Anda di halaman 1dari 5

TEKS JURUACARA PERTANDINGAN PIDATO

Dari Nilai pergi ke Seremban,

Terus pula ke Kampung Geddes,

Harap semua berikan perhatian,

Mohon saya mulakan majlis.

Melayang serindit di atas permatang,

Merbak berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t, selamat pagi, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

Yang dihormati para hakim yang adil lagi bijaksana, ajk pelaksana, para peserta
serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinannya dapat
kita bersama-sama memeriahkan majlis kita pada pagi ini iaitu Pertandingan Pidato

1 Malaysia, Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan 2014.


Pada kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan amat mengalualukan kehadiran hadirin sekalian di sini.

Untuk makluman hadirin, Pertandingan Pidato 1 Malaysia, Karnival Kokurikulum


Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan 2014 telah menerima sebanyak 20
penyertaan dari sekolah-sekolah di Negeri Sembilan.

Hadirin yang dihormati sekalian, sebentar lagi kita akan memulakan Pertandingan
Pidato 1 Malaysia, Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat Negeri Sembilan
2014. Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya membaca peraturan
pertandingan.

Peraturan Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding
dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan
mengikut kedudukan nama di dalam senarai nama pendaftaran. Peserta diingatkan
supaya berada pada tempat masing-masing mengikut giliran yang ditentukan.
Pengacara majlis dan peserta pidato TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri,
sekolah masing-masing.

BAHAGIAN PERTAMA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah


disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu iaitu:

Asramaku Syurgaku

BAHAGIAN KEDUA

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang
ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta dikehendaki memilih tajuk di
dalam sampul yang disediakan di meja ketua hakim. Pertandingan pidato secara
spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian
pertama. Setelah mendapat tajuk, peserta diberi masa satu minit untuk membuat
persediaan di pentas pidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas
catatan, alat komunikasi dan alat eletronik.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Peserta diberi masa TUJUH(7 minit) untuk pidato bahagian pertama, dan EMPAT (4
minit) untuk pidato bahagian kedua.

Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit ) sebelum tamat, dan dua kali setelah
tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan.

Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian


pertandingan tidak akan diberi markah.

Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan
kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini
akan menyebabkan markah adab dipotong.

Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan
ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan
bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua
kesalahan tersebut/ mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan
sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

Peserta pidato diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah / pakaian


kebangsaan.

Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di


atas.

Izinkan saya memperkenalkan 5 orang panel hakim pertandingan. Yang pertama


Pn/En. _________________ selaku ketua hakim, kedua En/Pn _______________, ketiga
En/Pn ___________________, keempat En/Pn ________________________ dan kelima En/Pn
__________________________. Penjaga masa ialah saudari/ saudara __________________.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pertandingan Pidato 1 Malaysia, Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat


Negeri Sembilan 2014 dimulakan dengan pidato Bahagian A. Untuk itu, majlis
dengan sukacita menjemput peserta pertama untuk menyampaikan pidato beliau.
Dipersilakan saudara/saudari _____________________ dengan pidatonya yang bertajuk
___________________.

(tunggu sehingga pemidato selesai)

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, dipersilakan peserta kedua untuk


menyampaikan pidato.

Dipersilakan saudara/saudari _____________________ dengan pidatonya yang bertajuk


___________________.

..(ulang perkara yang sama sehingga peserta ke-20)

Begitulah tadi berakhirnya pertandingan Pidato Bahagian A. Para peserta diminta


bersedia untuk pertandingan Pidato Bahagian B iaitu pidato secara spontan. Majlis
akan berhenti rehat sebentar dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada semua


hadirin. Sekarang tiba masanya yang kita nantikan iaitu pidato Bahagian B. Pada
bahagian ini, peserta hanya diperuntukkan 4 minit untuk menyampaikan pidatonya.
Para peserta perlu memilih tajuk dari sampul yang berada pada pihak hakim.
Peserta diberikan masa selama 1 minit untuk membuat persediaan bagi
menyampaikan pidato mereka tanpa apa-apa bantuan nota, alal tulis atau alat
elektronik.

Tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta pertama untuk memilih sampul
tajuk spontan. Dipersilakan saudara/ saudari .

..(tunggu peserta selesai berpidato)


.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan peserta kedua saudara/ saudari


________________________ untuk memilih sampul tajuk spontan. Majlis mempersilakan.

.(ulang dialog sehingga peserta ke-20)


..

Dengan berakhirnya pidato dari peserta terakhir itu tadi, maka berakhirlah
Pertandingan Pidato 1 Malaysia,Karnival Kokurikulum Asrama Harian Peringkat
Negeri Sembilan bagi tahun 2014. Majlis akan berhenti rehat seketika, bagi
memberi laluan kepada juri untuk membuat permarkahan pertandingan.

Anda mungkin juga menyukai