Anda di halaman 1dari 2

bodek,ampu,kipas, lepas tu jilat !

Bertuahnya ditakdirkan menjadi Melayu, kehidupan saya sejak kecil lagi sudah terdedah
dengan pelbagai ragam peribahasa yang terdiri daripada kata pepatah, simpulan bahasa,
perumpamaan dan bidalan. Tulis Pendeta Zaba, peribahasa-peribahasa ialah susunan kata
yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak
perkataannya.
Di sini, saya mahu sentuh tentang kaki bodek. Kaki bodek ini secara mudahnya merujuk
kepada sikap seseorang yang suka membodek pihak yang dibodek dengan harapan mendapat
laba atau mendapat ruang keselesaan atau jaminan keselamatan dari hasil bodekan. Bodek?
Kejadah apa bodek ni? Bodek ini lebih kurang sama macam ampu mengampu. Motifnya
sama. Saudara-mara kepada kaki bodek ialah kaki kipas, kaki ampu dan saya tambah lagi
satu: kaki jilat.
Bunyi kaki jilat ini saya rasa lagi cun. Bayangkan, kaki jilat ini bukan menjilat kaki saja
kerjanya, tapi kebarangkalian untuk menjilat bahagian lain juga amatlah tinggi.
Jadi di sini, saya mahu mengupas hal bodek ini dalam konteks hubungan guru GB. Secara
terbukanya, saya bersetuju dengan idea membodek demi memperoleh faedah-faedahnya.
Taktik ini memang terbukti amat berkesan. Konsep menuntut ilmu di zaman perniagaan ilmu
sekarang memang begitu. Ia sudah jadi macam satu permainan yang mana kamu memerlukan
kelicikan taktik untuk menang
Saya juga seorang yang amat-amat mengagungkan kebebasan berfikir. Membodek, mengipas,
mengampu atau menjilat semuanya adalah sama sekali bertentangan dengan amalan yang
saya agungkan ini Kaki bodek membodek dek kerana mereka seakan tak yakin dengan
kemampuan fikiran mereka sendiri.
Hasil dari konsep membodek sebenarnya memang seperti hampas tebu yang sepatutnya
dibakar. Kerana mahu selamat, disayangi, dan suka mengipas, mereka semua jadi pengecut,
jadi pak turut. Bersandarkan pengalaman saya semasa mengajar disekolah , tiada sesiapa pun
yang bergelumang dengan taktik membodek ini berani mencabar idea atau pandangan yang
dilontarkan oleh GB. Hitam kata GB, hitam lah kata mereka. Dan pabila mereka keluar dari
sarang sekolah nanti, watak mereka akan menjelma pula menjadi bak pelacur profesional
yang hanya tahu mengikut membuta-tuli kehendak GB. Disusuli dengan hujah lanjut,
ala..nak hidup. Padahal, sepatutnya mereka berani menawarkan idea mereka sendiri.
Membodek juga selalunya kerap berselindung di sebalik tabir kepatuhan. Nampak macam
patuh, macam bagus, tapi sebenarnya ada maksud tersirat. Senang cerita, membodek ini
adalah klon kepada penipuan. Sambil tak menafikan bahawa patuh itu sifat yang mulia,
dalam bekerja, awas, kepatuhan membabi buta tak mustahil jadi penyebab kamu terus diulit
kebebalan.
Bagi saya jelas, kebebasan berfikir yang sepatutnya diagungkan, bukan banyak mana
gulungan kertas ijazah. Kertas ijazah berlambak-lambak, yang berstatus P.H.D sekalipun

langsung tak berguna, tak berfaedah jika pemiliknya kecut untuk menyatakan pemikiran
sendiri waktu keadaan memerlukan.
Jika ditinjau sekali lagi, amat malang, gejala bodek telah menjadi duri dalam daging yang
dirayakan dalam sekolah SRKSA ini. Bagi GB, walau di mana-mana pun, situasi ini pastinya
disambut dengan sorak-sorai kegembiraan.
aku yang sudah mula petah untuk bercakap

Anda mungkin juga menyukai