Anda di halaman 1dari 12

KERJA KURSUS FALSAFAH DAN

LOGIKA MELAYU

PENGGUNAAN PANTUN DALAM TRADISI


MASYARAKAT MELAYU
Pantun Keagamaan

NAMA: AISAH BINTI MAT


NO. PENDAFTARAN: JEA080002
NO.I/C: 880604-13-5490
NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN BIN MUHAMMAD
NAMA TUTOR: CIK SITI HADIJAH BINTI ABD RAHMAN

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


PANTUN BERKAIT ( PANTUN AGAMA )

Asam kandis asam gelugur,

Ketiga asam cempelari,

Duduk menangis di pintu kubur,

Dunia tak boleh ulang dua kali.

Ketiga asam cempelari,

Dari jauh bawa berlayar,

Dunia tak boleh ulang dua kali,

Sudah terjemur di Padang Mahsyar.

Dari jauh bawa berlayar,

Turun ke pekan bermain-main,

Sudah terjemur di Padang Mahsyar,

Sekeping papan secarik kain.

Turun ke pekan bermain-main,

Dari Johor ke Tanjung Tuan,

Munkar Nakir dating bertanya,

Apa jawapan hambamu tuan.


Dari Johor ke Tanjung Tuan,

Petik belimbing di tepi kota,

Apa jawapan hambamu tuan,

Dua kalimah syahadat tentulah nyata.

(PROSA MELAYU TRADISIONAL)


PENDAHULUAN

Hasbullah Bakry (1964:56), menghuraikan makna falsafah dari tiga sudut

pandangan iaitu dari sudut bahasa,pengertian praktis,dan dari sudut perbedaannya

daripada ilmu-ilmu lain.Dari sudut bahasa ianya bermaksud ‘cinta akan hikmah

atau kebijaksanaan.Manakala dari sudut pengertian praktis pula,falsafah

bermaksud kita melihat sesuatu perkara bukan dari sudut luaran atau umum

sahaja,tapi kita perlu meneliti ssuatu perkaraitu dengan lebih mendalam ataupun

terperinci.Dari segi perbedaanya dengan ilmu-ilmu lain pula,falsafah bukan ilmu

yang melihat sesuatu perkara dari satu aspek sahaja.

Dalam bahasa melayu,perkataan ‘sastera’berasal daripada perkataan

Sanskrit Shastera.Istilah ‘kesusasteraan’pula digunakan untuk merujuk kepada

karya-karyayang berupa cereka yang dicipta dengan perantaraan bahasa dan

alatan-alatan yang berkaitan,yang bukan berbentuk laporan ataupun esei.

Sastera melayu klasik merupakan satu sastera melayu lama yang

mempunyai peristiwa yang kompleks.Sastera ini bukan meliputi hasil-hasil karya

bercorak cerita rekaan malah mencakupi bidang yang amat luas.Karya-karya ini

ditulis dengan bahasa yang indah yang memperlihatkan nilai-nilai kesusasteran di

dalamnya.

Masyarakat melayu dahulu menggunakan pantun sebagai wadah untuk

menyampaikan sesuatu perkara atau pengajaran.Mereka menggunakan pantun

sebagai sumber untuk berkomunikasi. Dalam lingkungan budaya.Selain itu,pantun


juga merupakan satu cerminan budaya masyarakat melayu yang diadaptasikan

dalam bentuk puisi.

Pantun adalah satu genre yang dihasilkan dari dahulu hingga sekarang,yang

terus hidup dan masih hidup,seperti kata pepatah;’tidak lapuk dek hujan dan tak

lekang dek panas’.Menurut Muhammad Haji Salleh(1986:3),’mungkin pantunlah

yang jelas sekali memperlihatkan genius dan kesempurnaan seni sastera bangsa-

bangsa melayu.

Pantun bercorak keagamaan biasanya membicarakan persoalan tentang

agama yang sebenar yakni tentang hubungan manusia dengan pencipta,manusia

dengan manusia dan manusia dengan alam.Selain itu,pantun agama ini juga

memberikan panduan hidup dan pengajaran kepada manusia sejagat.Disamping

itu,pantun jenis ini juga turut membantu manusia untuk tidak melibatkan diri

dalam perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah s.w.t.


RINGKASAN ISI

Masyarakat melayu dahulu menggunakan puisi sebagai wadah untuk

menyampaikan sesuatu perkara atau pengajaran kepada generasi muda.Pemilihan

pantun sebagai wadah penyampaian kerana pantun merupakan sumber untuk

berkomunikasi..

Dalam pantun juga ada diselitkan dengan unsur-unsur kecintaan kepada

agama atau ciri-ciri yang bersifat ketuhanan.Pengajaran ini sudah semestinya akan

memberikan impak yang tinggi kepada generasi muda.Mereka akan diterapkan

dengan unsur-unsur keagamaan dan nilai-nilai murni.Melalui pantun-pantun yang

berunsurkan keagamaan ini,masyarakat diajar dan diasuh secara tidak langsung

berkaitan dengan dunia akhirat.

Selain itu,mereka juga diberi sedikit panduan untuk menjalani kehidupan

yang lebih sempurna supaya tidak terpesong dari laluan akidah yang betul.Melalui

pantun juga,mereka memberi gambaran berkaittan dengan kehidupan akhirat

kepada generasi yang mendengarnya.Mereka memberi bayangan kehidupan alam

ghaib yang bakal ditempuhi seta panduan untuk melaluinya dengan

baik.Disamping itu,penggunaan akal secar rasinol amat perlu bagi setiap individu

manusia agar dapat mencari bekalan yang secukpnya di akhirat kelak.


KUPASAN TEKS DARI SUDUT FALSAFAH.

Dalam memberikan sesuatu pengajaran,masyarakat dahulu

menggunakan kiasan yang tersendiri untuk menyampaikan sesuatu

perkara.Mereka juga tidak menggunakan perkataan yang terlalu menjurus untuk

mengungkapkan sesuatu perkara.Kehidupan yang tidak abadi di alam ini menyeru

manusia memperbanyakkan amalan mahmudah;menunaikan solat lima waktu

sehari semalam,berpuasa di bulan ramadhan,membayar zakat,menunaikan haji

bagi yang mampu dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Tuhan telah menganugerahkan manusia akal.Akal bukan sekadar

intelligent,ia adalah segala potensi rohaniah yang memiliki pelbagai kemampuan

berfikir,menyedari,menghayati,mengerti,mengetahui dan memahami,yang

kadangkala bersifat teoritis dan praktis,yang semuanya berpusat di otak.

Biasaannya,masyarakat melayu terlalu mengikut kata hati (qalbu ) yang kadang-

kala memakan diri sendiri.Bak kata pepatah,’ikut hati,mati;ikut rasa,binasa.’.Ini

bermaksud,ia mempengaruhi keseluruhan tindakan dan pertimbangan budi

bicara,budi bahasa dan budi pekerti individu tersebut.

Menurut Hamdi Zaqzuq ( 1989:86 ),agama islam meletakkan penggunaan

akal manusia pada tahap yang paling tinggi.Fenomena ini terbukti apabila Allah

mengurniakan akal fikiran kepada manusia berbanding dengan makhluk-makhluk-


Nya yang lain.Agama islam meletakkan akal sebagai aqidah yakni tanggungjawab

manusia.Justeru,manusia haruslah berfikir secara logic dan rasional sebelum

melakuakan sesuatu tindakan.Dengan erti kata lain,mengamalkan cara pemikiran

‘second older thought’.

Akal fikiran yang diibaratkan umpama permata yang dimiliki oleh manusia

haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya.Manusia dianggap berdosa apabila

mengabaikan penggunaan akal fikiran.Keadaan ini dibuktikan dalam al-quran

surah al-Mulk,ayat 10 hingga 11.Oleh yang demikian,setiap individu haruslah

menggunakan akal fikiran mereka untuk melakukan amal kebajikan di muka bumi

yang sementara ini agar mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.

Kehidupan di dunia yang penuh pancaroba,rintangan dan masalah

membolehkan manusia mudah terjerumus dalam kancah maksiat dan

dosa.Jesteru,apabila kita menyedari kehidupan yang kita lalui sebelum ini penuh

dengan dosa-dosa,maka sebaiknya kita bersegera untuk bertaubat selagi masa

masih ada.Sepertimana yang kita ketahui,bila-bila masa sahaja kita pasti akan

dijemput oleh Ilahi.Pada tika,detik,dan saat itu,pintu taubat-Nya telah tertutup dan

setiap penyesalan yang dating selepas itu hanyalah satu pekerjaan yang sia-sia

sahaja ibarat debu-debu dijalanan.

Dalam meniti kehidupan yang singkat di dunia fana ini,kita haruslah

berusaha untuk melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-

Nya.Dengan berbuat demikian,kita dapat mengelak daripada melakukan perkara

yang dimurkai oleh Allah s.w.t.Situasi ini membolehkan kita mengumpul bekalan

positif yang banyak untuk dibawa ke alam lain yang kekal abadi.Sebaliknya,
bekalan yang tidak mencukupi akan menyebabkan individu tersebut terseksa di

alam yang kekal abadi itu.

Sebagai makhluk yang lemah dan mempunyai bayak kelemahan, manusia

haruslah berusaha untuk mencari bekalan yang banyak untuk di bawa ke akhirat

kelak.Manusia perlu ingat bahawa mereka hanya diberikan masa yang tertentu

untuk siggah sebentar di alam kosmos ini.Oleh yang demikian,manusia haruslah

memperbanyakkan amal ibadat mereka.Manusia haruslah menjalinkan hubungan

yang baik kepada sesama manusia dan alam semesta.Apa yang paling penting ialah

menjaga hubungan dengan pencipta yang Maha Esa.Selain itu,mereka perlu ingat

bahawa bekalan itulah yang akan menentukan masa depan mereka di alam yang

kekal kelak

Kehidupan di dalam kubur yakni alam barzakh sungguh berbeza dengan

kehidupan di dunia yang sementara.Semasa menjalani kehidupan di alam

barzakh,berbagai-bagai soalan akan disoal oleh malaikat Munkar dan malaikat

Nakir.Soalan-soalan yang ditanya adalah berkisarkan kepada tingkah laku,amal

ibadat,dan pergaulan semasa hidup di dunia yang dicatat oleh Malaikat Raqib dan

malaikat Atit.

Sesungguhnya,kehidupan di dalam kubur amat berlainan dengan kehidupan

di dunia yang fana.Di dalam kubur,individu tersebut akan disoal oleh malaikat

Munkar dan malaikat Nakir dimana tidak ada peluang untuk individu tersebut

untuk mempertahankan dirinya.Ketika itu,hanya anggota badan seperti mulut

tangan dan sebagainya akan menyatakan apa yang telah mereka lakukan semasa di

dunia.Antara soalan-soalan yang di tanya apabila berada dalam alam barzakh ialah
‘Ma Rabbuka’yang bermaksud siapa Tuhanmu.Selain itu,pertanyaan lain yang

turut ditanya ialah ‘Ma Kiblatka’yang membawa maksud apa kiblatmu dan juga

ditanya tentang apakah amalan yang telah dilakukan semasa menikmati kehidupan

di dunia sementara.

Alam kubur ini merupakan detik-detik bermulanya perjalanan manusia ke

padang mahsyar.Bagi individu yang banyak melakukan amal kebaikan seperti yang

telah disuruh oleh Allah s.w.t akan berada dalam keaadaan yang selesa.Hal ini

bermaksud,mereka tidak akan diseksa oleh Malaikan Munkar dan malaikat Nakir

sepanjang mereka berada dalam alam kubur.Sebaliknya,bagi individu yang sering

melanggar perintah Allah s.w.t seperti melakukan maksiat,menderhaka kepada ibu

bapa dan meninggalkan amalan-amalan wajib akan mendapat layanan yang buruk

daripada malaikat Munkar dan malaikan Nakir.

Semua manusia yang telah mati dan menjalani seksaan di dalam kubur akan

dibangkitkan semula bila tiba hari akhirat.Selepas tiupan sangkakala yang kedua

oleh malaikan Israel,semua makhluk Allah akan dibangkitkan semula dan

dikumpulkan di Padang Mahsyar.Semasa berada di Padang Mahsyar setiap

makhluk ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa akan menunggu giliran masing-

masing untuk ditimbang segala amalan mereka samaada amalan tersebut baik

mahupun jahat.

Setiap individu akan memperoleh buku amalan masing-masing. Bagi

individu yang melakukan lebih banyak amal kebaikan dan mengerjakan suruhan

Allah,mereka akan mengambil buku panduan tersebut dengan tangan kanan.


Manakala individu yang melakukan lebih banyak kejahatan akan mendapat buku

amalan dengan tangan kiri.Selepas selesai aktiviti membahagikan buku amalan,

semua makhluk akan meniti titian sirat.Bagi golongan yang baik,mereka akan

meniti titian tersebut dengan mudah dan akan masuk ke tempat idaman semua

manusia iaitu syurga.Sebaliknya,bagi golongan yang ingkar,mereka payah untuk

meniti titian sirat dan akan jatuh ke dalam neraka yang menyediakan seksaan yang

begitu dahsyat.

Sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang paling baik,manusia haruslah

memanfaatkan segala keistimewaan yang telah diberikan kepada mereka.Sebagai

contoh,manusia telah dianugerahkan akal fikiran.Melalui akal fikiran

tersebut,manusia sepatutnya dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.

Selain itu,dengan akal yang ada,manusia mampu berfikir secara rasional.Maksunya

ialah,manusia menggunakan akal fikiran mereka untuk berfikir secara logic dan

tidak percaya kepada kata hati(qalbu) dan pengalaman semata-mata.

Disamping itu,manusia juga perlu beringat bahawa mereka perlu mematuhi

segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.Sekiranya manusia dapat

menikut rentak dunia yang telah ditetapkan.mereka akan dapat menyesuaikan diri

dengan mudah di alam kosmos ini.Secara tidak langsung,ia akan membantu

manusia mendapat pahala dengan mudah sekaligus dapat mengelakkan mereka

daripada dimurkai ole Allah s.w.t

Justeru,dapat disimpulkan bahawa,segala amal ibadat dan tingkah-laku

manusia di dunia ini ada markahnya.Selain itu setiap gerak-geri manusia juga

sentiasa diperhatikan dan dicatit oleh malaikat yang telah ditugaskan.Maka,


manusia haruslah mencari bekalan yang banyak untuk di bawa ke alam yang kekal

abadi untuk menikmati kehidupan yang sungguh selesa,aman dan damai yang tiada

tolak bandingnya.

RUJUKAN

1.Pantun : Manifestasi Minda Masyarakat

Selenggaraan & suntingan : Wan Abdul Kadir Wan Yusoff

2.Analisis Autentik Sastera

Mutiara Sastera Melayu Tradisional

Abdul Rahman Abdul Rasyid,Mohd.Rosli Saludin Zakaria Perngis

3.Falsafah Dan Logika Melayu

Prof.Dr.Awang Sarian

4.Falsafah,Logik,Teori Nilai Dan Etika Melayu

SUATU PENGENALAN

Hashim Bin Haji Musa,Ph.D.

Anda mungkin juga menyukai