Anda di halaman 1dari 2

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi


majlis.

Yang berbahagia,
Pn. Hjh. Norran Bt Hj. Ahmad,
Pengetua SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan

Yang berusaha,
En. Sazali Bin Mohd Karli,
Penolong Kanan Pentadbiran.

Yang dihormati,
En. Ramli Bin Ibrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran


Guru-guru,
dan murid-murid sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tuan
pengerusi majlis kerana memberi saya ruang dan peluang
untuk menyampaikan ucapan selaku wakil majalah
sekolah yang dibeni nama sebagai NURANI. Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah
dan syabas kepada sidang redaksi majalah yang telah

bertungkus lumus untuk memastikan majalah sekolah kali


pertama ini dapat diterbitkan dan seterusnya di rasmikan
pada hari yang bersejarah ini.

Buat pengetahuan murid-murid, ini


merupakan terbitan majalah yang pertama bagi sekolah
SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan. Sebagai mana
semua sedia maklum hal ini kerana sekolah kita baharu
sahaja beroperasi selama 2 tahun. Setiap perjalanan
aktiviti kita sepanjang 2 tahun ini telah di bukukan di
dalam majalah ini.

Buat
pengetahuan
murid
juga,
majalah keluaran kali ini berharga RM35.00 senaskah.
Keberadaan harga majalah ini adalah disebabkan bilangan
murid kita yang sedikit. Tambahan pula, majalah keluaran
pertama ini hanya diwajibkan kepada murid tahun 2 dan
tahun 3 sahaja untuk membelinya. Oleh itu, saya amat
berharap seramai ----- murid yang masih tidak membayar
majalah ini dapat melangsaikan bayaran tersebut secepat
yang mungkin. Ini supaya kita dapat membayar kos
perbelanjaan pembikinan majalah ini kepada syarikat
penerbitan yang telah lama tertunggak.
Sebelum saya berundur diri, ingin
saya mengucapkan sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan
kepada AJK Sidang Redaksi Majalah NURANI kerana telah
berhempas pulas untuk menerbitkan majalah NURANI kali
pertama ini dan seterusnya melaksanakan program
pelancaran majalah pada hari ini. Sekian sahaja daripada
saya, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai