Anda di halaman 1dari 1

Mengatasi Writers Block

Untuk yang kadang-kadang kering idea untuk menulis. Atau istilah persatuan
penulis, 'writer's block'. Sebenarnya ada cara untuk mengatasi 'writer's
block'.
Pernah dengar 'word prompt' atau 'writing prompt'? Setakat ni saya belum
jumpa lagi FB post mengenai 'writing prompt' dan 'word prompt' atau
mungkin ia adalah konten premium sifu-sifu penulisan. Word prompt adalah
penulisan berdasarkan cetusan idea spontan dari satu perkataan atau
sepatah ayat. Contoh paling senang, soalan penulisan SPM. Semua soalan
tersebut adalah sejenis 'writing prompt'.
Mungkin sebab saya masih baru dalam penulisan di FB dan dalam Bahasa
Melayu, jadi saya belum jumpa lagi community dan blog spesifik untuk
penulisan. Saya cuma mengikuti sifu-sifu penulisan di FB.
Sumber 'word prompt' saya adalah dari komuniti 'Livejournal' dan juga
'Tumblr' (semuanya dalam Bahasa Inggeris). Jadi untuk anda semua, saya
sediakan satu jadual 'word prompt'. Selamat Menulis.

Anda mungkin juga menyukai