Anda di halaman 1dari 57

Ruqyah Syariah Mustaqim

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


1

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


Ruqyah
Syariah
Mustaqim



Klinik muallij
http://klinik-muallij.blogspot.com
oleh: Mustakim bin Mohd Najib
19 Mei 2010 (5 Jamadil Akhir 1431)
tanpa hakcipta ilmu untuk semua



Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
2

ISI KANDUNGAN BUKU RUQYAH SYARIAH MUSTAQIM
Ruqyah Syariah - 4
-Sayarat Ruqyah Syariah
-Ketentuan Meruqyah
- Tatacara Ruqyah

Setiap Penyakit Ada Ubat - 6

Kekeliruan Dan Kesalahan Praktik Ruqyah - 8
-Mengajak Jin Berbicara Dan Membenarkan Kata-Katanya
-Perawatan Menjadi Sumber Pendapatan Tetap
-Penyembelihan Haiwan Sembelihan Untuk Jin - 9
-Terlalu Bergantung Pada Pengalaman
-Peruqyah Ialah Suatu Pekerjaan
-Meminta Upah - 10
-Membuat Zikir Dan Ilmu Baru
-Meyakini Ruqyah Adalah Penawar Dan Penyembuh
-Bertanyakan Nama Pesakit, Nama Bapa Dan Nama Ibu Pesakit
-Meminta Benda Yang Selalu Dipakai Oleh Pesakit.
-Meminta Pesakit Menyembelih Haiwan Dan Darahnya Atau Hempedunya Dijadikan Ubat.
-Menulis Wafaq/Kalimah Yang Tidak Difahami Maksudnya, Mirip Kod Morse Dan Putus-
Putus. - 10
-Menyelang-Selikan Ruqyah Dengan Kalimah Dan Bahasa Yang Tidak Difahami Maknanya.
-Membekalkan Pesakit Dengan Sesuatu Untuk Ditanam Atau Digantung Di Rumah
-Terdapat Tanda Kefasikan Perawat
-Tidak Peka Dengan Aurat

Ayat-Ayat Yang Dibaca Dalam Meruqyah -12
-Al-Muawwizat
-Surah Al-Fatihah - 14
-Surah Al-Kafirun - 15
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
3

-Ayat-Ayat Al-Quran Selain Di Atas - 16
-Dari Hadis-Hadis Sahih - 17
-Asmaul Husna - 20
-Doa-Doa Am Dan Doa-Doa Khusus - 33
-Hizib-Hizib Dari Ulama Terkenal - 40

Cara-Cara Mengatasi Sihir/Rasukan - 42
-Cara Mengubati Sihir
-Ruqyah Penyembuh - 43

Zikir Asas Muallij/Peruqyah - 45
-Amalan Selepas Solat - 46
-Amalan Sebelum Tidur - 48
-Solat Tahajjud
-Doa Tahajjud - 48

Bekalan Selepas Rawatan Untuk Pesakit - 51

Pelbagai Zikir Dari Rasullullah - 52

Susunan Ayat Al-Quran Pilihan - 53

Rujukan 57

Alhamdulillah telah terbit sebuah buku yang dinanti-nantikan ini dari ana, semoga
bermanfaat buat semua. Kembanglah ilmu, mantapkan diri, persiapkan diri dan terus
maju ke hadapan bersama iman yang utuh dan teguh. Allah sentiasa bersama orang yang
bersabar dan beriman. Insya Allah

Mustaqim bin Mohd Najib
http://klinik-muallij.blogspot.com

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
4

RUQYAH SYARIAH

Ruqyah secara amnya bermakna jampi-jampi dan mantera. Ruqyah Syariah pula merujuk kepada kaedah
jampi dan mantera berdasarkan ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang dibacakan untuk menyembuhkan
penyakit-penyakit, sihir dan gangguan jin bersumberkan hadis-hadis dan doa-doa serta pengalaman
sahabat di zaman nabi yang mana mengikut unsur syariat dan tidak mengandungi unsur kesyirikan.

SYARAT RUQYAH SYARIAH

Para ulama memboleh ruqyah dengan tiga yang berikut

1. Dengan firman Allah dan Asma Allah
2. Menggunakan bahasa arab atau bahasa ibunda sendiri yang difahami maknanya yang tidak ada unsur
syirik.
3. Berkeyakinan bahawa zat ruqyah itu adalah tidak berpengaruh kecuali dengan izin Allah sahaja.

KETENTUAN MERUQYAH

Apabila meruqyah, pastikan ketentuan berikut:

1. Tidak ada unsur syirik
2. Tidak ada unsur sihir
3. Tidak diambil dari dukun, bomoh, pawang dan orang yang disyaki berdamping dengan jin
4. Tidak mengandungi bahasa, tulisan, ayat dan perkataan yang tidak difahami maknanya.
5. Ruqyah dalam keadaan bersih dan tempat yang baik dan bukan dalam keadaan berjunub, di kuburan,
di gua, di hutan, di tandas dan sebagainya.
6. Semasa ruqyah, tidak menggunakan bahasa kesat, mencarut dan maki hamu yang melampaui batas.

TATACARA RUQYAH

Tatacara ruqyah yang benar adalah seperti berikut:

1. Keyakinan bahawa penyembuhan hanya datang dari Allah dan bukan dari selainNya.
2. Ruqyah dengan Al-quran, hadis, asmaul husna dan bahasa yang difahami maksudnya.
3. Ikhlaskan niat dan kebergantungan kepada Allah.
4. Membaca surah Al-Fatihah dan Muawwizat dan meniup ke tubuh pesakit.
5. Menghayati makna yang terkandung dalam surah-surah ruqyah.
6. Pesakit hendaklah mendengar ruqyah itu.
7. Meniup di tubuh pesakit di pertengahan pembacaa ruqyah, hal ini dinyatakan oleh Syeikh Al-Utsaimin
sama ada tiupan beserta keluarnya sedikit air ludah (hembusan yang kuat) atau tidak (hembusan yang
perlahan). Disokong dengan Hadis Riwayat Abu Daud:
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
5

Alaqah bin Shahhar As Salithi tatkala meruqyah orang yang gila, ia mengatakan Maka aku membaca Al-
Fatihah padanya tiga hari setiap pagi dan petang. Setiap kali aku menyelesaikan bacaanku, aku
kumpulkan air liurku dan aku ludahkan. Maka dia seolah-olah lepas dari ikatan.

8. Meniup ke air atau minyak zaitun. Sabda Nabi Muhammad,

Makanlah minyak zaitun dan sapukan ke tubuhmy dengannya kerana ia berasal dari tumbuhan yang
penuh dengan berkah.
Firman Allah Taala dalam Surah Qaf ayat 9:
$9 $9# $ %.6 $G;' / M_ =m t:#
dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) Yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan Dengan air
itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian Yang dituai;

9. Mengusap orang yang sakit dengan tangan kanan berdasarkan hadis dari Aisyah berkata Rasulullah
tatkala didatangi seorang pesakit, beliau mengusap dengan tangan kanannya (Hadis Riwayat Muslim).

10. Meletakkan tangan di tempat yang sakit dan membaca bismillah tiga kali dan membaca:

Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari setiap keburukan yang aku dapati dan takuti.
(Hadis Riwayat Muslim)

11. Dibacakan dibahagaian sakit yakni pada tubuh pesakit yang sakit itu. Dengan membaca doa:

Ya Allah yang memelihara manusia, hilangkan penyakitnya dan sembuhkannya, kerana Engkaulah Maha
Penyembuh dan tidak ada penyembuhan melainkan kesembuhan dariMu semata-mata, kesembuhan
yang tidak meninggalkan sakit.

12. Apabila sakit itu seluruh badan atau tidak nampak seperti gila, dibacakan Al-Fatihah dan ruqyah
hingga dapat didengari.

Dalam ruqyah terdapat banyak hadis membicarakan terapi ruqyah, penyakit ain dan penyebaran bisa
racun (humah) dan penyakit namlah (luka). Berkaitan masalah ini, Imam Nawawi menjelaskan, ruqyah
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
6

bukan sahaja untuk penyakit tersebut kerana beliau sendiri pernah meruqyah untuk penyakit selain
yang dinyatakan tadi.

SETIAP PENYAKIT ADA UBAT

Setiap penyakit ada ubatnya dan jika ubatnya itu sesuai dengan penyakitnya, maka penyakit itu akan
sembuh dengan izin allah (Hadis Riwayat Muslim). Katakanlah (wahai Muhammad), Al-Quran itu adalah
petunjuk dan penawar (Surah Fushsilat:44). Dan Kami menurunkan Al-Quran itu penawar dan menjadi
rahmat bagi orang yang beriman (Al-Isra:82) Nabi Muhammad dan sahabatnya sendiri telah
menggunakan potongan ayat Al-quran sebagai penawar dan penyembuhan bagi luka, disengat binatang
bisa dan sihir.
$' '$9# % 3?$_ 6/ "$ $9 9#
q =9
Yunus:57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada
kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang
beriman.

`9& `3 $& $9& 7= =F69# =F` `= ) 9 m9
2 )9 ``
Al-ankabut:51. (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat Yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka Bahawa
Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran Yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran Yang
diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang Yang beriman.


Sesiapa di antara kamu mampu memberi manfaat pada saudaranya, maka lakukanlah. (Hadis Riwayat
Muslim)

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
7

Bacakan kepadaku ruqyah-ruqyah kalian, tidak mengapa selagi ai tidak mengandungi syirik (Hadis
Riwayat Muslim)

Tidak mengapa ruqyah itu selagi tidak mengandungi syirik (Hadis Riwayat Abu Daud)



































Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
8

KEKELIRUAN DAN KESALAHAN PRAKTIK RUQYAH

Kebenaran ruqyah sebagai penawar telah dibuktikan sejak berabad alamnya hingga ke hari ini namun
terdapat beberapa kekeliruan dan kesalahan pandangan tentang ruqyah dan dikhuatiri akan
menjejaskan akidah. Masalah ini wujud dan terjadi kerana dua sebab iaitu:

a) Buta atau kurangnya memahami permasalahan agama.

b) Membenarkan dan mengikut telunjuk kata-kata nasihat dan rayuan jin. Paling mudah ialah apabila jin
menyuruh perawat membaca bismillah 7 kali agar dia akan keluar dengan mudah buat selama-lamanya
dan di sini perawat pun membaca bismillah walaupun ayatnya baik tetapi ia menjejaskan akidah
perawat itu sendiri

Berikut antara kekeliruan yang terjadi dalam praktik ruqyah

1. Mengajak jin berbicara dan membenarkan kata-katanya

Sering terjadi perawat membenarkan kata-kata jin, bertanya apa punca jin merasuk dan mempercayai
kata-kata jin tersebut. Fenomena ini menuju kehancuran akidah perawat islam. Jin bukanlah sumber
talqqi ilmu kerana jin adalah pendusta yang nyata sebagaimana hadis Nabi s.a.w kepada Abu Hurairah
r.a, dia bercakap benar kepadamu padahal dia adalah pendusta. Kesannya ialah

a) Terjadilah fitnah akibat mempercayai kata-kata jin. Berapa banyak rumahtangga dan ahli keluarga
serta jiran tetangga berpecah-belah akibat perawat menyatakan si fulan bin si fulan itu yang menyihir
kerana mendengar kata-kata dari jin.

b) Jin tinggal lebih lama kerana perbualan yang lama dengan perawat

2. Perawatan menjadi sumber pendapatan tetap

Menurut Syeikh Al-Albani, pada zaman dahulu kumpulan perawat islam adalah paling sedikit yang terdiri
orang yang soleh sedangkan pada zaman sekarang terdapat di mana-mana sahaja bahkan terdapat
perawat wanita juga hingga status perawat ini bertukar menjadi ilmu kedoktoran dan ilmu sara
kehidupan.

Justeru itu terdapat saingan sesama sendiri dan perawat islam tadi mula menerima bisikan syaitan dan
sifat dengki dan khianatnya semakin nyata sesama mereka. Mereka menaburkan firnah sesama mereka
dan ada yang ingin menjadi lebih hebat lalu meminta bantuan jin untuk berganding bersamanya maka
statusnya bertukar secara tidak sedar dari perawat islam kepada perawat alternatif.


Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
9

3. Penyembelihan haiwan sembelihan untuk jin.

Perbuatan ini haram berdasarkan hadis sahih Nabi iaitu maksudnya, Allah melaknati orang muslim yang
menyembelih haiwan untuk selain Allah.

4. Terlalu bergantung pada pengalaman

Kebanyakan peruqyah mempunya cara tersendiri dalam praktik ruqyah dan berbeza antara satu sama
lain dan mendakwa cara mereka lebih efisyen, teruji, teratur dan mantap. Sebagai contoh:

a) penggunaan besi kursani, batu petir, kayu manis, kayu nona dan lain-lain lagi kerana mendakwa akan
memberi kesan terhadap jin.

b) Membaca ruqyah kepada semua pesakit serentak untuk menjimatkan masa dan tenaga dan lebih
menguntungkan dengan menggunakan speaker.

c) Memainkan lagu mp3 ruqyah ketika sesi rawatan.

Menurut Syeikh Al-Albani, seandainya masalah ini berterusan maka akan timbul kedustaan, bidaah dan
khurafat dan juga dikhuatiri syirik.

5. Peruqyah ialah suatu pekerjaan

Kebanyakannya mereka seolah-olah menyibukkan dirinya sebagai peruqyah tetap. Tempat tinggalnya
diperluas dan juga membuat jadual waktu kunjungan. Lebih parah lagi mereka merekrut ahli baru tidak
kira apa asas agamanya asalkan ada wang, semuanya okay. Wujud juga, setelah terjadi kesibukan di
tempat rawatan, mereka melantik ahli baru dan diletakkan di bawah latihan praktikal. Fenomena ini
menimbulkan impak yang negatif lebih-lebih lagi terdapat banyak blog dan website perawat sehingga
pesakit boleh membandingkan perawat mana lebih power.

a) Orang ramai selalunya menganggap peruqyah ini hebat orangnya dan melebih dari kehebatan ayat Al-
Quran itu sendiri. Akibatnya, pesakit lebih mempercayai perawat dari Al-Quran itu sendiri.

b) Peruqyah mendakwa mereka hebat dan mempunyai kelebihan tertentu dan kelebihan dalam
membasmi sihir tertentu serta mempunyai doa yang mustajab lagi kabul lalu wujudlah sifat taksub, ujub
dan takbur. Perlu diingat pada zaman sahabat kebanyakan mereka mempunyai doa yang kabul seperti
Saad Abi Waqqash dan Uwais Al-Qarni namun tidak kelihatan pun rumahnya penuh dengan pesakit
yang ingin mendapatkan rawatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

c) Menawarkan diri untuk meruqyah
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
10

Amalan ini akan mematikan hati pesakit menyandarkan kesembuhan kepada Allah kerana peruqyah
sering menawarkan rawatannya dan ini bertentangan dengan ajaran Rasulullah.

6. Meminta upah

Pelbagai ragam upah sebagai imbalan dan balasan meruqyah iaitu

a) Meminta upah yang tinggi
b) Menolak meruqyah selagi tidak menerima wang dari pesakit terlebih dahulu
c) Sengaja menyingkatkan masa rawatan atau menetapkan tarikh temujanji yang berikutnya
d) Mereka tidak mengambil upah tetapi menjual air penawar yang wajib dibeli oleh pesakit dan dijual
dengan mahal kerana campuran air zam-zam atau herba-herba tertentu atau makanan sunnah.

7. Membuat zikir dan ilmu baru

a) Di dalam buku-buku perubatan sekarang terdapat banyak zikir-zikir dan doa-doa baru untuk
penyembuhan dan penawar penyakit dan sihir yang tidak berpaksi pada hadis dan Al-Quran. Sebagai
contoh, ada sesetenga ayat perlu diamalkan dengan bilangan tertentu contohnya 213 kali, 313 kali, 786
kali, 1062 kali 7000 kali, 15000 kali dan lain-lain lagi yang memang tidak pernah dianjurkan oleh Nabi
sendiri. Antara doa yang wujud pada zaman sekarang di Asia Tenggara yang didakwa Nabi memperolehi
dari Jibril iaitu Doa Nurun Nubuwwah dan lain-lain lagi dan antara zikir yang diamalkan pada masa kini
seperti Ayat 4 dan lain-lain lagi.

b) Panduan rawatan seperti menulis tulisan ayat al-quran dalam piring buatan China bewarna putih lalu
dijiruskan air putih, menjadikan tasbih yang selalu dizikir itu sebagai pelindung, pelaris dan pendinding,
membawa al-quran kecil (sebesar ibu jari) untuk tujuan penyembuhan dan perlindungan

Jelas kesemuanya adalah amat salah dan tidak bersumberkan hadis dan al-quran.

8. Meyakini ruqyah adalah penawar dan penyembuh
Salah erti bahawa ayat ruqyah ialah penyembuh dan bukan Allah yang menyembuhkan.

9. Bertanyakan nama pesakit, nama bapa dan nama ibu pesakit
Amalan ini hanya dipelopori oleh bomoh yang berdamping dengan jin.

10. Meminta benda yang selalu dipakai oleh pesakit.
Amalan ini hanya dipelopori oleh bomoh yang berdamping dengan jin.

11. Meminta pesakit menyembelih haiwan dan darahnya atau hempedunya dijadikan ubat.
Amalan ini hanya dipelopori oleh bomoh yang berdamping dengan jin.

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
11

12. Menulis wafaq/kalimah yang tidak difahami maksudnya, mirip kod morse dan putus-putus.
Amalan ini hanya dipelopori oleh bomoh yang berdamping dengan jin.

13. Menyelang-selikan ruqyah dengan kalimah dan bahasa yang tidak difahami maknanya.
Amalan ini hanya dipelopori oleh bomoh yang berdamping dengan jin.

14. Membekalkan pesakit denga sesuatu untuk ditanam atau digantung di rumah
Amalan ini hanya dipelopori oleh bomoh yang berdamping dengan jin.

15. Terdapat tanda kefasikan perawat
Unsur kefasikan jelas kelihatan seperti malas bersolat dan tidak pernah nampak bersolat jemaah, tidak
berpuasa di bulan ramadan dan kerap melakukan maksiat, judi, berzina, berfoya-foya dan lain-lain lagi.

16. Tidak Peka dengan aurat

a) Jika pesakit itu wanita atau lain jantina dari perawat itu sendiri, maka perawat mengambil
kesempatan membuka aurat pesakitnya secara langsung dengan tujuan perubatan.

b) Ingat, walaupun pesakit itu sama jantinanya dengan perawat, aurat tetap terbatas apatah lagi urut
batin dan urut persediaan perkahwinan yang telah sah hukumnya haram apabila perawat itu mengurut
kemaluan lelaki. Ada beberapa perawat islam yang melaksanakan urut batin di Malaysia ini dan ada yang
sudah terkenal dan selalu disiarkan di televisyen.

c) Darurat atau tidak, aurat tetap aurat dan Nabi tidak pernah menganjurkan perbuatan merawat
mendedahkan aurat pesakit apatah lagi memegang aurat pesakit, nauzubillah.
















Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
12

AYAT-AYAT YANG DIBACA DALAM MERUQYAH

Bersumber dari ayat Al-Quran
Secara umum, keseluruhan ayat Al-Quran adalah penawar dan penyembuh dan secara khususnya
terdapat beberapa potongan ayat yang memberi kesan yang amat kuat sebagaimana yang dijelaskan
oleh Rasullullah sendiri yang merangkumi ayat-ayat berikut:

1. AL-MUAWWIZAT

Al-Muawwizat yakni surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq berdasarkan hadis berikut:

Dari Aisyah r.a, Bahawa Nabi s.a.w meniup dirinya sendiri saat beliau sakit unutk menghadapi kematian
dengan membaca muawwizat, ketika sakitnya bertambah parah maka akulah yang membaca
muawwizat dan aku mengusap ke wajahnya dengan tangan beliau sendiri kerana keberkatannya.

Dan sabda Nabi juga,

Telah turun dua surah yakni muawwizatain maka pohonlah perlindungan Allah dengannya kerana
sesungguhnya seseorang tidak akan mendapat perlindungan seperti perlindungan dengan membaca
surah ini.

Juga hadis dari Abu Said r.a berkata:

Dahulu Rasullullah berdoa memohon perlindungan dari gangguan jin dan mata jahat sehingga turunnya
muawwizatain, dan beliau memohon perlindungan dengannya dan meninggalkan selainnya.
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
13


Berkenaan dengan hadis di atas, Imam Ibnu Hajar r.a menjelaskan, tiada halangan untuk membaca
selain dari muawwizatain tetapi hadis ini menunjukkan keutamaan membaca surah ini. Rasullullah
mengutamakan surah ini kerana ianya bersifat global dan perlindungan yang menyeluruh.































Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
14

2. SURAH AL-FATIHAH

Berdasarkan hadis ini:

Bahawa sekelompok kumpulan sahabat Nabi pernah mengunjungi sebuah perkampungan arab Tuan
rumah daerah itu tidak mahu menerima mereka. Dalam keadaan demikian tiba-tiba pemimpin
kumpulan itu telah disengat binatang berbisa. Kaum itu bertanya, adakah antara kamu mempunyai ubat
atau mampu jampi? Merek menjawab, sesungguhnya anda semua menolak kehadiran kami dan kami
tidak akan menerima kalian dengan syarat kami diberikan upah. Mereka memberikan beberapa kambing
dan salah seorang sahabat membacakan Al-Fatihah dan mengumpulkan air ludahnya kemudian
meludahi (pemimpin yang disengat tadi) dan dia sembuh. Mereka memberikan kambing. Lalu para
sahabat berkata, Janganlah diambil sehingga kita bertanya dahulu kepada Rasullullah Mereka pergi
bertanya kepada Rasullullah tentangnya. Beliau tertawa dan bertanya, apakah yang membuatkan kau
tahu bahawa ianya adalah ruqyah? Ambillah kambing itu dan berikan aku sebahagian.









Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
15

3. SURAH AL-KAFIRUN

Berdasarkan hadis dari Ali r.a berkata seekor kala jengking pernah menyengat Nabi ketika beliau
bersolay. Ketika selesai solat beliau bersabda:

Semoga Allah melaknat kala jengking, ia tidak membiarkan orang yang solat mahupun selainnya.
Kemudian beliau meminta air dan garam dan beliau membaca surah Al-Kafirun bersama surah Al-Falaq
dan An-Nas.

























Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
16

4. AYAT-AYAT AL-QURAN SELAIN DI ATAS

Antara ayat Al-Quran yang kerap digunakan untuk meruqyah ialah seperti berikut:

1.Bismillahirrahmanirrahim
2.Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 )
3.Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
4.Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 )
5.Surah Al-Baqarah ( ayat 255 )
6.Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 )
7.Surah Al-'Imran ( ayat 18-19 )
8.Surah Al-A'raf ( ayat 54-56 )
9.Surah Al-A'raf ( ayat 117-122 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
10.Surah Al-A'raf ( ayat 120 ) di ulangi sebanyak 30 kali secara bersendirian
11.Surah Yunus ( ayat 81-82 ) di ulangi sebanyak 7 kali
12.Kemudian baca ayat ini:-


13. Surah Thaha ( ayat 69 ) di ulangi sebanyak 7 kali
14. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 )
15. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 )
16. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 )
17. Kemudian baca ayat ini sebanyak 7 kali:-


18. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 )
19. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 )
20. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 )

Dapatkan e-book percuma ayat Ruqyah di http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/04/muat-turun-kitab-
percuma.html











Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
17

5. DARI HADIS-HADIS SAHIH

Keterangan dari Aisyah r.a berkata, asullullah s.a.w memerintahkan padaku agar meruqyah dari
pengaruh ain (HR Muslim)

Dari Abu Said Al-Khudhri r.a, Jibril datang kepada Nabi s.a.w lalu bertanya, Wahai Muhammad apakah
engaku sakit? Beliau menjawab, Ya! kemudia Jibril meruqyahnya,

(Dengan Nama allah aku meruqyahmu, dari segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa
manusia dan ain, semoga allah menyembuhkanmua, dengan nama allah aku meruqyahmu.) (HR
Muslim)

Aisyah r.a berkata, Biasanya Rasullullah s.a.w apabila didatangi orang yang mengeluh sakit, beliau usap
orang itu dengan tangan kanannya kemudia berdoa

Hilangkan penyakit wahai tuhan Manusia, sembuhkan kerana Engkaulah Maha Penyembuh, tiada
kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sakit.

Ustman bin Abil Ash r.a datang menemui rasullullah s.a.w mengadu sakit semenjak memeluk islam.
Rasullullah bersabda, Letakkan tanganmu di tempat yang sakit kemudian bacalah Bismillah tiga kali dan

(Aku berlindung dengan Allah dan qudratnya dari kejahatan yang aku rasai dan aku hindari) tujuh kali


Aku mohon kepada Allah Yang Maha Agung Pemilik Arasy yang Agung agar Dia menyembuhkanmu (HR
An Nasai, At-Timirdzi dan Ahmad)
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
18


Ya Allah Pemelihara Manusia, hilangkan penyakitnya dan sembuhkanlah, Engkau Maha Penyembuh,
tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu semata, kesembuhan yang tidak meninggalkan
sakit (HR Al-Bukhari, An-Nasai, At Tirmidzi, Abu Daud dan Ahmad)


Aku berlindung kepada Allah dengan kalimahNya yang sempurna, dari setiap keburukan syaitan,
binatang berbisa dan dari ain yang jahat (HR Al-Bukhari dan Ibnu Majah)

Aku berlindung kepada allah dengan kalimatNya yang sempurna dari setiap kejahatan makhlukNya. (HR
riwayat Muslim, An Nasai, Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah dan lain-lain.)


Aku berlindung kepada Allah dengan kalimatnya yang sempurna, dari kemurkaanNya dan seksaanNya
dari kejahatan hamba-hambanya dan godaan syaitan dan dari kedatangan mereka kepadaku. (HR Ibnu
An Nasai, At Tirmidzi dan Ahmad)
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
19


Aku berlindung kepada Allah dengan kalimatNya yang sempurna, yang tidak dapat ditembus oleh orang
baik mahupun yang jahat. Dari kejahatan apa yang telah Dia jadikan dan Dia ciptakan, dari kejahatan
yang turun dari langit, dari kejahatan yang tenggelam ke bumi, dari kejahatan fitnah siang dan malam,
dari kejahatan setiap yang datang kecuali datang dengan tujuan baik, Wahai Tuhan Yang Maha
Pemurah. (HR Ahmad disahihkan oleh Al-Albani)


Dengan menyebut nama allah semoga Dia membebaskanmu dan menyembuhkanmu dari segala
penyakit, dari setiap kejahatan orang yang dengki yang mendengki dan dari setiap kejatana ain yang
jahat (HR Muslim)


Dengan menyebut nama Allah aku meruqyahmu dari segala sesuatu yang mengganggumu dari
kedengkian orang yang dengki dan kejahatan setiap orang yang yang mempunyai ain yang jahat, semoga
Allah menyembuhkanmu (HR Ibnu Majah dan Ahmad)






Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
20

6. ASMAUL HUSNA

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
21

Menzikirkan Asma ul-Husna amatlah berguna dan besar manfaatnya disamping kita diberikan ganjaran
pahala keatas setiap zikir yang kita ucapkan. Kehidupan kita ( manusia ) di alam dunia ini penuh dengan
pelbagai cabaran dan dugaan, dalam usaha bersaing untuk sama-sama memperolehi rezeki pemberian
Allah . Maka itu jika sekiranya manusia (yang beragama islam ) sering menzikirkan Asma ul-Husna, maka
Allah akan mempermudahkan segala perjalanan kehidupannya. Ini adalah kerana segala yang berlaku di
alam ini termasuk kepada setiap penghuninya adalah dengan kehendak Allah s.w.t.

Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna mampu mempertingkatkan kekuatan mental,jiwa dan fizikal
sesaorang,jika dilakukan dengan penuh keyakinan, khusyuk dan istiqomah yang tinggi.

Informasi teknik, fadilat dan penyampaian yang diperincikan dalam buku ini menyerlahkan akan
kekuasaan Allah s.w.t dan seharusnyalah setiap Muslimin dan Muslimat sekurang-kurangnya berusaha
untuk menzikirkan Asma ul-Husna mengikut keperluan yang paling minima sekurang-kurangnya setiap
hari. Kelalaian anda untuk menyambut segala peluang ini sementelahan kita masih lagi diberikan
kehidupan adalah sesuatu yang paling rugi sekali. Ayuhlah saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku
jangan lepaskan peluang ini untuk kita sama-sama mendapat keberkatan dalam kehidupan didunia ini.

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH
S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - (Surah Al-A'raf:180)

"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia
mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)

"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"-
(Surah Thaha:8)

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya
(menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

1."Ya Allah" - apabila dizikirkan sebanyak 500x setiap malam, terutamanya selepas solat Tahajjud @
solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan rezekinya, dan jika
dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan
mendapat kebaikan yang banyak.

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
22

2."Ya Rahman" ( Maha Pemurah ) - apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,maka hati
kita akan menjadi terang,tenang & sifat-sifat pelupa serta gugup akan hilang dengan izin Allah. Dizikir
100x selepas solat fardu akan dihilangkan sifat pelupa dan lalai.

3."Ya Rahim" ( Maha Penyayang ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari,Insya Allah kita akan
mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap
kita dan makhluk Allah.

4."Ya Malik" ( Maha Merajai / Pemerintah Alam ) - apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi @
setelah tergelincirnya matahari,segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat
& kekayaan yang diredai Allah.

5."Ya Quddus" ( Maha Suci ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi @ setelah tergelincirnya
matahari,maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit-penyakit hati seperti sombong,iri hati,dengki
dll. Dizikirkan sebanyak 1000x akandiselamatkan dari bala bencana dunia.

6."Ya Salam" ( Maha Penyelamat /Sejahtera) - apabila dizikirkan sebanyak 136x atau 121x ,InsyaAllah
jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar,sihat &
sejahtera termasuk sakit kepala.

7."Ya Mukmin" ( Maha Pengaman ) - apabila dizikirkan sebanyak 236x,insyaAllah diri kita,keluarga &
segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8."Ya Muhamin" ( Maha Pelindung / Penjaga ) - apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu
Isyak,InsyaAllah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih dan kuat hafalannya. Dibaca 100x
selepas tahajjud untuk membersihkan hati zahir dan batin.

9."Ya Aziz" ( Maha Mulia / Perkasa ) - apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh,InsyaAllah
kita akan menjadi orang yang mulia,disegani orang kerana penuh kewibawaan. Jika dibaca selama 40
hari berturut-turut, akan mendapat kekayaan dan kesenagan hidup.

10."Ya Jabbar" ( Maha Kuasa ) - apabila dizikirkan 206x atau 226x setiap pagi & petang,setiap musuh
akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah. Jika dizalimi, maka perbuatan zalim akan segera dibalas
Allah.

11."Ya Mutakabbir" ( Maha Memilik Keagungan ) - apabila dizikirkan sebanyak 662x,maka dengan
kebijaksanaan bertindak,kita akan dapat menundukkan semua musuh,bahkan mereka akan menjadi
pembantu yang setia.

12."Ya Khaliq" ( Maha Pencipta ) - dibaca mengikut kemampuan @ sebanyak 731x,InsyaAllah yang ingin
otak cerdas,cepat menerima sesuatu pelajaran,amalan ini akan memberikan otak kita cerdas & cepat
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
23

faham. Dibaca 5000x setiap hari untuk mengembalikan barang yang hilang/ dan suami/isteri yang hilang
atau lari dari rumah

13."Ya Baari" ( Maha Perancang /Mengadakan) - sekiranya kita berada dalam kesusahan & sedang
sakit,dibaca sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut,Insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran &
sembuh dari penyakit tersebut. Dizikir 100x setiap petang untuk elak seksaan kubur.

Mungkin kaedah amalan tidak diajar oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Haron Din Al-Hafiz walaupun ana
ada terbaca salah satu zikir asas 10 pertama beliau terkandung zikir asmaul husna ini.

Barang siapa yang sentiasa membaca Ya Baari' 213x setiap selesai solat fardu, maka allah akan
menjadikanya penyembuh di tangannya, apabila ada seorang yang sakit lalu di usap dengan tangannya
sambil membaca Ya Baari' maka Allah akan menghilangkan penyakitnya, insya Allah.

Kaedah: Penjazaman dahulu Ya Bari' selama seminggu sebanyak 7000 kali, waktunya selepas solat isyak
dengan komitmen yang penuh tanpa gangguan duniawi. Insya allah, selepas itu hanya amalkan

Ya baari' sebanyak 213x selepas selesai solat fardu, tak semestinya dalam keadaan duduk, sambil
bekerja pun boleh asalkan selama berzikir itu dalam keadaan berwuduk.

14."Ya Musawwir" ( Maha Menjadikan Rupa Bentuk ) - sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum
mempunyai anak,maka cubalah ikhtiar dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu.
Sewaktu hendak berbuka, ambillah segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian
minum air tersebut untuk berbuka. Bagi sang suami,hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya
berpuasa selama 3 hari.Kemudian sewaktu hendak berjimak,bacalah zikir ini sebanyk 10x,InsyaAllah
akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar" ( Maha Pengampun ) - sambil beri'tikaf dalam masjid.bacalah zikir ini sebanyak 100x
sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar" ( Maha Menundukkan/Perkasa ) - dizikirkan mengikut kemampuan @ sebanyak 306x,
maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah, orang-orang yang selalu
memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya. Zikir sebanyak 100x dalam keadaan berdoa dan membaca
doa hajat, insya allah dimakbulkan.

17."Ya Wahhaab" ( Maha Pemberi ) - dizikirkan sebanyak 300x sesudah solat fardhu, barang siapa yang
selalu berada dalam kesempitan,InsyaAllah segala kesempitan @ kesulitan dalam apa soal pun akan
hilang. Dizikirkan sebanyak 40x selepas solat dhuha, dimudahkan kekayaan baginya.

18."Ya Razzaq" ( Maha Pemberi Rezeki ) - dizikirkan mengikut kemampuan sesudah solat fardhu
khususnya solat subuh, InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat.Rezeki
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
24

akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir. Dizikirkan sebanyak
308x setiap hari akan ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah. Dizikirkan 20x sebelum makan
dan minum pagi, insyaallah mendapat pemahaman yang sempurna.

19."Ya Fattah" ( Maha Pembuka/Pemberi Keputusan ) - dizikirkan sebanyak 71x sesudah selesai solat
subuh, InsyaAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20."Ya Aalim" ( Maha Mengetahui ) - dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, InsyaAllah
aka mendapat kemakrifatan yang sempurna. Mendapat ilmu makrifat, kasyaf dan iman yang sempurna.

21."Ya Qaabidhu" ( Maha Penyempit Hidup )- Dizikirkan 100x setiap hari,maka diri akan semakin dekat
dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22."Ya Baasithu" ( Maha Pelapang Hidup ) - Bagi mereka yang berniaga @ mempunyai usaha-usaha lain,
kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini,InsyaAllah rezeki akan
menjadi murah.

23."Ya Khaa'fidh" ( Maha Penghina ) - dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan bersuci,
khusyuk & tawadu',InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.Juga apabila mempunyai
musuh,musuh itu akan jatuh martabatnya.

24."Ya Raafi" ( Maha Tinggi ) - dizikirkan setiap hari baik siang @ malam sebanyak 70x, InsayAllah
keselamatan harta benda di rumah, di kedai @ di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari
kecurian.

25."Ya Mu'izz" ( Maha Pemberi Kemulian / Kemenangan ) - dizikirkan sebanyak 140x setiap
hari,InsyaAllah akan memperoleh kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan @ perniagaan.

26."Ya Muzill" ( Maha Merendahkan ) - Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang
berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar
hutangnya kembali. Dizikirkan sebanyak 75x dan dibacakan pada orang yang ditakuti. Dizikirkan
sebanyak 1000x selama 7 hari untuk menolak bahaya musuh.

27."Ya Samii" ( Maha Mendengar )- Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita
tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari mengikut kemempuan, lebih2 lagi sesudah solah Dhuha,InsyaAllah
doa akan mustajab. Dizikirkan sebanyak 500x setiap dhuha bagi pesakit tuli/pekak.

28."Ya Basiir" ( Maha Melihat ) - dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat,InsyaAllah akan
menjadiakn kita terang hati, cerdas otak & selalu diberiakan taufik & hidayah dari Allah.

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
25

29."Ya Hakam" ( Maha Menghukum ) - dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan
bersuci,InsyaAllah akan membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu2 agama & membantu
kecepatan mempelajari ilmu2 agama.

30."Ya Adllu" ( Maha Adil ) - dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu,
InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31."Ya Lathiif" ( Maha Halusi/Lembut ) - dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan,
InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
Penjazaman Ya Latif : Mewiridkan Ya Latif selepas solat fardu setiap malam isnin, malam selasa dan
malam jumaat sahaja sebanyak 1000 kali selepas solat isyak dan pilih salah satu zikir latif di bawah, dan
amalkan sbyk 786 kali selepas solat fardu. Kalau nak amalkan keempat-empat ayat latif di bawah, setiap
satu juga 786 kali. Setiap satu ayat latif 786 kali mengambil masa lebih kurang sejam 15 minit kalau buat
tanpa henti. Boleh buat sambung2 dengan syarat masih berwuduk dan tidak bertemu solat yang
berikutnya.

Khasiat Ya Latif (Maha Lembut)

1. Jalburr Rizqi ( Menarik Rizqi )
2. Li Qodoil Hajat ( Unttuk di laksanakan hajat2 )
3. Li Kholasil Masjun ( Membebaskan diri dari penjara )
4. Li Ikhfai an ainidz dzulmah ( Halimunan )

Inilah Ayat Latif Yg di maksud (dibaca 786 kali) :

1. Ayat Jalbur Rizqi ALLOHU LATIFUN BI IBADIHI YARZUQU MAN YASA U
WAHUWAL QOWIYYUL 'AZIJ ( Surat ASY-SYURA ayat 19 )

2. Ayat Liqodoil Hajat ALA YA'LAMU MAN KHOLAQO WA HUWAL LATIFUL
KHOBIRU ( Surat Al-Mulk ayat 14 )

3. Ayat Lil ikholasil Masjun INNA ROBBI LATIFUN LIMA YASA U INNAHU
HUWAL LATIFUL KHOBIRU ( Surat Yusuf ayat 100 )

4. Ayat Lil Ikhfa' an ainid dzulmah LA TUDRIKUHUL ABSORU WA HUWA YUDRIKUL
ABSORO WA HUWAL LATIFUL KHOBIRU ( Surat Al- An'am Ayat 103 )

32."Ya Khabiir" ( Maha Waspada ) - dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari,terkandung faedah
yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu
dengan teman @ anak yang telah terpisah sekian lama. Dibaca 812x untuk mendapat perkhabaran yang
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
26

dikehendaki secara ghaib. Dibaca surah al-Mulk ayat 14 sebanyak 9x sebelum tidur dan wirid Ya Allah
sambil niat apa yang dihajati dalam mimpi hingga terlena, maka akan bermimpi apa yang dihajati

33."Ya Haliim" ( Maha Penyantun ) - dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang
mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat @ apa saja, InsayAllah dipastikan
kedudukannya tidak akan dicabar @ diungkit-ungkitkan @ tergugat.

34."Ya 'Aziim" ( Maha Agong ) - dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama
menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh.Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiup pada tangan lalu
diusap2 pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, sayitan &
sebagainya.

35."Ya Ghaffur" ( Maha Pengampun ) - bagi orang yang bertaubat,hendakalah memperbanyakkan zikir
ini dengan mengakui dosa2 & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya
oleh Allah. Dibaca 3x kepada orang yang sakit, nescaya disembuhkanNya.

36."Ya Syakuur" ( Maha Pengampun ) - dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat,sebagai ucapan
terima kasih kepada Allah,InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.Lakukan setiap kali kita
mempunyai hajat yang penting & terdesak. Juga menghilangkan sakit mata.

37."Ya 'Aliy" ( Maha Tinggi MartabatNya ) - untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir
ini sebanyak 110x ( dalam bahasa ARAB bukannya bahasa MALAYSIA!!! ) lalu direndamkan pada air yang
dingin & diberikan si anak meminumnya,InsyaAllah lama kelamaan otak anak akan berubah cemerlang &
tidak dungu lagi.InsyaAllah mujarab.

38."Ya Kabiir" ( Maha Besar )- Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas @ dilucutkan gara2
sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut2 dalam keadaan bersuci
sebagai pengaduan kepada Alah.Lakukan sesudah solat tahajjud @ hajat.

39."Ya Hafiiz" ( Maha Pelindung/Memelihara ) - dizikirkan sebanyak 99x, InsyaAllah diri kita akan
terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila berada dalam hutan.

40."Ya Muqiit" ( Maha Pemberi Keperluan ) - Sekiranya kita berada dalam keadaan kelaparan seperti kita
sesat dalam hutan @ dimana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka
perbanyakkanlah zikir ini.InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41."Ya Hasiib" ( Maha Mencukupi/Penghitung ) - untuk memperteguhkan kedudukan yang kita jawat,
amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah, kedudukan
kita akan teguh tanpa sebarang gangguan.

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
27

42."Ya Jaliil" ( Maha Luhur/Sifat Kebesaran ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini 1/3 malam
terakhir sebanyak 73x, InsyaAllah kita akan mendapati perubahan yang mengkagumkan - perniagaan
akan bertambah maju. Anda seorang pegawai,maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi &
terhoemat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43."Ya Kariim" ( Maha Mulia/Pemurah ) - untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia & di akhirat
kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 270x ketika hendak masuk tidur.InsyaAllah Allah akan
mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44."Ya Raqiib" ( Maha Pengawas ) - bagi meminta pertolongan daripada Allah terhadap penjaga barang
yang dikhuatirkan, maka zikirkan ini sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang2 yang
dikhuatirkan yang berada di tempat2 yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian
mahupun gangguan lain.Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah...

45."Ya Mujiib" ( Maha Mengkabulkan ) - sesungguhnya Allah adalah zat yang menerima doa hambaNya
& agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55x
sesudah solat subuh.InsyaAllah doa kita dimakbulkan Allah.

46."Ya Waasi" ( Maha Luas PemberianNya ) - apabila berada dalam kesulitan maka amalkan zikir ini
sebanyak 128x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan
Allah.Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita daripada hasad dengki
sesama makhluk.

47."Ya Hakiim" ( Maha Bijaksana )- Bagi pelajar @ sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap
hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran.
Amalkan sekurang2nya 300x setiap hari.

48."Ya Waduud" ( Maha Pencinta )- amalkan zikir ini sebanyak 11,000x setiap malam.InsyaAllah kita
akan menjadi insan yang bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa dalam keadaan
aman & harmoni.

49."Ya Majiid" ( Maha Mulia/ Pemurah KurniaNya ) - untuk mententeramkan keluarga di mana setiap
anggota sentiasa menyayangi & menghormati, khususnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan
zikir ini sebnyak 99x, sesudah itu hembuskanlah kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh
muka.InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua
keluarga.

50."Ya Baa'its" ( Maha Membangkitkan ) - zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua belah
tangan ke dada, InsyaAllah tuhan akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
28

51."Ya Syahiid" ( Maha Menyaksikan ) - apabila ada di kalangan keluarga kita yang suka membangkang &
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang
akan sedar & berubah perangainya.

52."Ya Haq" ( Maha Benar ) - perbanyakkanlah zikir ini,InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk
menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53."Ya Wakiil" ( Maha Berserah/Pemegang urusan ) - sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang
kuat @ terjadi gempa, maka perbanyakkanlah zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda &
kembali seperti sediakala.

54."Ya Qawiy" ( Maha Memiliki Kekuatan ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin (1000x) agar kita tidak
gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berhadapan dengan si zalim.

55."Ya Matiin" ( Maha Sempurna Kekuatannya/Maha Teguh ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin
kerana ia mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga
musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56."Ya Waliy" ( Maha Melindungi ) - barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan @ kedudukan, maka
amat elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan
kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiap hari untuk dimudahkan hisab di akhirat.

57."Ya Hamiid" ( Maha Terpuji ) - perbanyakkanlah zikir ini selepas maghrib dan isyak ebagai pengakuan
bahawa Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian. Insya allah diri sendiri akan menjadi
terpuji dalam masyarakat.

58."Ya Muhshiy" ( Maha Menghitung ) - sekiranya kita inginkan diri kita digolong di dalam pertolongan
yang selalu dekat dengan Allah ( muraqabah ), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin selepas solat 5
waktu. Dibacakan 20x kepada makanan sebagai penunduk.

59."Ya Mubdiu" ( Maha Memulai / Pemula )- agar segala apa yang kita rancang akan berhasil, maka
zikirkan sebanyak 470x setiapa hari. InsyaAllah...

60."Ya Mu'id" ( Maha Mengembalikan ) - andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri &
sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan
hasilnya.

61."Ya Muhyiy" ( Maha Menghidupkan ) - amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari, InsyaAllah kita akan
diberi kemuliaan darjat di dunia & akhirat kelak.

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
29

62."Ya Mumiit" ( Maha Mematikan ) - barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini,InsyaAllah akan
dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik & sebagainya. Untuk menundukkan nafsu, Amalkan zikir
ini sebanyak 490 selepas solat.

63."Ya Hayyu" ( Maha Hidup ) - untuk mencapai kekuatan mental / batiniah di dalam menjalani
kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini. Amalkan zikir ini sebanyak 300,000x untuk mengelakkan penyakit.

64."Ya Qayyuum" ( Maha Berdiri Denagn SendiriNya ) - telah berkata Imam Ghazali ra bahawa
barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia,
ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan "Ya
Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1000x setiap malam @ selang sehari.Hendaklah dilakukan secara
berterusan, InsyaAllah akan tercapai segala hajat.

65."Ya Wajiid" ( Maha Menemukan ) - andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah
terpengaruh & kukuh pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini.

66."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - Amalkan zikir ini sebanyak 400x tiap pagi dan petang demi kecergasan
otak & agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut
memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67."Ya Waahid" ( Maha Esa ) - bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata & tersangat ingin
untuk menimangnya, amalkan zikirkan ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu
selama 1 bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, InsyaAllah...

68."Ya Somad" ( Maha Diminta ) - ketika dalam kelaparan akibat sesat @ kesempitan hidup, maka
pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin.InsyaAllah, diri akan berrasa segar. Amalkan
zikir ini sebanyak 313x selama tiga hari disertai puasa, akan dikabulkan hajatnya.

69."Ya Qaadir" ( Maha Kuasa ) - apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka
amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari, InsyaAllah segala hajat akan berhasil. Amalkan zikir ini
sebanyak 200x selepas solat sunat 2 rakaat untuk mendapat kekuatan.

70."Ya Muqtadir" ( Maha Menentukan ) - agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar
secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini sebeberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil
kerana zikr ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita. Baca 100x selepas bangun tidur untuk
mudah mendapat petunjuk Allah.

71."Ya Muqaddim" ( Maha Mendahulukan ) - menurut imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau
berkata"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala
usahanya akan berhasil". Untuk pejuang fisabilillah, baca zikir ini 184x sebelum ke medan perang.

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
30

72."Ya Muakkhir" ( Maha Melambat-lambatkan ) - bagi meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah,
perbanyakkanlah zikir ini. Amalkan zikir ini sebanyak 300x untuk dibukakan pintu taubat penyesalan.

73."Ya Awwal" ( Maha Pemulaan ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 27x atau 37x
setiap hari, InsyaAllah segala yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74."Ya Aakhir" ( Maha Penghabisan ) - amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solet 5 waktu selama 1
bulan, InsyaAllah tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal. Amalkan zikir ini sebanyak 1000x untuk
kebaikan diakhir umurnya.

75."Ya Dzaahir" ( Maha Menyatakan ) - amalkan zikir ini sebanyak 1106x sesudah solat waktu di tempat
yang sunyi ( khalwat ), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar
serta diberi kefahaman ilmu. Mendapat ilmu yang jarang dimiliki manusia.

76."Ya Bathinu" ( Maha Tersembunyi ) - seperti Ya Dzaahir tetapi amalkan sebanyak 30x sesudah solat
fardhu.

77."Ya Waaliy" ( Maha Menguasai Urusan ) - memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh
menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan
para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.

78."Ya Muta'aliy" ( Maha Suci / Tinggi ) - sekirnya kita berjumpa dengan mereka yang berkedudukan
tinggi @ yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap.
InsyaAllah dengan mudaj kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting2 akan berhasil.
Amalkan zikir ini sebanyak 541x pagi dan petang untuk mudah naik pangkat

79."Ya Barru" ( Maha Bagus [ Sumber Segala Kelebihan ] ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap
hari.InsyaAllah segala yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80."Ya Tawwaab" ( Maha Penerima Taubat ) - bagi orang yang selalu buat dosa & ingin bertaubat maka
hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81."Ya Muntaqim" ( Maha Penyiksa ) - Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak
melakukan kezalimannya kepada kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali
sesudah solat fardhu. InsyaAllah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82."Ya 'Afuww" ( Maha Pemaaf ) - barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya di akan diampuni
segala dosanya oleh Allah.

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
31

83."Ya Rauuf" ( Maha Mengasihi ) - bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman @ sesiapa
sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini sebeberapa mampu sama ada waktu siang mahupun
malam.

84."Ya Maalikul Mulki" ( Maha Pemilik Kekuasaan ) - seseorang pengarah @ ketua yang ingin
kedudukannya kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak
212x sesudah solat fardhu & 212x pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat
pertolongan Allah.

85."Ya Zul Jalaali Wal Ikraam" ( Maha Pemilik Keagungan & Kemuliaan ) - amalkan zikir ini sebanyak 65x
setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86."Ya Muqsith" ( Maha Mengadili ) - berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah tuhan
akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya. Dibacakan 209x sebelum solat
bagi menghindari was-was.

87."Ya Jaami" ( Maha Mengumpulkan ) - sekiranya ada dikalangankeluarga kita @ isteri kita yang lari
dari rumah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin pada setip hari dengan niat semoga Allah
menyedarkan orang tersebut.Dengan izin Allah, orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang
singkat. Baca 300x untuk menyampaikan hajat sebelum doa.

88."Ya Ghaniy" ( Maha Kaya Raya ) - amalkan zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa
yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu mendapat berkat. Amalkan
zikir ini sebanyak 1060x setiap hari untuk kesembuhan penyakit.

89."Ya Mughniy" ( Maha Pemberi Kekayaan ) - mintalah kekayaan yang bermnfat untuk kehidupan di
dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini 1000x setiap hari, InsyaAllah segala
hajat kita akan tercapai.

90."Ya Maani" ( Maha Membela / Menolak ) - andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x
pada waktu menjelang subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang zalim & suka
membuat angkara.

91."Ya Dhaarr" ( Maha Pembuat Bahaya/Mudarat ) - asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita dalam
menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihadapi & telah puas dihidapi & telah puas
diubati. Amalkan zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan
cepat sembuh.

92."Ya Naafi" ( Maha Pemberi Manfaat ) - menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barang siapa yang
mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
32

susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah. Untuk suami isteri, dibacakan zikir ketika jimak,
insya allah mendapat anak soleh.

93."Ya Nuur" ( Maha Pemberi Cahaya ) - menurut Sheikh Ahmad Muhammad As Shawi, barangsiapa
yang mengkehendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikkan di
dunia mahupun kebaikkan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi &
petang.

94."Ya Haadiy" ( Maha Pemberi Petunjuk ) - bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke sesuatu tempat
tertentu, kemudiannya sesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir
ini, InsuaAllah akan diberikan pertolongan Allah & akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95."Ya Baadii" ( Maha Indah / Tiada Bandingan ) - andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting
& bagi memastikan rancangan kita itu berjaya serta berjalan lancar, maka birzikirlah dengan zikir ini
sebanyak 500x selepas solat fardhu.InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan
kita berjaya & berjalan lancar.

96."Ya Baaqiy" ( Maha Kekal ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu,
InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua pekerjan yang telah menjai punca rezeki tidak akan mudah terlepas,
perniagaan tidak akan rugi @ bankrap dengan berkat zikir ini.

97."Ya Waarits" ( Maha Membahagi / Mewarisi ) - sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat
fardhu @ sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah peda setiap malam
berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x. InsyaAllah, berkat zikir ini Allah kan memberi petunjuk sehingga
usaha kita berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98."Ya Rasyiid" ( Maha Pandai / Bijaksana ) - walaupun kita tergolong didalam golongan yang serdas
otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi lebih cerdas.

99."Ya Sabuur" ( Maha Penyabar ) - agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka
berzikirlah dengan zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada
Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan. Amalkan zikir ini sebanyak 100x sebelum
matahari terbit, nescaya dijauhkan bala pada hari tersebut.








Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
33

7. DOA-DOA AM DAN DOA-DOA KHUSUS

Adab peruqyah berdoa
1. Penyakit itu cubaan dari Allah, maka harus dirawat dan didoakan dengan ikhlas
2. Bersabar akan membantu kesembuhan
3. Menasihati pesakit supaya bersolat dengan sekemampuannya
4. Selalu berdzikir kepada Allah
5. Berusaha mengubati penyakitnya
6. Memohon kesembuhan dengan banyak berdoa

(iaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku,dan Tuhanku, Yang Dia
memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, dan
Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan Yang amat kuinginkan
akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat." ( Asy Syu'araa', 6 : 78-82)

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku
adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka
hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar
mereka selalu berada dalam kebenaran. (QS. Al Baqarah, 2:186)

Firman Allah Subhannahu wata'ala, yang ertinya: "Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepadaKu,
niscaya akan Kuper-kenankan." (QS: Al-Mukmin: 60). "Dan apabila aku sakit, Dialah yang
menyembuhkanku ." (QS:Asy- Syu'ara: 80).

Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam biasanya meletakkan tangannya pada tubuh orang yang sakit seraya
berdo'a, yang artinya: "Ya Allah Tuhan segenap manusia, hilangkanlah sakit dan sembuhkan-lah,
Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali dengan penyembuhanMu, kesembuhan
yang tidak meninggalkan penyakit." (Muttafaq 'Alaih).

Rasulullah bersabda, "Tidaklah menyatu (rasa takut dan harapan) dalam hati seorang hamba pada saat
seperti ini (sakit) kecuali Alloh mengabulkan harapannya dan memberikan kepadanya rasa aman dari
apa yang ditakutkannya." (HR:At-Tirmidzi dengan sanad hasan).

Seorang muslim yang sedang sakit hendaknya juga tidak mengharapkan kematian meskipun penyakitnya
sangat parah. Namun kalau terpaksa hendaknya berdo'a: "Ya Allah, hidupkanlah aku selama kehidupan
lebih baik bagiku, dan wafatkanlah aku jika kematian lebih baik bagiku. Jadikanlah kehidupan sebagai
penambah segala kebaikan bagiku dan kematian sebagai istirahatku dari segala keburuk-an." (Hadits
Anas bin Malik-HR: Al-Bukhari dan Muslim).

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
34

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya
orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam
keadaan hina dina". (QS. Al Mu'min, 40:60)

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati
yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya
Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali
memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar,
hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

Sejumlah contoh doa yang disebutkan dalam Al Qur'an adalah:

U& ) $ / & _ 9# M& `m& q9# $6fG`$ 9 $3
$ / ?# `&#& =V ` q $ 2 7=9
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
35

83. dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata:
"Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja Yang lebih Mengasihani daripada Segala (yang lain)
Yang Mengasihani".
84. maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit Yang menimpanya, serta Kami
kurniakan kepadanya: keluarganya, Dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu
peringatan bagi orang-orang Yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik). (QS. Al
Anbiyaa', 21:83-84)

# 9# ) = $6` & 9 ) = $ M=9# & 9) ) M&
s6 ) M2 =9# $6fG`$ 9 g 9# 9. G
9#
87. dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) Dalam keadaan marah, Yang
menyebabkan ia menyangka Bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku
kepadanya apa Yang berlaku) maka ia pun menyeru Dalam keadaan Yang gelap-gelita Dengan berkata:
"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada
melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri".
88. maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan Dia dari kesusahan Yang menyelubunginya;
dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang Yang beriman (ketika mereka
merayu kepada Kami). (QS. Al Anbiyaa', 21:87-88)

$2 ) $ / > ? # M& z O9# $6fG`$ 9 $6
9 `s $`s=& 9 _ ) #$2 ` N9# $` $6 $6
#%2 $9 z
89. dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Wahai
Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua
sebaik-baik Yang mewarisi".
90. maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan
keadaan isterinya Yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-
rasul itu ialah kerana) Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba Dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa
berdoa kepada Kami Dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat)
kepada kami. (QS. Al Anbiyaa', 21:89-90)
)9 $1$ y = 7f9#
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
36

75. dan Demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami
adalah sebaik-baik Yang kabulkan doa permohonan. (QS. Ash Shaaffaat, 37:75)

Selain itu terdapat juga doa lain seperti doa qunut nazilah, doa ruqyah jibril, doa sulaiman, doa 7 syifa
dan lain-lain doa yang bersumber dari ulama-ulama dan wali-wali Allah yang sangat baik maknanya dan
ada juga gabungan dari ayat Al-Quran.

Imam at-Tirmidzi berkata: Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: Tidak ada qunut
dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka,
apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam (yakni Imam kaum Muslimin atau Ulil Amri) mendoakan
kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin.
Berdasarkan hadis Ibnu Abbas , bahwasanya Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-
turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda
telah membaca Samiallaahu liman hamidah dari rakaat terakhir, baginda S.A.W. mendoakan
kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Riil, Dzakwan dan Ushayyah sedangkan orang-
orang yang di belakang beliau mengaminkannya.

Doa Qunut Nazilah

Maksudnya:
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami
berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
37

mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang
gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
38


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami
memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu
dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada
sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
39

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau
jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab
Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan
permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya
bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.

Doa Ruqyah Jibril

Ruqyah Jibril juga dikenali sebagai Kalimah Tammah. Doa ini diperolehi ketika Baginda Rasulullah SAW
mi'raj ke langit sambil ditemani Jibril. Tiba-tiba Baginda ternampak Ifrit terbang laju ke arah Baginda
sambil membawa obor api di tangannya dengan niat hendak membakar Baginda. Malaikat Jibril lalu
mengajar Baginda doa ini dan natijahnya Ifrit itu terpelanting dan terbakar oleh api yang dibawanya
sendiri kesan daripada doa Ruqyah jibril tersebut. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Aku berlindung dengan wajah Allah Yang Mulia dan dengan kalimat-kalimat allah yang sempurna yang
tidak ada melampauinya segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam
bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik
kepadanya, dan dari kejahatan firnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan di malam
dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilaui dengan kebaikan, Ya Rahman.
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
40

8. HIZIB-HIZIB DARI ULAMA TERKENAL

Secara bahasa, kata al-hizb bererti jamah min an-ns (kelompok dari manusia) Isu tentang hizib ini,
masing-masing kelompok dan golongan itu merasa bangga dengan agama mereka yang disyaki sesat.
Mereka tidak merasa berada dalam kesesatan. Bahkan sebaliknya, mereka merasa berada di atas
kebenaran (al al-haqq).

Antara hizib yang terkenal ialah Hizib Imam Nawawi, Hizib Bahar, Hizib Hafidzah, Hizib Kursi, Hizib
Tauhid, Hizib An Nashr (Imam Haddad) dan Hizib Akasyah yang masih diamalkan oleh sesetengah tariqat
seperti Tariqat Syadziliah, Tariqat Alawiyah dan Tariqat Naqsyabandi dan juga kumpulan persendirian
serta pondok-pondok agama yang mendapat sanad-sanad dari tariqat tersebut dari guru-guru atau
ketika belajar di arab. Tareqat Syadziliah mempunyai pengaruh yang besar di dunia Islam. Sekarang
tariqat ini terdapat di Afrika Utara, Mesir, Kenya, dan Tanzania Tengah, India, Sri Lanka, Indonesia,
Malaysia dan beberapa tempat yang lainnya termasuk di Amerika Barat dan Amerika Utara. Di Mesir
yang merupakan awal mula penyebaran tareqat ini, tareqat ini mempunyai beberapa cabang, iaitu: al-
Qasimiyyah, al- Madaniyyah, al-Idrisiyyah, as-Salamiyyah, al-Handusiyyah, al-Qauqajiyyah, al-Faidiyyah,
al-Jauhariyyah, al-Wafaiyyah, al-Azmiyyah, al-Hamidiyyah, al-Faisiyyah dan al- Hasyimiyyah.

Ruqyah dengan hizib

Ia tidak disokong dengan mana-mana hadis dan Al-Quran untuk tujuan perubatan dan rawatan penyakit
dan sihir tetapi ia juga berkesan kerana hizib merupakan suatu doa dan wirid untuk mengesakan Allah
dan untuk mengubati hati dan untuk ketenangan jiwa dari gangguan makhluk halus. Sebagaimana hadis
nabi, tidak mengapa ruqyah selagi tidak mengandungi syirik.

Dapatkan hizib tersebut secara percuma di http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/04/muat-turun-
kitab-percuma.html

Tidak Semua Hizb Terlarang

Potongan ayat ini: Kullu hizb[in] bim ladayhim farihn (QS al-Maidah [5]: 53) dijadikan dasar oleh
sebagian orang untuk mengharamkan semua hizb. Alasannya, semua hizb memiliki karakter yang sama,
yakni berbangga terhadap pemikiran atau pendapat yang mereka miliki. Kebanggan dan kekaguman itu
merupakan bibit munculnya sikap asabiyyah, yang pada gilirannya dapat memecah persatuan Islam.
Aneka pertikaian antara kelompok berawal dari sikap tersebut. Oleh karena itu, semua hizb itu
terlarang, sekalipun hizb itu memperjuangkan Islam.

Penggunaan ayat ini untuk mengharamkan keberadaan hizb jelas tidak tepat. Setidaknya ada tiga alasan
yang menunjukkan kesalahan pendapat tersebut. Pertama: Dari segi bentuk kalimat, frasa tersebut
berbentuk berita. Kandungan maknanya juga tidak menunjukkan sebuah larangan. Sebab, kata farihn
tidak spesifik menunjukkan sebuah celaan.
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
41


Oleh karena itu, jika dalam ayat ini semua hizb yang diceritakan tampak tercela, hal itu bukan
disebabkan oleh sikap farihn-nya, namun karena perkara yang menyebabkan mereka farihn. Perkara
yang mereka kagumi dan banggakan adalah agama mereka yang sesat; sesuatu yang sama sekali tidak
layak untuk dikagumi dan dibanggakan.

Realiti tersebut dengan jelas dapat diketahui dalam konteks ayat ini. Pada ayat sebelumnya diceritakan
tentang adanya orang-orang yang memecah-belah agama yang dibawa para rasul menjadi banyak
golongan. Lalu dalam ayat selanjutnya Rasulullah saw. diperintahkan untuk membiarkan mereka dalam
kesesatan dan kebodohan.

Konteks yang sama juga tampak dalam ayat lainnya. Kata kullu hizb[in] juga dikekatkan dengan orang-
orang yang memecah-belah agama menjadi beberapa golongan. Allah Swt. berfirman:


Iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-
tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka (QS ar-Rum [30]: 32).

Ertinya, celaan yang ditujukan kepada semua hizb itu disebabkan karena mereka membanggakan
kesesatan agama mereka. Menurut az-Zamakhsyari dan al-Qasimi, frasa ini memberikan makna bahwa
masing-masing kelompok yang berbeda-beda dan berpecah-belah dalam agama itu merasa senang
dengan kebatilannya, tenteram jiwanya, dan yakin bahwa mereka di atas kebenaran.

Kedua: Seandainya semua hizb dilarang berdasarkan ayat ini, niscaya tidak ada satu pun hizb yang dipuji
Allah Swt. Dalam kenyataannya, masih ada hizb yang dipuji. Hizb yang dimaksud adalah hizbullh.
Mereka disinyalir sebagai kelompok yang mendapat kemenangan (ghlibn) (QS al-Maidah [5]: 56) dan
beruntung (muflihn) (QS al-Mujadilah [58]: 22).

Ketiga: adanya perintah kepada kaum Muslim untuk membentuk suatu ummah yang menjalankan tugas
dakwah kepada Islam dan amar makruf nahi mungkar (QS. Ali Imran [3]: 104). Kata ummah bisa
bermakna thifah, firqah, atau hizb. Orang-orang yang tergabung di dalamnya dinyatakan sebagai
orang-orang yang beruntung. Perintah itu menunjukkan: tidak semua hizb tercela.

Jelaslah, yang menjadi masalah bukan hizb-nya, tetapi akidah apa yang diyakini oleh hizb itu. Jika
akidahnya kufur (sebagaimana ditunjukkan QS al-Muminun [23]: 52 dan QS ar-Rum [30]: 32 ini), maka
hizb itu tercela dan dilarang. Sebaliknya, jika mereka berakidah Islam, mengembang dan mendakwahkan
Islam, memperjuangkannya agar tegak di muka bumi, serta menjalankan amar makruf nahi munkar
niscaya mereka akan mendapatkan keberuntungan dan kemenangan sebagaimana dijanjikan dalam QS
Ali Imran [3]: 104. Hizb yang seperti ini bukan hanya tidak terlarang, namun justru diwajibkan.

Wallhu alam bi shawb
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
42

CARA-CARA MENGATASI SIHIR/RASUKAN

1. Cara menghalang (beringat sebelum terkena)

a) Menjaga kemurnian tauhid dan beramal ibadat ikhlas kerana Allah.
b) Bertaubat nasuha sebenar-benar taubat dan melaksanakan ajaran islam dan mempraktikkan sunnah
nabi.
c) Perbanyakkan membaca al-quran dan wirid-wirid
d) Membentengi diri dengan doa-doa dan juga taawwuz serta bismillahirrahmanirrahim apabila
memulakan atau membuat suatu pekerjaan dan perbuatan.
e) Jauhi amalan bisaah, syirik dan berjumpa pawang, dukun dan bomoh.

2. Apabila telah terkena sihir/rasukan

a) Mencari perawat islam yang diyakini menggunakan al-quran dan assunnah sebagai penyembuhan dan
penawar.
b) Berdoa, perbanyakkan tahajjud, perbanyakkan solat sunat dan jauhi maksiat dan dosa-dosa kecil.
c) Perbanyakkan membaca al-quran dan wirid-wirid
d) Membentengi diri dengan doa-doa dan juga taawwuz serta bismillahirrahmanirrahim apabila
memulakan atau membuat suatu pekerjaan dan perbuatan.
e) Berserah kepada Allah s.w.t setelah berusaha dan bertawakal.

CARA MENGUBATI SIHIR

1. Langkah pertama

a) musnahkan peralatan dan barangan persendirian yang disyaki mengandungi makhluk halus.
b) Musnahkan barang yang digunakan sebagai sihir yang ditanam, diletakkan di sesebuah tempat dan
sebagainya.

2. Langkah Kedua. Kaedah ini dipilih mengikut jenis sakit.

a) Diruqyah dengan ayat ruqyah
- diletakkan tangan di ubun-ubun pesakit atau membaca ruqyah berhampiran telinga pesakit.
b) Doa penyembuhan
- terdapat pelbagai doa di dalam hadis untuk digunakan untuk merawat
c) Mandi air ruqyah yang mana di campur dengan air garam atau air limau atau air 7 helai daun bidara.
d) Membuat air penawar yang terdiri dari al-quran, selawat dan doa untuk diminum



Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
43

3. Langkah ketiga

a) Berbekam
b) Memakai wangian dari atar dan kasturi.
c) Makan makanan sunnah

RUQYAH PENYEMBUH

Amalan ruqyah unutk penyembuhan demam, sakit kepala dan sakit kebiasaan manusia. Baca ayat di
bwawh dan hembuskan pada air minuman dan air mandian. Insya allah

1. Al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Al-Ikhlas
4. Al-Falaq
5. An-Nas
6. Al-Kaustar
7. Membaca taawwuz
8. Membaca doa-doa dari hadis
9. Doa Bismillah (Boleh juga Bismillah 5)
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
44







Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
45

ZIKIR ASAS MUALLIJ/PERUQYAH

Amalan ini mestilah diamalkan oleh para pengamal perubatan Islam dan amalan ini dibekalkan
kepada pesakit-pesakit yang sedang dalam rawatan atau yang telah dirawat sebagai
pembenteng daripada segala bentuk penyakit zahir atau gangguan jin dan syaitan serta
manusia.

) (

) (

) (

) (

) . (
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
46

AMALAN SELEPAS SOLAT

Untuk amalan selepas solat, disarankan membaca

a) al-fatihah sebanyak 20 kali tiap-tiap selesai solat bermakna ada 100 kali bacaan dan jika hendak buat
lebih dari itu lebih bagus.

b) Ya Bari 213 kali

c) La ilaha illallah wahdahu la syarikalah,lahul mulk wa lahul hamd,wa huwa 'ala kulli syai-in
qadiir,subhanallah,walhamdulillah,wa la ilaha illallahu wallahu akbar wa la haula wa la quwwata illa
billahil 'aliyyil 'azim rabbigh firli 100 kali

(Daripada hadis riwayat Bukhori dan lain-lain)

Maksudnya:Tiada Tuhan melainkan Allah,Maha Esa,Tiada sekutu bagi-Nya,Bagi-Nya kekuasaan dan puji-
pujian,dan Dia Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu,Maha Suci Allah,Dan Segala Puji Bagi Allah,dan tidak
ada Tuhan melainkan Allah,dan Allah Maha Besar,tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah
Yang Maha Tinggi,ampunkanlah aku.

d) Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas 3 kali

e) Ayat Kursi 3 kali

f) Selawat Nabi 100 kali

Tambahan amalan selepas solat dipecahkan seperti berikut:

Solat Maghrib

1) Al-Baqarah ( 285-286)
2) Baca Asas 10 Zikir (10+10)
3) Surah Yaasin
4) Bismillah 5 dan 6, Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiah (3 kali)

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
47

Solat Isyak

1) Baca Asas 10 Zikir (10+10)
2) Bismillah 5 dan 6, Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiah (3 kali)
3) Baca surah Ar-Rahman/As-Shoffat/ Al-Jin/Al-Waqiah/Ad-Dukhan
4) Bismillah 5 dan 6, Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiah (3 kali)

Solat Subuh.

1) Baca Asas 10 Zikir (10+10)
2) Al-Mathurat
3) At-taubah ayat 128-129

4) Bismillah 5 dan 6, Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiah (3 kali)

Solat Zohor

1) Baca Asas 10 Zikir (10+10)
2) Baca surah Al-Jin
3) Bismillah 5 dan 6, Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiah (3 kali)

Solat Asar

1) Baca Asas 10 Zikir (10+10)
2) Baca Al-Mathurat
3) Bismillah 5 dan 6, Selawat Syifa dan Selawat Tafrijiah (3 kali)
* Baca Asas 10 Zikir (10+10) bermakna asas 10 zikir darussyifa dan asas 10 zikir mustakim. e-book
percuma di http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/04/muat-turun-kitab-percuma.html


Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
48

AMALAN SEBELUM TIDUR

Seeloknya dalam keadaan berwuduk.

1) Amalkan bacaan bismillahirrahmnirrahim 3 kali dan al-fatihah
2) Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas 3 kali.
- ditiup di tapak tangan dan disapukan keseluruh anggota badan
3) Ayat Kursi 3 kali
4) Al-Baqarah ( 285-286)
5) Doa Tidur

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat malam, atau biasa disebut Solatul Lail. Waktunya lewat tengah malam, dan
sebaiknya dikerjakan setelah tidur terlebih dahulu. Bilangan rakaatnya sebelas rakaat; yakni 8 rakaat + 3
rakaat sunnat witir.
Tahajjud boleh dikerjakan 2x4 rakaat, iaitu setiap 4 rakaat 1 salam, lalu ditambah dengan witir 3 rakaat 1
salam atau dengan cara 4x2 rakaat, iaitu setiap 2 rakaat 1 salam, lalu ditambah dengan 3 rakaat witir 1
kali salam.
Ayat-ayat yang dibaca sesudah Al Fatihah boleh dipilih sendiri. Biasanya ayat-ayat yang difahami
maknanya akan lebih berkesan dan mudah dihafal. Bagi yang belum hafal, dapat membaca pada rakaat
pertama surat Al Ashar serta Al Kautsar; atau ayat-ayat pendek lainnya.

Melalui solat malam, seseorang dapat meningkatkan ketaqwaannya kepada Allah s.w.t. Firman Allah
s.w.t.:

"Dan pada sebagian malam tahajudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan
Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji". (Al Isra : 79).

Solat Witir

Witir artinya ganjil. Dinamakan Solat Witir, kerana bilangan rakaatnya yang selalu ganjil; yaitu boleh 1
rakaat, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat. Boleh dikerjakan dua-dua, terakhir 3 rakaat 1 tahiyyat 1 salam.

Solat witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai
pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih; ia layaknya sebagai penutup segala solat yang dilakukan
hingga menjelang Subuh. Misalnya seseorang yang memperkirakan peribadinya tak akan terbangun
mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka ia dapat mengerjakan solat witir langsung sesudah mengerjakan
solat Isya. Pada setiap rakaat solat witir, selain membaca Al Fatihah kita dapat pula memilih beberapa
ayat atau salah satu dari Al Quran.

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
49



Doa Tahajjud

Ertinya:

Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada tuhan selain DIA sendiri. Yang Maha
Hidup dan Yang Berdiri sendiri-Nya, serta aku bertaubat kepada-Nya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah yang menciptakan aku dan aku adalah
hamba-Mu, dan aku pun dalam ketentuan-Mu dan dalam janji-Mu, sesuai dengan kemampuanku. Aku
berlindung kepada-Mu dari sejahat-jahat kelakuan. Aku mengakui kenikmatan yang kau limpahkan
kepadaku dan aku mengakui pula akan dosa-dosa-ku. Maka ampunilah aku, karena tak ada yang dapat
menerima taubat atas dosa-dosa-ku selain Engkau sendiri.
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
50


Ya Tuhan kami, karuniakanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan selamatkanlah kami dari siksa
neraka. Ya Allah, bagi-Mu puja dan puji. Engkau-lah penguasa langit dan bumi dan apa-apa yang ada di
dalam keduanya. Dan bagi-Mu pula puja dan puji, pancaran cahaya langit dan bumi. Bagi-Mu-lah puja
dan puji itu, karena hanya Engkau-lah Yang Maha Besar, janji-Mu benar dan pertemuan dengan-Mu-pun
benar pula. Firman-Mu benar dan surga-Mu-pun benar. Neraka benar dan para Nabi juga benar serta
Nabi Muhammad saw juga benar dan hari kiamat itu benar. Ya Allah, kepada-Mu aku berserah diri dan
dengan-Mu aku percaya. Kepada-Mu aku bertawakkal dan kepada-Mu aku akan kembali serta dengan-
Mu aku rindu dan kepada-Mu aku berhukum. Ampunillah dosa-dosaku apa yang telah aku lakukan
sebelumnya maupun yang terdahulu atau yang kemudian, yang kusembunyikan dan yang kunyatakan
dengan terang-terangan. Engkau-lah tuhan yang terdahulu dan yang kemudian. Tiada Tuhan selain
Engkau, tak ada daya dan upaya melainkan dengan-Mu ya Allah. (HR. Bukhari-Muslim)





























Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
51


BEKALAN SELEPAS RAWATAN UNTUK PESAKIT

1) Baca doa ini setiap selesai Solat Subuh dan Asar.

AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang dicipta-Nya.

Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang membaca doa ini tiga kali, tiada
apa-apa malapetaka akan terjatuh ke atasnya."

2) Dan Baca doa ini.

AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit, untuk
menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Dari Ibn Hibban; Rasulullah SAW bersabda : "Hamba-hamba Allah yang membaca membaca doa ini
pada waktu pagi dan petang tiga
kali, tiada apa jua kesakitan akan dialaminya."

3) Kemudian Baca doa ini.

AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK 100 KALI

Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan, dan
bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas
segala sesuatu.

Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Rasulullah SAW berkata, Sesiapa
membaca
ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan
dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan
syaitan sepanjang hari.
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
52



PELBAGAI ZIKIR DARI RASULLULLAH

(1) Zikir dikala menghadapi keadaan genting dan susah.

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar lagi Maha Penyabar. Tiada Tuhan
melainkan Allah yang memelihara ( mempunyai ) Arsy yang besar. Tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah yang memelihara segala langit dan bumi yang mempunyai Arsy yang maha mulia.

Menurut riwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW senantiasa membaca dzikir ini apabila beliau
menghadapi suatu kegentingan.

(2) Zikir dikala merasa takut atau terkejut.

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya dan siksaan-Nya dan
dari kejahatan hamba-hambaNya, dan dari gurisan syaithan dan dari kehadiran mereka itu.

Menurut riwayat Abu Daud dan At Turmudzy, Nabi SAW mengajar sahabat-sahabatnya membaca
taawwudz ini dikala mereka terkejut atau merasa takut dari sesuatu.














Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
53

SUSUNAN AYAT AL-QURAN PILIHAN

Di sini saya catatkan beberapa ayat pilihan untuk anda lakukan sendiri di rumah selepas solat. Yang
penting, amalan yang berterusan. Pilihlah yang mana satu kerana ada di antara kita tidak mempunyai
masa yang cukup untuk melaksanakannya. Ayat ruqyah biasanya mengambil masa 16 minit ke 30 minit
bergantung kepada pembaca. Jadi di sini terdapat beberapa pilihan yang juga berkesan untuk mengatasi
atau membatalkan sihir. Sesuai untuk pesakit rawatan berulang atau pesakit yang belum lagi
mendapatkan rawatan. Insya Allah berusaha itu lebih baik dari berubat.

1. Susunan Ayat 20
Al-Baqarah Ayat 255
Al-A'raf 54-56
As-Soffat 1-11
Ar-Rahman 33-35
Al-Hasyr 21-24

2. Susunan Ayat 33
Al-Baqarah 1-5
Al-Baqarah 255-257
Al-Baqarah 284-286
Al-A'raf 54-56
Al-Isra' 110-111
As-Soffat 1-11
Ar-Rahman 33-35
Al-Hasyr 21-24

3. Susunan Ayat Manzil
Fatihah
Al-Baqarah - ayat 1-5, 163, 255-257, 284-286
Ali-Imran - ayat 18, 26-27
Al-A'raf - ayat 54-46
Al-Isra' - ayat 110-111
Al-Mukminun - ayat 115-118
As-Soffat - ayat 1-11
Ar-Rahman - ayat 33-40
Al-Hasyar - ayat 21-24
Al-Jin - ayat 1-4
Al-Kafirun
Al-Ikhlas
Al-Falaq
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
54

An-Nas

4. Susunan Ayat Ruqyah Syariah
Al- Fatihah (Ayat 1 -7)
Al- Baqarah (1-5)
Al-Baqarah ( 102)
Al-Baqarah ( 163-164)
Al-Baqarah ( 255)
Al-Baqarah ( 285-286)
Al Imran ( 18-19)
Al Araf ( 54-56)
Al Araf (117-122)
Yunus (81-82)
Toha (69)
Al Muminun (115-118)
As Soffat (1-10)
Al-Ahqof (29-32)
Ar-Rahman (33-36)
Al-Hasyr (21-24)
Al-Jin (1-9)
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Nas

5. Susunan Ayat2 Al-Munjiyat
As-Sajadah
Yassin
al-Mulk
al-Insan
ad-Dhukhan
al-Waqiah
al-Buruj

6. Al-Mathurat

Dapatkan e-book percuma Al-Mathurat di http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/04/muat-turun-kitab-
percuma.html

7. Kaedah Ustaz As-syeikh Wahid Abdul Salam Bali
Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
55

1. Surah Al-Baqarah Ayat 102 ( Diulang Sebanyak 7x)


2. Surah Al-A'raf Ayat 117-122 (Diulang Sebanyak 7x)


* Kemudian ayat yang digariskan diulang sebanyak 30x

3.Surah Yunus Ayat 79-82 ( Diulang sebanyak 7x)

Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
56


* Kemudian ayat yang digariskan diulang sebanyak 70x

4. Surah Toha Ayat 69 (Diulang sebanyak 7x)

























Ruqyah Syariah Mustaqim
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda
57

Rujukan:
Selain Al-Quranul Karim dan Hadis-hadis, rujukan buku ini juga dari sumber berikut:

1. Al-Ilaj fi ar-Ruqo, Sheikh said Al-Qahthani.
2. Hukmu as-sihr wa al-kahanah, Sheikh Abdul Aziz bin Baz
3. As-Sihr wal ain wa Ar-ruqyah Minhuma, Fahd bin Sulaiman al-Qadhi
4. Ash Shorimul Battar fit Tashoddi lis Saharotil Asyroori. Sheikh Wahid Abdul Salam al-Bali
5. Wiqoyatul Insaan minal Jinni wasy Syaithon. Sheikh Wahid Abdul Salam al-Bali
6. http://klinik-muallij.blogspot.com Ustaz Mustakim bin Mohd najib
7. http://www.darussyifa.org/ TG Ustz Haron Din Al-Hafiz
8. http://www.rawatanislam.com/ Ustaz Prof. Dr. Jumadi Bin Mustar

Anda mungkin juga menyukai