Anda di halaman 1dari 2

Draf Kajian Kes

Masalah sukar mengingati pelajaran


Kajian kes : Pelajar Tahun 5
Jantina : Lelaki
Cara datang : Dirujuk
Kes: Selalu lupakan apa yang telah belajar dalam kelas dan tidak dapat menyiapkan kerja
rumah dengan sempurna
Latar belakang : Keluarga yang keadaan ekonominya biasa. Di sekolah klien bergiat aktif
dalam sukan sekolah dan merupakan tumpuan dalam kalangan kawannya.
Masalah: Klien sering lewat balik ke rumah disebabkan latihan sukan di sekolah. Di
rumah, dia akan cuba untuk menyiapkan kerja rumahnya. Walaupun begitu, dia
mendapati bahawa apa yang telah diajar oleh guru pada hari tersebut tidak dapat diingati.
Dia juga akan menjadi sangat letih ketika membuat kerja rumah dan mengulangkaji
pelajaran.
Tindakan kaunselor:
1.Meminta pandangan klien tentang latihan-latihan sukannya di sekolah.
2.Klien bersetuju bahawa latihan-latihan tersebut sangat meletihkan kerana merupakan
yang diminta olehnya dan bukan atas arahan guru.
3.Klien berasa dia akan memilih beberapa hari sahaja untuk menjalankan latihan dan
bukan setiap hari

4.Kaunselor membantu klien menyediakan jadual waktu supaya masa dapat diuruskan
dengan baik.
Kesan
Pada sesi ketiga klien memberitahu bahawa dia kini sudah tidak berasa begitu letih lagi
dan boleh menyiapkan kerja rumahnya dengan lebih baik dan cepat ingat apa yang
diulangkaji.Dia berjanji akan mengikuti jadual yang telah diaturkan dan belajar dengan
lebih tekun walaupun aktif dalam latihan sukannya.

Rumusan
Pelajar tersebut amat aktif dan mempunyai potensi yang dapat dikembangkan namun
akibat terlalu aktif dan tiada jadual pelajar tersebut tidak tahu untuk membahagikan masa
untuk berehat dan menyebabkan dia terlalu penat dan tidak dapat mengingati pelajaran.
Namun pelajar ini mempunyai inisiatif untuk maju dan merubah dirinya. Kini walaupun
dia aktif namun dia masih dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai