Anda di halaman 1dari 24

JENAYAH SIBER

Antara jenis-jenis jenayah siber ialah :


a. Penipuan dalam teknologi maklumat
b. Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer.
c. Maklumat diceroboh dan dicuri.
d. Capaian secara tidak sah ke atas sistem
e. Menyalin perisian secara tidah sah dan tanpa kebenaran dari pemilik perisian.
f. Pengintipan
g. Judi siber
h. Penggodam atau "Hacker"
i. Penyebaran virus
j. Mel Spam
Punca-punca mengapa berlakunya JS ialah :
sukar untuk dikenalpasti siapakah pelaku JS ini. Kategori penjenayah siber ini ialah golongan
berpengetahuan ataupun profesional. Mereka ini boleh juga kemungkinannya kawan kita, remaja, atau
siapa sahaja. Mereka biasanya mereka susah untuk dikesan lokasi nya.
Selain itu, Sikap manusia juga antara salah satu punca jenayah siber berlaku. Hal ini demikian kerana
JS sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai sikap buruk. Pengguna internet misalnya menyerang
sistem hanya sekadar suka-suka (main-main) ataupun mencuba ilmu baru yang mereka pelajari.
Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam golongan umur 20-an.Golongan remaja ini
mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah
yang mereka lakukan.
Tambahan pula, keinginan material manusia boleh mendorong pelaku JS ini. Antaranya ialah keinginan
untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan menggunakan kaedah alternatif. Sesetengah
individu hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil peduli akan cara mereka mendapat hasil
tersebut serta kesan dalam jaangka masa pendek mahupun panjang. Oleh itu mereka sanggup
melakukan jenayah siber semata-mata untuk mendapatkan hasil dengan cepat kerana jenayah siber
tidak perlu melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah-jenayah lain
Langkah-Langkah membendung JS :
Antara langkah yang paling efektif ialah melengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer. Undangundang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah siber. Walau
bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri dengan
lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer. Contohnya kita boleh lindungi sistem komputer kita
dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apaapa saja perisian keselamatan yang lain
Selain itu, mewajibkan pelajaran komputer dan kursus komputer di kalangan pelajar merupakan inisiatif
yang perlu dilakukan. Semua pelajar tidak kira umurnya harus menghadiri kelas komputer ini dan mereka
diajar tentang ancaman jenayah siber ini. Selain itu,kerajaan juga patut menyediakan lebih banyak
kursus komputer kepada semua pegawai kerajaan ataupun pekerja yang terlibat dalam transaksi di
internet supaya mereka boleh tingkatkan keselamatan siber

Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan di atas, teknologi pada masa kini semakin canggih, tetapi pada masa yang
sama terdapat juga kekurangannya, iaitu jenayah siber juga semakin canggih. Oleh itu , kita hendaklah
berwaspada pada setiap masa

PLASTIK DAN KESANNYA


Kesan Penggunaan Botol Plastik Terhadap Kesihatan
Persatuan Mahasiswa Sains UPSI
(http://pmsupsi.blogspot.com)
Kecenderungan negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk
menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.
Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC)
berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti vinyl cloride monomer
(VCM) dan phthalates. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.
Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau
minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.
Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang
digunakan sebagai plastisizer iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak
kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di
dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman, katanya.
Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu
miligram per kilogram (mg/kg) VCM.
Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan
kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan, katanya.
Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi
VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulangulang.
Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam
keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan phthalates.
Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh
mengganggu fungsi hormon manusia.
Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan
mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan
Peraturan Makanan 1985.
Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk
pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah, katanya.
Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana
bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.
Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan
makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan, katanya.
Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol
plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin.
Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).
Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd
Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali
kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.
Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat
atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling

lama seminggu sebelum perlu dibuang, katanya.


Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat
negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.
Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom
atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh.
Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini
ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah
sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan
tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.
Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia
mengandungi bahan unsur karsinogen, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai
bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon
atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap.
Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian
dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, katanya.
Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya
matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.
Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang
tiada kaitan dengan makanan.
Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan
berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan,
katanya.
Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu
juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik
bungkus.
Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik
pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.
Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti
teh tarik bungkus, katanya.
Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu,
kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian
pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar
BIODIVERSITI : KEPENTINGAN & FUNGSI
BIODIVERSITI (EDISI 2)
Majalah estidotmy, February 2007 menulis definisi biodiversiti sebagai kepelbagaian biologi atau
biodiversity didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan
mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada
ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.
Kepentingan atau peranan biodiversiti ini terbahagi kepada 2 iaitu : Kepentingan kepada manusia dan
kepentingan kepada alam.
Kepentingan Kepada Alam :
Biodiversiti sangat penting untuk mengekalkan kitaran hidrologi. Hal ini demikian kerana hidupan
semulajadi berfungsi sebagai penyerapan. Air dari tanah akan dibebaskan melalui proses transpirasi.
Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan

membebaskannya sedikit demi sedikitbila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir dan kejadian
bencana alam lain seperti tannah runtuh, banjir lumpur dan sebagainya.
Selain itu, biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim
(modifikasi iklim). Tumbuhan misalnya, juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan
membebaskan wap. Keadaan ini akan mempengaruhi keadaan iklim dan sekaligus menyederhanakan
suhu. Oleh itu, kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti
ini.
Biodiversiti juga mempu menghalang hakisan tanah. Hal ini demikian kerana, daun dan sampah hutan
boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Keadaan ini sekaligus menghalang tanah menjadi
pecah.Selain itu, akar berfungsi mengikat tanahdan membantu menghalang berlakunya hakisan
terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma
menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak, paya bakau berfungsi
mengurangkan kesan puklan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat
menyelamatkan harta benda dan nyawa. Oleh itu, kepelbagaian biologi boleh mengawal dari berlakunya
bencana alam.
Tumbuhan juga boleh menghasilkan oksigen untuk pernafasan dan respirasi. Manakala mikrob pula
membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah.
Kepelbagaian biodiversiti juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur
Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah. Dengan kata lain, biodiversiti
berperanan menyelenggara kitaran Oksigen dan Nitrogen.
Kepentingan Kepada Manusia :
Biodiversiti berguna kepada manusia. Hal ini demikian kerana, kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di
dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian
biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang
mengendalikan bidang ini. Contohnya, ANTHROPOSENTRIK, digunakan dalam memajukan Bank
Genetik khasnya untuk memajukan sktor pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan. Ia juga
boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumbang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi
negara. Jelas bahawa kekayaan kepelbagaian spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap
kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.
Selain itu, kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai nilai intrinsik" atau nilai yang tersendiri dan
setiap benda hidup di atas muka bumi ini mempunyai "hak untuk hidup. Setiap benda hidup tidak kira
haiwan, tumbuhan dan manusia mempunyai hak asasi masing-masing. Benda hidup mempunyai
ingatan, emosi dan kesakitan. Oleh itu, ia perlu dijaga kerana mempunyai hak dan peranan sebagaimana
manusia.

OBESITI
PENGENALAN
Seseorang dikatakan obesiti jika beratnya adalah 30% lebih tinggi daripada julat normal bagi tinggi
badan, jantina dan umurnya. Seorang yang obes boleh mencapai berat badan yang lebih rendah dan
sihat dengan meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan pengambilan kalori. Obesiti merupakan
sejenis penyakit nutrisi yang berlaku pada seseorang individu. Antara punca seseorang menghadapi
obesiti ialah melalui pemakanan dan cara hidup masyarakat itu sendiri.
ISI
Gaya hidup
Gaya pemakanan yang tidak sihat Salah satu faktor yang lebih kuat ialah gaya hidup. Ibu bapa yang
obesiti akan menurunkan gaya pemakanan yang tidak sihat itu kepada anak mereka. Contohnya jika
pemakanan harian sesebuah keluarga itu terdiri dari pengambilan lemak yang tinggi maka anak tersebut
akan turut mengambil makanan tersebut dan seterusnya menyebabkan obesiti.
Senaman
Kurang melakukan aktiviti beriadah masyarakat hari ini kebanyakkannya kurang melakukan aktiviti
beriadah untuk kesihatan mereka sendiri. Masyarakat pada masa sekarang lebih suka menghabiskan
masa lapang mereka dengan menonton televisyen dan video serta serta komputer di rumah. Dalam

masa yang sama,mereka akan mengambil makanan segera untuk dimakan. Keadaan ini mendorong
mereka mengalami masalah kegemukan atau obesiti.
Pemakanan (Kandungan nutrisi tidak seimbang)
Kualiti makanan yang diambil - Kualiti makanan yang diambil juga merupakan penyebab obesiti.
Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi. Obesiti
boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses seperti makanan
segera, makanan dalam tin dan lain-lain lagi.
Makanan segera/ringan
Pengambilan makanan segera yang berlebihan Pengambilan makanan segera juga salah satu punca
obesiti. Industi makanan segera yang kini berkembang pesat telah menyumbang kepada pertambahan
rangkaian restoran makanan segera di seluruh negara, melalui promosi pakej makanan yang
ditawarkan.Oleh itu, masyarakat pasti teruja untuk menikmati makanan tersebut setiap masa. Keadaan
ini mendorong masyarakat untuk mengambil makanan segera yang berlebihan.
PENUTUP
Jelaslah bahawa cara hidup dan pemakanan banyak mempengaruhi berlakunya obesiti atau masalah
kegemukan dalam diri masyarakat hari ini. Oleh itu, bagi mengurangkan statistik masyarakat yang
mengalami obesiti, pelbagai pihak perlu bekerjasama menjayakan program-program kesedaran dan
kempen bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan tabiat pemakan yang sihat dalam kalangan
masyarakat hari ini. Selain ibu bapa, keluarga dan masyarakat, Kementerian Kesihatan, Kementerian
Pelajaran serta pihak berkuasa tempatan perlu bekerja sama dengan badan bukan kerajaan program
seumpama itu
PENYELIDIKAN DAN PENBANGUNAN (R&D) : KEPENTINGAN & CABARAN
A)

KEPENTINGAN

i) PENGHASILAN BARANG YANG KREATIF


R&D akan menghasilkan barangan yang kreatif dan inovatif. Sebagai contohnya Malaysia mampu
menghasilkan lampu bijak (smart lamp) yang dapat padam dan menyala secara automatik. Lampu ini kini
dihasilkan secara besar-besaran di seluruh dunia.Pasarannya meluas kerana keistimewaannya. R&D
Jerman pula Berjaya menghasilkan beg udara (air bag) dalam kereta.Bagi udara ini dapat melindungi
pemandu dan penumpang daripada terhentak pada badan kereta semasa kemalangan.Dengan itu
keselamatan pemandu dan penumpang lebih terjamin.Kini beg udara ini digunakan secara meluas dalam
semua industri automobil.
ii) PENINGKATAN PRODUKTIVITI
R&D dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran kos pengeluaran.
MARDI,melalui R&D, banyak menghasilkan baka padi yang bermutu tinggi, misalnya MK 188 dan MK
189. Tumbesaran beras ini cepat. Hasilnya lumayan dan berkualiti. Daya tahannya terhadap penyakit
yang tinggi.Oleh itu,hasil yang tinggi akan menambah pendapatan petani di samping memenuhi
permintaan makanan rakyat. Melalaui R&D robot juga dihasilkan untuk menggantikan tenaga manusia.
Robot boleh melakukan kerja dengan lebih cekap tanpa dipengaruhi emosi dan keletihan seperti
manusia. Kos pengeluaran juga dapat dikurangkan.
iii) MEWUJUDKAN TENAGA MANUSIA BERKEMAMPUAN
Malaysia telah memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui Koridor Raya Multimedia,
menggalakkan pembangunan Industri Teknologi Maklumat, serta mewujudkan tenaga manusia yang
berkemampuan untuk memanfaatkan teknologi tersebut.Generasi muda seharusnya mampu untuk
memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran,selaras dengan tuntutan suasan ekonomi semasa.
Pembangunan tenaga manusia akan menjadi kunci kepada kejayaan Negara pada alaf baharu.
Pengeluaran pelbagai sektor ekonomi serta daya saing negara dalam pasaran global akan ditentukan
oleh kecekapan dan kemampuan tenaga pekerja, pengurus, pentadbir, dan juga penyelidik, untuk
menggerakkan ekonomi.
iv) PELUANG MEMPERKUKUHKAN EKONOMI
Proses globalisasi akan menular ke dalam masyarakat dan ekonomi Malaysia melalui Lebuh Raya
Maklumat serta memberi peluang untuk memperkukuhkan ekonomi. Hal ini menggalakkan para saintis

dan penyelidik untuk membangunkan inisiatif baharu dalam bidang-bidang pendidikan, perubatan, dan
bioteknologi, yang berpotensi dimanfaatkan di peringkat global, sekali gus menaikkan imej Malaysia di
mata dunia, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju.
B) MASALAH MEMBANGUNKAN R&D
i) KOS TINGGI
Pembangunan dalam bidang teknologi maklumat memerlukan kos yang tinggi. Contohnya dalam tahun
80-an Amerika Syarikat telah membelanjakan sebanyak AS$750 billion untuk meningkatkan prasarana
atau infrastruktur yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Sudah pasti kos pada hari ini semakin
meningkat. Hal ini akan membawa masalah kepada Negara-negara yang tidak mempunyai teknologi
maklumat akan ketinggalan dan secara tidak langsung turut menjejaskan aspek-aspek lain yang
berkaitan termasuk perkembangan ekonomi. Jadi,pengagihan kekayaan dunia menjadi tidak smbang
dan lebih memihak kepada Negara-negara maju yang tentunya menguasai teknologi maklumat.
ii) MASALAH PELAN PEMBANGUNAN NEGERI
Ketiadaan pelan pembangunan ataupun pelan pembangunan negeri yang sudah terlalu lama dan tidak
sesuai lagi digunakn (out-dated) merupakan satu masalah bagi menyelaraskan perancangan dan
pembangunan bagi seluruh negeri .Contohnya Pulau Pinang mempunyai satu Pelan Induk yang dibuat
pada awal tahun 1970-an dan penyediaan Rancangan Struktur Seberang Perai ialah paa pertengahan
1980-an. Oleh tiu, Pelan Induk yang disediakan sudah out dated untuk rujukan dan Rancangan Struktur
Seberang Perai yang disediakan tidak menggambarkan keselarasan perancangan.
iii) KETIADAAN RANCANGAN STRUKTUR BERSAMA
Akta 172 memperuntukkan kawasan di bawah kuasa tempatan sahaja perlu disediakan pelan struktur
dan tidak memperuntukkan kawasan yang tidak mempunyai pihak berkuasa tenpatan. Oleh itu, ini
bermakna kawasan yang diliputi oleh pelan-pelan struktur adalah taburan dan tidak selaras. Pihak
Berkuasa Tempatan tidak mempunyai kuasa untuk menyediakan Rancanag Struktur secara bersama
iaitu dengan mencantumkan beberapa kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya menyediakan
satu sahaja Rancangan Struktur.Ini tidak boleh dilakukan kerana peruntukkan didalam Akta 172.
iv) PENYERTAAN AWAM
Daripada pengalaman penyrtaan awam yang lepas,didapati bahawa sambutan orang ramai untuk
mengeluarkan pendapat mereka adalah bebitu dingin. Pelan Struktur yang berbentuk kenyataan bertulis
denagn matlamat, objektif dan polisi lazimnya sukar difahami oleh masyarakat awam. Akibatnya
tindakbalas kepada penyertaan awan amat rendah,umpamanya penyertaan awam dalam Rancangan
Strukrur Pulau Pinang, Cuma 2800 orang sahaja yang melawat pameran iaityu kurang daripada 1%
penduduk Pulau Pinang. Walau bagaimanapun implikasi daripada campur tangan politik akan
membantutkan proses perlaksanaan dan juga akan menimbulakan persoalan sejauh manakah
keberkesanan Rancangan Struktur dan Perancangan Tempatan.
TANAMAN ORGANIK
DEFINISI
Pertanian organik adalah satu pertanian mesra alam yang tidak menggunakan baja kimia, racun perosak
dan bahan penggalak tumbuhan. System ini bergantung kepada penggunaan bahan organik dalam
bentuk kompos, baja hijau atau sungkupan untuk mengekal dan menambahkan kesuburan tanah. Di
samping itu pertanian organik mengamalkan kawalan biologi bagi perosak dan rumpai.
KEBAIKAN TANAMAN ORGANIK
1. MENINGKATKAN DAN MENGEKALKAN KESUBURAN TANAH
Kesuburan tanah bukan sahaja akan kekal melalui pertanian organik malahan ia akan meningkatkan lagi
kesuburan tanah. Hal ini kerana pertanian organik dilakukan melalui pelbagai cara contohnya tanaman
giliran. Cara ini adalah tanam yang lebuh daripada satu tanaman di kawasan yang sama tetapi pada
masa yang berlainan. Tanaman pertama boleh mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. Oleh itu,
tanah akan kekal subur malahan semakin subur melalui tanaman organik.
2. MENGELUARKAN MAKANAN YANG SELAMAT
Kebaikan tanaman organik juga untuk mengeluarkan makanan yang sihat. Tanaman organik semestinya
akan menghasilkan makanan organik yang bebas daripada racun perosak dan baja kimia. Hal ini kerana
tanaman organik diuruskan contohnya melalui kawalan biologi iaitu menggunakan haiwan untuk
mengawal serangga perosak daripada menyerang tanaman. Justeru tanaman organik menghasilkan
makanan yang selamat.

3. MENGITAR SEMULA SISA PERTANIAN, SISA DAPUR, SISA LAMAN DAN NAJIS HAIWAN
TERNAKAN SECARA BIOLOGIKAL
Tanaman organik akan membantu mengitar semula pertanian, sisa dapur, sisa laman, dan najis haiwan
ternakan secara biological yang melibatkan proses organisma. Contohnya dengan menggunakan barang
sisa dapur untuk mengawal serangga perosak akan menjadikan sisa tersebut tidak dibuang begitu
sahaja. Pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan kita tidak perlu
membazirnya dengan membuang begitu sahaja.
4. MENGAWAL RUMPAI DAN PEROSAK
Di samping itu, mengawal perosak dan melalui kaedah biologi, fizikal, kultura dan kegunaan pokok
penangkis perosak juga akan memberikan kesan baik kepada alam sekitar terutamanya dengan
wujudnya pertanian organik. Pokok penangkis perosak seperti serai wang tidak akan memberi kesan
yang tidak baik kepada alam sekitar malahan memberi manfaat iaitu boleh digunakan untuk memasak.
Hakikatnya, tanaman organik membantu mengawal rumpai dan perosak melalui kaedah biologi.
LANGKAH MENARIK MINAT MASYARAKAT TERHADAP TANAMAN ORGANIK
1. MEMBERIKAN ILMU PENGTAHUAN TERHADAP MASYARAKAT
Memberikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat adalah satu langkah untuk menambahkan minat
masyarakat. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat jahil tentang risiko penggunaan racun perosak
kepada tanaman mahupun alam sekitar. Dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka, mereka akan
mengurangkan aktiviti penggunaan racun perosak dan akhirnya akan mengusahakan pertanian organik.
Jelasnya menyampaikan ilmu pengetahuan tentang kebaikan tanaman organik akan menambah minat
masyarakat.
2. MEMBERIKAN PERUNTUKKAN PERBELANJAAN KEPADA PEMINAT TANAMAN INI
Begitu juga dengan memberikan peruntukkan perbelanjaan kepada masyarakat yang meminati tanaman
jenis ini. Kebanyakan mereka yang minat terhadap tanaman ini kekurangan modal untuk
mengusahakannya disebabkan kos yang terlalu tinggi. Dengan bantuan yang diberikan oleh pihak
berwajib akan membolehkan tanaman ini diusahakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.
3. MENGGALAKKAN PASARAN SECARA MELUAS TERHADAP TANAMAN INI
Seterusnya adalah menggalakkan pasaran secara meluas terhadap tanaman ini. Sebelum ini tanaman
ini sinonim dengan orang yang berada sahaja disebabkan harga makanannya yang terlalu mahal.
Namun jika ia tidak dipasarkan kepada masyarakat sekeliling tanaman ini tidak akan dibeli dan
seterusnya tanaman ini tidak akan diusahakan lagi disebabkan tiada keuntungan yang diperoleh. Justeru
tanaman ini harus diperkenalkan kepada masyarakat sekeliling supaya mereka membantu ekonomi
pengusaha untuk terus melaksanakan tanaman organik.
4. MENANAM TANAMAN YANG MENJADI MAKANAN SEHARIAN MANUSIA
Untuk itu juga adalah menanam tanaman yang menjadi makanan seharian manusia. Contohnya seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan. Masyarakat akan sentiasa membeli makanan ini untuk dijadikan lauk
masakan walaupun ia terlalu mahal. Disebabkan ingin berjimat masyarakat akan menanam tanaman
jenis ini sendiri akhirnya. Oleh itu, dengan menanam makanan yang menjadi tumbuhan seharian akan
menambah minat masyarakat terhadap tanaman ini.
PERTANIAN ORGANIK : Kebaikan dan Kelebihan
Pertanian organik didefinisikan sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, yang
menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem. Melalui kaedah holistik semula jadi, pertanian
organik menyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah. Ia
merupakan pertanian satu langkah ke hadapan yang menghapuskan baja kimia, racun makhluk perosak
dan organisma ubah suai genetik (GMO), yang bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia, tetapi juga
flora dan fauna dan alam sekitarnya, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti
biologikal tanah.
Antara kebaikan pertanian organik kepada masyarakat ialah dapat meningkatkan dan mengekalkan
kesuburan tanah. Hal ini kerana, pertanian organik menggunakan sistem pertanian yang sistematik dan
mengaplikasikan pelbagai kaedah pertanian. Sebagai contoh ialah, kaedah tanaman giliran. Tanaman
giliran ialah proses penanaman lebih dari satu jenis tanaman pada kawasan yang sama tetapi masa
yang berlainan. Hal ini demikian kerana, tanaman pertama boleh mempengaruhi kesuburan tanaman

kedua. Jadi, kesuburan tanah bukan sahaja akan dapt dikekalkan, bahkan akan lebih subur daripada
sebelumnya.
Selain itu, pertanian organik juga dapat mengeluarkan makanan yang sihat dan selamat kepada
masyarakat. Semestinya, pertanain organik akan menghasilkan makanan yang bebas daripada bahanbahan kimia. Hal ini kerana, tanaman organic tidak menggunakan racun perosak tetapi menggunakan
kawalan biologi untuk mengawal haiwan perosak. Sebagai contohnya ialah, dengan pemeliharaan
burung hantu, haiwan perosak seperti tikus akan dapat dikawal. Jadi, tanaman akan selamat daripada
gangguan haiwan perosak. Jelaslah di sini, makanan daripada pertanian organic selamat untuk dimakan.
Di samping itu, tanaman organik juga akan membantu pengitaran semula sisa pertanian, sisa dapur sisa
laman dan najis haiwan ternakan secara biologikal. Hal ini kerana, proses pengitaran ini melibatkan
proses organisma yang tidak memberikan impak negatif kepada tanaman mahupun masyarakat.
Contohnya, najis lembu ternakan boleh dijadikan baja kompos kepada tanaman. Dengan pengitaran ini,
najis lembu tadi tidaklah dibuang begitu sahaja. Malahan baja kompos ini tidak mengandungi sebarang
unsur kimia yang boleh memudaratkan kesihatan penguna. Oleh itu, pengitaran semula ini akan
menjadikan tanaman organik berkualiti dan dapat mengelak berlakunya pembaziran.
Pertanian organik juga mampu mengawal rumpai dan serangga perosak melalui kaedah biologi, fizikal
mahupun kultura. Melalui kaedah ini rumpai dan serangga perosak dapat dikawal dengan berkesan
tanpa memberi kesan negatif kepada petani dan penggunanya berbanding dengan penggunaan racun
serangga. Contohnya, pokok penangkis perosak seperti serai mampu menghalau serangga perosak
serta tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Justeru, tanaman organik dapat membantu
mengawal rumpai dan serangga perosak melalui kaedah biologi, fizikal, mahupun kultura.
Konklusinya, pertanian organik memberi banyak manfaat kepada kita. Selain daripada meningkatkan
kesuburan tanah, tanaman organik juga bebas daripada bahan kimia dan selamat untuk dimakan
walaupun tanpa cucian. Pertanian organik juga membantu kita untuk membuang sisa-sisa daripada ke
arah yang lebih berfaedah. Justeru itu, pertanian organik haruslah disokong dari segenap penjuru
masyarakat.

PEMANASAN GLOBAL :Faktor Dan Langkah Mengawalnya


Pengenalan:
Pada era globalisasi ini,pelbagai fenomena yang menggugat keselamatan dan cukup hasrat
dibincangkan masyarakat seluruh dunia. Contohnya, seperti fenomena el-nino yang menyebabkan
kemarau yang berpanjangan dengan suhu panas yang keterlaluan. Hal ini secara globalnya di sebabkan
oleh aktiviti manusia dan alam semula jadi. Oleh itu, faktor tidak berlakunya global ini haruslah diterokai
bagi membendung pencemaran alam.
Antara faktor berlakunya pencemaran global ini ialah aktiviti manusia melalui perindustrian. Kandungan
gas-gas yang terhasil daripada industri-industri ini menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan
menyebabkan ultraungu memancar terus ke bumi tanpa lapisan. Cahaya ultraungu ini yang
menyebabkan suhu dunia lebih panas dari biasa.Aktiviti manusia melalui perindustrian ini akan
mengeluarkan gas seperti karbon monoksiada, karbon dioksida, metana, nitrus dioksida akan menyerap
sinaran cahaya matahari dan mengeluarkan sinaran tersebut semula. Proses tersebut menyebabkan
suhu purata atmosfera bumi meningkat. Jelaslah, aktiviti manusia melalui perindustrian mampu
mengakibatkan suhu bumi meningkat.
Selain itu, pengguanaan bahan kimia yang tidak terkawal mahupun bahan kimia yang tidak bersifat
mesra alam juga merupakan antara faktor penyumbang kepada pemanasan global. Contohnya,
penggunaan kloroflurokarbon dalam industri penyaman udara dan plastik. Pembebasan gas halon yang
digunakan dalam industri alat pemadam api juga di antara contoh penggunaan bahan kimia yang
berbahaya dan menyumbang kepada pemanasan global. Pembebasan ini juga telah menipiskan lapisan
ozon yang berfungsi mgengawal kadar kemasukan pancaran ultra ungu. Apabila pancaran ultra ungu
memancar dalam keadaan yang agak banyak, ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan
manusia, merosakkan tumbuhan dan menyebabkan berlakunya pemanasan global. Oleh itu,
penggunaan bahan kimia yang berbahaya dan tidak terkawal dapat menyumbang kepada berlakunya
fenomena pemanasan global.
Justeru, langkah mengatasi haruslah diambil iaitu dengan melaksanakan program pencegahan yang

berkesan terhadap penggunaan CFC di peringkat antarabangsa.Penggunaan bahan lain yang tidak
membebaskan radikal klorin hendaklah digalakkan untuk menggantikan klorofluro karbon (CFC),
misalnya bahan CFC tiruan. Sebagai contoh,penggunaan racun serangga berasaskan H2O hendaklah
digubal dan dilaksanakan dengan tegas agar semua pihak mematuhinya.Sekiranya sesebuah kilang itu
terpaksa juga membebaskan CFC,pekilang hendaklah diwajibkan memasang alan penapis yang
berkesan agar radikal klorin tidak terbebas secara berlebihan di udara.
Di samping itu, orang ramai juga harislah digalakkan supaya mengurangkan sebarang penggunaan
barangan yang mengandungi gas CFC.Bahan-bahan plastik yang digunakan sebagai alat pembungkus
makanan yang mengandungi CFC, seperti barangan kloroform yang dijadikan pembungkus makanan
harus digantikan dengan alat pembungkus tradisional seperti daun dan kertas untuk makanan seperti
nasi lemak dan sebagainya. Bahan ini bykan sahaja mudah reput, tetapi juga tidak memcemarkan alam.
Penjual ikan juga haruslah digalakkan untuk mengguna peti kayu dan bukannya peti plastik yang
mengandungi bahan CFC. Tegasnya, seluruh masyarakat di dunia hendaklah menyedari akan seriusnya
kesan akibat penipisan lapisan ozon dan masing-masing hendaklah menyumbang usaha untuk
membanterasnya
Penutup
Intihannya semua pihak seharusnya bertindak cepat untuk mengatasi masalah ini sebelum keadaannya
menjadi semakin serius. Usaha yang dijalankan tidak seharusnya hanya melibatkan generasi tua tetapi
juga generasi muda kerana merekalah yang akan menentukan samaada masalah ini akan menjadi lebih
parah atau sebaliknya. Generasi muda di seluruh dunia mestilah disedarkan tebtang masalah ini dan
mereka hemdaklah dididik sejak kecil lagi agar menghargai alam sekitar dan bumi.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN MANUSIA


Pengenalan :
Kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting dalam dir seseorang manusia. Lebih-lebih lagi, pada
mada kini manusai semakin terdedah kepada pelbagai ancaman dan masalah kesihatan, berikutan
dengan gaya hidup yang semakin mencabar. Pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi kesihatan
seseorang dari segi mental mahupun fizikal.
Faktor yang mempengaruhi:
Antara faktor yang mempengaruhi kesihatan manusia ialah penekanan terhadap aspek fizikal. Sebagai
contoh, dengan melakukan senaman, risiko penyakit jantung dapat dikurangkan. Ia memperkuat dan
meningkatkan keupayaan otot-otot dan jantung serta akan mengurangkan bebanan pada jantung. Selain
dapat mengurang risiko penyakit jantung, bersenam juga dapat meningkatkan paras kolestrol pelindung
yang dikenali sebagai high density lipo protein (HDL). Antara jenis senaman yang popular pada masa
kini ialah senamrobik dan kolestenik. Tuntasnya, senaman merupakan salah satu faktor yabg
menyebabkan kesihatan manusia .
Selain itu, amalan pemakanan yang seimbang turut menjadi faktor yang mempengaruhi kesihatan
manusia. Makanan seimbang dapat memberikan tenaga dan haba yang cukup kepada badan
seseorang. Pealiran darah juga akan lancar. Hal ini dapat memastikan gas oksigen dapat dialirkan ke
seluruh tubuh badan dengan baik. Makanan seimbang yang digambarkan oleh piramid makanan
membolehkan pembinaan tisu-tisu baru bagi menggantikan tisu-tisu badan yang lama atau rosak.
Makanan yang seimbang turut memastikan badan mengandungi kandungan nutrisi yang mencukupi.
Sebagai contoh, kandungan badan yang cukup vitamin, garam mineral, kalsium dan sebagainya akan
dapat melindungi diri daripada penyakit seperti skurvi, selesema demam, rabun malam dan sebagainya.
Pendek kata, amalan pemakanan penting untuk kesihatan kita.
Di samping itu, kesihatan manusia juga dipengaruhi oleh pengambilan makanan suplemen. Hal ini
kerana, makanana suplemen penting untuk meningkatkan daya pencegahan penyakit. Sebagai contoh,
penghidap osteoparosis iaitu seseorang yang mempunyai tulang yang lemah, rapuh dan mudah patah
dapat membina tulang yang kuat melalui pengambilan pil kalsium yang mencukupi. Dengan ini kadar
kehilangan jisim tulang dapat dielakkan. Makanan suplemen juga mempunyai bakteria yang sihat untuk
membersihkan toksik dalam kolon atau usus kita. Dengan ini, toksik tidak akan meresap jauh ke dalam
sistem badan kita.
Kesihatan manusia juga dipengaruhi oleh gaya hidup seseorang individu. Hal ini kerana, gaya hidup
yang tidak sihat akan dapat menjejaskan kesihatan seseorang. Sebagai contoh, pengmbilan alkohol dan

amalan merokok bagi pesakit diabetes terutamanya akan menyebabkan penyakit jantung. Hal ini kerana,
amalan merokok menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan seterusnya cenderung menyebabkan
tekanan darah tinggi. Jelaslah bahawa, kesihatan manusia berpunca dari gaya hidup seseorang individu.
Penutup :
Intihannya, kesihatan manusia bergantung kepada pelbagai faktor yang mendorong kepada taraf
kesihatan yang baik . Namun, ianya bergantung pada sikap individu tersebut dalam menjaga kesihatan
diri. Oleh itu, kita mestilah mengambil berat dalam menjaga kesihatan diri masing-masing
PERUBATAN HERBA : MASALAH DAN USAHA MEMAJUKANNYA
Pendahuluan
Masyarakat pada hari ini lebih bergantung pada perubatan moden. Hal ini sedikit sebanyak
menyebabkan perubatan herba di negara kita semakin dilupakan. Pelbagai masalah yang menyebabkan
kesukaran perubatan herba untuk dikomersilkan dan usaha yang dapat dilakukan untuk menaikkan taraf
kan perubatan herba.
Masalah Dan Dilema
Bersaing dengan ubataan moden.
Hal ini kerana masih banyak di antara kita masyarakat melayu terutamanya masih menganggap ubatan
herba sebagai ubatan yang ketiggalan zaman dan tidak patut digunakan lagi pada masa sekarang. Hal
ini tidak sepatutnya berlaku kerana banyak kegunaan perubatan herba yang tidak kita sedari seperti
sireh atau nama saintifinya piper betel yang berupaya melancarkan paerjalanan haid dan penyubur
kandungan ibu yang hamil khas untuk golongan wanita, jelaslah di sini bahawa perubatan moden tidak
patut disingkirkan kebolehannya.
Kurangnya usaha untuk memperbaharui kemampuan ubatan herba.
Hal ini disebabkan kurangnya usaha badan -badan yang bertanggjawab untuk malakukan pembaharuan
ke atas ubatab herba. Ramai yamg masih menanggap ubatan penghasilan ubatan herba memerlukan
proses yang leceh seperti perlu melalui proses yang lebih banyak berbanding penghasilan ubatan
moden. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa betapa pentingnya usaha memperbaharui
perubatan herba untuk menangkis pendapat masyarakat terhadap kelembapan dalam proses
penghasilan herba.
Usaha Memajukan
Menjalankan penyelidikan ke atas tumbuhan herba.
Hal ini kerana para sainstis di negara kita kurang menitik beratkan penyelikan dalam bidang herba
lantaran terlalu obses mencipta ubat-ubatan moden. Pelbagai ubatan herba yang dapat dihasilkan untuk
mengubati penyakit-penyakit kronik seperti tumbuhan mengkudu atau nama sainstifiknya "morinda
citrifolia" yang berupaya memelihara sistem jantung dan fungsi ginjal dan banyak lagi kelebihan yang
bakal kita perolehi dengan mengadakan kegiatan penyelidikan herba dengan lebih giat lagi. Hal ini jelas
menunjukkan kepada kita bahawa penyelidik penyakit dan dalam bidang herba patut dijalankan untuk
mengetahui kemampuannya suntuk mengubati.
Mempergiatkan usaha menerokai tumbuhan herba
Hal ini kerana tumbuhan herba di dalam hutan jarang diterokai kerana kebanyakkan kita pada hari ini
hanya memandang dengan sebelah mata sahaja kemampuan ubatan herba. Contohnya seperti
kemampuan pegaga atau nama saintifiknya "hydrocolotyle asiatica" yang boleh mengubati penyakit
darah tinggi dan kencing manis.
Penutup
Intiharnya, semua pihak harus bekerjasa untuk memastikanperubatan herba di negara kita dapat
dijadikan penawar kepada pelbagai penyakit berbahaya.seterus nya dapat menjadikan negara kita
sebagai negara pengeluar ubatan herba yang gah di mata dunia.

PERUBATAN HERBA

Perubatan herba-diintai dunia barat


(Sumber : http://fazlisyam.com)
APABILA dunia Barat mula beralih kepada penggunaan herba untuk melengkapi dunia perubatan
moden, masyarakat rantau ini mungkin kurang menyedari keistimewaan herba berkenaan yang tumbuh
melata di depan mata sendiri.
Tidak hairan jika tulisan HM Burkill mengenai 1,000 spesies herba di Semenanjung Malaysia (ketika itu
Malaya) pada awal abad ke-20, dijadikan rujukan pelbagai pihak dalam dan luar negara. Malah, tulisan
awal mengenai herba itu dikatakan masih menjadi sebahagian rujukan penyelidik masa kini.
Di sebalik dedaun comel menghijau di laman rumah, tumbuhan seperti pegaga mempunyai pelbagai
keunikan untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk di kalangan kanak-kanak kurang
upaya.
Profesor di Fakulti Sains dan Teknologi Pemakanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila
Mohamed menyifatkan tumbuhan herba yang lazimnya dijadikan ulam-ulaman itu membantu
meningkatkan keupayaan dari segi pengawalan saraf di kalangan kanak-kanak terbabit.
Ini kerana pegaga mempunyai kesan pelalian pada saraf. Bagi mereka yang mahu meningkatkan daya
ingatan, pegaga antara pilihan herba yang baik berdasarkan hasil kajian dijalankan UPM kira-kira dua
tahun lalu, katanya ketika ditemui di universiti berkenaan baru-baru ini.
Kajian di kalangan lelaki dan wanita lingkungan usia 35 hingga 55 tahun itu mendapati pegaga bukan
saja berupaya meningkatkan ingatan malah mengurangkan paras glukos dan kolesterol. Bagi lelaki pula,
Prof Suhaila mengakui ia didapati dapat meningkatkan tenaga seksual.
Di pelosok dunia lain, penggunaan pegaga atau secara saintifiknya dikenali sebagai centella asiatica
turut tersenarai dalam dunia perubatan herba ayurveda dan tradisional Cina. Perubatan ayurveda
menyifatkan tumbuhan herba ini sebagai tonik otak, antara lain bagi membantu meningkatkan daya
ingatan, usia panjang dan mengekalkan keremajaan.
Dalam perubatan berkenaan, seluruh bahagian pegaga dianggap sesuai untuk membantu meningkatkan
daya ingatan. Di kalangan masyarakat India, tumbuhan berkenaan dipercayai membantu mengatasi
pelbagai masalah lain seperti sakit kepala, sakit badan, asma, ulser serta menyembuhkan luka.
Perubatan tradisional Cina pula memanfaatkan pegaga untuk membantu mengatasi masalah keletihan
secara fizikal dan mental. Dalam pelbagai kajian lain, pegaga memiliki pelbagai kegunaan untuk
membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk pembentukan kolagen, membolehkan
seseorang tidur lebih lena, merangsang selera makan serta membantu dari segi rawatan pernafasan,
reproduktif, saraf, antiradang dan meningkatkan pengaliran darah.
Dalam penyelidikan yang menggunakan tikus sebagai sampel, didapati tikus yang diberi makan pegaga
lebih aktif dan tubuh haiwan itu kurang lemak manakala organ dalaman tikus itu juga lebih sihat
berbanding tikus yang tak diberi makan pegaga, katanya sambil menambah, jenis pegaga yang agak
popular seperti pegaga gajah dan pegaga kampung dikategorikan di bawah spesies centella asiatica.
Pegaga yang turut dikomersialkan masa kini antaranya dalam bentuk sabun namun menurut Prof
Suhaila, ia boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk barangan lain termasuk barangan kosmetik
memandangkan keupayaan pegaga serupa seperti vitamin C.
Lebih elok jika mengambil pegaga mentah atau segar tetapi lantaran kesuntukan waktu kini, tak salah
jika ia dikomersialkan kerana penggunaannya mungkin lebih mudah. Tidak hanya pegaga, pelbagai
tumbuhan tempatan memiliki banyak khasiat dari sudut kesihatan seperti kunyit, sirih dan mengkudu,
katanya yang bakal memperkatakan kelebihan rumpai laut dalam Persidangan Perubatan Tradisional
Asia dan Kesihatan Wanita pada 28 hingga 30 Julai ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Ketua Pengarang Journal of Tropical Medicinal Plants, Prof A N Rao, mengakui perubatan tradisional
berasaskan tumbuhan herba mampu melengkapi dunia perubatan moden kini.
Gabungan rawatan moden dan tradisional tentunya menghasilkan penemuan yang cukup baik dalam
bidang kesihatan. Justeru, tidak hairan jika masyarakat di Barat kini lebih cenderung kepada perubatan

tradisional malah mereka turut memanfaatkan penggunaan herba secara lebih baik dan meluas
berbanding masyarakat Timur sendiri.
Sayang sekali masyarakat di negara membangun sering bergantung kepada sistem perubatan Barat
termasuk penggunaan perubatan herba. Keadaan ini mesti diubah. Kita yang seharusnya berusaha
membuktikan keupayaan perubatan tradisional ini dari pelbagai segi seperti mutu dan piawaiannya,
katanya.
Menurutnya, dunia perubatan herba bermula sekitar 6,000 hingga 7,000 tahun lalu meliputi beberapa
negara seperti China, India, Jepun dan Korea yang memiliki herba istimewa masing-masing. Perubatan
Barat yang berasaskan sistem perubatan Yunani bermula sekitar 2,000 tahun lalu yang menumpukan
kaedah merawat penyakit demi penyakit.
Ini berbeza dengan sistem perubatan tradisional Asia yang merawat seluruh tubuh dan bukannya
rawatan berdasarkan sesuatu penyakit. Meskipun rawatan herba ini mengambil masa yang lebih lama,
kesan sampingannya kurang malah tidak meninggalkan sebarang sisa berbanding ubat-ubatan moden,
katanya.
Prof Rao yang bakal menyertai persidangan berkenaan turut memperakui khasiat pegaga di samping
beberapa herba lain seperti kacip fatimah dan misai kucing yang popular di kalangan masyarakat kini.
ROKOK
Rokok : Kesan Terhadap Kesihatan Manusia
Merokok sudah menjadi perkara biasa dalam senario dunia kini. Malah golongan remaja juga tidak
terkecuali. Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar
yang berumur 13 tahun hingga 15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang
merokok juga meningkat sehingga 20 peratus. Tabiat merokok ini membawa pelbagai implikasi dan
kesan terhadap manusia khasnya kesihatan.
Merokok boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit seperti koronori jantung, kanser peparu,
brokintis kronik dan emfisima. Hal ini disebabkan oleh asap rokok atau tembakau yang mengandungi
4000 bahan kimia beracun. Antaranya ialah bahan radioaktif, tar, nikotin, karbon monoksida dan lain-lain
lagi.
Selain itu, merokok dapat melesukan badan dan akal fikiran. Bau asap rokok dapat mengganggu dan
menyakiti orang yang tidak merokok. Asap rokok yang dihidu boleh menyebabkan penyakit dibahagian
esofagus, perut dan pankreas. Hal ini kerana asap rokok yang dihidu akan melalui saluran penghadaman
dan pencernaan.
Merokok juga memberi kesan kepada keluarga si perokok. Contohnya bagi mereka yang mempunyai
isteri yang mengandung, merokok dapat membahayakan janin yang dikandung oleh si ibu. Selain itu,
bayi yang akan dilahirkan akan kurang berat badan atau tidak cukup bulan. Si ibu pula akan lebih
terdedah kepada kanser. Oleh itu, ibu bapa yang merokok dinasihati supaya berhenti merokok demi
menjaga kesihatan keluarga.
Kesan lain merokok ialah dapat meracuni sistem penafasan. Walaupun hanya setengah batang rokok,
asap rokok daripadanya boleh menghalang laluan udara yang melalui bronkus. Hal ini boleh
memyebabkan pengurangan isipadu udara yang ditarik dan dihembus pada setiap kali penafasan. Setiap
kali perokok menghisap rokok, kadar degupan jantung mereka akan meningkat. Selain itu, perokok juga
akan mudah menghadapi tekanan darah tinggi.
Berdasarkan huraian di atas, jelaslah menunjukkan merokok dapat membahayakan kesihatan manusia.
Pelbagai penyakit boleh terjadi akibat daripada merokok yang juga boleh membawa maut. Oleh itu,
jauhilah rokok dan katakan TAK NAK kepada rokok demi kesihatan diri dan orang sekeliling

KANSER (BARAH)

MENGENALI BARAH
Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar
tabiat asalnya.Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya,sel-sel ini akan membuat pembahagiaan
dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan,ianya akan menghasilkan lebihan tisu.Lebihan tisu ini
jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis
ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) malignan (tumor jenis barah).
Sel-sel kanser memusnahkan bahagian-bahagian tertentu menyebabkan organ-organ yang terlibat
tidak boleh berfungsi atau cacat.
Kanser boleh terjadi pada mana-mana bahagian badan seperti pada bahagian otak,tulang,usus dan
kulit.
JENIS-JENIS KANSER DAN PUNCA-PUNCANYA
Kanser payudara
Kanser payudara biasanya berlaku di kalangan wanita.
Penghidap kanser ini biasanya berumur dalam lingkungan 35-55 tahun,tetapi tidak menyusukan bayi
dan mengambil pil perancang.Statistik pada tahun 1986 menunjukan 11 orang daripada 100 000 wanita
di Malaysia adalah pengidapnya.
Kanser paru-paru
Kanser paru-paru disebabkan oleh nikotin,iaitu sejenis bahan yang terdapat di dalam rokok.
Penghidapnya terdiri daripada orang yang banyak merokok dan orang yang sentiasa mendampingi
perokok.
Kanser ini merupakan salah satu penyakit barah yang sukar diubati.Ini kerana paru-paru merupakan
organ yang amat sensetif dan mudah dijangkiti virus atau kuman.
Kanser pangkal rahim
Kanser ini melibatkan kaum wanita terutama yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
Barah pangkal rahim sangat bahaya kerana tanda-tandanya hanya dapat dikesan pada peringkat
bahaya.Tanda-tanda kanser pangkal rahim ialah darah turun antara hari haid dan kehadiran cecair yang
ganjil.
Statistik menunjukan 90% kes yang dikesan pada peringkat awal dapat diselamatkan.Kes-kes yang
terlambat hanya mempunyai peluang 10% untuk diselamatkan.
Kanser kulit
Kanser yang sukar diubati.
Ia adalah sejenis kanser yang disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya ultra ungu yang terlalu
banyak.Kanser kulit banyak berlaku di kawasan lapisan ozon yang nipis.Sering kali ia dihidap oleh
individu yang berkulit cerah.
Kanser otak
Kanser otak melibatkan ketumbuhan atau tumor pada bahagian otak.Kerap kali mengalami sakit kepala
yang teruk merupakan salah satu tanda-tanda kanser otak.
Kanser jenis lain
Termasuk kanser mulut,kanser lidah,kanser usus,kanser perut dan bahagian organ dalaman yang lain.
Antara punca-punca lain yang telah dikenal pasti
1. Amalan makanan dan pemakanan seseorang.
Makanan yang mempunyai kandingan lemak yang tinggi berupaya menyebabkan kanser payudara.
Amaln makanan yang kurang lemak dan menggantikan protein seperti di Jepun mengurangkan kadar
penghidap kanser ini.
2. Pencemaran alam setikar.
Industri yang membebaskan bahan kloroflorokarbon (CFC) menyebabkan lapisan ozon semakin nipis.
Ozon yang nipis membenarkan lebih banyak sinaran ultraungu sampai ke bumi menyebabkan kejadian
kanser kulit.Terutama kepada para peladang dan kelasi kapal.
3. Bahan kimia industri.
Bahan kimia organic yang bersifat merangsang digunakan dalam industri getah,cetak,kulit,dan cat

boleh mengakibatkan kanser pundit kencing.


Pembangunan industri ini amat perlu untuk membangunkan Negara,tetapi menimbulkan risiko penyakit
kanser kepada pekerja-pekerja.
4. Gaya hidup masyarakat .
Gejala social yang turut berkembang dengan pembangunan sesebuah Negara.
Perlakuan seks bebas dan pelacuran yang berleluasa boleh menimbilkan kanser pangkal rahim.
Jangkitan kuman yang berpanjangan pada alat kelamin menyebabkan penyakit kanser.
5. Faktor kerjaya dan usia seseorang.
Wanita zaman moden mengutamakan kerjaya dan berkahwin lewat.
Wanita yang tidak mempunyai anak atau mendapat anak pertama lewat umur 30-an mempunyai risiko
yang tinggi mengidap penyakit kanser buah dada dan serviks.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ATAU MENGURANGKAN KEBARANGKALIAN MENDAPAT
KANSER
Amalan pemakanan yang sihat
Usaha pencegahan penyakit kanser amalan pemakanan yang sihat adalah perlu.Ini kerana amalan
pemakanan yang baik perlu untuk kesihatan,menjamin fungsi dan perkembangan normal organ-organ
atau sel badan serta untuk pertumbuhan dan penjagaan badan.
Amalan memakan makanan yang terlalu banyak lemak dan kolestrol perlu dielakkan.Amalan
mengambil diet yang mengandungi lemak yang tinggi meningkatkan risiko serangan kanser.
Amalan budaya yang sihat
Biasakan diri dengan gaya hidup yang lebih baik dan meniggalkan atau menjauhi diri daripada gaya
hidup yang tidak baik.
Kesedaran kepada perlunya budaya hidup seunpama ini adalah amat nyata,tambahan pula dengan
adanya bukti-bukti saintifik yang menunjukan adanya kaitan negative antara tabiat kehidupan manusia
dan kejadian penyakit.
Budaya hidup atau amalan hidup yang negative seperti hubungan seks rambang atau seks bebas
umpamanya akan mengakibatkan kanser-kanser organ seks.
Menjauhkan diri daripada amalan merokok,hubungan seks luar nikah,mengamalkan pemakanan yang
salah dan tidak sistematik,gemar berjemur di panas matahari atau sebarang amalan hidup yang boleh
mendedahkan diri kepada risiko penyakit kanser.
Peranan kerajaan dan media massa
Pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan perlu memberi pendidikan kepada masyarakat
dalam bentuk pengetahuan mengenai penyakit kanser.
Penampalan poster mengenai maklumat pencegahan penyakit secara meluas,pameran,seminar atau
siri-siri cferamah.
Peranan media massa iaitu dengan cara penyediaan ruangan khas mengenai kesihatan.
Memperkenalkan prosedur-prosedur tertentu bagi mengelakan pengusahaan industri membuang
bahan-bahan cemar sewenang-wenangnya.
Kesedaran kesihatan individu
Patut menjalankan pemeriksaan kesihatan diri dari semasa ke semasa untuk memastikan tarf kesihatan
stabil.
Setiap individu perlu peka dengan taraf kesihatan.Apabila berlaku gangguan taraf kesihatan
individu,segeralah dapatkan nasihat doktor.
Kerap kali,ujian-ujian seperti mammogram sarankan untuk mengesan barah payudara,ujian ultra-sound
dan pap-smear untuk kanser serviks,ujian darah untuk leukemia,ujian lambau dan ujian-ujian lain yang
ada kaitan dengan penyakit kanser.
Rawatan-rawatan perubatan moden
Diubati melalui pembedahan terutama kanser jenis ketumbuhan.Bahagian itu terpaksa dibuang dengan
memotongnya semasa pembedahan.
Terdapat juga cara pengubatan yang menggunakan pancaran yang menggunakan laser untuk
membunuh sel-sel kanser terutama bagi sel-sel kanser yang boleh merebak agak luas kerana
pembedahan tidak boleh dilakukan untuk membuang organ yang terlibat seperti hati,kerongkong dan
lidah.
Dalam sesetengah kes,kedua-dua pembedahan dan pancaran laser dikenakan pada bahagian-

bahagian yang terlibat.


Beberapa jenis terapi seperti kemoterapi,terapi hormon dan terapi radar digunakan sebagai cara
rawatan,tetapi dilakukan secara berasingan bergantung kepada keadaan sesuatu kes kanser.
Hasil kajian telah menghasilkan sejenis dadah yang boleh membunuh beberapa jenis sel kanser.Dadah
ini lebih berkesan daripada rawatan kemoterapi.
Alat pengesan kanser seperti mesin seperti mesin scan,CAT dan MRI (Magnetic Resonanse
Imaging)banyak membantu dalam usaha memberi rawatan yang lebih tepat dan berkesan.
Ahli sains dan pakar kanser kini giat menjalankan penyelidikan tenteang asal molekul dan pertumbuhan
serta perebakan kanser.Penemuan yang barutentulah dapat membantu menangani penyakit kanser

KUMPULAN 1 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ALTERNATIF


1. Apa itu Tenaga Alternatif??Tenaga berasal daripada perkataan yunani iaitu keupayaandan
kemampuan. Alternatif bermaksud satu pilihan antaradua kemungkinan.Tenaga alternatif merujuk
kepada tenaga yang bolehdiperbaharui tanpa memberi kesan kepada tenaga yang tidakdapat
diperbaharui.Tenaga alternatif juga digunakan untuk menggantikansumber tenaga yang lama kerana
kesan sampingannya.
2. Kebaikan TenagaAlternatif
3. 1) Tenaga alternatif dapat mengelakan pencemaran.-Pembakaran bahan fosil seperti petroleum akan
mengeluarkan gasberacun.- Karbon monoksida dikeluarkan menyebabkan pencemaran udara.-Sumber
tenaga alternatif telah menggunakan tenaga alam semulajadi dan tidak menyebabkan pencemaran alam
sekitar.-Sumber alternatif seperti air (kuasa hidro) , cahaya matahari(tenaga solar), angin (angin kincir),
ombak dan sebagainya.
4. 2) Mengatasi krisis tenaga- Pertambahan penggunaan jentera mengakibatkan pertambahandalam
penggunaan petroleum. Bahan petroleum tidak dapatdiperbaharui dan akan menghadapi kehabisan.Krisis tenaga akan berlaku jikalau kehabisan bahan petroleum.Jentera tidak dapat digerakkan lagi.Sumber alternatif menggunakan sumber semula jadi dan dapatdiperbaharui .-Contohnya tenaga solar,
biomas mengganti dengan penggunaanpetroleum.
5. 3) Dapat dikitar semula-Sumber fosil seperti petroleum tidak dapat dikitarsemula.-Kegunaan sumber
fosil akan tamat sewaktupembakaran.-Tenaga alternatif seperti tenaga hidro dapat dikitarsemula.-Tenaga
alternatif bergantung kepada alam semulajadi seperti air, angin dan suria.-Sumber ini juga dapat
diperoleh pada bila-bila masa,tidak akan kehabisan dan kekal sepanjang hayat.
6. 4) Digunakan untuk tujuan perubatan-Tenaga nuklear dapat digunakan untuk
menyembuhkanpenyakit.-Sinar gama daripada tenaga nuklear digunakan untukmerawat penyakit
kanser.-Sinaran ultra digunakan dalam alat pengesannan bayi dalamkandungan ibu.-Taraf kesihatan
orang ramai dapat dipertingkatkan.-Sinaran gama dapat memandulkan serangga perosak dalambidang
kawalan biologi.
7. 1)Menjejaskan ekologi alam sekitar-Pembinaan empangan hidroelektrik telahmemusnahkan hutan
yang luas.-Banyak kawasan hutan akan ditenggelami air-Hidupan liar di kawasan itu akan mati.-Species
flora yang istimewa akan pupus.Cth: Empangan Bakun Empangan Bakun adalahsebuah empangan
hidroelektrik yang sedang dalampembinaan merentasi Sungai Balui di Sarawak,Malaysia.
8. 2)Keselamatan manusia turut terancam-Risiko menerokai sumber tenaga nuklear agak tinggi,pekerja
perlu berhati-hati semasa meneroka sumbertenaga ini-Kebocoran loji nuklear mencemarkan alam
sekitardan mengancam keselamatan manusia.-Cth:Loji nuklear Chernobyl di Rusia mengalamikebocoran
pada tahun 1986.-Banyak pekerja di loji itu berkorban akibat terkenabom.
9. 3)Hanya terdapat di tempat tertentu- Tenaga alternatif seperti angin perlu bergantungkepada angin
kencang dan hanya didapati di kawasantertentu sahaja.-Tempat yang tiada angin kencang tidak
bolehmengguna sumber tenaga ini untuk menganti dengantenaga fosil.-Tenaga ombak juga dapat
digunakan di laut yangmempunyai angin tiupan yang cukup kuat.
10. 4)Menjejaskan kesihatan manusia-Cahaya matahari yang berlebihan akan menyebabkankesihatan
manusia terjejas.-CTH: Cahaya infrared (IR) dan cahaya ultravioletmembahayakan kesihatan yang boleh
menembuhi kulit danmenyebabkan perubahan struktur sel kulit.- Apabila loji nuklear terbocor, penduduk
di sekitar itumenghadapi penyakit barah yang serius.
11. Kesimpulannya,sumber alternatif ini mempunyaibanyak kebaikan daripada keburukannya. Oleh itu,
sumberalternatif ini perlu dijaga dan dipelopori oleh semua pihakuntuk memastikan sumber bahan fosil
dapat dikekalkandaripada mengalami kepupusan. Dengan itu, negara kita akandipandang tinggi oleh
masyarakat dunia sekiranya Malaysiamempunyai pelbagai sumber tenaga alternatif yangdiwujudkan.

KUMPULAN 2 PENGGUNAAN TENAGA YANG DIPERBAHARUI BUKANLAH SESUATU YANG


BARU
1. DIPERBAHARUI BUKANLAHSESUATU YANG BARU, MALAHTELAH BERFUNGSI SEJAK
125TAHUN YANG LALU DENGANPENGUNAAN KAYU SEBAGAISUMBER TENAGA. Jelaskan
sumbangan-sumbangan tenaga ini dalam konteks kehidupan manusia
2. Tenaga suria Tenaga suria adalah sinaran sinaran Matahari atau radiasi suria yang sampai ke
Bumi. Tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik.
Apabila ia ditukarkan kepada tenaga haba, tenaga suria boleh digunakan untuk memanaskan air di
rumah atau bangunan dan memanaskan ruang di dalam rumah, rumah hijau dan bangunan bangunan
lain. Contohnya, banyak bangunan di negara Singapura telah memasang panel solar di atas bumbung
untuk membekalkan sebahagian elektrik kepada bangunan tersebut.
3. Kegunaan Tenaga Angin Dalam mempertimbangkan pengunaan sumber- sumber tenaga yang dapat
diperbaharu di negara- negara membangun dan kawasan luar bandar di negara maju, tenaga angin
dapat dianggap sebagai alternatif kepada enjin disel. Dari aspek ekonomi, tenaga angin lebih
menguntungkan negara bagi penukaran tenaga terutama di kawasan luar bandar. Prinsip tenaga angin
dapat dipergunakan di kawasan luar bandar adalah seperti yang berikut: o Untuk mengepam air dan
untuk menghasilkan udara termampat; o Untuk menjana elektrik; o Menyediakan tenaga untuk peranti
mekanik.
4. Tenaga Angin Di Malaysia Pada masa ini tenaga angin di Malaysia belum dibangunkan secara
komersial memandangkan potensinya dianggarkan hanya di antara 350 hingga 500 PJ. Pada tahun 1994
penggunaan tenaga angin sekitar 1260 MJ. Satu stesen turbin angin telah dibina di Pulau LayangLayang di Malaysia Timur untuk tujuan eksperimen.
5. Kegunaan Kuasa Geotermal Kuasa geotermal dapat digunakan untuk dua tujuan iaitu: untuk
penggunaan haba secara langsung dan secara tidak langsung iaitu untuk menjana elektrik.
6. Penggunaan Langsung Sumber hidrotermal yang bersuhu rendah dan sederhana (20-150 C)
digunakan untuk membekalkan pemanasan langsung bagi sektor perumahan, komersial dan industri.
Penggunaan ini termasuk untuk memanaskan ruang, air, pemanasan rumah hijau, pemanasan
akuakultur, pembasuhan kain baju, penyahidratan makanan, pemprosesan tekstil dan lain-lain.
Penggunaan jenis ini terdapat di Iceland, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis dan banyak lagi negara lain.
Di Iceland, kebanyakan pemanasan untuk sektor domestik menggunakan sistem pemanasan daerah
daripada geotermal.
7. Pengunnaan langsung sistem geotermal biasanya mengandungi satu kemudahan pengeluaran
(contohnya satu kolam) untuk membawa air panas ke permukaan bumi, satu sistem mekanikal (seperti
pempaipan, penukar haba, pam dan pengawal) untuk menghantarkan tenaga haba ke tempat yang
diperlukan dan sistem pembuangan (seperti kolam suntikan atau kolam simpanan) untuk menerima
bendalir yang telah disejukkan. Penukar haba biasanya perlu digunakan kerana kewujudan garam dan
kandungan pepejal.
8. Pam haba sering digunakan sebagai penghantar tenaga. Pam haba geotermal ialah satu peralatan
yang berfungsi dengan prinsip yang sama seperti peti sejuk tetapi beroperasi secara songsang.
Peralatan ini mempunyai kelebihan kerana secara relatif suhu di dalam bumi adalah tetap dan dengan
mengunakannya sebagai sumber tenaga alat ini dapat digunakan untuk tujuan sama ada pemanasan
ataupun penyejukan. Pada musim panas, haba dikeluarkan dari bangunan yang akan di sejukkan dan
dibuang ke bumi. Pada musim sejuk pula haba dikeluarkan dari dalam bumi dan dipam ke dalam
bangunan. Sistem ini telah digunakan secara meluas di Switzerland dan negara-negara Scandinavia.
Menerusi pam haba geothermal semua sumber geotermal dengan suhu serendah 20 C pun dapat
digunakan.
9. penggunaan sumber geotermal secara langsung telah terbukti teknologi dan kematangannya, serta
ia juga didapat boleh berjaya secara komersial bagi berbagai-bagai penggunaan. Penggunaan sumber
tenaga ini boleh menghasilkan penjimatan bersih kos tenaga untuk pelanggan di sektor perumahan
mahupun untuk operasi komersial.
10. Penjana Elektrik Suhu yang tinggi daripada sumber geotermal dapat digunakan untuk menjana
elektrik. Pada masa ini terdapat lebih daripada 8GW elektrik telah dijana dengan menggunakan sumber
geotermal di seluruh dunia. Terdapat juga bermacam-macam teknologi penukaran tenaga yang
menggunakan sumber geotermal. Hal ini termasuklah wap kering, wap kilat dan sistem kitar perduaan.
Elekrik daripada geotermal dapat digunakan sebagai sumber tenaga utama dan juga bagi saat keperluan
yang lebih banyak sebagaimana yang diperlukan di sesuatu kawasan atau negara. Elektrik daripada
geotermal boleh bersaing dengan sumber-sumber tenaga lazim

11. Kegunaan tanaga hidro(Kegunaan Skala Kecil) Negara-negara sedang membangun mempunyai
potensi yang sangat besar bagi pembinaan tenaga hidro. Benua Afrika, Asia dan Amerika Selatan
mempunyai nilai potensi untuk menjana sehingga 1.4 juta megawatts yang keupayaannya ialah empat
kali lebih besar daripada yang ada di AmerikaUtara. Tenaga hidro skala kecil (sehingga 1 megawatt),
dengan kelebihan atau kebaikan yang berganda-ganda sebagai satu bentuk tenaga yang tidak memusat,
kos rendah, dan tenaga yang boleh diharap, ialah pertimbangan utama oleh banyak negara untuk
mencapai pembekalan tenaga secara berdikari. Kuasa hidro skala kecil dapat menyediakan keperluan
elektrik bagi kawasan luar bandar dan tempat-tempat yang agak terpencil, juga dapat menggantikan
penggunaan sumber
12. Kegunaan tanaga hidroPenggunaan Skala Mikro projek hidro elektrik mikro adalah yang
mempunyai kuasa penjanaan kurang daripada 0.1 megawatt. Baru-baru ini di Pakistan lebih daripada 40
kawasan kampung-kampung telah dibekali elektrik oleh loji hidro mikro untuk mesin- mesin pemprosesan
pertanian, woksyop, dan untuk membekalkan elektrik bagi keperluan asas umum. Di Nepal lebih
daripada 100 loji hidro mikro telah dipasang di kawasan-kawasan terpencil. Kuasa yang dijana telah
menjimatkan masa pemprosesan hasil pertanian menjadi satu per dua puluh daripada sebelum sistem ini
diperkenalkan. Pada amnya hampir 50 negara membangun di dunia telah secara aktif memperkenalkan
dan membangunkan kuasa hidro kecil atau mikro .
13. Loji Kuasa Larian-Air-Sungai Loji hidro elektrik larian air sungai menggunakan kuasa aliran air
sungai tanpa menimbulkan gangguan kepada aliran air sungai. Biasanya sistem ini dibina di atas
empangan kecil yang hanya memerlukan air dalam jumlah yang sedikit. Dalam banyak kes malah
takungan air tidak diperlukan, oleh sebab itu projek larian air sungai tidak mempengaruhi kualiti air
seperti menyebabkan suhu yang lebih tinggi, kadar oksigen yang rendah, mengurangkan pengeluaran
makanan, pemendapan, menaikkan fosforus dannitrogen, atau pereputan produk yang
14. TENAGA BIOMAS Tenaga biomas atau biojisim merujuk kepada bahan api berasakan tumbunan
atau haiwan.Tenaga biomas dihasilkan apabila tumbuhan atau sisa haiwan terpilih setelah melalui proses
tertentu sehingga menghasilkan gas metana dan etanol ( akibat tindak balas mikroganisma) namun
begitu gas metana walaupun merupakan antara bahan api paling baik ia turut mencemarkan alam
sekitar.Kelebihannya ialah semua lebihan atau sisa pertanian dan haiwan dapat digunakan sebagai
tenaga biomas( tenaga boleh diperbaharui).Malahan tumbuhan seperti jagung dan soya turut berpotensi
menjana tenaga biomass.Amerika Syarikat membangun tenaga ini melalui penyelidikan yang berterusan
terhadap jagung dan kacang soya.Daripada penyelidikan tenaga
KUMPULAN 3 TENAGA NUKLEAR
2. TAJUK :Teknologi nuklearpenting dalampembangunannegara. Bincangkan.
3. PENGENALAN :Pada zaman yang globalisasi ini, kemajuansains membolehkan manusia
memanfaatkankelebihan tenaga nuklear. Teknologi nuklear inimemainkan peranan penting
untukmempercepatkan proses pembangunan negaraMalaysia. Kuasa besar seperti Amerika
Syarikat,Sovient Union dan Perancis giat menjalankankajian dan penyelidikan untuk
memperolehmanfaat optimum dari teknologi nuklear ini.Secara keseluruhannya, penggunaan
tenaganuklear banyak membantu manusia dalampelbagai bidang.
4. TEKNOLOGI NUKLEAR
5. SUMBANGANTEKNOLOGINUKLEAR DALAMBIDANG PERTANIAN
6. Teknik nuklear dapat digunakan untukmenghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baikdan bermutu
seperti kaedah pembiakan bakamutasi aruhan.Teknologi nuklear juga boleh digunakan untukmembasmi
serangga perosak tanaman seprtikumbang, belalang dan lain-lain.Contohnya, bagi mengawal bilangan
seranggaperosak, tisu serangga diubah denganmenggunakan teknologi nuklear supaya manduldan tidak
dapat membiak.Selain itu, penggunaan teknik isotop radioaktifdan sinaran pengionan seperti sinaran
gammadan sinaran-x berjaya meningkat hasilpengeluaran pertanian dan juga ternakan.
7. SUMBANGANTEKNOLOGI NUKLEARDALAM BIDANGPERINDUSTRIAN DANPEMBUATAN
8. Pada era sains dan teknologi, bidang perindustriandan pembuatan amat memerlukan teknologi
nuklear.Teknik-teknik ujian tanpa musnah tolok nukleoni danteknik penyurih sangat berpotensi
menyelesaikanmasalah di loji-loji kejuruteraan.Contohnya, Naterium-24 dapat digunakan
untukmengesan rekahan dalam tuangan logam.Percampuran bahan radioaktif ke dalam sistem
paipyang mengalirkan petroleum atau air membolehkankadar aliran dan kebocoran bawah tanah
dikesan.Teknik-teknik nuklear membolehkan produk yangdihasilkan berkualiti dan selamat untuk
digunakan
9. SUMBANGANTEKNOLOGINUKLEAR DALAMBIDANGPENDIDIKAN

10. Teknologi nuklear penting dalammembangunkan dan memajukan bidangpendidikan.Hal ini


disebabkan disiplin sains dan teknologiseperti kimia, genetic, fizik, biologi, bio-kimia,kejuruteraan dan
sebagainya amat bergantungkepada teknologi nuklear.Semua penyelidikan dan pembangunan bidanbidang ini memerlukan teknologi nuklear.Oleh itu, secara langsungnya teknologi nuklearamat diperlukan
dalam bidang pendidikan.
11. SUMBANGANTEKNOLOGINUKLEAR DALAMBIDANGPERUBATAN
12. Teknologi nuklear memainkan peranan pentingdalam bidang perubatan.Sinar gamma daripada
tenaga nuklear digunakanuntuk merawat penyakit kanser. Contohnya,radioisotop digunakan sebagai alat
diagnostik dihospital untuk mengesan dan menentukanpenyakit kanser. Radioisotop Iodin-131 dicipta
untuk membantupara doktor untuk memastikan sama ada kelenjartiroid berfungsi dengan normal atau
tidak.Sinar gamma dari Cobalt-60 digunakan untukmensteril bahan-bahan perubatan.
13. Sinaran ultra digunakan dalam pengesananbayi dalam kandungan ibu.Jadi, teknologi nuklear
inimembantumencegah pelbagai jenis penyakit danmenyelamatkan nyawa manusia. Hal inidapat
meningkatkan taraf kesihaan rakyat.
14. TENAGA NUKLEARMERUPAKANTENAGAALTERNATIF YANGBAIK
15. Bekalan petroleum akan kehabisan pada masayang akan datang.Harga petroleum agak tinggi. Dari
segi kosseunit, tenaga nuklear lebih murah berbandingdengan petroleum.Penghasilan tenaga nuklear
juga tidakmemerlukan kawasan yang begitu luas.Sebagai contohnya, negara maju sepertiPerancis, 90
peratus bekalan elektriknyadihasilkan melalui janakuasa nuklear.Jepun yang maju dalam industri berat
tidakmempunyai tenaga ahli. Mereka bergantung padatenaga nuklear untuk pembangunan negara.
16. KESIMPULAN : Umumnya, terdapat pro dan kontrabagi teknologi nuklear. Namum, padazaman yang
era modenisasi ini,pembangunan negara amat bergantungkepada perkembangan teknologinuklear. Apa
yang penting ialahteknologi nuklear ini tidak harusdisalahgunakan oleh pihak-pihaktertentu ataupun
kuasa-kuasa besaruntuk keuntungan sendiri.
KUMPULAN 4 : BIODIESEL
2. TAJUK PEMBENTANGANBIODIESEL MERUPAKAN TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI DAN
DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH KENAIKAN HARGA MINYAK DI PASARAN. HURAIKAN
KEBAIKAN BIODIESEL KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA.
3. Biodiesel adalah sejenis bahan api yang bolehdiperbaharui sama ada dalam bentuk cecair atau
gasyang diperolehi dari biomass (bakteria, tumbuhan atauhaiwan). Paling utama, ia boleh diperbaharui
dandiperolehi dengan cepat, tidak seperti bahan api fosil,yang juga datang dari bahan biologi, tetapi
mengambilberjuta-juta tahun untuk membentuk.Biodiesel terutamanya merujuk kepada bahan api
dieselyang berasaskan minyak tumbuhan atau lemak haiwan.Biodiesel biasanya dihasilkan melalui
tindak balas kimialipid dan dihasilkan dari minyak tumbuhan atau lemakhaiwan,
Biodiesel4. Kegunaan Biodiesel bertujuan untuk digunakan dalam enjin diesel piawaian dan dengan
itu berbeza dari minyak sayuran langsung yang digunakan sebagai bahan api Biodiesel boleh digunakan
sendirian, atauenjin diesel diubah suai. dicampur dengan petrodiesel. Ini dapat mengurangkan
kegunaan bahan api fosil yang semakin berkurangan.
BIODIESEL5. JENIS BIODIESEL GENERASI 1 BERASAL DARIPADA TANAMAN TRADISIONAL
SEPERTI: (KACANG BIODIESEL GENERASI 2SOYA, MINYAK SAWIT, JAGUNG,TEBU)
BERASAL DARIPADA TANAMAN BUKAN MAKANAN: (SISA BIOMASS,TANGKAI GANDUM,
BATANG JAGUNG)
BIODIESEL GENERASI 36. BERASAL DARI ALGA DAN BAKTERIA. TIDAK DISINTESIS
DARIPADA TUMBUHAN, TETAPI DARI MIKROORGANISMA DALAM ALGA DAN BAKTERIA.
BERUPAYA MENGHASILKAN TENAGA SEHINGGA 30 KALI GANDA BERBANDING DENGAN
KACANG SOYA. BIODIESEL GENERASI 4 MASIH DALAM KAJIAN DAN MASIH BELUM JELAS.
PENGAJIAN YANG SEDANG DIJALANKAN TERMASUK: PENGURAIAN BIOFUEL PADA SUHU
YANG TINGGI, REAKSI FOTOSINTESIS BUATAN, PENGUBAHAN GENETIK ORGANISMA UNTUK
MENGELUARKAN HIDROKARBON.
7. KESAN BIODIESEL TERHADAPPEMBANGUNAN NEGARA
8. Pelaburan dalam sektor biofuel yang bolehPembangunan ekonomi merangsang pembangunan
ekonomi dunia, terutamanya di negara-negara membangun di mana petani, yang membentuk
sebahagian besar daripada penduduk, akan mempunyai Negara kita merupakansumber pendapatan
baru. salah satu pengeluar minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia. Minyak kelapa sawit sesuai
untuk menjadikan biodiesel.Pengeksportan minyak ini menjadi sumber ekonomi yang besar untuk negara
kita.
9. Proses untuk menukar tanaman ke dalam biofuelPENJIMATAN PERBELANJAAN adalah agak
mudah dan murah, kerana teknologi yang sudah sedia wujud Biodiesel boleh diperolehi melalui

lebihandan mantap. sumber tani atau tanaman makanan yang Apa-apa sahaja bahan buangan
danberlebihan. sisa-sisa yang berasaskan organik dari pertanian dapat dijual kepada syarikat biofuel
untuk dijadikan biodiesel. Negara tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli bahan api atau
memproses bahan api fosil.
10. DI KEBANYAKAN NEGARA,BIODIESEL LEBIH MURAHBERBANDING DENGANDIESEL BIASA.
11. SEBAGAI ALTERNATIF BAHAN Mempunyai hasil tenagaAPI YANG BERSIH yang tinggi kerana
mengandungi molekul air yang sedikit tetapi banyak hidrokarbon yang Potensi hasilmembakar dengan
suhu yang tinggi. tenaga tinggi dengan kos input yang rendah berbanding dengan kos minyak petroleum
yang harganya Tidak memberi kesan negatif kesemakin naik. atas biodiversiti dan mengurangkan
pencemaran kerana tidak melepaskan Semasa prosesgas-gas seperti karbon monoksida dan sulfur
dioksida. penanaman dan pertumbuhan, tanaman biodiesel mempunyai potensi untuk mengurangkan
pemanasan global dengan penggunaan CO2 melalui proses fotosintesis.
12. Molekul biodiesel sebelum memproses.Penambahan catalyst. Sedia diguna. Dibersih dan ditakung.
TEKNOLOGI13. MENAMBAH PELUANGPEKERJAAN BIODIESEL INI WALAUPUN SEDANG
MEMBANGUN TETAPI MASIH MEMERLUKAN KAJIAN DAN PENYELIDIKAN
MENGALAKKANUNTUK LEBIH MEMAJUKAN BIDANG INI. GENERASI BARU UNTUK
MELANJUTKAN PEKERJAAN DALAM BIDANG INI KERANA BIODIESEL BERPOTENSI UNTUK
MENGGANTIKAN BAHAN API FOSIL SEPERTI PETROLEUM DAN ARANG BATU.
14. Profesor Jack Newmann, pengasas sebuah syarikat biodiesel di Amerika.Biodiesel sebelum
danselepas memproses. Kilang menapis dan memproses biodiesel.
15. PENGGUNAAN LAIN UNTUK BIODIESEL Biodiesel juga boleh digunakan untuk membekalkan
perkhidmatan bukan bahan bakar seperti plastik, gentian sintetik, dan sebagainya dalam jangka masa
panjang, ia kini menggunakan potensi yang lebih penting selain daripada penggunaannya sebagai bahan
api pengangkutan.
16. Biofuel membenarkan masyarakat menyediakan bahan api pengangkutan yang boleh menggantikan
petrol tanpa apa-apa infrastruktur penting atauperubahan mekanikal. Biodiesel boleh menjadi baikpulih
serta sistem sokongan cepat untuk membantu peralihan dunia untuk jangka panjang. Biodieselmungkin
bukan penyelesaian untuk semua masalah peningkatan keperluan tenaga global dalam menghadapi
kekurangan bahan api fosil dan perubahan iklim. Namun begitu, jika digunakan dengan betul, ia adalah
sumber tenaga yangberguna dalam apa yang harus menjadi sebahagiandaripada pendekatan yang lebih
luas dan lebih hijau.
KUMPULAN 5 TENAGA ALTERNATIF
2. TAJUK:Sumber tenaga daripada petroleum akan pupus kerana sumber tenaga ini tidak dapat
diperbaharui. Berikan pendapat anda, berserta contoh yang sesuai, apakah sumber-sumber tenaga lain
yang wajar dimajukan di negara kita?
3. PENGENALAN: Penggunaan sumber tenaga petroleum dengan banyak, bukansahaja akan
menyebabkan sumber tenaga ini pupus dengan cepat malah juga boleh mencemarkanalam. Oleh yang
demikian, sumber- sumber baru perlu dicari.
4. KUASA HIDROELEKTRIK Malaysia mempunyai banyak sungai dan mengalami hujan yang banyak
sepanjang tahun. hal ini membolehkan negara kita berpotensi untuk menjana kuasa hidroelektrik
bekalan air yang berterusan membolehkan sumber tenaga ini tidak akan pupus. dengan membina
empangan kita bukan sahaja dapat menjana tenaga elektrik malah menjamin bekalan air yang
mencukupi penggunaan petrol digantikan dengan kuasa hidroelektrik untuk mengoperasi motor pam air
bagi mengairi kawasan pertanian contoh, Empangan Bakun di Sarawak Empangan Tasik Kenyir di
Terengganu
5. Empangan Hidroelektrik KenyirEmpangan Hidroelektrik Kenyir atau Stesen Janakuasa Sultan
Mahmud adalahsebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu. Ia terletak merentasiSungai
Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaanini menghasilkan sebuah tasik
yang besar dikenali Tasik Kenyir.Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin
dengankeupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan olehTenaga Nasional
Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan tenagatahunan adalah 1,600 GWh.Pembinaan
dimulakan pada tahun1978 dan disiapkan pada tahun 1986.Empangan ini memulakan operasipada
tahun 1987 dan dirasmikan pada1988 oleh sultanTerengganu, almarhum SultanMahmud Al-Muktafi Billah
Shah.
cahaya matahari bersinar sepanjang hari 6. SUMBER SOLAR di cahaya matahari boleh ditukarkan
menjadi negera kita. tenaga suria dengan peralatan khas yang dapat menukarkan dan seterusnya

menyimpan tenaga tenaga ini bersih dan mesra alam serta suria. berpotensi menjadi tenaga alternative
yang alat yang digunakan untuk penting. menukar tenaga solar adalah seperti panel solar.
7. KUASA SOLAR DI MALAYSIA Malaysia sudah pun terlibat dalam teknologi ini sejak lebih dari 10
tahun. Pihak TNB menerusi agensinya, TNRD telah membuat kajian dan mencuba dibeberapa tempat
seperti di Kuarters kakitangan dan komuniti luar bandar. Beberapa pakar dari universiti tempatan juga
dalam masa yang sama membuat R&D masing-masing. Solar panel biasanya merujuk kepada sistem
solar water heater (seperti yang dipasang di bumbung- bumbung rumah). Solar module biasanya
merujuk kepada sistem solar photovoltaic (PV). Ianya dipanggil module sebab sistem ini adalah modular
(boleh dipasang mengikut kapasiti yang dikehendaki samada secara siri atau selari bergantung dengan
8. Secara purata hasil dari kajian R&D tempatan, Energy Yield adalah 1,200 kWh/kWpeak/year.
Maksudnya, setiap 1 kWpeak solar PV akan menjana 1,200kWh tenaga elektrik setahun. Sekiranya anda
menggunakan tenaga 400kWh/month (12 * 400 = 4800 kWh/year), maka kapasiti yang diperlukan ialah
(4800/1200) = 4 kWp.
lebih murah berbanding 9. TENAGA NUKLEAR tidak perlu keluasan yang penggunaannya lebih
produktiviti pertroleum Sumbangan dalam bidang perubatan besar -Alat pengimbas CAT dan laser
digunakan untuk Sumbangan dalam bidang membuat diagnostic penyakit pertanian -Sinaran gamma
dapat mandulkan serangga perosak jantan -dapat mengubah gen tanaman
10. TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA Jikalau sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan kerajaan
Malaysia berminat untuk membina loji tenaga nuklear selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib
melakukan kunjungan hormat ke negara Jepun dan melihat sendiri teknologitenaga nuklear yang dilihat
sebagai tenaga alternatif terbaik bagi mereka. Kejayaan dan pandangan positif terhadap nuklear yang
diaplikasikan oleh Jepun, telah menjadi contoh kepada negara lain khususnya di Asia Pasifik Terbaru,
Kerajaan Malaysia telah meluluskan usul untuk membina loji tenaga nuklear yang bakal beroperasi mulai
2021. Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mengumumkan pembinaan loji
tenaga nuklear. Sehingga ke hari ini, Malaysia bergantung pada bahan bakar fosil serta tenaga hidro
untuk menjana elektrik. Namun, dengan harga minyak yang semakin meningkat serta bekalan minyak
dan gas asli yang terhad, kerajaan Malaysia terpaksa mencari alternatif lain
11. Buat masa ini, penggunaan elektrik di Malaysia ialah 14,000 megawatt sementara kapasiti
maksimum negara ialah 23,000 megawatt. Kebiasaannnya jangka hayat loji tenaga nuklear ialah antara
50 tahun dengan 70 tahun.
di negara kita bahan sisa 12. BIOMASS organik terbuang begitu sahaja, seperti hampas padi dan
kelapa sawit bahan ini boleh diproses untuk menjana sumber tenaga bagi kegunaan sisa pertanian
dan penternakan boleh setempat diproses kepada sumber tenaga dan juga kepada bahan lain seperti
baja organik
13. boleh dihasil daripada kitaran semula bahan BIOGAS buangan domestik dan pereputan bahan
Bahan buangan domestik dan buangan pertanian. bahan buangan pertanian akan menghasilkan gas
Digunakan metana. sebagai bahan api untuk Memasak dan menyalakan menjalankan jentara. lampu.
14. KESIMPULAN Konklusinya, memang amat penting bagi kita mencari pelbagai sumber alternatif
untuk bekalan tenaga. Sekiranya bekalan tenaga daripada sesuatu sumber terputus, kita masih
mempunyai sumber lain untuk menampungnya. Ini penting untuk menjamin kemajuan Negara.
BANJIR
Pengenalan
Malaysia sering dilanda banjir terutama menjelang musim hujan. Banjir selalu berlaku di bandar dan
menyebabkan kerugian yang besar. Beberapa punca banjir telah dikenal pasti. Langkah-langkah perlu
diambil untuk mengatasi masalah ini.
Faktor faktor Berlakunya Banjir
1. Banjir berpunca daripada pembangunan yang tidak terancang.
banyak projek diluluskan tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap alam sekitar. Pembangunan
secara mendadak itu mengakibatkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh apabila tanah terdedah
kepada air hujan. Tanah dialirkan oleh air hujan itu ke sungai. Sebagai akibatnya, sungai menjadi cetek.
Apabila hujan, air sungai melimpahi tebingnay dan membanjiri kawasan sekitarnya.
2. Sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
banyak orang suka membuang sampah sarap seperti barangan plastik, botol-botol, bahan kaca, dan

kertas ke dalam longkang dan sungai. Perbuatan ini menyebabkan longkang-longkang tersumbat dan air
tidak dapat mengalir. Apabila hujan, air longkang melimpah. Sampah sarap yang dibuang ke dalam
sungai pula mendap di dasar sungai dan mencetekkan sungai. Air sungai melimpahi tebing apabila
hujan.
3. Sistem saluran air yang tidak terancang.
di kawasan tertentu, sistem saluran airnya tidak berkesan. Bilangan longkang adalah sedikit. Longkanglongkang yang dikorek adalah sempit dan pendek. Air tidak dapat disalur keluar dengan berkesan.
Longkang-longkang yang sempit itu juga mudah tersumbat. Sebagai akibatnya, apabila hujan lebat, air
hujan tidak dapat disalur keluar dengan cepat dan hal ini menyebabkan banjir.
4. Hutan tadahan.
hutan merupakan 1 kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan
juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan
menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara 2% hingga 20%. Kemudian air
yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan
dengan membebaskan semula titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air semulajadi.
Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang
turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak dapat
menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku
mengakibatkan banjir.
Langkah-langkah/cara mengatasi
1. Kerajaan perlu membaiki sistem saluran air.
longkang-longkang perlu ditambah supaya air dapat disalur keluar dengan lebih berkesan. Selain itu,
longkang yang dikorek perlulah lebih besar dan panjang. Hal ini membolehkan air disalur keluar dengan
lebih cepat dan banyak. Longkang-longkang juga tidak mudah tersumbat. Dengan itu, banjir tidak akan
berlaku setiap kali hujan lebat.
2. Kempen gotong-royong untuk membersihkan longkang dan sungai.
kempen ini membolehkan longkang-longkang di bandar dibersihkan supaya tidak tersumbat. Sungaisungai dibersihkan supaya sampah sarap tidak termendap di dasar sungai. Kempen ini bukan sahaja
membersihkan longkang dan sungai, tetapi juga bertujuan menyedarkan masyarakat supaya menjaga
kebersihan longkang dan sungai. Kempen ini dapat memupuk sikap bertanggungjawab di kalangan
masyarakat.
3. Mengawal pembangunan yang pesat.
Mengawal kadar pembangunan terutama sekali di kawasan - kawasan hulu sungai yang merangkumi
juga kawasan tadahan air seperti hulu Sg. Dondang, Sg. Air Itam dan Sg. Air Terjun. Pihak kerajaan patut
menguatkuasakan akta dan undang- undang ke atas pemaju- pemaju perumahan yang berkaitan dengan
pembangunan tanah dan lereng berbukit . Sebagai contoh, mencadangkan pihak berkuasa mengenakan
syarat ketat mewajibkan semua pemaju perumahan membina kolam takungan dalam kawasan
pembangunan mereka untuk menyimpan air secara sementara sebelum dilepaskan ke dalam sungaisungai utama. Melalui cara ini jumlah aliran air ke dalam sungai- sungai dapat dikawal dari masa ke
masa, justeru dapat mengelak kejadian banjir terutamanya di kawasan hilir sungai.
4. Mempercepatkan perlaksanaan projek.
Pihak kerajaan patut mempercepatkan perlaksanaan projek- projek di bawah Rancangan Tebatan Banjir
Pulau Pinang. Menurut kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa pelaksanaan projek- projek
tersebut berjalan agak perlahan akibat daripada pelbagai masalah yang dihadapi seperti masalah
pengambilan balik tanah, peruntukan kewangan dan halangan- halangan utiliti semasa peringkat
pembinaan. Kerjasama dan penyelarasan yang lebih bersepadu antara jabatan dan agensi kerajaan
hendaklah diwujudkan dengan lebih serius dan penuh komitmen.
Kesan kesan Kejadian Banjir
1.Dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.
dengan adanya kejadian bencana seperti ini yang menimpa negara kita, secara tidak langsung dapat
membuka mata masyarakat tentang pentingnya sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Sebagai
contoh, menyumbangkan keperluan hidup seperti, makanan, minuman, pakaian dan barang-barang
keperluan lain yang mampu disumbangkan oleh masyarakat kepada mangsa banjir. Manakala pihak
kerajaan pula, sebagai contoh, menyediakan tempat tinggal sementara kepada mangsa-mangsa banjir.
Dengan ini, semangat tolong-menolong dan bersatu-padu dapat dipupuk dalam diri masyarakat kita.

3.Menyebabkan jangkitan penyakit di kalangan penduduk.


tanpa kita sedari, banjir juga boleh menyebabkan timbulnya penyakit-berjangkit di kalangan penduduk.
Sebagai contoh, penyakit taun yang berjangkit melalui air. Selain itu, kudis juga di antara salah satu
contoh penyakit-berjangkit yang boleh membawa maut seperti juga penyakit taun. Penyakit yang paling
berleluasa sekarang ialah penyakit HFMD, iaitu penyakit tangan,kaki dan mulut yang menyerang kanakkanak juga yang boleh merebak melalui air.
4. Menyebabkan kerugian prasarana.
Banjir menyebabkan sesebuah Negara mengalami kerugian yang besar terutama sekali dalam bidang
prasarana. Pembangunan yang dijalankan tergendala menyebabkan kerugian yang amat besar di
samping membantutkan pembangunan sesebuah Negara itu. Dengan itu, Negara tersebut terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menampung kerugian tersebut. Secara tidak langsung,
banjir membawa banyak kesulitan kepada sesebuah Negara baik dalam prasarana sesebuah Negara
mahupun aspek-aspek lain.
KERACUNAN MAKANAN
APA ITU KERACUNAN MAKANAN ?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman
yang tercemar.
FAKTOR PENYEBAB KERACUNAN MAKANAN ?
* Makanan disediakan terlalu awal dan disimpan pada suhu bilik.
* Menyejukkan makanan panas terlalu lama sebelum disimpan dalam peti sejuk.
* Tidak memanaskan makanan pada suhu yang cukup tinggi untuk membunuh kuman.
* Memakan makanan yang telah dimasak yang tercemar dengan kuman berbahaya.
* Tidak memasak makanan pada suhu secukupnya ( tidak mematikan kuman ).
* Tidak mencairkan makanan sejuk beku secukupnya pencemaran silang antara makanan mentah dan
makanan yang telah dimasak.
* Menyimpan makanan pada suhu antara 10 hingga 600 C.
* Membiarkan makanan dijamah terlebih dahulu oleh lipas, lalat, tikus dan binatang prliharaan seperti
kucing dan burung.
* Pengendali makanan yang berpenyakit ( jari luka, bernanah ) dan mengamalkan tabiat buruk seperti
merokok, mengorek hidung, telinga, meludah merata-rata, menggaru kepala atau anggota badan lain,
bercakap-cakap masa mengendalikan makanan.
* Bahan mentah disimpan bersama-sama makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan
menyebabakan pencemaran silang. Bahan mentah terutama daging atau hasilnya harus disimpan pada
suhu serendah 40 C.
* Memakan makanan lebihan.
APAKAH KESAN DARIPADA KERACUNAN MAKANAN ?
* Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.
* Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan atau
kronik.
* Boleh menyebabkan komplikasi kehilangan cecair badan yang ketara akibat muntah dan cirit-birit
hingga menyebabakan dehidrasi atau tubuh kontang terik. Ini seterusnya akan menurunkan tekanan
darah ( tekanan darah rendah ), kegagalan buah pinggang, dan lain-lain lagi.
* Kehilangan garam kalium yang terlalu banyak dari tubuh mengakibatkan kekejangan otot termasuk

jantung, sawan dan juga koma. Komplikasi lain termasuklah septisemia di mana kuman masuk ke dalam
darah dan merebak ke seluruh badan.

BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN KARACUNAN MAKANAN ?


Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :
* Sentiasa menjaga kebersihan.
- Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan.
- Basuh tangan selepas keluar dari tandas.
- Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan
peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan.
- Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwanhaiwan yang lain.
* Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak.
- Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak.
- Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk
penyediaan makanan yang belum dimasak.
- Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza
untuk mengelakkan dari pencemaran silang.
* Sentiasa masak dengan sempurna.
- Masak dengan sempurna terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut.
- Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna.
* Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul.
- Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam.
- Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti
sejuk.
* Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih.
- Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan.
- Pilih makanan yang segar dan berkhasiat.
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah.
* Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar. - Hindari dari gerai atau kedai makan yang
kotor.

DEMAM DENGGI
SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA WABAK DENGGI
1. SAMPAH YANG TIDAK DITIMBUS : Sampah seperti botol ,tin ,plastik , dan lain lain bekas boleh
menakung air akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes
2. SISTEM SALIRAN YANG TERSUMBAT : Sistem saliran yang tersumbat akan menyebab air bertakung
dan keadaan ini menggalakkan lagi pembiakan nyamuk aedes
3. PERSEKITARAN RUMAH : Rumah yang tidak mempunyai jarring dan tidak bersih boleh
menyebabkan jangkitan demam denggi
4. MASYARAKAT YANG TIDAK PERIHATIN : Walaupun Jabatan Kesihatan banyak memberi ceramah
,penerangan dan kempen namun masih ramai yang leka dan tidak mengambil berat tentang penyakit ini
5.PENDEDAHAN YANG TIDAK MENYELURUH : Pendedahan tentang penyakit ini tidak menyeluruh
terutama kawasan pedalaman ,sukar dihubungi
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
1. SEMBURAN KABUS : Melalui semburan ini akan menghapuskan nyamuk aedes
2. MENJAGA KEBERSIHAN : Sampah- sarap perlu ditimbus agar nyamuk aedes tidak dapat membiak
3. SISTEM SALIRAN DAN PERPARITAN : Sistem saliran dan perparitan perlu dipastikan agar tidak
tersumbat supaya air tidak bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes

4. KUATKUASAAN UNDANG-UNDANG : Kerajaan perlu menguatkuasakan undang undang bagi


mereka yang tidak mematuhi peraturan Jabatan Kesihatan dengan mengenakan hukuman atau denda
lebih berat
5. KEMPEN , CERAMAH DAN PENERANGAN : Kerajaan perlu membuat program mencegah demam
denggi seperti taklimat , ceramah , dan kempen secara menyeluruh dan konsisten
6. KERJASAMA : Masyarakat perlu kerjasama dan perihatin bagi mencegah demam denggi

Anda mungkin juga menyukai