dipaparkan kepada murid-murid. Guru akan menyebut setiap suku kata yang terpapar pada slaid dituruti oleh murid. Aktiviti dilakukan berulangan. 4. Seterusnya, murid duduk dalam susunan bulatan. Apabila lagu dimainkan, maka murid-murid akan menghantar bola dari seorang murid kepada murid yang lain mengikut arah pusingan jam. 5. Muri yang memgang bola ketika lagu berhenti akan memperolehi sekeping kad yang mengandungi suku kata. Murid tersebut akan diminta untuk menyebut suku kata tersebut. 6. Murid yang lain juga akan menyebut suku kata tersebut bersama-sama. 7. Seterusnya lagu akan dimainkan semulla dan permainan diteruskan sehingga semua murid mendapat kad suku kata masing-masing.

Aktiviti

: Cari Pasangan

Peruntukan masa: 10 minit Pelaksanaan: 1. Dalam aktiviti Bola SuKa, murid-murid telah memperolehi kad suku kata masing-masing. 2. Murid-murid akan diminta memakai kad suku kata masing-masing pada leher. 3. Murid-murid akan diminta untuk mencari pasangan suku kata masing-masing. 4. Setelah mendapat pasangan yang betul, mereka mesti berdiri bersebelahan pada kad-kad gambar yang betul. 5. Kad-kad gambar telah ditampalkan pada papan tulis di hadapan bilik darkah.

3. Latihan Membaca Ayat Aktiviti : Albumku

Peruntukan masa: 20 minit Pelaksanaan: 1. Murid-murid akan didedahkan dengan aktiviti membina ayat. Kad-kad gambar akan dipaparkan dahulu kepada murid-murid. 2. Guru akan menyebut ayat yang mewakili gambar tersebut. 3. Guru meminta murid-murid menyebut kembali ayat yang disebut oleh guru. Aktiviti ini akan diulang bagi kad-kad gambar yang berikutnya. 4. Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang terdapat dalam kotak, muridmurid diminta untuk memilih gambar yang berkaitan dengan perkataan-perkataan yang mereka perolehi dan kemudiannya membina ayat. 5. Mereka akan menampal gambar yang mereka pilih di atas kad manila dan kemudiannya menampal perkataan-perkataan yang mereka perolehi untuk membentuk ayat di bawah gambar tersebut.

Anda mungkin juga menyukai