Anda di halaman 1dari 8

BAND 3 D1

B3D1E1
Menghasilkan lakaran idea lukisan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka
yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik.

Di atas sebuah meja kelihatan sebuah teko, cawan, dulang, sepinggan roti dan
hidangan lain untuk santapan di petang hari.(SESUAIKAN BILANGAN OBJEK
MENGIKUT TAHAP PELAJAR)
Lakarkan hidangan tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan,
ruang dan pencahayaan.
Tema

: Hidangan petang

Media

: Pensil/Pen

Teknik

: Garisan

B3D1E2
Menghasilkan lakaran idea catan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka
yang bersesuaian melalui penerokaan idea, pelbagai media dan teknik.

Anda telah melawat ke pesta layang-layang yang diadakan di Pasir Gudang. Anda
terpikat dengan kecantikan warna, bentuk dan aksi layang-layang yang sedang
terbang.
Gambarkan aksi layang-layang dari jarak dekat dengan memberikan penekanan
kepada jalinan, warna dan pergerakan layang-layang tersebut.

B3D1E3
Menghasilkan lakaran idea arca dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka
yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai idea dan teknik.
Soalan:
Hasilkan lakaran sebuah arca luakan yang bermotifkan flora dengan menggunakan
lilin.
Gambarkan lakaran tersebut dengan memberi penekanan kepada aspek bentuk,
ruang, dan kestabilan.
Tema

: Flora

Teknik

: Luakan

Media

: Lilin

B3D1E4
Menghasilkan lakaran idea cetakan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka
yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan
teknik.
Hasilkan lakaran cetakan timbulan yang bertemakan Tipografi.
Cetakan tersebut menggunakan media kadbod dan mengaplikasikan dua jenis
warna yang menarik.

B3D1E5
Menghasilkan lakaran idea rekaan grafik yang mudah dengan
mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan
idea, pelbagai media dan teknik.
Soalan:
Hasilkan ilustrasi untuk sebuah buku cerita kanak-kanak. Buku cerita itu
mengisahkan dunia permainan kanak-kanak.
Gambarkan ilustrasi tersebut dengan memberi penekanan warna dan bentuk,.
Tema

: Dunia permainan kanak-kanak

Media

: Cat Poster

Teknik

: Campuran

B3D1E6
Menghasilkan lakaran motif dan reka bentuk dengan mengaplikasikan Asas
Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media
dan teknik penghasilan kraf ukiran atau tekat.
Soalan:
Hasilkan satu lakaran seni tekat pada kipas tangan. Lakaran tersebut bermotifkan
flora dan fauna.
Tema

: Flora & Fauna

Media

: Pensil

Teknik

: Garisan

BAND 3 D2
B3D2E1
Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan
lakaran asas, penerokaan proses, media, dan teknik dengan memeberi
perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek.

Di atas sebuah meja terdapat beberapa jenis sayuran .


Hasilkan lukisan pelbagai jenis sayuran dengan memberi fokus kepada bentuk,dan
jalinan.
Tema

: Sayur-sayuran

Media

: Pastel

B3D2E2
Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan
lakaran asas catan, penerokaan proses, media, dan teknik dengan memeberi
perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek.

Tiga ekor ikan emas sedang berenang-renang di dalam sebuah akuarium kaca.
Kelihatan batu-bata kecil, rumpai, dan hiasan di dalam akuarium tersebut.
Gambarkan situasi di atas dengan memberi penekanan pada warna dan pergerakan.
Tema

: Ikan emas

Media

: Cat air

Teknik

: Campuran

B3D2E3
Menghasilkan arca dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka berdasarkan
lakaran idea, penggunaan media, proses dan teknik yang sesuai.
Soalan:

(Guru harus menunjukkan contoh gambar arca mobail kepada pelajar)


Hasilkan sebuah arca mobail yang bertemakan rama-rama berbentuk 3D dengan
menggunakan kertas keras daripada kadbod, kotak dan sebagainya. Arca tersebut
mestilah mengaplikasikan reka corak, warna, bentuk dan jalinan.
Tema

: Rama-rama

Teknik

: Binaan

Media

: kertas keras

B3D2E4
Menghasilkan cetakan timbul atau stensil dengan mengaplikasikan Asas Seni
Reka berdasarkan lakaran idea penggunaan media, proses dan teknik yang
sesuai.

Kumpulkan bahan-bahan terbuang untuk menghasilkan cetakan timbul. Buat


beberapa lakaran dan pilih satu lakaran yang terbaik untuk menghasilkan karya.
Tema

: Rumah Kampung

Media

: Tali, kertas

Panduan guru:
1. Pelajar buat kolaj dari tali
2. Daripada tampalan letakkan warna pada kolaj
3. Kemudian cetak pada kertas lain

B3D2E5

Menghasilkan reka bentuk grafik mudah dengan mengaplikasikan Asas Seni


Reka berdasarkan lakaran idea penggunaan media, proses dan teknik dengan
memberi perhatian kepada ilustrasi dan mukataip.
Soalan:
Hasilkan ilustrasi untuk sebuah kulit buku. Kulit buku tersebut menggambarkan
suasana angkasawan dan hidupan lain di persekitarannya.
Gambarkan ilustrasi tersebut dengan menekankan aksi angkasawan, warna, bentuk
dan jalinan.
Tema

: Angkasawan

Teknik

: Catan

Media

: Cat poster

B3D2E6

Menghasilkan ukiran atau tekat yang mudah dengan mengaplikasikan Asas


Seni Reka, berdasarkan lakaran idea motif dan reka bentuk, penggunaan
media, proses dan teknik dengan member perhatian kepada motif dan reka
bentuk yang mudah.
Soalan:
Hasilkan ukiran kayu bunga timbul untuk sebuah hiasan dinding dengan
mengaplikasikan motif flora bunga kacang.
Motif

: Bunga kacang

Media

: Kayu

Teknik

: Ukiran bunga timbul

Anda mungkin juga menyukai