Anda di halaman 1dari 4

BINAAN PEMUAT DAN PROSES CAS NYAHCAS BAGI

PEMUAT
Binaan Pemuat

Pemuat mengandungi 2 plat pengalir yang diletakkan bertentangan atau


selari antara satu sama lain. Plat ini mampu memegang cas elektrik.

Plat-plat ini diasingkan oleh bahan penebat yang disebut dielektrik


seperti udara, kertas, mika, seramik dan sebagainya.

Tamatan 1

Dielektrik
Plat logam

Tamatan 2
Rajah 6.8 Binaan Pemuat

Bahan dielektrik adalah bersifat penebat di mana ia mempunyai ciri


dan pemalar tertentu.

Biasanya pemuat diberikan nama mengikut jenis dielektriknya, seperti


pemuat kertas, pemuat udara, pemuat mika dan pemuat seramik.

Proses cas-nyahcas bagi pemuat

Apabila 2 plat logam yang rata diletakkan selari dan hampir antara satu
sama lain, tetapi tidak bersentuhan, plat itu boleh dicas samada secara
positif atau negatif, bergantung ke atas cas yang dipindahkan.

Jika plat ini bercas negatif, ia akan mengambil elektron berlebihan.

Jika plat ini bercas positif, ia akan memberikan elektron.

Apabila plat dicaskan, wujud bezaupaya ( voltan ) di antara kedua plat


tersebut.

+
+
+
+
+

Rajah 6.9: Pemuat yang mengalami proses cas dan nyahcas untuk
mewujudkan bezaupaya.

Mengecas plat secara negatif

Elektron dari satu sumber akan dialirkan ke plat yang neutral.

Beberapa elektron awalan akan bergerak ke atas plat dengan


mudahnya, kerana plat yang neutral ( tidak bercas ) tidak mempunyai
tentangan terhadap pengaliran elektron.

Beberapa lama kemudian, plat telah bercas separuh dan ini melemahkan
pergerakan elektron.

Seterusnya pergerakan elektron akan berhenti apabila plat telah


bercas penuh.

Rajah 6.10 Pemuat dicas secara negatif

Mengecas plat secara positif

Plat yang neutral ( tidak bercas iaitu cas negatif sama banyak dengan
cas positif) akan mula bercas positif apabila elektron mula
meninggalkan plat.

Beberapa elektron awalan akan bergerak meninggalkan plat dengan


mudahnya kerana plat yang neutral tidak mempunyai tentangan
terhadap pengaliran keluar elektron.

Apabila plat mulai bercas separuh, pergerakan elektron yang keluar


dari plat semakin lemah.

Seterusnya pergerakan keluar elektron akan berhenti apabila plat


telah bercas positif sepenuhnya.

+
+
+
+
+

+
+
+
+
+

Rajah 6.11 : Pemuat dicas secara positif

Anda mungkin juga menyukai