Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON MAJLIS SUKAN

SEKOLAH SEKOLAH DAERAH SEREMBAN 1


1. Undang undang Pertandingan Badminton Antarabangsa
1.1
1.2

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang undang Persekutuan


Badminton Antarabangsa ( WBF ).
Pertandingan ini juga dijalankan mengikut Peraturan Am MSSM.

2. Had Umur Peserta


2.1
2.2

Lelaki 12 tahun ke bawah.


Perempuan 12 tahun ke bawah.

Kiraan Umur Adalah pada 1 hari bulan Januari tahun pertandingan.


3. Jenis Pertandingan
3.1
3.2
3.3
3.4

Perseorangan Lelaki
Perseorangan Perempuan
Bergu Lelaki
Bergu Perempuan

4. Pendaftaran Pemain
4.1

Setiap sekolah dibenarkan mendaftar Dua ( 2 ) orang pemain bagi


acara perseorangan dan dua ( 2 ) pasangan pemain bagi acara bergu.

4.2

Seorang pemain dibenarkan mengambil bahagian dalam satu acara


perseorangan dan satu acara bergu sahaja. ( maximum : 2 acara )

4.3

Kad pengenalan dan sijil kelahiran hendaklah dibawa bersama semasa


pertandingan.

4.4

Semua pemain hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu


(RO01) secara individu berserta gambar ukuran passport dengan
menyertakan salinan kad pengenalan / sijil kelahiran yang disahkan
oleh Guru Besar / Penolong Kanan Sekolah pemain berkenaan dengan
pengesahan terakhir oleh Pengurus Pasukan serta Setiausaha Agung
MSSM Negeri masing-masing.

4.5

Pertukaran pemain dibenarkan semasa pendaftaran. Pengurus


pasukan perlu memastikan penggantian pemain mengikut peraturan
Am.

4.6

Semua pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Referi Kehormat


15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.

5. Sistem Pertandingan
5.1

Pertandingan dijalankan secara kalah keluar ( knock out ).

5.2

Pengiraan mata adalah mengikut undang undang WBF melainkan


diputuskan oleh Referi dan pihak penganjur.

5.3

Keputusan setiap perlawanan ditentukan melalui dua game terbaik,


( Best of 2 )

6. Pakaian
6.1

Pemain dibenarkan memakai baju T sebarang jenis warna atau baju


T sekolah serta seluar sebarang jenis warna.

6.2

Pemain-pemain tidak boleh memaparkan iklan-iklan yang dilarang.

6.3

Pengiklanan mengikut syarat-syarat dan undang-undang WBF.

7. Gelanggang dan Peralatan


7.1

Mengikut spesifikasi undang undang Persekutuan Badminton


Antarabangsa ( WBF ).

8. Ketepatan Masa
8.1

Semua perlawanan adalah mengikut jadual pertandingan yang


ditetapkan kecuali diberitahu oleh Referi atau pihak penganjur.

8.2

Selepas pengumuman, pemain hendaklah melaporkan diri kepada


pengadil di gelanggang berkenaan. Pemain yang gagal melaporkan diri
dalam masa 5 minit akan dikira kalah dan kemenangan percuma diberi
kepada pihak lawan,

8.3

Masa rehat antara game pertama dan game kedua ialah 2 minit dan
antara game kedua dan game penentuan ialah 2 minit.

9. Menerima Nasihat Jurulatih


9.1

Pemain boleh menerima nasihat jurulatih setiap masa rehat,


pertukaran
petak gelanggang di antara game pertama dan kedua dalam tempoh
masa 2 minit,

9.2

Nasihat atau tunjuk ajar dari tepi gelanggang semasa perlawanan


adalah
dibenarkan apabila bulu tangkis tidak lagi dalam permainan.

9.3

Jululatih / Pengurus pasukan hanya boleh berada di tempat khas yang


disediakan.

10. Pengadil / Hakim Garis


10.1

Pihak pengelola akan menyediakan pengadil yang bertauliah.

10.2

Keputusan pengadil adalah muktamad. Seorang pemain hanya boleh


merayu kepada referi kejohanan ke atas undang-undang sahaja.

10.3

Pihak penganjur hendaklah menyediakan Hakim Garis,

11. Penangguhan Perlawanan


11.1

Penangguhan perlawanan tidak dibenarkan kecuali diputuskan oleh


referi kejohanan dan pihak penganjur.

12. Bantahan
12.1

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikuti Undang undang WBF


dan peraturan AM- MSSM.

12.2

Bantahan secara lisan dibenarkan tetapi satu surat yang


ditandatangani oleh pengurus pasukan mesti disampaikan kepada
referi kejohanan dan pihak penganjur dalam masa 30 minit selepas
perlawanan tamat, bersama sama dengan RM200.

12.3

Wang tersebut tidak akan dipulangkan sekiranya bantahan tersebut


didapati tidak berasas.

13. Pindahan Dan Hak Jawatankuasa Pengelola


13.1

Semua peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi.

13.2

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan


Peraturan Pertandingan ini akan diputuskan oleh Referi Kejohanan dan
Jawatankuasa Pengajur MSSD Seremban 1 dan keputusan itu adalah
muktamad.

Anda mungkin juga menyukai