Anda di halaman 1dari 3

Kesepaduan

Satira dengan gaya bahasa dalam syair Si Burung Nuri

4.2.1 Penyepaduan gaya unsur Satira dan pemikiran dengan perutusan agama
Satira ialah kiasan yang digunakan untuk menyindir, mengkritik, menemplak dan sebagainya.
Ia dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu ironi, sinisme dan sarkasme. Ironi bererti sindiran
secara halus dan berlawanan dengan apa yang dimaksudkan. Sinisme juga merupakan ejekan
atau sindiran secara tajam, dan sarkasme penuh dengan cemuhan dan celaan, kata-kata
bersifat keras dan kasar.
Syair Si Burung Nuri ini menurut penyairnya adalah kepunyaan Paduka Rorde, yang
dikatakan seorang tokoh atau ilmuan yang mengetahui banyak bahasa. Menurut penyair:
316.

Habislah syair tersurat sudah,


Yang empunya Paduka Tuan Rurud [ah],
Ilmunya banyak di dalam dada[h],
Sekalian bahasa ia pun ada[h].
Paduka Rorde yang dimaksudkan di sini mungkin seorang Belanda yang menjadi

penguasa di suatu tempat di Indonesia, iaitu mungkin juga di Jakarta. Berasaskan kenyataan
di atas juga, berkemungkinan penyair ini ialah pembantu kepada Paduka Rorde berdasarkan
kata-kata sanjungan penyair kepada beliau.
Perlakuan orang muda pada masa itu digubah dalam bentuk syair yang menggunakan
watak binatang untuk menceritakan keadaan yang berlaku. Daripada cerita yang dipaparkan,
manusia sanggup melakukan apa sahaja, tanpa mengira dosa dan pahala untuk mendapatkan
apa yang dihajati, khususnya hal-hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita. Dalam
syair ini digambarkan Burung Nuri yang berusaha untuk menyunting bunga Cempaka

walaupun diketahuinya Bunga Cempaka sudah berpunya. Maka dilakukan amalan secara
batin untuk menawan hati Bunga Cempaka.

4.2.1.1 Penyepaduan gaya unsur Satira dan pemikiran dengan perutusan agama
tentang dosa dan pahala
Syair Si Burung Nuri ini dikarang pada asalnya bertujuan untuk berhibur, disamping
menceritakan perilaku orang-orang muda yang ada pada waktu itu yang tidak mengendahkan
tentang dosa dan pahala. Penyair memohon ampun kehadrat Ilahi di atas segala dosa apabila
bersyair tentang orang muda yang mengingini melakukan apa yang haram. Ini dijelaskan
pada syair berikut:
8.

Ilahi Rabbi Tuhan Yang Ghani,


Barang dosaku Tuhan ampuni,
Orang muda[h] pada sekarang ini,
Mana yang haram yang diingini.
Menurut pemikiran penyair, satira dalam baris ke 4 dalam syair ini, mana yang haram

yang diingini ialah penyajak menyindir tentang pengisian hidup manusia yang sanggup
melakukan apa sahaja, tanpa mengira dosa dan pahala untuk

mendapatkan apa yang

dihajatinya, khususnya tentang hubungan antara lelaki dengan wanita.


Penyair menyindir golongan muda yang banyak dipenuhi dengan kelalaian. Mereka
lalai dalam dunia keremajaan dan tidak kisah tentang halatuju kehidupan mereka asalkan
memperolehi cinta yang diingini. Unsur satira dapat dilihat dengan jelas dalam rangkap 8
syair ini. Oleh itu, perutusan agama berkaitan dosa pahala terkesan melalui penyepaduan
tentang unsur satira dan pemikiran penyair.
Sebagai seorang muslim atau orang yang beriman, manusia dituntut untuk yakin dan
beriman dengan Hari Akhirat yang padanya ada pengadilan dan pembalasan. Seorang muslim

perlu yakin dan percaya bahawa setiap amal perbuatan di dunia ini ada perkiraan pahala dan
dosa yang akan menerima balasan seadil-adilnya. pahala adalah imbalan atau nilai baik yang
di berikan pada seseorang manusia yang telah melakukan perbuatan baik menurut perintah
Allah. Ini adalah untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya dari kalangan mereka.
Inilah tujuan kehidupan manusia di dunia, lalu dimatikan oleh Allah SWT dan kemudiannya
dihidupkan semula pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Hakikat ini dijelaskan
oleh Allah SWT dalam Surah Al-Mulk ayat 2 :
Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untukmenguji
kamu; siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa
(dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha
Pengampun (bagi orang yang bertaubat).
Sesungguhnya amalan seseorang itu adalah sebagai ukuran yang dapat
memperlihatkan tahap sebenar kehambaan manusia di sisi Tuhannya. Siapakah yang tinggi
ketaqwaannya dengan amal ibadah yang diganjari pahala dan siapakah pula yang rendah
mertabat kehambaannya lalu hidup di dunia bergelumang dengan kemungkaran dan dosa.

Anda mungkin juga menyukai