Anda di halaman 1dari 13

MEMETAKANKAEDAHANAUSISKANDUNGAN: SATUTINJAUAN AWAL

Lai Che Ching @ Abd. Latif

ABSIRACf
Content analysis is a communication research instrument that grows rapidly.
However. Kimberly (2002) noted that the documentation effort about the usage of
this technique is far from enough. Thus, this study aims to look at the usage pattern
of content analysis in a social sciences research. A total of 11 0 masters and PhDs
abstracts stored in the online-proquest database were analysed using a content
analysis technique. The discussion ofthe findings found out that the communications
discipline was dominating the usage ofthis technique. However. the most interesting
finding was the other disciplines in social sciences were seen using this technique
according to their own style and to suit their own interpretation.

PERMASALAHANDAlloJOBJEKIlF
Analisis kandungan merupakan salah satu instrumen kajian yang paling kerap diguna
pakai dalam kajian media (sarna ada melihat kesan media ataupun sekadar mengetahui
kandungan dalam sesuatu media). Dalam lapangan komunikasi, kaedah ini merupakan
teknik yang paling cepat berkembang dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini (Riffe
& Fretag,I997; Yale & Gilly, 1988).
Melihat kepada fenomena tersebut, tidak hairan jika terdapat beberapa kajian
yang telah dilakukan untuk melihat dengan lebih mendalam akan penggunaan kaedah
ini dalam penyelidikan sains sosial. Walau bagaimanapun, menurut Kimberly (2002)
usaha untuk mendokumentasikan penggunaan kaedah analisis kandungan adalah
terlalu jauh dari memadai. Penyelidikan beliau mendapati usaha pendokumentasian
kaedah analisis kandungan hanya terhad kepada kaedah analisis teks (Stone et al.,
1996), anal isis kandungan dalam komunikasi (Berelson, 1952), analisis kandungan
dalam psikologi (Gottschalk, 1995) dan analisis teks berbantukan komputer
(Diefenbach, 2(01).
Kimberly (2002) mengakui betapa perlunya satu usaha dilaksanakan untuk
mendokumenkan penggunaan kaedah analisis kandungan ini, iaitu The field is in
need of comprehensive history that melds the various cross-influences, which are
many' (p.30).

Lai Che Ching @ Abd. Latif

Melihat kepada permasalahan tersebut, justeru adalah wajar sekiranya


penyelidikan seumpama ini dilakukan. Walau bagaimanapun, objektif utama
penyelidikan ini adalah sekadar untuk memetakan ataupun cuba untuk melihat pola
penggunaan kaedah analisis kandungan dalam penyelidikan sains sosial.
Bagi mencapai objektifutama tersebut maka beberapa persoalan kajian akan
cuba dijawab. Persoalan pertama ialah untuk mengetahui disiplin dan kekerapan
disiplin lain dalam sains sosial yang menggunakan kaedah analisis kandungan.
Persoalan kedua yang cuba dijawab ialah untuk mengenal pasti paradigma atau
aliran yang digunakan oleh disiplin-disiplin sains sosial dalam mengaplikasikan kaedah
analisis kandungan. Manakala persoalan ketiga pula ialah untuk menentukan medium
yang sering digunakan dalam kajian menggunakan kaedah analisis kandungan dan
persoalan keempat ialah untuk melihat sebarang perubahan yang berlaku ketika
menggunakan kaedah analisis kandungan sepanjang tempoh kajian ini dilakukan.
SOROTANLITERAnJR

Tidak banyak kajian lepas yang dapat dikesan menjadikan kaedah analisis kandungan
sebagai bahan kajian, khasnya yang membincangkan kaedah analisis kandungan secara
khusus. Dalam kebanyakan kes, analisis kandungan hanya disebut sebagai salah satu
metodologi penyelidikan, terutama dalam bidang komunikasi. Malah kajian-kajian lepas
tentang kaedah analisis kandungan ini lebih banyak tertumpu kepada perbincangan
mengenai fungsi analisis kandungan sebagai metodologi penyelidikan yang sahib dan
boleh dipercayai.
Moris (1994) menumpukan perbincangan beliau sepenuhnya tentang
kelebihan dan kelemahan menggunakan kaedah analisis kandungan menggunakan
bantuan perisian komputer. Morris (l994) melihat akan kelebihan-kelebihan yang
ada pada kaedah analisis kandungan yang boleh diaplikasikan dalam penyelidikan
pengurusan (management research). Beliau menyatakan bahawa:

" ... content analysis can be beneficial to management


research in general by providing researchers with a
methodologyJor systematic analysis oJthe infonnation
contained in corporate documents. thus opening a
rich data source that has been often neglected ".
Atas sebab tersebut, maka dalam artikelnya Morris (1994) membincangkan
tentang kelebihan-kelebihan menggunakan perisian komputer dalam analisis
kandungan khususnya untuk penyelidikan pengurusan. Antara faedah yang bakal
diperolehi menggunakan kaedah anal isis kandungan berbantukan perisian komputer
ialah dapat mewujudkan keseragaman dalam skema pengekodan mesej lantaran
48

Memetakan Kaedah Ana/isis Kandungan

keupayaan perisian komputer menerima dan mengaplikasikan peraturan-peraturan


pengekodan sepanjang masa, berbanding dengan pengekodan yang dilakukan oleh
manusia.
Persoalan utama yang dapat disimpulkan daripada Morris (1994) bukanlah
menjurus kepada keIebihan perisian komputer dalam analisis kandungan. sebaliknya
Iebih pada persoalan disiplin selain daripada komunikasi dilihat menggunakan kaedah
analisis kandungan dengan cara mereka sendiri dan disesuaikan dengan kehendak
disiplin masing-masing. Ini menunjukkan kaedah analisis kandungan sebagai satu
bentuk penyelidikan yang semakin mendapat tempat dalam disiplin lain.
Kajian seterusnya yang turut menyentuh kaedah analisis kandungan ialah
kajian yangtelah dijalankan oleh Kolbe & Burnett (1991) dan Juliette (2001). Persamaan
antara kedua-dua kajian ini ialah penumpuan terhadap persoalan reliability dan
validity metodologi kaedah analisis kandungan.
Kolbe & Burnett (1991) menumpukan kajian dengan menganalisis 128 artikel
yang diterbitkan dari tabun 1978 hingga 1989 dalam bidang pemasaran dan gelagat
pengguna yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Mereka mendapati kaedah
anal isis kandungan merupakan kaedah penyelidikan yang paling kerap digunakan
untuk menilai pelbagai bentuk komunikasi yang berkaitan dengan minat sarjanasarjana gelagat pengguna.
Walau bagaimanapun, di sebalik peningkatan ini mereka mendapati terdapat
beberapa kelemahan dalam metodologi penyelidikan menggunakan analisis
kandungan. Oleh ito. mereka mencadangkan agar penyelidik yang ingin menggunakan
kaedah ini menurnpukan sepenuhnya perhatian mereka terhadap persoalan reliability
dan validity.
Persoalan tentang reliabitili dan validiti ini turut dibincangkan oleh Juliette
(2001). Beliau membincangkan tentang pembentukan skema pengekodan baru untuk
menganalisa kandungan berita yang disiarkan di televisyen. Juliette (2001)
mencadangkan skema pengekodan baru ini sebagai satu kaedah baru yang wajar
diterokai kerana sebelum ini kajian terhadap kandungan berita di televisyen agak
kurang dijalankan.
Secara umumnya, terdapat beberapa kesimpulan yang boleh dibuat
berdasarkan perbincangan tiga kajian Iepas di atas. Pertama, didapati kaedah analisis
kandungan merupakan kaedah penyelidikan yang mula mendapat perhatian disiplin
lain selain Komunikasi. Justeru. perkara ini mengundang persoalan iaitu sejaubrnana
disiplin lain, selain disiplin Komunikasi menggunakan kaedah analisis kandungan

49

Lai Che Ching @ Abd. Latif

ini. Persoalan kedua yang wujud daripada perkara ini ialah tentang paradigma yang
mendasari setiap penyelidikan yang menggunakan kaedah analisis kandungan.
Perkara kedua yang dapat disimpulkan merujuk pada bahan yang dijadikan
sebagai subjek kajian. Juliette (2001) berusaha membangunkan skema pengekodan
yang baru untuk analisis kandungan berita di televisyen (media elektronik). Usaha
ini menjelaskan kepada kita secara tidak langsung bahawa kebanyakan bahan yang
dijadikan kajian menggunakan kaedah anal isis kandungan merupakan bahan bercetak.
Atas sebab ini, timbul persoalan tentang medium yang sering digunakan sebagai
bahan kajian dalam analisis kandungan.
Sementara kesimpulan ketiga mendapati bahawa kaedah analisis kandungan
sebagai satu kaedah penyelidikan yang semalcln berkembang. Bagaimanapun, timbul
persoalan sarna ada wujud sebarang bentuk perubahan yang ketara dalam penggunaan
kaedah ini untuk satujangka masa.
Keempat, kelompangan daripada kesemua kajian tersebut di atas ialah
penumpuan kepada persoalan reliability dan validity kaedah analisis kandungan.
Justeru, adalah tepat untuk melakukan satu penyelidikan yang bersifat lebih umum
pula untuk melihat pola penggunaan kaedah analisis kandungan ini.

METODOLOGI
Bagi menjawab persoalan-persoalan yang telah digariskan di awal perbincangan ini,
kaedah analisis kandungan turut digunakan dalam menganalisis abstrak disertasi
ijazah sarjana (Masters) dan juga Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang tersimpan dalam
pangkalan data ProQuest.
Kajian ini merangkumi tempoh masa selama 10 tahun bermula dari tahun 1990
hingga tahun 2000. Skop ini difikirkan memadai untuk menjawab persoalan keempat
iaitu untuk melihat sebarang perubahan dalam penggunaan kaedah analisis
kandungan.
Oleh kerana dalam setiap tahun terdapat lebih kurang 350 abstrak yang
mengandungi kata kunci content analysis + research, maka persarnpelan bertujuan
telah digunakan untuk mendapatkan abstrak yang bakal dijadikan bahan kajian.
Abstrak dipilih dengan memasukkan istilah content analysis + research dalam kolak
carian pada pangkalan data tersebut.
Bermula dengan tahun 1990, sebanyak 10 abstrak dipilih dengan menjadikan
nomborganjil sebagai panduan. Ini bermaknaabstrak nombor I, 3, 5,7,9,11,13, IS,
17 dan 19 akan dipilih. Pada tahun berikutnya, nombor genap dijadikan sebagai

so

Memetakan Kaedah Analisis Kandungan

panduan dalarn memilih 20 abstrak yang pertama dan seterusnya, menjadikan sejumlah
110 abstrak telah dianalisis.

Daripada 110 abstrak yang telah dianalisis, didapati ada 10 disiplin dalam bidang
sains sosial yang menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai metodologi
penyelidikan. Disiplin-disiplin tersebut ialah kajian Komunikasi, Pendidikan, Sains
Politik, Psikologi dan Kerja Sosial, Sosiologi, Sejarah, Sains Kesihatan, Muzik,
Pengurusan dan Pengurusan Pemiagaan serta kajian wanita (women studies).
Walau bagaimanapun, hanya terdapat dua disiplin yang lebih kerap
menggunakan kaedah anal isis kandungan ini, iaitu disiplin kajian Komunikasi (40
peratus) dan disiplin kajian PendidikanlBahasa (27.3 peratus). Jaduall menunjukkan
denganjelas kekerapan penggunaan kaedah anaJisis kandungan berdasarkan disiplin.

Jaduall:

Taburan penggunaan kaedah analisis kandungan dalam disiplin


sains sosial

Disiplin

Kekerapan

Peratusan

Komunikasi
Pendidikan / Bahasa
Sains Politik
Psikologi / Kerja SosiaJ
Sosiologi
Sejarah
Sains kesihatan
Muzik
Pengurusan & pemiagaan
Kajian wanita

44

40.0

30

273

Jumlah

7
9
4
1
6
1

6.4
82
3.6
0.9
5.5
0.9

3
3

27
27

108

100

Seterusnya, pasti timbul persoalan sarna ada penggunaan kaedah analisis


kandungan oleh disiplin lain adalah sarna dengan cara penggunaan kaedah analisis
kandungan oleh disiplin Komunikasi.
Hasil kajian mendapati keputusan adalah bercarnpur-campur. Secara umumnya,
disiplin Komunikasi menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai metodologi
tunggaJ dalam penyelidikan adalah lebih kerap berbanding disiplin-disiplin lain.
Manakala disiplin lain seperti Pendidikan dan lain-lain dilihat menjadikan kaedah
51

Lai Che Ching @ Abd. Latif

analisis kandungan sebagai sebahagian daripada metodologi penyelidikan.


'Sebahagian' dalam konteks ini merujuk kepada kaedah analisis kandungan sebagai
pelengkap kepada metodologi lain yang digunakan. Jadual 2 menunjukkan dengan
lebihjelas tentang keadaan ini.
Jadual2: Taburan penggunaan kaedah analisis Iulndungan berdasarkan disiplin
PENGGUNAANKAEDAHANAI1SISKANDUNGAN
Tunggal

Sebahagian
drpd. metodologi

Jumlah

14
15
4
9
2
1
5

44

1
3

3
3

S4

108

DISIPLIN
Kajian Komunikasi
Pendidikan / Bahasa
Sains Politik
Psikologi / Kerja Sosial
Sosiologi / Kriminologi
Sejarah
Sains Kesihatan

Muzik
Pengurusan & Pemiagaan
Kajian Wanita
Jumlah

30
15
3

2
1
1
2

30
7

9
4
1
6

S4

Penemuan ini membawa kepada perbincangan seterusnya, iaitu untuk


mengetahui paradigma yang mendasari sesuatu kajian yang menggunakan kaedah
analisis kandungan sebagai metodologi dalam penyelidikan sarna ada sebagai
metodologi tunggal ataupun sebagai sebahagian daripada metodologi yang lain.
Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara dari segi
paradigma yang mendasari sesuatu penyelidikan. Umumnya, paradigma kuantitatif
mendominasi penyelidikan yang menggunakan kaedah anal isis kandungan. lni dapat
diperhatikan berdasarkan kepada 47 peratus abstrak yang dikaji adalah penyelidikan
bersifat kuantitatif. Sungguhpun demikian, 42 peratus abstrak yang dikaji adalah
penyelidikan bersifat kualitatif dan baki sebanyak 10 peratus merupakan penyelidikan
yang menggabungkan paradigma kuantitatif dan kualitatif.
Dari aspek disiplin pula, didapati bahawa kajian yang menggunakan kaedah
analisis kandungan dalam disiplin Komunikasi lebih banyak bersifat kuantitatifiaitu
sebanyak 28 peratus berbanding disiplin Pendidikan sebanyak 10 peratus. Hasil

52

Memetakan Kaedah Analisis Kandungan

kajianjuga mendapati bahawa disiplin Pendidikan mendahului disiplin-disiplin lain


dalam menggunakan kaedah anal isis kandungan bersifat kualitatif. Perkara ini
ditunjukkan pada J adual3 berikut.
Jadual3: Taburan penggunaan kaedah analisis kandungan berdasarkan
paradigma dan disiplin
'Paradigm'
Kuantitatif
Kualitatif

Disiplin
Kualitatif

&

Kajian Komunikasi
Pendidikan
Sains Politik
Psikologi / Kerja Sosial
Sosiologi
Sejarah
Sains Kesihatan
Muzik
Pengurusan & Perniagaan
Kajian Wanita

10'%
11'/0
3.6%
6.3%
27%
0.9%
3.6%

28%
10010
2.7%
0.9%
0.9%,

Kuantitatif
1.8%
5.4%
0.9%

1.8%
0.9%
1.8%

0.9"/0
1.8%

0.9%

Analisis data juga cuba melihat medium atau bahan yang sering dijadikan
kajian menggunakan kaedah anal isis kandungan ini. Hasil kajian mendapati terdapat
empatjenis bahan yang sering dijadikan bahan kajian. Media cetak merupakanjenis
bahan yang sering dijadikan bahan kajian. Dalam kategori ini, bahan yang dijadikan
sebagai medium kajian merujuk kepada suratkhabar danjuga majalah. Kategori kedua
pula ialah media elektronik yang merujuk kepada televisyen (kandungan siaran tv),
radio (kandungan siaran radio), video dan juga internet. Sementara kategori ketiga
ialah dokumen transkrip temu ramah yang merujuk kepada usaha menganalisis
dokumen-dokumen dan juga transkrip-transkrip temu ramah. Analisis menggunakan
buku-buku teks pula merupakan kategori yang terakhir.

Hasil kajian mendapati bahawa kategori ketiga iaitu 'Ookumen/Transkrip Temu


ramah (37.3 peratus)' merupakan bahan yang paling kerap digunakan dalam kajian
menggunakan kaedah analisis kandungan. Ini diikuti oleh penggunaan media cetak dalam
kajian anaIisis kandungan (36.4 peratus). Jadual4 berikut menjelaskan fenomena ini.

S3

Laj Che Ching @ Abd. Latif

Jadual4: Taburan kekerapan penggunaan bahan kajian


Kategori Bahan Kajian

Kekerapan

Peratusan

MediaCetak
Media Elektronik
Dokumen I Transkrip Temu ramah
BukuTeks

40

36.4%
13.6%
37.3%
10.'1'10

15
41
12

Analisis cross-tabulation mendapati bahawa kajian yang bersandarkan


kepada paradigma kualitatiflebih cenderung menggunakan dokumenltranskrip temu
ramah sebagai bahan kajian, manakala kajian yang bersifat kuantitatifpula cenderung
menggunakan media cetak sebagai bahan kajian utama. Kecenderungan tersebut
ditunjukkan dalam Jadual5 berikut.
Jadual5: Taburan bahan kajian berdasarkan paradlgma penyelidikan
PARADIGMA

Kualitatif
Kuantitatif
Kualitatif &
Kuantitatif

BAHAN KAJIA1\l
MediaCetak

Media
Elektronik

Dokumenl
Transkrip

BukuTeks

9.0%
25%

3.6%
10%

21.8%
9.0%

71.%
2.7%

6.3%

0.'1'10

1.8%

Dari aspek disiplin dan bahan kajian yang digunakan pula, didapati kajian
Komunikasi lebih mengutamakan penggunaan media cetak sebagai bahan kajian
manakala disiplin Pendidikan, Psikologi dan beberapa disiplin lain lebih cenderung
menggunakan dokumen atau transkrip temu ramah sebagai bahan kajian mereka.
Jadual 6 berikutnya menerangkan keadaan tersebut.
Jadua16: Taburan bahan kajian berdasarkan disiplln

DISIPLIN
Media cetak

Kajian Komunikasi
Pendidikan
Sains Politik

271.%
0.'1'10
2.7%

BAHAN KAJIAN
Media
Dokumenl Buku Teks
Elektronik
Transkrip

10%
2.7%

54

2.7%
14.5%
3.6%

9.0010

Memetakan Kaedah Analisis Kandungan

Psikologi
Sosiologi
Sejarah
Sains Kesihatan
0.9%

0.9%

8.1%
1.8%
0.9%
3.6%

1.8%
1.8%

0.90/0
0.90/0

0.9%

0.9%

0.90/0

Muzik
Pengurusan & Pemiagaan
Kajian wanita

Perbincangan dapatan kajian seterusnya akan menyentuh aspek


perubahan-perubahan yang berlaku dalam penggunaan kaedah analisis kandungan
untuk tempoh lO tahun (1990 hingga 2000). Hasil kajian mendapati bahawa tidak
terdapat sebarang perubahan besar dari aspek paradigma yang mendasari sesuatu
kajian yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Carta I berikut menunjukkan
keadaan tersebut.
8

-.---------'-----------.

--kualitatif

- - kuantitatif
kualitatil&kua ntitatil

1.L.-_ _ . _ - -

Carta I: Parddigrna penyelidikan menggunakan kaedah analisis kandungan


Walau bagaimanapun. berdasarkan Carta I didapati bahawa kajian yang
menggunakan paradigrna kuantitatif dilihat mengalami penurunan yang ketara bermula
pada tahun 1993 sehingga tahun 1998. Bagi kajian yang menggunakan pendekatan
kualitatif pula tiada perubahan yang ketara ditunjukkan sarna ada penurunan ataupun
peningkatan. Pendekatan integratif juga dilihat kurang mendapat sambutan sepanjang
tahun 1990 hingga 2000.

55

Loi

Ch~

Ching

Abd. Lotif

7.,........------ - - - - - - - - - - - - - - .

~.------------------------------~l, ______~-----I

5 r-

-+- Mecia Celak

--~

: r+-\-yl5':::-Z

__ MeciaElektronik

"-.t=l,

.~_/.

Z::1___

Dokumenl Transkrip

Temuramah

Buk_UTek_'_

Carta 2: Penggunaan bahan kajian 1990 - 2000


Carta 2 menunjukkan perubahan-perubahan yang berlaku dalam tempoh 10
tahun terhadap penggunaan bahan-bahan kajian. Kajian mendapati bahawa bagi
tempoh 1993 hingga 1996, 'dokumen I transkrip temu ramah' merupakan bahan kajian
yang paling kerap digunakan. Walau bagaimanapun, bermula pada tahun 1996
penggunaan 'dokumen/transkrip temu ramah' sebagai bahan kajian yang
menggunakan kaedah analisis kandungan semakin menurun. Penggunaan media
cetak dalam kajian menggunakan analisis kandungan pula tidak menunjukkan
sebarang perubahan.
Kedua-dua carta berkenaan memberikan satu bentuk penemuan yang cukup
menarik untuk dibincangkan berhubung sebab di sebalik perubahan-perubahan yang
berlaku. Walau bagaimanapun, perbincangan dalam kertas kajian ini hanya terhad
kepada 'usaha awal untuk memetakan' pola penggunaan kaedah anal isis kandungan.
KESlMPULANDAN PERBINCANGAN
1.
Kajian ini mendapati walaupun disiplin lain menggunakan kaedah analisis
kandungan, disiplin komunikasi masih mendominac;i penggunaan kaedah ini. Ini boleh
ditafsirkan sebagai mewakili 'nature' kajian Komunikasi itu sendiri yang lebih terdedah
kepada menganalisaan kandungan sesuatu mesej. Ini secara tidak langsung
membenarkan dapatan kajian oleh Riffe & Freitag (1997) dan Yale & Gilly (1988)
bahawa kaedah analisis kandungan merupakan kaedah penyelidikan yang paling
cepat berkembang dalam lapangan komunikasi.
2
Walau bagaimanapun, semacam wujud kecenderungan oleh disiplin lain
(selain Komunikasi) dalam bidang sains sosial untuk menggunakan kaedah anal isis
kandungan mengikut cara dan pentafsiran mereka sendiri. Hal ini didasarkan kepada
56

Memetakan Kaedah Analisis Kandungan

dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3, iaitu kajian Komunikasi
lebih kerap menggunakan kaedah ini sebagai satu kaedah tunggal dalam penyelidikan
mereka. Sedangkan, disiplin lain gemar mencampuradukkan kaedah ini dengan kaedah
lain dalam penyelidikan mereka.
Fenomena tersebut mungkin boleh dijelaskan lagi dengan 'kecelaruan' definisi

kaedah analisis kandungan. Jika diperhatikan, terdapat beberapa definisi yang berbeza
tentang analisis kandungan.
Definisi pertama:
Content analysis may be briefly defined as the
systematic, objective, quantitative analysis ofmessage
characteristic. It includes the careful examination of
human interactions; the analysis of character
portrayals in TV commercials, films, and
novel ... (Kimberly,2002,hlm.l)
Definisi kedua:

'a research technique for objective, systematic and


quantitative description of the manifest content of
communication '(Berelson, 1952, hlm.lS).
Definisi ketiga:

Content analysis is an approach to qualitative


research that is used to identify specified
characteristic in textual messages so that a person :sintentions, attitudes and values can be inferred.

(Morris, 1994)
Definisi pertama dan kedua dihasilkan oleh sarjana dalam bidang Komunikasi.
Persamaan kedua-duanya ialah kaedah analisis kandungan dilihat sebagai satu kaedah
kuantitatif dan digunakan untuk menilai kandungan dalam sesuatu medium
komunikasi, sarna ada medium bercetak ataupun medium elektronik. Ini adalah tafsiran
analisis kandungan pada kaca mata sarjana Komunikasi.
Perhatikan pula tafsiran ketiga. Definisi ini dikemukakan oleh seorang
sarjana dalam bidang pengurusan. Definisi ini berbeza dengan dua definisi
sebelumnya kerana mengatakan analisis kandungan sebagai satu pendekatan
kualitatif untuk mengenal pasti kandungan mesej dalam sesuatu teks. Takrifan
ini mengehadkan analisis kandungan kepada bahan bercetak sahaja dan
mengabaikan bahan/medium elektronik.

57

Lai Che Ching @ Abd. Latif

Seterusnya, kecenderungan disiplin lain menggunakan kaedah analisis


kandungan sebagai sebahagian daripada metodologi penyelidikan mereka adalah
kerana sifat kaedah analisis kandungan itu sendiri. Brewer & Hunter (1989) menyatakan
bahawa kaedah analisis kandungan mempunyai potensi sebagai salah satu kaedah
penyelidikan yang boleh diintegrasikan dalam kaedah penyelidikan berbilang
metodologi (Multimethod Research).
3.
Didapati kebanyakan kajian lebih cenderung menggunakan bahan yang
bersifat tangible iaitu yang boleh disentuh seperti media cetak, dokumenltranskrip
temu ramah dan juga buku teks berbanding penggunaan media elektronik. Kajian
berbentuk eksperimen yang membandingkan kesan media cetak dan elektronik
mungkin boleh menjelaskan keadaan ini. Seseorang yang biasa menonton siaran
berita tv didapati hanya dapat mengingat sedikit daripada apa yang telah ditontonnya,
berbanding seseorang yang membaca berita yang sarna dalam bentuk cetakan
(Furnham & Gunter, 1985, 1987).
Secara umumnya, kajian ini dilihat telah berjaya mencapai objektif untuk
memetakan pola penggunaan kaedah analisis kandungan. Walau bagaimanapun, ini
bukanlah satu kajian yang lengkap. Sesuai dengan sifatnya sebagai tinjauan awal,
maka adalah diharapkan agar dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai perintis
kepada kajian yang lebih mendalam sifatnya.

RUJUKA..l\i
Berelson, B., Content Analysis in Communication Research. Free Press. Glencoe,

1952
Brewer, John and Albert Hunter, Multimethod Research: A Synthesis of Styles.
Newbury Park, Sage. California. 1989.
Furnham, A., & Gunter,B., Effects of time of day and medium of presentation on
immediate recall of violent and non-violent news, Applied Cognitive
Psychology. Vol I, p.255, 1987.
Fumham, A., & Gunter, B., Sex, Presentation mode, and memory for violent and nonviolent news, Journal ofEducational Television. Vol II, p.99, 1985.
Juliette H. Walma van der Molen., Assesing Text-Picture correspondence in Television
News: The Development of new coding scheme, Journal ofBroadcasting &
Electronic Media. Vol 45, p.483, 2001.
Kimberly A. Neundorf, The Content Analysis Guidebook. Sage. California. 2002.
Kolbe, Richard H, & Burnett, Melissa S., Content analysis research: an examination
of applications with directives for improving research reliability and objectivity,
Journal ofConsumer Research. Vol IS, p.243, 1991.
Morris, Rebecca, Content analysis in management research: a demonstration of
advantages & limitations, Journal ofManagement. Vo1.20, p.903, 1994.

58

Memetakan Kaedah Analisis Kandungan

Riffe, Daniel, & Freitag, Alan, A content analysis of content analyses: Twenty Five
Years of Journalism Quarterly, Journalism and Mass Communication
Quarterly, Vol 73,p.635, 1997.
Syed Arabi Idid., Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1998.
Yale, Laura, & Gilly, Mary C. Trends in advertising research: A look at the content of
marketing-oriented journals from 1976-1985. Journal ofAdvertising. Vol.17,
p.12,1988.

S9

Anda mungkin juga menyukai