Anda di halaman 1dari 3

YAYASAN ANGKASA

No. Syarikat : 924157-D


Yayasan ANGKASA dahulunya dikenali sebagai Tabung Pinjaman Pendidikan ANGKASA


(TAPAK) ditubuhkan pada 4 Disember 1999, dan secara rasminya dikenali sebagai
Yayasan ANGKASA pada 27 September 2012. Yayasan ANGKASA bertanggungjawab
dalam menyediakan kemudahan pinjaman boleh ubah dan biasiswa kepada anggota
koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ahli ANGKASA dan anak kakitangan
ANGKASA yang melanjutkan pengajian sepenuh masa/separuh masa di peringkat Ijazah
Sarjana Muda, Master dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran
kerja yang stabil dan berdaya saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi
kekosongan jawatan seperti berikut :
1.

PEGAWAI OPERASI 1 Kekosongan


Kelayakan dan Pengalaman
Warganegara Malaysia
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pembangunan Insan /
Kaunseling / Psikologi / Syariah & Undang-undang / Pengurusan Sumber
Manusia atau bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang pembangunan
insan, undang-undang, pengurusan sumber manusia atau bidang yang
berkaitan.
Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris dengan baik.
Memiliki keterampilan, sifat kepimpinan, bermotivasi tinggi dan mempunyai
kemahiran berkomunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris.
Memiliki kelayakan dan latihan profesional dalam bidang berkaitan adalah satu
kelebihan.
Kreatif, Amanah & Berintegriti serta mampu bekerja dalam pengawasan yang
minimum serta dateline yang mencabar.
Mempunyai pengalaman di dalam mengendalikan majlis-majlis rasmi serta aktivitiaktiviti pelajar peringkat Universiti.
Aktif dalam aktiviti-aktiviti pelajar/kokurikulum diperingkat Universiti.
Mempunyai kenderaan sendiri dan sanggup bekerja di luar kawasan.

Bidang Tugas
Bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelaras program-program yang
dianjurkan oleh Yayasan ANGKASA
Menguruskan proses pengambilan pelajar baru tajaan Yayasan ANGKASA
Bertanggungjawab dalam pengurusan dana Yayasan ANGKASA
Bertanggungjawab sebagai liason officer dalam memberi penerangan kepada
koperator-koperator mengenai Yayasan ANGKASA secara keseluruhan
Tugasan lain yang diamanahkan dari semasa ke semasa

2.

PEMBANTU AM 1 Kekosongan
Kelayakan dan Pengalaman
Warganegara Malaysia
Sekurang-kurangnya SRP / PMR / SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia
atau kelayakan yang setaraf dengannya.
Memiliki lesen B2 & D serta memiliki kenderaan sendiri.
Bidang Tugas
Mengemas kini rekod, penyimpanan fail, menyimpan dokumen berkaitan ke dalam
fail, mengurus dan mengedar surat dan dokumen serta memastikan pejabat
sentiasa bersih, kemas dan teratur.
Memastikan kesulitan dokumen-dokumen berkaitan dengan syarikat.
Bertanggungjawab untuk memastikan kesulitan dalam hal-hal berkaitan organisasi
Bertanggungjawab dengan memastikan sistem dan hal-hal pemfailan &
dokumentasi sentiasa teratur, tersusun dan dikemas kini pada setiap masa.
Bertanggungjawab untuk mengeluarkan rekod-rekod/dokumen yang berkaitan
sekiranya diminta.
Bertanggungjawab dalam penghantaran dokumen-dokumen berkaitan hal syarikat
dan memastikan setiap dokumen yang dihantar diterima oleh pihak kedua dengan
efisien.
Membantu dalam memastikan dokumen-dokumen berkaitan tersedia sebelum
mesyuarat dijalankan bagi memastikan kelancaran proses mesyuarat.
Bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran dan hal-hal
lain dari semasa ke semasa.

Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan


beserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan
akademik, pengalaman, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan
dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :
YAYASAN ANGKASA
No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre,
No. 10, Jalan SS6/1, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
atau e-mel : setiausaha.yayasanangkasa@gmail.com
selewat-lewatnya pada 6 September 2016

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga

Anda mungkin juga menyukai