Anda di halaman 1dari 9

Tafsir surah al-Hujurat 6-13.

Surah Al-Hujurat memiliki 18 ayat, ia merupakan surah madaniyah yang mengandungi


manhaj pembentukan dan penyusunan umat beradab. Ia sekaligus menerangkan beberapa
nasihat tarbawiyah tentang personaliti dan identiti seorang Muslim agar dipraktikkan di
dalam sebuah jemaah Islamiyah. Pada permulaan kandungan ayat di dalam surah ini
mengandungi seruan nasihat yang mesra, Wahai orang-orang yang beriman...
Sayyid Qutb memperluaskan huraiannya di dalam Fi Zilaalil Quran dengan membahagikan
penafsiran surah ini kepada beberapa topik;

Tata krama orang beriman terhadap Nabi s.a.w (

) .

Memastikan kebenaran khabar berita (

Bersikap damai sesama saudara (

) .

) .

Larangan bersikap angkuh, prasangka dan mengumpat (

).

Mereka yang paling mulia adalah yang paling tinggi takwanya (

).

Hakikat iman dan pengukuhannya (

) .

Ayat 6 8 : Memastikan Kebenaran Khabar Berita








Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya
kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah
kamu lakukan
Imam Ahmad meriwayatkan tentang penurunan ayat ini tentang Al-Walid bin Uqbah bin Abi
Muith yang diutuskan Rasulullah s.a.w untuk memungut zakat daripada kabilah Bani
Mustalaq. Ketika Al-Walid tiba di perkampungan Bani Mustalaq, berbondong-bondong
penduduknya keluar sehingga dia menyangka dirinya sedang terancam. Maka, Al-Walid
melarikan diri dari perkampungan tersebut, sedangkan tujuan penduduknya keluar dari
rumah-rumah mereka adalah kerana ingin menyerahkan zakat.
Apabila Al-Walid tiba di Madinah, dia bertemu Rasulullah s.a.w dan mengkhabarkan bahawa
penduduk Bani Mustalaq telah murtad, lalu baginda mengarahkan Khalid al-Walid memimpin
pasukan tentera menghukum terhadap perbuatan Bani Mustalaq. Baginda berpesan kepada
Khalid agar menyiasat terlebih dahulu sebelum memulakan serangan dan jangan bertindak

terburu-buru.
Sepanjang perjalanan Khalid al-Walid bersama pasukannya ke perkampungan tersebut,
beliau mengutuskan unit perisikannya untuk mengintip perkampungan Bani Mustalaq. Apa
yang mengejutkan, unit perisikannya melaporkan masih terdengar azan dan melihat
penduduknya mendirikan solat. Berita yang mendakwa Bani Mustalaq murtad ternyata
palsu. Lantaran itu Khalid membatalkan tujuan perang dan pulang bersama pasukan
tenteranya ke Madinah menemui Rasulullah s.a.w.






Mengenai ayat enam (6) surah al-Hujurat, hasil tindakan tidak segera memunggah
informasi-informasi yang belum jelas kebenarannya, maka kaum Bani Mustalaq terselamat
daripada serangan tidak wajar akibat perkhabaran yang tidak benar. Kita perlu menyiasat
dengan teliti sebelum membuat suatu tindakan yang merugikan. Ia akan menjadi
malapetaka ke atas umat Islam jika tidak berhati-hati dan meneliti kebenaran sumber berita
yang
diterima.
Sehinggalah ke saat dunia tanpa sempadan hari ini banyak fitnah dan berita bohong
dijadikan sandaran. Kita share sesuatu berita bukan kerana keabsahan informasi yang
terkandung di dalamnya, tetapi ukuran tersebut dibuat berasaskan berapa ramai yang like
dan hangatnya info tersebut. Fahamilah bahawa jumlah like mahupun dislike tersebut
bukanlah syarat mutawatir berita tersebut, adakalanya dasar perkhabaran yang disebarkan
itu mempunyai bukti kekeliruan dan palsu.
- Berita dan pembawa berita

Mengenai QS.Al Hujurat ayat 6 ini, Syaikh Ali As Shabuni memberikan tiga poin penilaian
penting:
1. Bahwa ayat ini termasuk ayat yang mengajarkan adab dan akhlak yang baik, yaitu keharusan
mengklarifikasi akan suatu berita agar tidak mudah mengikuti kabar berita yang tidak
bertanggung jawab. Dan juga tidak mudah menghukumi orang dengan berbekal informasi yang
samar dan tidak pasti kebenaranya. Sebab salah-salah jika tidak mengindahkan adab ini, maka
akan menzalimi orang lain dan membuat fitnah atau kerusakan atas suatu kaum.
2. Hikmah disyariatkanya mentabayunkan akan suatu berita ini adalah agar umat muslim tidak
mudah terprofokasi berita-berita tidak bertanggung jawab yang disebarkan oleh musuh-musuh
islam. Dimana dewasa ini musuh-musuh islam senantiasa menghembuskan berita-berita sesat
ditengah umat islam, dengan tujuan untuk membuat permusuhan antar sesama umat dan merusak
agama serta ukhuwah islamiyah.
3. Fitnah dan kerusakan ditengah umat diawali dengan adanya suatu kedustaan dan hasutan. Maka
dari itu janganlah mengikuti kedustaan, cek dan teliti lebih dalam dan cermat agar tidak
mengikuti suatu kedustaan. Dan hendaknya tidak mudah terhasut dengan cara menjadi manusia
cerdas yang gemar melakukan klarifikasi antar sesama agar adanya suatu kejelasan dan
kelancaran komunikasi antar sesama
Dan menurut Syaikh Abu Bakar Al Jazairi bahwa haram hukumnya mengikuti dan
menghukumi dengan kabar sepihak dan kabar praduga (tidak jelas) atas sesuatu sehingga setelah
itu dapat menimbulkan suatu penyesalan (karena bersalah dan memunculkan kerusakan) baik di

dunia atau akhirat. Serta wajib mengklarifikasi atas berita dari seseorang agar tidak menimbulkan
suatu hal yang membahayakan atas orang lain dan dirinya.
Mengenai QS.Al Hujurat ayat 6 ini, Syaikh Ali As Shabuni memberikan tiga poin penilaian
penting:


7. dan Ketahuilah! bahawasanya Dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka
janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia
menurut kehendak kamu Dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan
mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara Yang
diwahyukan kepadaNya, dan kamu Wahai orang-orang Yang beriman hendaklah
bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara Yang kamu cintai serta di
perhiaskannya Dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik
serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara Yang kamu benci; mereka Yang bersifat
demikian ialah orang-orang Yang tetap menurut jalan Yang lurus; -

Rasulullah s.a.w seorang yang maksum, maka baginda terhindar daripada perkara
buruk berdasarkan perkhabaran yang tidak benar melalui wahyu Ilahi. Sekarang
Rasulullah s.a.w sudah tiada, maka kita hendaklah merujuk sumber-sumber wahyu yang
ditinggalkan Rasulullah s.a.w secara kaffah (keseluruhan) serta berserah diri kepada
takdir
Allah.
Sayyid Qutb mengembangkan mengenai ayat ini bahawa Allah Maha Mengetahui
siapakah di kalangan hamba-Nya yang berhak mendapat petunjuk, dan siapakah yang
disesatkan. Kepada orang yang benar-benar beriman kepada-Nya, maka Allah hiasi
hati-hati mereka sukakan kepada kebenaran, keadilan, kebaikan, benci kepada
kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Firman Allah Taala:

Maksudnya : Siapa di antara kamu yang masih hidup selepasku (kewafatan Rasulullah
s.a.w) kamu akan saksikan perselisihan yang banyak, maka hendaklah kamu menuruti
sunnahku dan sunnah para khulafa ar-rasyidin. Berpegang teguhlah kamu seerat-eratnya
dan gigitlah dengan gigi geraham kamu. (Riwayat Abi Daud)



8. (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat
pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Ayat 9 : Memilih Jalan Islah Ketika Berlaku Perselisihan


9. dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di
antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah
puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali
patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah),
serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang Yang berlaku adil.

Dalam ayat ini Allah masih menghukum kedua-dua kelompok bertikai sebagai orang-orang
yang beriman, sedangkan dalam penilaian akal manusia yang sering hanyut dengan
sentimen perasaan dan selirat kebencian pasti akan berlaku tuduh-menuduh, fitnahmemfitnah,
kafir-mengkafir,
ejek-mengejek
dan
sebagainya.
Di dalam ayat ke-(9) ini disebut hal berkaitan bughah, iaitu suatu hukum mengenai
pemberontakan yang dilakukan terhadap pemerintahan yang adil dan sah. Menurut jumhur
ulama, hanya penderhakaan yang menggunakan kekuatan fizikal sahaja boleh dianggap
sebagai jenayah bughah. Manakala Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut di dalam Fiqh Jihad,
ada tiga perkara utama yang layak dilabelkan dalam kategori jenayah bughah, iaitu :

1. Menentang pemerintah (yang meletak Allah dan Rasul-Nya sebagai sumber rujukan
tertinggi).
2. Penentangan secara kekerasan atau bersenjata.
3. Berniat melakukan jenayah.
Perlulah diingatkan bahawa golongan pemberontak itu tidak boleh diserang kecuali mereka
menyerang atau bersiap sedia dengan kelengkapan untuk menyerang. Di dalam Perang
Siffin, Ali bin Abi Talib r.a telah mengambil tindakan memerangi Muawiyah bin Abi Sufyan r.a
dan pasukan tenteranya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda;









Maksudnya : Malangnya anak Sumayyah (Ammar bin Yasir), engkau dibunuh oleh
kumpulan pemberontak. (Riwayat Muslim)
Ammar bin Yasir dibunuh ketika beliau bersama-sama tentera Ali bin Abi Talib r.a. Pembunuh
Ammar bin Yasir merupakan salah seorang daripada tentera yang menyertai pasukan
Muawiyyah bin Abi Sufyan r.a iaitu Abu al-Ghadiyah al-Juhani. Kedua-dua sahabat
RasuliLlah s.a.w yang mulia ini (Ali dan Muawiyah) berperang disebabkan perselisihan
ijtihad
dan
masing-masing
mendakwa
kebenaran
bersama-sama
mereka.

Ternyata berdasarkan hadis tadi Ali benar dalam ijtihadnya dan Muawiyah tersalah dalam
ijtihadnya. Walau bagaimanapun, perselisihan ini tidaklah menyebabkan salah seorang
daripada mereka menjadi kafir atau fasik. Peristiwa ini menyebabkan lahirnya mazhabmazhab di kalangan umat Islam sebagaimana yang telah ditentukan Allah ekoran
pembunuhan sahabat yang dikasihi Rasulullah s.a.w, iaitu Uthman ibn Affan r.a.
Dalam konteks politik kontemporari pula, kehadiran pembangkang dalam sistem
pemerintahan tidaklah termasuk dalam kategori hukum bughah. Ini kerana pembangkang
dalam institusi politik memberikan maksud wujudnya pertalian kumpulan manusia yang
bertindak bersama untuk menggerakkan keupayaan negara secara kolektif.
Allah memerintahkan agar kita bersikap adil dalam menyelesaikan masalah kerukunan
masyarakat dengan mengutamakan jalan perdamaian sesama saudara. Jika terdapat
khabar yang meragukan, carilah kebenaran dengan bertanya kedua-dua belah pihak.
Jangan kerana kebencian kita terhadap satu kelompok itu, menyebabkan kelompok tersebut
teraniaya.

Ayat 10 : Orang Beriman Saling Bersaudara


10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah
di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu beroleh rahmat.

Jika dua kelompok orang beriman berperang (sama ada secara fizikal atau mental yakni
dengan cara memaki hamun) akibat bercanggah fahaman dan ijtihad, berselisih aliran dan
pemikiran, sedangkan daripada sisi faktor lain mereka bersatu secara faktualnya, iaitu
masing-masing percaya bahawa Allah Maha Esa, percaya akan Rasul-Nya, percaya
kebenaran Kitab-Nya dan kerukunan iman yang lain, maka potensi penyatuan (taqrib)
hendaklah
diusahakan.
Persaudaraan yang ampuh dan kukuh pernah memberikan impak kemenangan umat Islam
pada tahun 1973 Masihi peperangan antara Mesir dan Israel. Dr. Toha Rayyan, Prof.
Syariah Islamiyah di Universiti al Azhar menceritakan bahawa faktor utama kemenangan
Mesir pada waktu itu ialah perpaduan umat Islam. Hal ini termasuk tindakan seluruh negara
Arab (bukan sahaja Mesir) memboikot negara-negara Barat, menghentikan segala
hubungan
perdagangan
dengan
Barat
termasuk
industri
petroleum.
Tetapi, itu semua sudah menjadi debu tebal sejarah. Hakikatnya, umat Islam pada waktu ini
amat lemah sekali kerana perpecahan dalaman mahupun luaran sedangkan jumlah umat
Islam di seluruh dunia pada hari ini bukanlah sedikit. Menurut laporan kajian populasi
masyarakat dunia, penduduk Islam dijangka akan bertambah dua kali ganda lebih pantas
berbanding penduduk bukan Islam dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Dari sudut ekonomi pula, negara Islam merupakan negara pengeluar rizab minyak terbesar.
Negara-negara teluk, termasuk Arab Saudi, Kuwait, UAE, Qatar, Iran dan Iraq mempunyai
rizab minyak ratusan ribu bilion tong daripada keseluruhan rizab minyak dunia. Namun,
mengapa sumber-sumber ini tidak menjadi senjata strategik untuk menundukkan

kebiadaban

rejim

Zionis

Antarabangsa?

Jawapannya disebabkan Islam yang menyatukan ummah tidak menjadi ideologi pemimpin
Muslim di negara-negara yang berkenaan. Kekayaan tidak menjadi pemacu pembangunan
kemandirian masyarakat Islam, sebaliknya menjadi punca tubuh umat Islam diratah rejim
musuh dan proksi-proksi mereka. Mazhab dan aliran-aliran pemikiran pula tidak menjadi
suatu manhaj yang menyatukan perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w, sebaliknya menjadi
dogma pencelaan dan perlekehan antara satu sama lain.

Maksudnya : Iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi
beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada
golongan mereka. (Ar-Ruum:32)

Ayat 11 : Larangan Mempersenda, Mencela dan Memanggil Panggilan Yang Buruk





11. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki)
mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari
kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain,
(kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah
setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula
kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk.
(Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi
fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia
beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya)
maka merekalah orang-orang Yang zalim.

Manusia diberikan kelebihan oleh Allah anugerah lisan untuk berbicara dalam pelbagai
bahasa dan berkomunikasi sesama mereka. Lisan ibarat pedang bermata dua, ia boleh
mencegah kemungkaran di tengah komuniti masyarakat dan ia juga boleh memecahbelahkan
kaum
Muslimin
menurut
kehendak
syaitan.
Di dalam ayat ke-(11) surah al-Hujurat menyenaraikan beberapa bentuk kejahatan lisan,
antaranya perbuatan merendah-rendahkan sesama saudara yang terbit atas dasar
kesombongan dan keangkuhan. Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya : Kesombongan
manusia.(Riwayat

itu

adalah

menolak

kebenaran

dan

merendahkan
Muslim)

Ibnu Asyur menafsirkan bahawa penghinaan dan perlecehan itu terangkum dalam perbuatan
sama ada ia dilakukan dengan isyarat bibir, tangan atau kata-kata yang difahami sebagai
ejekan atau ancaman. Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya : Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu merendah diri sehingga tiada
yang besikap bongkak, seorang ke atas kamu dan tiada yang bersikap angkuh, seorang ke
atas kamu. (Riwayat Ibnu Majah)

Ayat 12 : Larangan Berburuk Sangka, Mengumpat dan Mengintip Kesalahan Orang


Lain.



12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian
dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat
setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging
saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu
kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan
bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
Mengasihani.

Ayat ini masih merupakan lanjutan kepada ayat yang lalu. Ibnu al-Munzir meriwayatkan
daripada Ibnu Juraij bahawa, Ayat ini diturunkan berkenaan peristiwa yang menimpa
Salman al-Farisi. Suatu ketika Salman tidur lalu berdengkur, lantaran itu seseorang yang
mengetahui perihal Salman itu menceritakan keadaan makan dan minumnya di khalayak
orang ramai. (As-Suyuti,Lubab an-Nuqul fi Asbab an-Nuzul)
Buruknya dosa mengumpat sehingga ia digambarkan seolah-olah memakan daging saudara
kita sendiri. Namun, ulama fekah membahaskan bahawa hukum mengumpat menjadi harus
sekiranya terjadi alasan-alasan sedemikian;

1. Meminta fatwa, yakni seseorang bertanya tentang hukum dengan menyebut perihal
seseorang. Sebagai contoh Hindun bertanya kepada Nabi s.a.w mengenai sikap Abu
Sufyan yang kedekut. Lalu bolehkah isteri mengambil wang tanpa pengetahuan
suaminya.
2. Menyebut keburukan seseorang yang memang tidak malu memperlihatkan
keburukannya di depan khalayak. Seperti menyebut si fulan adalah pemabuk,
kerana memang dia memang kaki botol di hadapan umum masyarakat.
3. Menyampaikan khabar keburukan seseorang terhadap pihak yang berkuasa dengan
tujuan mencegah terjadinya kemungkaran.
4. Menyampaikan informasi mengenai seseorang kepada pihak yang berhak
mengetahui perihal si fulan tersebut, seperti dalam konteks menerima lamaran.

5. Memperkenalkan seseorang yang tidak dikenali kecuali dengan menyebut aib atau
kekurangannya. Contohnya, Si fulan yang berkerusi roda itu.
Manakala dalam masalah tajassus (mengintip), kebenaran yang formal dicari oleh kita tidak
sewajarnya sampai ke tahap melampaui batas, para salaf melarang kita menyebarkan
informasi dengan hanya cara hipotesis, menduga dan menyangka. Tidak sepatutnya kita
mencari-cari kejelekan orang lain untuk dijadikan bahan penghinaan dengan cara
menyelongkar perbuatan individu yang telah ditutup oleh Allah daripada pengetahuan kita.
Sabda Rasulullah s.a.w;

Maksudnya : Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat
manusia) ataupun mengorek perut mereka. (Riwayat Bukhari)

Ayat 13 : Nilai Takwa





13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang
lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan
keadaan dan amalan kamu).

Islam mengajar umat manusia untuk saling mengenali dan secara jelas menolak rasisme,
taassub kumpulan, perkauman ataupun sikap assobiyah yang merosakkan. Rasulullah
s.a.w telah menunjukkan tauladan kepada umatnya, mempersatukan penduduk Madinah
yang berbilang kabilah, bangsa dan agama. Rasulullah telah membentuk komuniti bersatu
Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar dalam satu wilayah pemerintahan agar semuanya
dapat menjalani kehidupan aman dan damai.
Manusia yang menyatakan keunggulan satu ras dan mempercayai bahawa mereka lebih
unggul dari bangsa yang lain, mereka sebenarnya telah melupakan satu hakikat penting
bahawa tiada satu pun nilai-nilai tersebut bersifat abadi. Setiap manusia yang beriman
mahupun kafir, hidup atau mati, akan meninggalkan semua yang dimilikinya di dunia ini.
Segala amal usahanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Pada hari itu, tidak
seorangpun mampu menolong yang lain, tiada ras dan warna kulit. Allah
menggambarkannya dalam sebuah ayat:

Maksudnya : Apabila sangkakala ditiup maka tiada lagi pertalian nasab di antara mereka
pada hari itu, dan tidak pula mereka saling bertanya. (Al- Mu`minun:101)
Allah turut menjelaskan dalam ayat yang lain bahawa hubungan keakraban dan
persaudaraan seharusnya ditegakkan atas dasar takwa dalam firman-Nya;

:Teman-teman

Maksudnya

akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian


yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. (Az-Zukhruf:67)

Sayyid Qutub menyatakan dalam tafsirnya Fi Zilal al-Quran, Takwa adalah kepekaan hati,
kehalusan perasaan, rasa khuatir yang terus menerus dan hati-hati terhadap semua
larangan-larangan Allah di dalam kehidupan.

- Hadith amru bin aas:

"

"
"

"

Anda mungkin juga menyukai