Anda di halaman 1dari 2

TIPS CEMERLANG BAHASA ARAB

Perbetulkan niat kerana Allah Taala untuk memahami isi


kandungan
al-Quran, menghayati Hadis Rasulullah SAW
dan mendalami ilmu syariah.
Sentiasa menjaga solat, berzikir dan membaca al-Quran
setiap hari. Pelajari dan kuasai makna perkataan dalam solat
dan zikir. Bacalah al-Quran terjemahan untuk mengetahui
makna kalimah-kalimah. Lagi banyak pahala yang anda
dapat bila membaca al-Quran dengan mengetahui
maknanya.
Memberi perhatian kepada penerangan guru dan mencatat
segala maklumat yang diberikan. Jangan hanya menjadi
seorang pendengar semata-mata.
Ulang kaji tajuk yang dipelajari pada hari yang sama untuk
menambahkan kefahaman. Jangan menangguh-nangguhkan
ulang kali tersebut kerana sifat manusia mudah lupa.
Sentiasa berfikir makna perkataan dalam bahasa Arab
terhadap perkara yang dilihat di depan mata. Sekiranya
gagal atau tidak mengetahui, sila rujuk kawan atau kamus.
Gunakan ucapan dan ungkapan yang biasa digunakan dalam
percakapan seharian untuk kemahiran bertutur sebagai
persiapan ujian lisan. Ketepikan sifat malu dan segan.
Sentiasa merujuk kamus bila berjumpa perkataan baru.
Sediakan juga buku catatan peribadi untuk mencatat
perkataan baharu yang belum diketahui.
Tampal perkataan-perkataan penting berserta maknanya di
tempat yang biasa dilihat, sama ada di depan meja study
dan sebagainya.

Menghafaz perkataan
mengingatinya.

baharu

sehingga

benar-benar

Menyemak kembali hafazan lama (refresh) agar tidak lupa.


Hafaz penulisan perkataan dalam bahasa Arab sehingga
mantap kemudian cuba menulisnya tanpa melihat teks. Buat
berulang kali sehingga jawapan anda tiada sebarang
kesalahan.
Perbanyakkan latihan atau membuat latih tubi terutama
soalan nahu/qawaid. Perhatikan kesalahan-kesalahan agar
tidak mengulanginya pada masa akan datang.
Kerap mengadakan perbincangan dalam kumpulan. Cara ini
terbukti lebih mudah untuk mengingati kalimah/perkataan
terutama untuk memperkayakan tharwah/perbendaharaan
kata.
Mudah-mudahan tips-tips ini dapat dijadikan panduan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti. sesiapa
yang tidak mampu untuk melaksanakan perkara-perkara ini,
lebih baik jangan berangan untuk mencipta kejayaan dalam B.
Arab.

Anda mungkin juga menyukai