Anda di halaman 1dari 29

BIMBINGAN DAN KAUNSELING1

1.0

PENGENALAN

Menurut Suradi Salim (1996), bimbingan dan kaunseling adalah satu proses dimana
seorang kaunselor akan berinteraksi dengan individu untuk membantu individu
memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan
kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada sepenuhnya. Definisi di atas telah
menunjukkan aktiviti yang dijalankan sepanjang proses bimbingan dan kaunseling
adalah interaksi diantara klien dengan kaunselor ataupun dengan perkataan lain
komunikasi. Maka kesimpulan yang dapat dibuat adalah keberkesanan sesuatu
proses bimbingan dan kaunseling adalah bergantung kepada sejauh manakah
keberkesanan komunikasi yang berlaku di antara klien dengan kaunselor di
sepanjang proses.
Demi memastikan proses bimbingan dan kaunseling berjalan dengan lancar
iaitu berlakunya komunikasi yang berkesan maka kaunselor perlu mempunyai
kemahiran asas komunikasi dan kemahiran memberi tumpuan untuk memastikan
komunikasi yang berlaku di antara mereka adalah komunikasi yang berkesan.
Keadaan ini adalah penting untuk mendapat kepercayaan klien terhadap kaunselor
bahawa kaunselor memberi penumpuan dan ingin menolongnya. Menurut Dr. Zainal
Abidin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2006) kaunselor
perlu mempraktikkan kemahiran asas komunikasi mendengar iaitu menerima mesej
klien dengan teliti dan memberi respon yang tepat kepada mesej yang di sampaikan.
Keadaan ini akan memberi klien rasa kaunselor mengambil berat terhadapnya.
Sebagai contoh, klien lebih suka kaunselor yang lebih mendengar daripada bertanya
masalah yang dihadapi olehnya.
kaunselor

yang

banyak

Keadaan ini berlaku kerana mereka merasa

bertanya

seolah-olah

sedang

menyiasat

dan

mempersoalkan kelemahan mereka tanpa memberi mereka peluang untuk membela

BIMBINGAN DAN KAUNSELING2

diri mereka. Ini secara langsung akan menyebabkan klien berasa tertekan dan tidak
mahu bekerjasama untuk menjayakan sesi bimbingan dan kaunseling yang
dijalankan.
Selain itu, klien juga akan berasa dirinya dihargai dan memberinya harapan
untuk

berubah

dengan

mula

mempercayai

kaunselor

jika

kaunselornya

mempamerkan kemahiran memberi tumpuan kepadanya. Menurut Dr. Zainal Abidin


Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2006) salah satu
kemahiran memberi tumpuan yang perlu ada pada kaunselor adalah condong ke
hadapan sedikit. Apabila kaunselor menunjukkan dia memberi tumpuan kepada klien
dengan menghadap individu dengan condong ke hadapan sedikit, klien akan berasa
apa yang diluahkan diterima secara positif oleh kaunselor dan mereka berasa
kaunselor ingin mendengar dan membantu mereka secara ikhlas.

Klien juga

percaya yang kaunselor memahami masalahnya dan memberi rasa selamat dan
tidak tertekan semasa menjalani sesi bimbingan dan kaunseling.
Menurut Sabariah Siron (2003), kaunselor perlulah mempunyai kemahirankemahiran komunikasi untuk mendapatkan kepercayaan klien supaya proses
bimbingan dan kaunseling dapat berlaku dengan lancar. Ini telah membuktikan
bahawa seorang kaunselor

perlu mempunyai kemahiran asas komunikasi dan

kemahiran memberi tumpuan supaya sesi bimbingan dan kaunseling dapat berjalan
dengan lancar.
Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu
menguasai serta mengaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling /
membantu. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika
berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan
psikologi.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING3

Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina


perhubungan,

kemahiran

menggalakkan

klien

bercakap,

kemahiran

membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa,


kemahiran

mendengar, kemahiran

memimpin

secara

langsung, kemahiran

berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat


refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi,
kemahiran meneroka,kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar, kemahiran
berempati,kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan
teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi maklumat, kemahiran merumus,
kemahiran meninjau klien, kemahiran konfrontasi dan kemahiran menyemak
persepsi.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING4

2.0

KONSEP

KEMAHIRAN

ASAS

BIMBINGAN

DAN

KAUNSELING

Menurut Ee Ah Meng et. al (2011) mengatakan bahawa kaunselor-kaunselor


di sekolah memerlukan kemahiran-kemahiran asas dalam menjalankan sesi
bimbingan dan kaunseling. Kemahiran-kemahiran ini penting bagi memudahkan
kaunselor mendapat gambaran bagi memulakan kaunseling pada peringkat awal
setiap senario yang bakal berlaku dalam proses kaunseling. Menurut Zainal Abidin &
Wan Abdul Kader (2008) menyatakan sebelum memulakan kaunseling, kaunselor
hendaklah membuat persediaan awal tentang prosedur menyediakan tempat yang
sesuai, prosedur pengambilan klien (pelajar yang bermasalah) dan memberi jaminan
serta keyakinan kepada klien bahawa apa yang dipercakapan dalam sesi kaunseling
nanti akan dirahsiakan. Seterusnya, akan dinyatakan kemahiran-kemahiran yang
spesifik

yang

menjadi

asas

dalam

semua

pendekatan

kaunseling

untuk

menghasilkan kesan teraputik. Tiap-tiap kemahiran ini akan didefinisikan, diberi


penerangan bagaimana dan bila hendak membuat bagaimana dan bila hendak
digunakan dan membuat penaksiran sejauh mana impaknya terhadap klien.
Selain itu, dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah cuba
menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab pertemuan
dengan jelas. sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan
yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan
berasa terancam dan menjadi defensif.

Membina Hubungan
Pertamanya adalah hubungan sihat antara kaunselor dan murid. Hubungan diantara
guru bimbingan dan kaunseling dengan murid lemah perlulah baik, sihat dan positif.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING5

Untuk membina hubungan sihat antara guru bimbingan dan kaunseling , kita perlu
ekspresi keindividuan yang baik serta mempromosikan pertumbuhan kendiri yang
baik kepada murid kita. Selain itu, kita juga perlu berasa empati terhadap murid
lemah tersebut. Apabila murid berprestasi lemah menceritakan masalah yang
dihadapi dalam pembelajarannya kepada guru bimbingan dan kaunseling, kita perlu
memikirkan kaedah penyelesaian masalah dalam kedudukan murid tersebut.
Sebelum guru bimbingan dan kaunseling memberikan cara penyelesaian sesuatu
masalah untukmurid berprestasi rendah, beliau perlu lebih memahami implikasi
masalah yang akan dihadapi oleh murid tersebut samaada masalah tersebut
diselesaikan dengan segera atau mengambil jangka masa yang lama. Contohya, jika
keluarga murid tersebut kekurangan wang, bagaimanakah ibubapa hantar anak, kita
perlu memikirkan cara penyelesaian yang sesuai. Ia mungkin mengambil masa yang
lama untuk menyelesaikannya. Jika murid-murid datang ke sekolah dengan lambat,
kita tidak perlu marah mereka, malahan kita perlu bersifat empati dan menanyakan
masalah murid tersebut.
Justeru, semasa guru bimbingan dan kaunseling berbincang tentang
masalahpembelajaran dengan murid berprestasi rendah, guru tersebut mestilah
ikhlas bagimembantu murid berprestasi lemah untuk meningkatkan prestasi murid
tersebut.Seterusnya, guru bimbingan dan kaunseling perlu bersifat terbuka semasa
berbicang dengan murid berprestasi rendah. Apabila guru bimbingan dan kaunseling
bersikap terbuka , klien(murid) akan cuba menceritakan masalah pembelajaran
tanpa rasa segan atau malu. Jika murid tersebut menceritakan masalah yang
dihadapinya dalam pembelajaran, ia memudahkan guru bimbingan dan kaunseling
mencari jalan penyelesaian yang sesuai dengan masalah tersebut. Ada segelintir
ibubapa tidak pedulikan pencapaian akademik anak-anak mereka. Sebagai

BIMBINGAN DAN KAUNSELING6

contonya, seorang bapayang minum-minuman beralkohol mendera anak mereka


sehingga ketenteramananak-anak mereka terjejas. Oleh itu, jika kita bersifat
terbuka,kita dapat mengambil keputusan atau mencari penyelesaian masalah yang
dihadapi oleh murid lemah.
Kaunselor perlu empati terhadap memahami dan memikirkan perspektif
klien.Bersifat terbuka supaya murid juga akan bersifat terbuka dan ini bantu
membina hubungan yang positif dengan murid. Kaunselor juga mesti mendedahkan
pandangan murid sendiri dan berkongsi perasaan.Sifat terbuka juga dapat menjalin
hubungan yang saling percaya. Murid rasa lebih selesa jika rasa saling percaya
terhadap kaunselor. Kaunselor juga harus tunjuk rasa hormat dan terima seperti
yang sedia ada Ini merupakan cari yang yang penting dalam membina hubungan
dengna klien. Murid bermasalah akan rasa selamat sekiranya dapat membina
hubungan dan penerimaan yang sihat.
Kaunselor perlu memberi perhatian dan mendengar daripada klien dan
memahami kenapa beliau datang kepada kaunselor, menilai klien dan melihat
sesuatu yang relevan dengan personaliti klien.Memerhati tindakan dan membawa
sesi kaunseling ke tahap seterusnya.

Memberi Perhatian
Kaunselor mesti berikan perhatian yang secukupnya kepada muri-murid semasa
kaunseling. Mereka boleh buat ini dengan menyemai kebolehan murid-murid dan
melihat sesuatu masalah persektif murid. Satu lagi cara kaunselor boleh beri
perhatian kepada klien mereka ialah dengan menunjukkan minat secara peramah
kepada semua klien. Sifat peramah ialah kebolehan untuk menunjukkan kemesraan
dan perhatian serta menunjukan perasaan autentik untuk kebaikan orang lain.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING7

Seorang kaunselor yang peramah akan selalu menunjukkan senyuman yang mesra
kepada klien-klien. Perasaan peramah boleh dipupuk dengan mendengar secara
aktif dan prihatin kepada masalah dan perasaan klien-klien. Kaunselor boleh
mencapai ini dengan berkomunikasi semua respom klien dengan empati, berkongsi
perasaan dan pengalaman klien dengan sesuai dan menilai perasaan dan pendapat
orang lain. Dalam aspek memberi perhatian, seorang kaunselor juga perlu
menunjukkan beberpara ciri-ciri penting. Antaranya ialah selalu jelas dan spesifik,
mengambil masa untuk membuat refleksi tentang masalah klien, berfokus kepada
tindakan, perasaan dan sikap klien serta rela untuk bertolak ansur untuk mencari
jalan penyelesaian yang paling memuaskan antara kaunselor dan klien.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING8

3.0

JENIS-JENIS KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad
(2006) kemahiran asas komunikasi yang mesti berlaku dalam proses kaunseling ada
tujuh dan boleh di latih. Kemahiran asas kaunseling yang tersebut adalah soalan
terbuka,

senyap,

mendengar,

penyataan

semula,

merefleksikan

perasaan,

meringkaskan isi perbincangan dan meringkaskan perasaan.

a. Soalan Terbuka
Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan
Ahmad (2006) soalan terbuka digunakan oleh kaunselor untuk mendapatkan
maklumat lanjut daripada klien dimana klien bebas memberi jawapan yang tidak
terkongkong kepada pendapat atau pandangan kaunselor. Keadaan ini memberi
klien peluang untuk bercakap lebih mendalam dengan caranya sendiri tanpa
memberi jawapan yang bersifat objektif tetapi subjektif dimana klien bebas
meneroka masalahnya. Menurut Amir Awang (1988), dalam soalan-soalan yang
bercorak terbuka akan memerlukan klien menjawapan berdasarkan pandangannya
mengenai sesuatu perkara secara menyeluruh. Ini akan menggalakkan klien
bercakap lebih supaya kaunselor boleh menilai personaliti klien berdasarkan cara
dia menjawab soalan terbuka. Terdapat pelbagai situasi dimana kaunselor boleh
menggunakan soalan terbuka dan salah satu daripadanya adalah semasa kaunselor
inginkan klien memberi penerangan yang lebih terperinci tentang sesuatu perkara.
Kaunselor akan bertanya,
Boleh anda menggambarkan perasaan anda pada masa itu?
Soalan ini akan meminta klien untuk memberi penerangan yang lebih terperinci
mengenai perasaannya dan pada masa yang sama tidak terkongkong jawapannya

BIMBINGAN DAN KAUNSELING9

untuk soalan tersebut. Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan
Abdul Kader Wan Ahmad (2006) penyoalan soalan terbuka oleh kaunselor perlu
dikawal penggunaannya kerana klien mungkin akan merasakan kaunselor sedang
menjalankan penyiasatan atau interogasi yang membosankan jika kaunselor asyik
bertanya soalan.

b. Senyap
Menuru Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan
Ahmad (2006), senyap bermaksud kaunselor tidak memberi apa-apa komen atau
soalan sebagai sesuatu kenyataan daripada klien dengan cara mendiamkan diri
serta membiarkan klien terus bercakap. Keadaan senyap ini perlu atas dua sebab
utama ,iaitu
1. Menyedarkan klien akan tanggungjawab bercakap dalam sesi kaunseling
sebenarnya adalah terletak pada klien dan bukannya kaunselor. Ini bermaksud
kaunselor tidak seharusnya memonopoli sesi bimbingan dan kaunseling dengan
asyik bercakap, memberi soalan dan pendapat ,tetapi memberi klien masa untuk
bercakap

dan

menjawab

dengan

senyap

seketika

untuk menyedarkan

tanggungjawab klien itu sendiri dalam sesi tersebut terletak pada klien itu sendiri.
Sebagai contoh, semasa sesi bimbingan dan kaunseling di jalankan, kaunselor
akan senyap dan membenarkan klien terus bercakap supaya klien berasa dirinya
adalah watak utama dalam sesi tersebut dan bukannya kaunselor.
2. Memberi klien masa untuk memeriksa, mengimbas kembali dan membuat
kesimpulan tentang implikasi perbincangan dalam sesi kaunseling tanpa berasa
tertekan menjawab soalan kaunselor mengenai fikiran dan perasaannya.
Menurut Muhd. Mansur Abdullah (2000), keadaan ini penting supaya klien tidak

BIMBINGAN DAN KAUNSELING10

terasa tertekan semasa berkomunikasi dengan kaunselor kerana kaunselor


memperuntukkan masa kepada klien untuk berfikir apa yang hendak diluahkan
tanpa di himpit dengan soal masa. Ini memberi ruang kepada klien untuk
merehatkan otaknya dengan tidak terburu-buru memikirkan jawapan dalam masa
yang singkat kerana ini mungkin akan merumitkan masalah klien dengan
menganggap kaunselor sedang memaksa klien untuk menjawab soalan tanpa
memperuntukkan masa untuk klien berfikir. Sebagai contoh, semasa klien tidak
dapat menjawab soalan yang di kemukakan oleh kaunselor, kaunselor perlu
memberi klien masa untuk berfikir untuk menjawab dan bukannya memberi
pendapat kaunselor terhadap soalan yang dikemukakan ke atas klien kerana ini
akan memberi tekanan keatas klien untuk menjawab soalan.
Kaunselor akan banyak mendapat faedah dengan membiarkan klien senyap
seketika kerana ini menandakan kaunselor mengambil berat tentang kliennya
dengan memberi klien masa untuk berfikir sebelum bercakap tanpa memberi apaapa tekanan kepada klien untuk memberi respon.

c. Mendengar
Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan
Ahmad (2006), mendengar dalam konteks kaunseling adalah menerima mesej
dengan teliti dan memberi respon yang tepat kepada mesej yang disampaikan.
Seorang kaunselor perlu mempunyai kemahiran mendengar supaya dia dapat
menganalisis apa yang diluahkan oleh klien dengan memberi maklum balas yang
tepat dan bersesuaian kepada klien. Ini adalah penting supaya klien berasa
kaunselor memberi komitmen yang sepenuhnya dengan mendengar secara aktif dan
merasakan diri mereka dibela kerana kaunselor benar-benar cuba memahami alam

BIMBINGAN DAN KAUNSELING11

fikirannya dengan memberi respon yang tepat yang diharapkan. Contohnya, klien
biasanya mengharapkan kaunselor memberi tumpuan kepada mereka untuk
mendengar masalah

yang

diluahkan

supaya

mereka

dapat respon

yang

dikehendaki. Menurut Arthur P. Lloyd dan Aminah Hj. Hashim (1987), seorang
kaunselor perlu mendengar dengan teliti supaya dapat mentafsir makna tersembunyi
klien. Biasanya klien sukar untuk menjelaskan masalah mereka yang sebenar maka
kaunselor perlu mendengar rintihan klien dengan teliti supaya dapat menganalisis
dan mentafsir apa sebenarnya masalah klien yang tersembunyi. Contohnya, klien
selalunya tidak tahu masalah utama yang dihadapi dan mengemukakan pelbagai
masalah dan di sini kaunselor perlu mendengar dengan teliti dan menganalisis
masalah utama yang sebenarnya dialami oleh klien dan memberitahu klien masalah
utamanya.

d. Penyataan Semula
Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan
Ahmad (2006), penyataan semula adalah kebolehan kaunselor menyatakan semula
intipati mesej yang disampaikan oleh klien dengan memparafrasa maklumat klien
dengan

menggunakan

perkataan

kaunselor

sendiri.

Terdapat

tiga

tujuan

memparafrasa ucapan klien ,iaitu memberitahu klien bahawa kaunselor cuba


memahaminya, meringkaskan dan menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh klien
dan menyemak semula sama ada maklumat yang diterima oleh kaunselor adalah
maklumat yang dimaksudkan oleh klien. Keadaan ini adalah penting supaya
kaunselor dapat mengenal pasti segala maklumat yang diterima olehnya adalah
maklumat yang betul dan bukannya dari segi pandangannya sendiri dengan
meringkaskan isi pendapat klien dan mendapat pengesahan daripada klien. Pada

BIMBINGAN DAN KAUNSELING12

masa yang sama klien akan berasa kaunselor faham akan apa-apa yang diluahkan
olehnya di sepanjang sesi. Contoh situasi kaunselor membuat penyataan semula,
Klien :

Saya selalu berasa mengantuk semasa mata pelajaran sejarah


bermula, kadang-kadang saya berasa ingin keluar dari kelas sejarah.
(perasaan)

Kaunselor : Anda tidak berminat untuk belajar mata pelajaran sejarah dalam
kelas. (maksud)
Kaunselor akan memberi respon tentang perkara yang ingin disampaikan oleh klien
dengan menparafrasa maklumat yang diterima dengan meringkaskannya dengan
perkataan lain seperti diatas. Keadaan ini akan menggalakkan klien untuk bercakap
lebih kerana mereka tahu yang kaunselor faham apa yang dijelaskan oleh mereka.
Pada masa yang sama kaunselor perlu ingat bahawa memparafrasa tidak membawa
kepada penerokaan masalah dengan mendalam. Oleh itu dapat dirumuskan bahawa
membuat

penyataan

semula

adalah

kaunselor

menberi

terangan

dengan

menggunakan perkataan sendiri untuk menyemak sama ada yang dipersepsikan


oleh kaunselor adalah berketepatan dengan apa yang dimaksudkan oleh klien.

e. Merefleksi Perasaan
Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan
Ahmad (2006), merefleksikan perasaan adalah mencadangkan satu perasaan yang
dialami oleh klien bila membuat sesuatu kenyataan untuk menyemak ketepatan
perasaan yang dialami ketika itu. Ini adalah perlu untuk mengenal pasti perasaan
klien pada masa itu dan mendapat kepastian daripada klien akan jangkaan perasaan
klien oleh kaunselor adalah betul. Pada masa yang sama klien dapat merasakan
bahawa kaunselor memahami perasaan mereka pada ketika itu dan menggalakkan

BIMBINGAN DAN KAUNSELING13

klien untuk meneruskan sesi dengan menaruh kepercayaan kepada kaunselor untuk
menceritakan dengan lebih mendalam lagi. Contoh situasi kaunselor merefleksi
perasaan,
Klien : Bila saya mendapat tahu pemohonan biasiswa saya telah diluluskan, saya
berasa lega sebab saya dapat sekurang-kurangnya meringankan beban ibu
bapa saya dalam menanggung perbelanjaan pendidikan saya.
Kaunselor : Anda berasa gembira dan puas hati kerana dapat menolong keluarga
anda dalam mengurangkan masalah kewangan keluarga.
Menurut Arthur P. Lloyd dan Aminah Hj. Hashim (1987), merefleksikan
perasaan klien dalam sesi bimbingan dan kaunseling dapat mengelakkan kaunselor
tersilap membuat kenyataan mengenai perasaan klien pada masa itu. Keadaan ini
terbukti kerana klien dapat membetulkan persepsi kaunselor jika kaunselor silap
membuat kenyataan mengenai perasaan mereka pada masa itu.

f. Meringkaskan Isi Perbincangan


Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan
Ahmad (2006), kemahiram meringkaskan isi perbincangan adalah merujuk kepada
kebolehan

kaunselor

meringkaskan

perkara-perkara

penting

yang

telah

dibincangkan bersama klien dalam sesi bimbingan dan kaunseling untuk menyemak
semula apa-apa yang telah di bincangkan untuk mendapat persetujuan daripada
kedua-dua pihak. Kaunselor meringkaskan isi perbincangan berdasarkan beberapa
keterangan klien dalam satu sesi perjumpaan atau berdasarkan beberapa sesi yang
lepas dengan tujuan untuk membuat semakan dan memberi keyakinan kepada klien
bahawa kaunselor memberi sepenuhnya perhatian disepanjang sesi bimbingan dan
kaunseling. Terdapat pelbagai contoh situasi dimana kaunselor akan meringkaskan

BIMBINGAN DAN KAUNSELING14

isi perbincangan dan salah satu daripadanya adalah apabila klien merasakan dia
telah meluahkan semua masalahnya seperti:
Klien : Saya rasa itu sahaja masalah yang dihadapi oleh saya untuk bergaul dengan
mereka.

(penyataan)

Kaunselor : Jadi masalah yang dihadapi oleh anda selama ini adalah sukar
bergaul dengan rakan-rakan kelas kerana anda tidak yakin dapat
bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan fasih dan takut diketawakan
oleh mereka.

(meringkaskan isi perbincangan)

Klien : Ya, itulah masalah yang dihadapi oleh saya semasa bergaul dengan
mereka.

(semakan)

Kesimpulannya, meringkaskan isi perbincangan adalah bertujuan memberi peluang


kepada kaunselor untuk membuat semakan dan memberi keyakinan kepada klien
bahawa kaunselor memberi sepenuhnya tumpuan mengenai apa yang disampaikan
oleh klien.

g. Meringkaskan Perasaan
Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan
Ahmad (2006), meringkaskan perasaan klien mengenai isu-isu penting dan masalah
yang dihadapi dapat membantu kaunselor memberi respon yang betul dan empatik.
Ini telah menunjukkan kemahiran meringkaskan perasaan amat penting dan perlu
ada dalam kaunselor untuk mengetahui perasaan klien supaya dapat menggunakan
pendekatan yang paling berkesan dan sesuai untuk menjayakan sesi bimbingan dan
kaunseling.

Kaunselor

akan

menganalisis

sesi-sesi

kaunseling

dan

cuba

meringkaskan perasaan klien dan cuba mendapat kepastian daripada klien dengan
bertanya sama ada inilah perasaan klien dalam situasi-situasi tersebut. Tetapi

BIMBINGAN DAN KAUNSELING15

terdapat masalah dalam meringkaskan perasaan klien kerana menurut Arthur P.


Lloyd dan Aminah Hj. Hashim (1987) ada klien yang tidak mengaku akan perasaan
mereka dan adalah sukar untuk mempersepsikan perasaan yang ditunjukkan oleh
klien kerana perasaan manusia sukar dikaji. Maka kaunselor perlu menggunakan
kebijaksanaannya supaya pendapatnya tidak bertembung dengan klien. Tujuan
meringkaskan perasaan klien adalah mengenal pasti serta memberi respon kepada
perasaan yang diucapkan oleh klien ataupun yang dipersepsikan oleh kaunselor.
Contohnya semasa klien menyatakan pelbagai perasaan yang dialaminya kaunselor
akan cuba meringkaskan perasaan klien dengan membuat kesimpulan kenyataan
akan perasaan klien seperti :
Klien : Saya akan berasa pening dan mahu menjerit apabila melihat adik saya
mengusik benda saya. Saya seakan-akan mahu menghalau dia keluar
semasa melihat dia menggunakan benda saya tanpa kebenaran saya
(penyataan)
Kaunselor : Anda berasa marah pada adik anda kerana dia menggunakan benda
anda tanpa kebenaran. (meringkaskan perasaan)
Klien : Ya, saya rasa sungguh marah apabila dia menggunakan benda saya tanpa
meminta kebenaran daripada saya. (semakan)
Akhir sekali menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader
Wan Ahmad (2006), melalui kemahiran meringkaskan perasan, kaunselor dapat
menunjukkan kepada klien bahawa kaunselor betul-betul mendengar masalahnya
dan berada disampingnya untuk menolong.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING16

4.0

KEPENTINGAN MENGUASAI KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING DALAM

MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES BIMBINGAN DAN KAUNSELING.


Kecekapan memahami kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan kaunseling
sangat berguna bagi seorang guru. Hal ini penting apabila seseorang guru
berhadapan dengan murid yang berada di dalam ketidakseimbangan emosi dan
psikologi. Guru-guru yang hendak memberikan khidmat bimbingan/kaunseling yang
baik perlu menguasai dan mampu mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas
kaunseling dengan baik terhadap murid/ klien mereka. Keberkesanan penggunaan
kemahiran asas dalam bimbingan dan kaunseling dapat membantu seseorang guru
menjadikan pembelajaran lebih efektif serta sesuai dengan permasalahan murid.
Terdapat beberapa kemahiran asas yang sangat penting dan sering dialami
dalam kehidupan seharian guru-guru apabila berhadapan dengan pelbagai situasi
pembelajaran dalam bilik darjah. Kepentingan kemahiran-kemahiran ini adalah
penting bagi para guru untuk menjadikan pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar dan lebih efektif. Antara kemahiran-kemahiran asas tersebut ialah kemahiran
mendengar, kemahiran membina hubungan, kemahiran berempati, kemahiran
menyoal dan kemahiran berkomunikasi.
Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekodrekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga
harus menyemak diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam
menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor
juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa
banyak gangguan.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING17

Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah


cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab
pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin
dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Jika
tidak klien akan berasa terancam dan menjadi defensif.

2.1

Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dan penting

dalam sesi kaunseling. Setiap orang yang ingin berkongsi masalahnya akan berasa
lega jika terdapat seseorang yang sudi mendengar masalahnya untuk diceritakan.
Justeru itu, seorang guru yang baik mampu mendengar setiap masalah murid yang
ingin diceritakan. Murid akan berasa selesa untuk meluahkan setiap masalah
mereka kepada guru dengan syarat guru tersebut dalam keadaan bersedia untuk
mendengar keluhan mereka. Selain daripada tutur kata, gerak geri murid semasa
bercakap juga perlu patut dilihat dan didengar sama. Guru haruslah member
tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan
murid tersebut.
Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran
yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di
dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui
tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Justeru itu,
proses mendengar harus melibatkan seluruh deria yang terdapat pada seseorang
guru yang ingin mendapatkan intipati permasalahan muridnya.
Seorang guru haruslah berusaha untuk meningkatkan keberkesanan dalam
sesi kaunseling mereka, Ini juga dapat membantu guru membentuk hubungan yang

BIMBINGAN DAN KAUNSELING18

lebih selesa bersama murid mereka. Setiap guru mesti memahami tujuan murid/klien
mereka berada di situ. Sebaiknya setiap guru haruslah mengkaji terlebih dahulu
serba sedikit latar belakang murid tersebut. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat
yang terperinci, guru perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi
juga kepada nada dan cara yang diperkatakan oleh murid tersebut. Seperti sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru haruslah bertahan dengan
ganngguan-gangguan yang datang dari persekitaran seperti bunyi bising atau
gangguan dari dalam hati sendiri seperti bisik-bisik hati sendiri.
Pada pandangan saya, keberkesanan kemahiran mendengar dalam sesi
kaunseling boleh berlaku sekiranya seseorang guru tidak terlalu mendesak
muridnya, menjadikan murid tersebut dapat bercerita dalam keadaan santai dan
tidak tertekan dengan soalan-soalan yang mengganggu penceritaan murid tersebut.
Menurut Jones (2004), terdapat 10 kemahiran mendengar secara aktif dan di
antaranya ialah menunjukkan kefahaman konteks perbualan. Guru seharusnya
menunjukkan rasa minat untuk mendengar permasalahan murid. Berikan reaksi
wajah yang sesuai bermaksud guru tersebut masih dalam sesi perbualan dan
memahami segala yang diceritakan oleh murid.

2.2

Kemahiran membina hubungan


Dalam sesi kaunseling, kemahiran membina hubungan adalah satu

kemahiran yang dapat menjalinkan sifat hormat-menghormati di antara guru dan


murid. Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal
dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra,
saling mempercayai dan rasa selamat antara guru dan murid supaya murid sedia
berbincang dengan guru tersebut. Tahap ini termasuklah memberi perangsang

BIMBINGAN DAN KAUNSELING19

kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang
positif terhadap sesi perbincangan.
Pakar-pakar kaunseling telah merumuskan perkara utama dalam pendekatan
kaunseling yang dicadangkan oleh Carl Rogers ialah memberikan penekanan
terhadap tanggungjawab klien untuk mendapatkan kesedaran dirinya serta bergerak
ke arah satu keadaan yang dapat menguntungkan dirinya dalam keadaan yang
sebenarnya. Dalam sesi kaunseling, seseorang kaunselor haruslah menekankan
aspek untuk menggalakkan klien tersebut memahami persepsi tentang dirinya
dengan kenyataan yang ingin dikongsikan. Prinsip dalam pendekatan ini adalah
penumpuan kaunselor pada hubungan terkini dan pengalaman yang dicapai dalam
perhubungan dengan klien.
Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi
realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan
bukan lisannya. Justeru itu, sebagai seorang guru, kemahiran ini boleh diaplikasikan
terlebih awal lagi terutama dalam sesi memperkenalkan diri sebelum memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran pada awal semester.
Namun

begitu,

kaunselor

mahupun

guru

perlu

berhati-hati

semasa

menggunakan kemahiran ini kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia
menghadapi konfrontasi, klien itu akan merasakan bahawa dirinya terancam. Ini
adalah kerana klien tersebut tidak faham bahawa konfrontasi yang dibuat
sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang, tetapi bertujuan untuk
menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan kenyataan yang diberikannya.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam kemahiran
membina hubungan antaranya ialah membina suasana alam sekeliling, suasana
terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka guru, kontak

BIMBINGAN DAN KAUNSELING20

mata antara guru dan murid, cara duduk dalam sesi kaunseling, pergerakan tangan
dan kaki, senyuman, nada suara guru haruslah bersesuaian dengan keadaaan serta
menggalakkan klien bercakap
Pada pendapat saya, setiap tingkah-laku guru memberikan maksud-maksud
yang tersendiri. Murid-murid yang berhadapan dengan guru dapat membaca seolaholah guru tersebut telah bersedia dengan perbincangan atau belum. Guru haruslah
sentiasa kelihatan yakin di hadapan murid walau dalam apa jua situasi. Ini adalah
kerana murid sentiasa meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap gurunya
berbanding ibu bapanya sendiri. Namun begitu, guru juga harus berhati-hati ketika
memberi senyuman. Senyuman yang diberikan haruslah sesuai dengan situasi
kerana murid akan tersilap memberi interpretasi sekiranya guru silap memberi
senyuman.

2.3

Kemahiran berempati
Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang

(Kamus Dewan ) . Dengan adanya kemahiran berempati ini, kaunselor dikatakan


berkeupayaan untuk memahami emosi dan dapat merasai apa jua yang dirasai oleh
klien tersebut. Dengan ini, klien akan merasakan bahawa kaunselor itu memang
seorang pendengar yang baik, memahami keadaannya serta mengambil berat
tentang dirinya kerana kaunselor berupaya untuk memahami situasi sebenar yang
dialaminya.
Menurut

Jones

(1996),

perasaan

empati

membolehkan

seseorang

memposisikan diri pada kedudukan orang lain dengan melihat sesuatu peristiwa,
benda dan situasi daripada dimensi mereka. Pentingnya kemahiran berempati bagi
seseorang guru adalah untuk memahami jiwa murid tersebut dengan lebih

BIMBINGAN DAN KAUNSELING21

mendalam. Murid hanya akan bercerita kepada sesiapa yang dipercayainya dan
berasa selesa apabila berinteraksi dengannya. Justeru itu, seorang guru haruslah
memahami emosi murid dengan meletakkan dirinya di tempat murid tersebut. Guru
tidak seharusnya cepat menghukum jika murid melakukan sesuatu kesalahan
namun mereka haruslah mendengar keluhan murid kerana murid berhak diberi
peluang untuk meluahkan pendapat atau masalah mereka.
Kepentingan berempati dalam sesi kaunseling dapat memberikan kesan yang
positif terhadap sesi kaunseling tersebut antaranya ialah dapat membina hubungan
yang baik dengan kilen. Jika seseorang murid merasakan bahawa kaunselor
mahupun guru tersebut dapat memahami dirinya, dia akan meluahkan segala
permasalahan yang dihadapinya dengan murdah tanpa paksaan. Selain itu,
kemahiran berempati juga dapat melancarkan proses komunikasi antara guru
dengan murid. Proses ini juga dapat meningkatkan tumpuan kepada isu perbualan.
Empati dapat memberikan tumpuan kepada isu penting yang ditimbulkan oleh klien
justeru dapat membantu klien dan pembimbing memahami pengalaman, tingkah
laku dan emosi klien.

2.4

Kemahiran menyoal
Kemahiran menyoal digunakan dalam sesi kaunseling untuk mendapatkan

maklumat dengan mudah daripada klien. Ini adalah kerana sesetengah klien tidak
menceritakan dengan jelas maklumat yang hendak disampaikan. Justeru itu, cara
yang lebih baik adalah dengan bertanyakan soalan secara lansung mahupun tidak
lansung kepada klien tersebut untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut
lagi.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING22

Soalan-soalan

yang

dikemukakan

haruslah

berkaitan

dengan

usaha

menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan


yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik
perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya
tergugat. Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat,
mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Di
dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu
soalan tertutup dan soalan terbuka.
Soalan tertutup adalah soalan yang menghadkan kepada beberapa perkataan
sahaja. Jawapan yang diberikan pula tidak spesifik dan hanya memberi maklumat
yang khusus sahaja. Sebagai contohnya, guru bertanya kepada murid tersebut
Adakah kamu tidak menyiapkan kerja sekolah?
Tujuan mengadakan soalan tertutup kepada klien adalah untuk mendapatkan
kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat yang khusus. Selain itu,
soalan tertutup juga dapat memberhentikan klien daripada terlalu banyak bercakap
serta memberi arah tertentu di dalam perbincangan. Soalan tertutup adalah soalan
yang khas yang cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan
padat. Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua
perkataan sahaja, seperti ya atau tidak.
Tujuan memberikan soalan tertutup juga adalah supaya sesi kaunseling tidak
terkeluar daripada topik perbincangan dan mengurangkan klien daripada bercakap
perkara yang tidak diperlukan.
Soalan terbuka pula merupakan soalan yang memerlukan perbincangan,
mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci dan menggalakan klien supaya
bercerita dengan lanjut tentang perkara yang dibincangkan. Namun begitu, ia tidak

BIMBINGAN DAN KAUNSELING23

memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka ini dapat menimbulkan rasa
selesa pada diri klien dan rasa diterima. Matlamat bertanyakan soalan terbuka
adalah untuk menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang
sedang dirundingkan sahaja.
Soalan terbuka seterusnya memberi peluang kepada klien memberikan
penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya sendiri tanpa dinilai
terlebih dahulu. Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti bagaimanakah
kejadian itu boleh berlaku? Atau sejauh manakah kejadian itu mengganggu hidup
anda? Soalan terbuka akan memberi peluang kepada klien untuk menerokai dan
membincangkan segala yang dialami dan dirasainya. Ia turut menggalakkan klien
untuk bercakap dengan lebih banyak ataupun memberikan penjelasan yang lebih
jelas. Lazimnya, soalan terbuka menggunakan kata soal seperti siapa, apa, di
mana dan bagaimana.
Pada pendapat saya, kedua-dua jenis soalan ini adalah penting dalam sesi
kaunseling. Bagi seorang guru yang hendak melakukan bimbingan pula, mereka
harus menggunakan soalan yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan murid.
Terdapat segilintir murid yang tidak mahu bercerita dengan lebih terperinci haruslah
dimulakan dengan soalan-soalan tertutup terlebih dahulu. Soalan-soalan tertutup
juga dapat menimbulkan perasaan tidak puas bagi murid kerana mereka mungkin
menganggap bahawa boleh berlaku antara jawapan yang diberikan mengikut
kefahaman guru. Justeru itu, ini boleh menggalakan murid-murid bercerita dengan
lebih panjang dan membolehkan guru-guru mengajukan soalan terbuka untuk
menggalakkan murid bercerita dengan terperinci.
Guru juga berwaspada dengan soalan yang hendak diajukan, ini boleh
mengganggu proses kaunseling sekali gus mengganggu emosi murid-murid untuk

BIMBINGAN DAN KAUNSELING24

terus bercerita dengan baik. Oleh itu, soalan yang hendak ditanya haruslah sesuai
dengan keadaan dan menggunakan nada yang bersesuaian.

2.5

Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang sangat penting

bagi seorang kaunselor. Kaunselor perlu mengelakkan daripada menggunakan


perkataan-perkataan yang sukar difahami oleh klien. Kaunselor harus menggunakan
ayat-ayat yang biasa dan bukannya dari buku-buku akademik. Ini adalah kerana
bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang
begitu luas.
Dengan itu, kaunselor perlu cuba untuk menggunakan perkataan yang mudah
supaya klien tidak berasa rendah diri bila berdepan dengan kaunselor. Di samping
itu, elakkan juga penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit. Ini bertujuan
untuk mengelakkan klien daripada menjadi keliru dan tidak faham apa yang telah
dikatakan oleh kaunselor.
Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak mata dan
postur badan kaunselor. Kaunselor boleh menggangguk kepalanya, membesarkan
matanya bagi menunjukkan minat, memberikan postur duduk yang mencodong ke
hadapan sedikit dan lain-lain lagi gerak balas.
Bagi seorang guru, kemahiran berkomunikasi haruslah dikuasai untuk
mencapai kesepakatan dalam sesuatu perbincangan. Guru dan murid tidak dapat
dipisahkan daripada komunikasi yang berkesan tidak kira dalam bilik darjah
mahupun di luar bilik darjah. Murid lebih selesa untuk berdamping dan bercerita
dengan gurunya sekiranya mereka telah mempunyai hubungan yang erat dan

BIMBINGAN DAN KAUNSELING25

mesra. Oleh itu, seseorang guru haruslah memastikan komunikasi yang baik
dijalinkan terlebih dahulu dengan murid-murid agar dapat memudahkan proses
interaksi berlaku sekiranya murid memerlukan bimbingan daripada guru tersebut.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING26

4.0

KESIMPULAN
Kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi tentang
masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya
menerusi bimbingan dan nasihat.

(Kamus Dewan, 1998)


Kaunseling

merupakan

satu

proses

pembelajaran

kearah

mencapai

kesempurnaan kendiri. Bagi mencapai tujuan itu kaunselor perlu menggunakan


beberapa teori atau kaedah yang bersesuaian dengan klien. Walaubagaimanapun,
semua itu bergantung kepada kesungguhan dan kesanggupan klien untuk
melakukan perubahan dan keikhlasan kaunselor dalam menjalankan tugasnya.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING27

5.0

REFLEKSI

Tugasan bimbingan dan kaunseling ini merupakan tugasan yang mengaitkan


kehidupan seharian guru dalam bilik darjah. Pelbagai situasi dan permasalahan
sering terjadi secara langsung dan tidak langsung kepada murid-murid. Justeru itu
sebagai seorang guru haruslah mempunyai kemahiran-kemahiran asas dalam
kaunseling untuk membantu membimbing murid-murid yang mempunyai masalah
dari segi emosi dan psikologi mereka.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah memperolehi maklumat
daripada pelbagai sumber iaitu buku, internet dan perkonsian ilmu antara rakan
sekelas dan saya. Tugasan ini memberikan banyak ilmu baru yang bermanfaat
kepada diri saya untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
saya dari semasa ke semasa.
Pada hakikatnya, situasi yang membelenggu murid-murid lazimnya terjadi
di dalam bilik darjah. Tanpa disedari, guru sebenarnya telah menggunakan
kemahiran-kemahiran asas kaunseling secara tidak langsung untuk membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.
Setelah mempelajari beberapa kemahiran asas seperti kemahiran
mendengar, kemahiran menyoal dan kemahiran berkomunikasi, banyak perkara
telah menyedarkan saya tentang cara dan teknik yang betul untuk mengaplikasikan
teknik-teknik tersebut dalam situasi sebenar.
Alhamdulillah, sekali lagi saya memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana
limpah kurnianya saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih tak
terhingga juga saya ucapkan kepada Encik Mohd Mohtari bin Mesron selaku
pensyarah pembimbing kami yang memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam

BIMBINGAN DAN KAUNSELING28

menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para
sahabat. Jasa kalian tak dapat saya balas dan amatlah kami hargai. Sekian, terima
kasih.

NUR FARHANA BINTI HASSAN


880822-23-5174

BIMBINGAN DAN KAUNSELING29

6.0

BIBLIOGRAFI

http://psikologidplimu2012.blogspot.my/2012/08/kemahiran-asas-bimbingan-dankaunseling.html
http://cikgunazifah.blogspot.my/2012/03/penggunaan-kemahiran-asaskaunseling.html
http://psikologidpli2012.blogspot.my/2012_08_01_archive.html
http://www.slideshare.net/macho7/pengenalan-kaunseling
http://www.slideshare.net/herneyaqilah/1-kemahiran-asas-kaunseling

Anda mungkin juga menyukai