Anda di halaman 1dari 11

MAJLIS GRADUASI MURID PPKI 2016

SMK SEKSYEN 19 SHAH ALAM


TARIKH
TEMPAT
MASA

: 11 NOVEMBER 2016 (JUMAAT)


: DEWAN ALAMANDA SMK SEKSYEN 19
: 7.30 PAGI

ATUR CARA PROGRAM


07.30 Pagi
08.00 Pagi
08.15 Pagi

Taa08.30 Pagi

09.00 Pagi
09.15 Petang

Pendaftaran ibubapa & murid


Ibubapa / waris / murid / guru mengambil tempat
Para graduan siap berbaris di tempat yang telah ditetapkan
Perarakan masuk Pengetua, AMP & Graduan ke Dataran Alamanda
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan doa oleh En. Mohd Sanusi b. Yaacob
Ucapan Alu-aluan oleh PK PPKI SMK Seksyen 19 Shah Alam.
Ucapan Perasmian oleh Pengetua SMK Seksyen 19 Shah Alam.
Tayangan Multimedia
Penyampaian Sijil Graduasi Murid PPKI 2016
Penyampaian cenderamata kepada Pengetua
Perarakan keluar Pentadbir dan diikuti oleh para Graduan
Jamuan
Majlis Bersurai

SKRIP PENGACARA MAJLIS


MAJLIS GRADUASI MURID PPKI 2016
1

SMK SEKSYEN 19 SHAH ALAM


Tarikh
Tempat
Masa
Juruacara
AGENDA

: 11 November 2016 (Jumaat)


: Dewan Alamanda SMK Seksyen 19
: 7.30 pagi
: Amalina (A) & Muhaini (M)
TEKS PENGACARA

JURU
ACARA

Acara 1
Hadirin di
jemput
duduk

Mohon perhatian,
majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.
Oleh itu, para hadirin diminta mengambil tempat duduk.

Acara 2
Perarakan
Masuk
Pengetua,
AMP dan
Graduan

Kini diumumkan perarakan masuk (start mzik)


Yang Berbahagia,
Pn Hjh Putri Roslawati binti Hashim
Pengetua SMK Seksyen 19
diiringi oleh :
Barisan Pentadbir Sekolah bersama-sama
Para Graduan
(Stop muzik bila semua dah duduk)
Majlis mempersilakan para hadirin sekalian untuk berdiri
hormat dan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
Dipersilakan.

Acara 3
Nyanyian
Lagu
Negaraku

***********************Nyanyian Negaraku*********************
Para tetamu, hadirin dan hadirat dipersilakan duduk.

Acara 4
Bacaan Doa

Majlis graduasi disambut meriah,


Memberi inspirasi sebuah kejayaan;
Bacaan doa tangan ditadah,
Semoga majlis beroleh keberkatan.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang, marilah kita sama-sama memohon taufik dan
hidayah bagi majlis graduasi dan anugerah kecemerlangan
ini.
Majlis mempersilakan Encik Mohd Sanusi Bin Yaakub
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.....
2

*********************** Bacaan doa ****************************


Amin, amin, Ya Robbal Alamin...
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih atas bacaan doa itu tadi.
Acara 5
Alu-aluan
Pengacara
Majlis

Assalamualaikum salam sejahtera,


Pembuka kata lidah bicara,
Izinkan kami mulakan acara;
Semoga majlis disambut ceria.
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.
Majlis mengalu-alukan kehadiran:
Yang Berbahagia,
Pn Hjh Putri Roslawati binti Hashim
Pengetua SMK Seksyen 19
Yang dihormati,
Barisan Pentadbir Sekolah
Pn Yasmin binti Kamarudin
Penolong Kanan Pentadbiran
Tuan Haji Mohd Noh bin Marzuki
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn Siti Nurzehan binti Ishak
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Berusaha,
Pn Sironmany a/p Kaniappan
Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Seksyen 19
Guru-guru PPKI,
Pembantu Pengurusan Murid,
3

Yang diraikan,
Para Graduan PPKI SMK S19 2016
Seterusnya, hadirin dan hadirat serta para murid sekalian.
Melayang serindit di atas permatang,
merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang;
Awal bismillah pembuka bicara.
Syukur alhamdulilah, kita sama-sama diberi kesempatan
berhimpun dalam majlis yang bersejarah ini iaitu Majlis
Graduasi PPKI SMK S19 2016. Lebih bermakna lagi
apabila Yang Berbahagia Pn Hjh Putri Roslawati binti
Hashim Pengetua SMK Seksyen 19 sudi turut sama
meraikan para Graduan PPKI SMK S19 2016.
Hari ini merupakan hari yang penuh bermakna khususnya
bagi graduan, dan kami seluruh warga PPKI SMK S19
amnya berikutan Majlis Graduasi Murid PPKI kali kedua.
Seramai 7 orang murid layak diberikan Sijil Graduasi pada
tahun ini. Majlis sukacita mengucapkan sekalung tahniah di
atas kejayaan yang di raih.
Acara 6
Ucapan
Aluan PK
PPKI

Majlis kita majlis bersejarah,


Meninggalkan kenangan inspirasi kejayaan,
Majlis kita lebih terarah;
Ucapan aluan kita nantikan.
Hadirin yang dimuliakan,
Adat berbahasa menyampaikan pesan,
Adat majlis menyampaikan ucapan.
Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan
Yang Berusaha,
Pn Sironmany a/p Kaniappan
4

Penolong Kanan Pendidikan Khas


SMK Seksyen 19
Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
********************(Ucapan PK PPKI)*****************
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan
oleh PK PPKI SMK S19. Majlis merakamkan ribuan terima
kasih kepada Pn Sironmany a/p Kaniappan.
Acara 7
Ucapan
Perasmian:
Pengetua

Kompang dipalu caklempong ditingkah,


Dengarkan pula alunan biola,
Doa sudah alu-aluan sudah;
Dengarkan pula ucapan Yang Berbahagia.
Hadirin-hadirat yang dikasihi,
Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan , iaitu ucapan
perasmian tetamu kehormat kita,
Yang Berbahagia,
Pn Hjh Putri Roslawati binti Hashim
Pengetua SMK Seksyen 19
dan seterusnya merasmikan
Majlis Graduasi Murid PPKI 2016 SMK S19.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg
Berbahagia.
**********************(Ucapan Perasmian)*********************
Alhamdullillah, rasmilah sudah Majlis Graduasi PPKI SMK
S19 2016 yang telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Yang Berbahagia,
Pn Hjh Putri Roslawati binti Hashim
Pengetua SMK Seksyen 19
atas ucapan dan perasmian itu tadi.
5

TAYANGAN MULTIMEDIA
Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersamasama kita saksikan sebuah tayangan khas sempena Majlis
Graduasi PPKI SMK S19 2016. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan
.tayangan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada para guru dan semua yang terlibat
dengan tayangan multimedia sehingga berjaya di
pertontonkan dalam majlis pada kali ini. Majlis sekali lagi
mengucapkan jutaan terima kasih.
Acara 8

Jambangan seroja menyeri taman,


Indah berseri puteri sanjungan,
Penyampaian Sudilah tuan menyempurnakan penganugerahan;
Sijil Graduasi Sijil graduasi kepada graduan.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan (start muzik)
Yang Berusaha,
Pn Sironmany a/p Kaniappan
Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Seksyen 19
Untuk mengiringi
Yang Berbahagia,
Pn Hjh Putri Roslawati binti Hashim
Pengetua SMK Seksyen 19
untuk menyempurnakan majlis penyampaian Sijil Graduasi
PPKI SMK S19 2016
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
#kedudukan pengetua:
1) Kerusi roda :
2) yang biasa : .
6

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,


Pada pagi ini, seramai 7 orang murid PPKI SMK S19 akan
menerima Sijil sempena Majlis Graduasi PPKI SMK S19
2016
(Rujuk senarai nama graduan)
Penerima Sijil Graduasi PPKI SMK S19 2016 dimulai
dengan..
Seterusnya
# Graduan xxxx tidak dapat hadir kerana
Majlis mengucapkan terima kasih kepada (stop muzik)
Yang Berbahagia,
Pn Hjh Putri Roslawati binti Hashim
Pengetua SMK Seksyen 19
atas penyampaian sijil graduasi itu tadi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan.
Acara 9

Sebagai tanda berbesar hati,


Sebagai tanda keikhlasan diri,
Penyampaian Sebagai tanda terima kasih kami;
Cenderamata Cenderamata istimewa kami susuli.
kepada
Pengetua

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,


Untuk menghargai kesudian tetamu kehormat yang telah
hadir dan meluangkan masa bersama-sama dengan kita
dalam majlis pada pagi ini, dengan sukacitanya dipersilakan
Yang Berusaha,
Pn Sironmany a/p Kaniappan
Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Seksyen 19
untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan
kepada
7

Yang Berbahagia,
Pn Hjh Putri Roslawati binti Hashim
Pengetua SMK Seksyen 19
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn.
Sironmany atas kesudian menyampaikan cenderamata itu
tadi.
Acara 10

Hadirin yang dimuliakan,

Perarakan
keluar VIP

Kini diumumkan perarakan keluar


Yang Berbahagia,
Pn Hjh Putri Roslawati binti Hashim
Pengetua SMK Seksyen 19
Dan diiringi oleh
Barisan Pentadbir Sekolah
Para Hadirin diminta berdiri.

Acara 11
Penutup

Subur padi Allah kurnia,


Hidup mula di dalam air,
Sudah menjadi lumrah dunia;
Setiap yang mula akan berakhir.
Kami bagi pihak majlis,
Dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Berbahagia,
Pn Hjh Putri Roslawati binti Hashim
Pengetua SMK Seksyen 19
Serta sidang hadirin sekalian yang sama-sama menjayakan
majlis ini.
Andai terlanjur tutur kata kami berdua,
Ampun dan maaf yang kami pinta.
Seterusnya majlis menjemput para jemputan sekalian untuk
menikmati jamuan yang bertempat di kantin sekolah.
8

Dengan ini, saya akhiri majlis dengan lafaz yang mulia,


wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

DOA SEMPENA MAJLIS GRADUASI MURID PPKI 2016


SMK SEKSYEN 19 SHAH ALAM



,





Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami
untuk mengadakan serta berada dalam
MAJLIS GRADUASI MURID PPKI 2016 SMK SEKSYEN 19 SHAH ALAM
Ya Allah Ya Faaalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkati majlis ini dengan
limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam
menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak
juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang
khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini.
Di saat ini juga kami rafakan tangan kehambaan mengharapkan
ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang
sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek
pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada
kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna
dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
Ya Allah, Ya Ghaniyyu Ya Hamid,
Jadikanlah murid-murid yang menerima hadiah dan sijil graduasi
pada hari ini sebagai murid-murid yang bersyukur di atas
pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka murid-murid
yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk
meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik
mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon
daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis graduasi
ini akan menjadi pendorong dan sumber inspirasi kepada muridmurid lain.
10

11

Anda mungkin juga menyukai