Anda di halaman 1dari 2

Selepas keputusan peperiksaan PT3, ramai pelajar akan mengalami masalah untuk

memilih aliran yang akan diambil semasa menyambung pelajaran ke tingkatan


4. Pemilihan kelas aliran Sastera mahupun Sains sebenarnya akan menentukan hala
tuju dan masa depan pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih
tinggi seterusnya menceburi alam pekerjaan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya
apa beza kedua-dua aliran ini dan mana yang lebih
penting.
Aliran Sastera atau Sains, kedua-duanya perlu seiring dengan minat dan
kemampuan pelajar untuk mendalami ilmu yang dipilih. Keputusan PT3 digunakan
sebagai kelayakan untuk memasuki aliran sastera mahupun sains ketika di
tingkatan
empat
dan
lima.
Tolak tepi tanggapan kebanyakan orang ramai yang menganggap aliran Sastera
adalah terdiri dari pelajar yang kurang cemerlang atau pelajar lemah manakala
aliran Sains adalah untuk pelajar cemerlang saja. Sebenarnya kedua-dua aliran ini
mempunyai
keistimewaan
dan
kepentingan
tersendiri.
Hakikatnya, kaedah pelajar cemerlang di dalam subjek Matematik dan Sains
sebagai syarat masuk aliran Sains sudah tidak relevan untuk masa sekarang. Ada
juga pelajar yang bijak Matematik dan Sains memilih aliran Sastera kerana minat
untuk
mendalami
dunia
kesusasteraan.
Istimewanya aliran sains, peluang untuk ke peringkat matrikulasi dan asasi sains
seterusnya ke universiti amat cerah. Ini kerana lebih 80% kursus pengajian lepasan
SPM dalam UPU adalah dalam untuk aliran sains. Antara mata pelajaran yang akan
dipelajari dalam aliran sains ialah Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan.
Syarat Baru Kemasukan Aliran Sains Tingkatan 4 Mulai tahun 2015 berdasarkan surat
siaran
Kementerian
Pendidikan
Malaysia
Bilangan
22
Tahun
2014:

Murid mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam Sains dan Matematik


dalam keputusan PT3
Murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan
Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran
tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran
Psikometrik
Kes Khas : Murid yang mendapat gabungan gred A/D, B/D atau C/D dalam
Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata
pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan
Pentaksiran Psikometrik.
Murid yang dapat gred E dalam mana-mana matapelaran tidak layak masuk
aliran Sains
Bagi aliran sastera pula, tidak dinafikan ramai yang memandang rendah kepada
aliran ini semasa di peringkat persekolahan. Ayat seperti, "Aku bukan budak bijak,

sebab tu aku masuk aliran Sastera," sering dijadikan alasan. Namun begitu ramai
yang tidak sedar pelajar aliran Sastera lebih laku dan mempunyai nilai pasaran
semasa di alam pekerjaan. Mata pelajaran seperti Prinsip Perakaunan, Ekonomi
Asas dan Perdagangan adalah antara mata pelajaran yang mempunyai nilai pasaran
tersebut.
Sejujurnya, tidak kisah aliran apa sekali pun, anda berhak memilih aliran mana
yang digemari. Jangan kerana desakan keluarga atau mahu glamor, anda memilih
tanpa menyedari kemampuan diri sendiri. Sama ada aliran Sains atau Sastera,
kedua-duanya bergantung pada usaha sendiri untuk terus berjaya. Tidak kira anda
'berasal' dari aliran Sastera atau Sains, tidak bermakna anda tidak boleh berjaya
dan
tidak
mempunyai
pekerjaan
yang
baik.
Semuanya bergantung pada usaha dan kerajinan sendiri. Sebagai contoh, jika anda
mahu menjadi jurutera, saintis atau doktor, tentunya anda akan berusaha di aliran
Sains. Jika pilihan anda untuk bergelar peguam, akauntan atau pereka grafik,
tentunya anda akan menghargai aliran Sastera. Kedua-duanya sama penting.
Namun, tidak semestinya pelajar dari aliran Sains tidak boleh menjadi anggota
polis,
bukan?
Aliran Sastera atau Sains, kedua-duanya sama penting di mana bidang yang anda pilih akan
memperkenalkan siapa diri anda di dalam status pekerjaan kelak!

Anda mungkin juga menyukai