Anda di halaman 1dari 65

PROGRAM PENDIDIKAN JASMANI

(AT59)

BUKU LOG
KEMAHIRAN IKHTISAS FUTSAL
(QSS 1151D)

SYAMIN BIN SAMSUDIN


D20091036498
901226145535
PENSYARAH : EN. NUZSEP ALMIGO BIN MUHAMMAD
ALWI ZAINUDDIN
NAMA : SYAMIN BIN SAMSUDIN

TARIKH LAHIR : 26 DEC 1990

UMUR : 19 TAHUN

NO KAD PENGENALAN : 901226-14-5535

NO MATRIK : D20091036498

STATUS : BUJANG

BANGSA : MELAYU

AGAMA : ISLAM

ALAMAT TETAP : NO.3 JLN AU4/6 TMN SRI KERAMAT TENGAH,


54200 KL

ALAMAT UPSI : E501/2 KOLEJ ZABA, UNIVERSITI PENDIDIKAN

SULTAN IDRIS

35900, TANJUNG MALIM, PERAK

HOBI : BESUKAN

BERAT : 61.5kg

TINGGI : 160cm
ISI KANDUNGAN
1. BIODATA DIRI

2. ISI KANDUNGAN

3. SEKAPUR SIRIH

4. DIARI HARIAN

5. PENGENALAN

6. SEJARAH FUTSAL

7. SEJARAH FUTSAL DI MALAYSIA

8. PERATURAN

GELANGGANG

BOLA

BILANGAN PEMAIN

PERALATAN PEMAIN

PENGADIL

PENGADIL KEDUA

PENGADILKETIGA

TEMPUH MASA PERMAINAN

PERMULAAN DAN PERMULAAN SEMULA PERMAINAN

BUKU DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN

CARA MENENTUKAN JARINGAN

KESALAHAN DAN TIDAK BERTERTIB

SEPAKAN PERCUMA
KESALAHAN-KESALAHAN TERKUMPUL

SEPAKAN PENALTI

SEPAKAN KE DALAM

HANTARAN GOL

SEPAKAN PENJURU

9. KESIMPULAN

10. LAMPIRAN

11. BIBILOGRAFI
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani setinggi-tinggi kesyukuran ke
hadrat Ilahi kerana memberikan kekuatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Sepanjang
tempoh pencarian, pembelajaran, mengumpul, dan memfailkan bahan-bahan merupakan satu
pengalaman yang bererti kepada saya didalam mendidik diri menjadi seorang bakal guru yang
bertanggungjawab dan berinformasi.

Saya rasa sangat terhutang budi dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya
buat En. Nuzsep Almigo bin Muhammad Alwi Zainuddin selaku pensyarah KEMAHIRAN
IKHTISAS FUTSAL yang tidak pernah jemu membimbing, memberi panduan dan sokongan
moral sepanjang tempoh pembelajaran ini. Jasa baik dan kerjasama Encik telah memberi
sumbangan ilmu yang berharga ke arah pembentukan profesion perguruan yang berkarisma
amatlah dihargai.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak dalam membantu memberikan galakan, terutamanya rakan-
rakan seperjuangan.Kerjasama yang diberikan pasti menghasilkan kepuasan terhadap tugas yang
diamanahkan kepada saya. Doa dan harapan saya agar segala usaha yang telah dicurahkan
selama ini akan memberi hasil seperti mana yang diidam-idamkan.

Akhir sekali maaf dipinta jika hasilan tugasan ini tidak memuaskan dan tidak
mencapai tahap ketinggian ilmu yang ditetapkan. Segala nasihat dan teguran amatlah dihargai.
Saya berharap agar segala usaha ini beroleh manfaat dan direstui oleh-Nya. Insya-Allah.
DIARI HARIAN
Minggu 1

HarI : Selasa

Tarikh : 29 Disember 2009

Masa : 8 a.m-11 a.m

En.Nuzsep memberi penerangan serba ringkas tentang modul yag akan dipelajari
Para pelajar diberi peringatan awal untuk membuat buku log bagi kursus ini
Setelah memberi penerangan serba sedikit, kami di soal beberapa soalan tentang futsal
bagi menguji pengetahuan kami semua
Kami menerima assignment pertama secara individu untuk mencari maklumat tentang
futsal dan dihantar pada minggu berikutnya. Assignment setebal 3 helai dan bertulis
tangan.
Minggu 2

Hari :selasa

Tarikh:5 januari 2010

Masa :8a.m-11a.m

Kami telah dipecahkan kepada dua kumpulan kecil untuk memudahkan sesi
pembelajaran pada minggu sebelumnya.
En.Nuzsep telah meminta kami melantik ketua kelas.
Kami diberi tugasan untuk melakukan presentation mengikut tajuk yang telah diberikan
mengikut kumpulan.
Kami diberi peluang untuk melakukan ball feeling

Minggu 3

Hari :selasa

Tarikh:12 januari 2010

Masa :8a.m-11a.m

Perbentangan dimulakan oleh kumpulan 1


Tajuk yang dibentang ialah menghantar bola leret kepada kawan dengan tepat
Kumpulan ini dianggotai oleh Syamin dan Mansur.
Pembentang telah melakukan beberapa aktiviti untuk membolehkan pelajar
mempraktiskan kemahiran untuk melakukan hantaran leret dengan tepat.
Minggu 4

Hari :selasa

Tarikh:19 januari 2010

Masa :8a.m-11a.m

Pembentangan seterusnya dilakukan


Tajuk yang dibentangkan ialah kemahiran menanduk bola dengan pelbagai tujuan
Kumpulan ini dianggotai oleh Nuradilah, Ikhsan dan Fatihasuhada.
Mereka telah menyediakan beberapa aktiviti
Pelajar telah dipecahkan kepada dua kumpulan untuk memudahkan aktiviti
dijalankan

Minggu 5

Hari :selasa

Tarikh:26 januari 2010

Masa :8a.m-11a.m

Perbentangan diteruskan dengan kumpulan yang dianggotai oleh Zamzuri, Zuhairi dan
Rafiq.
Kemahiran menggelecek , menukar arah dan halaju
Para pelajar di minta melakukan aktiviti secara berpasangan untuk membolehkan teknik
ini dipraktikkan sewaktu membawa bola
Minggu 6

Hari:selasa

Tarikh:2 februari 2010

Masa:8a.m-10a.m

Kemahiran Shielding dan Blocking diajar.


Kemahiran ini diajar oleh Raffizan dan Shariff

Minggu 7

Hari :selasa

Tarikh:9 februari 2010

Masa :8a.m-10p.m

Kemahiran yang dibentangkan ialah kemahiran menjaga gol.


Tajuk ini telah dibentangkan oleh Norsham dan Norida.
Para pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan kecil untuk membolehkan aktiviti
dijalankan dengan lancar.
Minggu 8

Hari :selasa

Tarikh:23 februari 2010

Masa :8a.m-11a.m

Perbentangan diteruskan oleh kumpulan yang membentangkan kemahiran


menjaringkan gol menggunakan pelbagai bahagian kaki
Kumpulan ini dianggotai oleh Nornabila dan Nurul Nabila.

Minggu 9

Hari : selasa

Tarikh:2 mac 2010

Masa :8a.m-10p.m

Masa: sesi microteaching dimulakan dengan kumpuan satu. Tajuk yang diajar ialah
menghantar bola leret kepada kawan dengan tepat.
Pelajar diarahkan melakukan aktiviti sebagaimana yang telah dirancang setelah guru
menunjukkan contoh
Kumpulan dua memulakan microteaching dengan tajuk kemahiran menaduk bola
dengan pelbagai tujua
Minggu:10

HarI :selasa

Tarikh:9 mac 2010

Masa :8a.m-11a.m

Kumpulan 5 dan 6 melakukan proses microteaching secara serentak selepas para


pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan kecil bagi menjimatkan masa .
Topik yang diajar oleh kumpulan 5 ialah kemahiran shielding dan blocking
Topik yang diajar oleh kumpulan 6 ialah :kemahiran menjaga gol
Para pelajar juga telah didedahkan dengan bahagian otot yang terlibat semasa
melakukan aktiviti
Perbentangan diteruskan pula dengan kumpulan 7 dan 8.
Kumpulan 7 mengajar tajuk kemahiran menjaringkan gol menggunakan pelbagai
bahagian kaki.
Kumpulan 8 pula membentangkan tajuk kemahiran mengambil sepakan penalti dan
sudut

Minggu 11

Hari :selasa

Tarikh:16 Mac 2010

Masa :8a.m-11a.m

Kelas dibatalkan kerana pensyarah terlibat dengan aktiviti pada hari konvokesyen
Minggu 12

Hari :selasa

Tarikh:23 mac 2010

Masa :8a.m-11a.m

Kempulan 9 membentangkan tajuk kemahiran mengambil sepakan penalti dan sudut


Kumpulan ini dianggotai oleh Syed afiq dan Ridzwan.
Kami dipecahkan kepada dua kumpulan dan diakhirnya, satu permainan kecil diadakan
Kumpulan 10 meneruskan perbentangan
Topic yang dibentangkan ialah sistem permainan dan pergerakan
pemain(rotation,diamond dan 2-2)
Sesi perbentangan tamat.

Minggu 13

Hari :selasa

Tarikh:30 mac 2010

Masa :8a.m-11a.m

Ujian kemahiran dijalankan iaitu kemahiran mengelecek, kemahiran menjaringkan gol,


kemahiran melakukan teknik diamond, dan dribbling.
Pengenal
an

Sejarah
Sejarah di
malaysia

PENGENALAN
Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan yang masing-masing
beranggotakan lima orang dan salah seorangnya adalah penjaga gol. Tujuannya adalah
memasukkan bola ke gawang lawan dengan memanipulasikan bola dengan kaki. Selain lima
pemain utama, setiap pasukan juga diizinkan memiliki pemain cadangan atau pun dikenali
pemain simpanan. Tidak seperti bola sepak dalam ruangan lainya, lapangan futsal di batasi oleh
garis, buka net atau papan. Masa permainan juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa.
Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain dapat mengawal bola dengan baik.
Kawasannya yang kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat
keputusan dengan lebih cepat.

Futsal turut juga dikenali dengan nama lain. Istilah futsal ` adalah istilah internasionalnya yang
berasal dari perkataan Sepanyol atau Portugis iaitu football dan sala.

Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru
dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia
bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.
SEJARAH FUTSAL
Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930 oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan
futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Keterampilan yang
dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan
pemain-pemain Brazil, Pele contohnya mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brazil
terus menjadi pusat dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah perlindungan Federation
International de Football Association di seluruh dunia dari Eropah hingga ke Amerika Tengah
dan Amerika Utara serta Afrika, Asia dan Oseania.

Pertandingan internasional pertama diadakan pada tahun 1965. Paraguay menjuarai Piala
Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan
hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brazil. Brazil meneruskan dominasinya
dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada
perebutan berikutnya pada tahun 1984.

Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA ( sebelum anggota-anggotanya
bergabung dengan FIFA pada tahun 1989 ) di Sao Paulo, Brazil pada tahun 1982, berakhir
dengan Brazil di posisi pertama. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua
pada tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam kejuaraan Dunia
ketiga tahun 1988 di Australia.

SEJARAH FUTSAL DI MALAYSIA


Seperti yang kita dapat lihat pada hari ini di Malaysia sudah wujud banyak pasukan futsal yang
dikendalikan syarikat, kumpulan, persatuan dan persendirian. Ini dinamakan satu perkembangan
yang baik untuk sukan futsal di Malaysia seiring dengan langkah perkembangan futsal di dunia.

Sukan futsal di Malaysia ini masih baru bukan sahaja di Malaysia malah di kebanyakkan pelusuk
Negara di dunia. Namun, futsal di Malaysia ssangat berkembang dengan pantas dengan bantuan
kerajaan dan syarikat atau individu-individu banyak mendirikan gelanggang-gelanggangg futsal
untuk diberikan pendedahan kepada masyarakat tentang permainan futsal.

Disamping itu, banyak kejohanan futsal di daerah-daerah dan negeri diadakan untuk memberi
pendedahan kepada masyarakat dan peminat futsal sendiri merasai pengalaman perlawanan dan
pertandingan futsal. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencungkil bakat yang ada untuk
diserapkan ke dalam pasukan negeri dan kebangsaan untuk meningkatkan taraf mutu pasukan
Negara di mata dunia dalam permainan futsal yang sekarang ini berada di ranking ke 57 dunia.
Peraturan
futsal

PERATURAN

1. Gelanggang.

Padang dan peralatannya adalah seperti dijelaskan berikut:

Ukuran:

Gelenggang hendaklah berbentuk segi empat tepat. Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari
garisan golnya.

Panjang:
Minimum 25 m
Maksimum 42 m
Lebar :
Minimum 15 m
Maksimum 25 m

Perlawanan antarabangsa
Panjang:
Minimm 38 m
Maksimum 42 m
Lebar:
Minimum 18 m
Maksimum 22 m.

1. Ukuran: panjang 25-42 m x lebar 15-25 m


2. Garis batas: garis selebar 8 cm, yakni garis sentuh di sisi, garis gawang di ujung-ujung, dan
garis melintang tengah lapangan; 3 m lingkaran tengah; tak ada tembok penghalang atau papan
3. Daerah penalti: busur berukuran 6 m dari setiap pos
4. Garis penalti: 6 m dari titik tengah garis gawang
5. Garis penalti kedua: 12 m dari titik tengah garis gawang
6. Zona pergantian: daerah 6 m (3 m pada setiap sisi garis tengah lapangan) pada sisi tribun dari
pelemparan
7. Gawang: tinggi 2 m x lebar 3 m
8. Permukaan daerah pelemparan: halus, rata, dan tak abrasive.
Tanda-tanda Gelanggang

Gelanggang permainan ditandakan dengan garisan. Garisan-garisan ini adalah sebahagian dari
kawasan di mana ia menjadi sempadannya. Dua garisan sempadan yang lebih panjang ialah
garisan tepi. Dua garisan sempadan yang lebih pendek ialah garisan gol. Semua garisan adalah 8
sm lebarnya.
Gelanggang dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah. Tanda tengah ditandakan
pada pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 3 m ditandakan mengelilinginya.

Kawasan Penalti
Kawasan penalti dikenalpasti pada kedua-dua hujung gelanggang seperti berikut:
Garisan suku lengkuk berjejari 6 m, ditandakan dari bahagian luar setiap tiang gol. Garisan
lengkuk ditandakan dari garisan gol ke arah garisan bayangan yang ditandakan bersudut tepat
kepada garisan gol dari bahagian luar tiang gol. Di bahagian atas kedua-dua garisan lengkuk ini
disambungkan dengan suatu garisan 3.16 meter panjangnya yang selari dengan garisan gol di
antara kedua-dua tiang gol.

Tanda Penalti
Tanda penalti ditandakan 6 m dari titik pertengahan di antara kedua-dua tiang gol dan sama
jaraknya darinya.

Tanda Penalti Kedua


Satu tanda penalti kedua ditandakan di atas padang 10 m dari titik pertengahan di antara kedua-
dua tiang gol dan sama jaraknya darinya.

Lengkuk Penjuru
Satu suku bulatan berjejari 25 sm dari setiap penjuru ditandakan di dalam padang.

Zon Penggantian

Zon penggantian diletakkan di bahagian gelanggang yang sama dengan bangku pemain
simpanan dan bertepatan di depannya ialah tempat dari mana pemain masuk atau keluar
padang semasa penggantian. Zon penggantian diletakkan di depan bangku pasukan dan
sekurang-kurang 3 m lebarnya. Ia ditandakan pada setiap bahagian tepi oleh suatu garisan
yang bersudut tepat dengan garisan tepi., 8 sm lebar dan 80 sm panjangnya, 40 sm dari
garisan itu ditandakan di dalam gelanggang dan 40 cm di luar.
Terdapat suatu jarak 3 m di antara bahagian terdekat zon penggantian dan di tempat
garisan tengah bertemu garisan tepi. Ruangan bebas ini, tepat di depan meja penjaga
masa hendaklah dibiarkan kosong.
Tiang dan Palang Gol.

Gol-gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol. Ia mengandungi dua tiang tegak
yang sama jaraknya dari setiap penjuru dan disambungkan di bahagian atasnya oleh satu palang
melintang.

Jarak (ukuran dalaman) di antara tiang-tiang itu ialah 3 m dan jarak dari bahagian bawah palang
gol ke tanah ialah 2 m.

Tiang dan palang gol hendaklah sama lebarnya dan berukuran 8 sm. Jaring yang diperbuat
daripada hemp, jut atau nylon, boleh dipasangkan pada tiang dan palang gol di belakang gol.
Bahagian bawah hendaklah disokongkan oleh tiang bulat atau penyokong lain yang bersesuaian.

Bahagian dalam gol, ialah jarak dari bahagian dalam tiang gol ke bahagian luar gelanggang, ialah
sekurang-kurangnya 80 sm di bahagian atas dan 100 sm pada paras tanah.
Keselamatan

Tiang-tiang gol boleh diubah-ubah tetapi mestilah diletakkan kukuh ke tanah semasa
perlawanan.

Permukaan Gelanggang

Permukaan hendaklah licin, rata dan tidak kesat. Kegunaan bahan kayu atau sintetik adalah
disyorkan sementara konkrit atau tarmac hendaklah dielakkan.

Keputusan-Keputusan

Keputusan 1

Jika garisan gol berukuran di antara 15 ke 16 meter, jejari garisan tengah berukuran 4 m saja.
Dalam keadaan ini tanda penalti tidak lagi diletakkan di atas garisan yang menandakan
kawasan penalti dan berada tetap pada jarak 6 m dari pertengahan di antara kedua-dua tiang
gol dan sama jarak darinya.

Keputusan 2

Kegunaan rumput asli, sintetik atau tanah adalah dibenarkan tetapi tidak untuk perlawanan
antarabangsa.

Keputusan 3

Suatu tanda boleh ditandakan di luar gelanggang, 5 meter dari tiang penjuru dan bersudut
tepat dari garisan gol untuk memastikan bahawa jarak ini dipatuhi semasa suatu sepakan
penjuru dibuat. Lebar tanda ini ialah 8 sm.

Keputusan 4

Bangku simpanan pemain-pemain diletakkan di belakang garisan bersebelahan kawasan


bebas di depan meja penjagha masa.
2. Bola.

Mutu dan Ukuran:

Bola hendaklah:

Berbentuk sfera
Diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan yang sesuai
Dengan ukur lilitan tidak kurang 62 sm tidak lebih dari 64 sm
Tidak kurang 400 gram atau tidak lebih 440 gram beratnya pada permulaan perlawanan
Tekanan angin sama dengan 0.4 0.6 atmosfera (400-600g/sm2) pada paras laut.
Size 4 untuk orang dewasa dan size 3 untuk junior.
Daya lantunan 30 % kurang dari bola sepak biasa.

Penggantian Bola yang Rosak

Jika bola pecah atau rosak semasa permainan:

Permainan diberhentikan
Permainan dimulakan semula dengan menjatuhkan bola yang baru di mana bola asal
pecah
Jika bola pecah atau rosak ketika bola di luar permainan, ketika sepak mula, sepakan gol,
sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti atau sepakan ke dalam:

Permainan dimulakan sepatutnya

Bola tidak boleh ditukar semasa permainan tanpa kebenaran pengadil.

Keputusan-keputusan

Keputusan 1
Bola bersalut felt tidak boleh digunakan untuk perlawanan antarabangsa.

Keputusan 2
Bola tidak boleh melantun kurang daripada 50 sm atau lebih daripada 65 sm pada lantunan
pertama apabila dijatuhkan dari ketinggian 2 m.

Untuk perlawanan pertandingan, hanya bola yang memenuhi keperluan teknikal yang
minimum di dalam Undang-undang II, dibenarkan untuk digunakan.

Di dalam perlawanan pertandingan FIFA, dan di dalam perlawanan pertandingan yang


dikelolakan di bawah kawalan konfederasi, penerimaan bola untuk digunakan tertakluk kepada
syarat bahawa terdapat salah satu dari tiga ungkapan berikut:

Logo rasmi "FIFA APPROVED" atau

- Logo rasmi "FIFA INSPECTED" atau


- Rujukan "INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARDS"
International Matchball Standard

Keperluan sedemikian pada bola menunjukkan bahawa ia telah diuji secara rasmi dan didapati

memenuhi keperluan-keperluan teknikal yang khusus, berbeza bagi setiap kategori dan tambahan

kepada spesifikasi minimum yang disebutkan di dalam Undang-undang 2. Senarai keperluan

khusus tambahan bagi setiap kategori tertentu akan dikeluarkan oleh FIFA. Institusi yang

melakukan ujian ini dipilih oleh FIFA.

Persatuan-persatuan kebangsaan boleh menetapkan kegunaan bola yang mempunyai salah satu

daripada tanda-tanda di atas saja untuk pertandingannya.

Di dalam semua pertandingan lain bola mestilah memenuhi keperluan di dalam Undang-undang

2. Jika persatuan kebangsaan menetapkan kegunaan bola yang mempunyai logo FIFA

APPROVED atau FIFA INSPECTED untuk perlawanannya, persatuan kebangsaan mestilah

membenarkan juga kegunaan bola yang mempunyai logo tanpa royalti International Matchball

Standard.
Di dalam perlawanan pertandingan FIFA, dan di dalam perlawanan pertandingan yang

dikelolakan di bawah kawalan konfederasi dan persatuan kebangsaan, tiada sebarang iklan pada

bola dibenarkan, kecuali tanda pertandingan, pengelola pertandingan atau tanda buatan pembuat

bola. Peraturan pertandingan boleh menghadkan saiz dan bilangan tanda-tanda ini.

3. Bilangan Pemain.

Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan mengandungi tidak melebihi lima
pemain, dan salah seorang menjadi penjaga gol.

Prosedur Penggantian

Pengganti boleh digunakan di dalam sebarang perlawanan rasmi dikelolakan di bawah naungan
FIFA, persekutuan atau persatuan kebangsaan.

Bilangan pengganti maksimum yang dibenarkan ialah tujuh orang.

Jumlah penggantian yang dilakukan semasa sesuatu perlawanan tidak terhad. Seorang pemain
yang telah digantikan boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti pemain lain.

Suatu penggantian dilakukan semasa bola masih di dalam permainan dengan syarat-syarat
berikut hendaklah dipatuhi:

Pemain hendaklah keluar melalui garisan tepi melalui sektor yang dinamakan zon
penggantiannya.
Pemain hendaklah masuk melalui zon penggantiannya tetapi setelah pemain yang
digantikan telah keluar sepenuhnya dari garisan tepi.
Seorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa budibicara pengadil sama ada dipanggil
untuk bermain atau tidak.
Penggantian dikira lengkap apabila pengganti masuk ke gelanggang, dengan itu dia
menjadi pemain dan pemain yang digantikan itu tamat sebagai pemain.

Seorang penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain.


Kesalahan/Hukuman

Jika, semasa satu penggantian, seorang pengganti masuk ke gelanggang sebelum pemain yang
digantinya itu keluar sepenuhnya,

permainan diberhentikan.
pemain yang hendak digantikan itu diarahkan keluar dari gelanggang
Pengganti diberi amaran dan dilayangkan kad kuning
Permainan dimulakan semula dengan satu sepakan percuma tidak terus yang dibuat oleh
pasukan lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan. Walau
bagaimanapun, jika bola berada di dalam kawasan penalti, sepakan percuma itu
hendaklah dibuat pada garisan kawasan penalti yang berhampiran dengan kedudukan
bola semasa permainan diberhentikan.

Jika semasa satu penggantian, pengganti masuk ke gelanggang atau pemain yang digantikan itu
keluar dari tempat selain dari zon penggantian

permainan di berhentikan.
pemain yang bersalah diberi amaran dan dilayangkan kad kuning.
permainan dimulakan semula dengan suatu sepakan percuma tidak terus kepada pasukan
lawan di tempat di mana bola berada semasa permainan diberhentikan. Walau
bagaimanapun, jika bola berada di dalam kawasan penalti, sepakan percuma itu
hendaklah diambil pada garisan kawan penalti, yang berhampiran dengan kedudukan
bola semasa permainan diberhentikan.

Keputusan-keputusan

Keputusan 1

Pada permulaan perlawanan, setiap pasukan mestilah mempunyai lima pemain minimumnya.

Keputusan 2

Jika, ketika seorang pemain diperintah keluar, mana-mana pasukan mempunyai kurang
daripada tiga pemain (termasuk penjaga gol), permainan hendaklah ditamatkan.
4. Peralatan Pemain.

Seseorang pemain tidak dibenar menggunakan atau memakai sebarang peralatan yang berbahaya
kepada pemain-pemain lain.

Peralatan Asas.
Peralatan asas yang diwajibkan ialah:

jersi atau baju,


seluar pendek jika seluar dalam thermal digunakan, warnanya hendaklah sama dengan
warna utama seluar pendek.
stokin
shinguard
alas kaki - hanya alas kaki yang diperbuat daripada canvas atau kasut latihan dari kulit
yang lembut atau kasut jimnastik yang bertapak getah atau bahan-bahan yang sama
dibenarkan. Pemakaian alas kaki adalah diwajibkan

Jersi atau baju

Nombor mestilah tertera pada bahagian belakang semua baju dan mengandungi nombor-
nombor di antara 1 hingga 15.
Warna nombor hendaklah berbeza dengan jelasnya dari warna jersi.
Untuk perlawanan antarabangsa, nombor mestilah tertera juga di bahagian hadapan, walaupun
lebih kecil saiznya.

Shinguard

Shinguard hendaklah dilitupi keseluruhannya oleh stokin


diperbuat daripada bahan yang sesuai (getah, plastik atau bahan yang serupa)
memberikan perlindungan pada tahap yang munasabah

Penjaga Gol

Penjaga gol adalah dibenarkan memakai seluar panjang.


Setiap penjaga gol hendaklah memakai warna yang membezakan dengan mudahnya
dengan pemain-pemain lain dan juga Pengadil.
Jika seorang pemain menukar tempat dengan penjaga gol, jersi penjaga gol yang digunakan oleh
pemain lain mestilah ditandakan di bahagian belakangnya oleh nombor pemain tersebut.
Kesalahan-kesalahan/Hukuman-hukuman

Untuk sebarang pelanggaran Undang-undang ini:

pemain bersalah diarah oleh Pengadil keluar gelanggang untuk membetul atau
melengkapkan alatannya dan tidak dibenarkan masuk semula tanpa melaporkan diri
terlebih dahulu kepada Pengadil yang akan menentukan peralatan pemain itu sempurna.
Pemain itu hanya boleh masuk semula apabila bola di luar permainan.

5. Pengadil.

Kuasa Pengadil
Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang mempunyai kuasa untuk
menguatkuasakan Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan
itu, dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan sehingga dia keluar.
Kuasa dan Tugas

Pengadil:
menguatkuasakan Undang-undang Permainan
meneruskan permainan apabila pasukan yang dikasari beruntung dari advantej ini dan
menghukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang dijangkakan itu tidak berhasil.
membuat catatan tentang perlawanan dan menyediakan kepada pihak berkuasa laporan
perlawanan yang mengandungi semua keterangan tentang sebarang tindakan disiplin
terhadap pemain-pemain, dan/atau pegawai pasukan dan sebarang kejadian yang berlaku
sebelum, semasa dan selepas permainan itu.
bertindak sebagai penjaga masa sekiranya pegawai berkenaan tidak hadir;
memberhentikan, menangguh atau menamatkan permainan bagi sebarang kesalahan
Undang-undang atau disebabkan oleh sebarang gangguan yang tidak sepatutnya
mengambil tindakan disiplin terhadap pemain yang bersalah untuk kesalahan-kesalahan
diberi amaran atau diperintah keluar.
Memastikan bahawa hanya orang lain tidak dibenarkan masuk ke padang
Berhentikan permainan jika, pada pendapatnya, seseorang pemain cedera parah dan
pastikan pemain itu dikeluarkan dari gelanggang secepat mungkin
Teruskan permainan sehingga bola di luar permainan jika seorang pemain, pada
pendapatnya tercedera ringan.
Menentukan bahawa bola yang disediakan memenuhi kehendak Undang-undang II.

Keputusan-keputusan Pengadil

Keputusan-keputusan pengadil terhadap sebarang fakta berkaitan dengan permainan adalah


muktamad.

Keputusan-keputusan

Keputusan 1
Jika Pengadil dan Pengadil Kedua mengisyaratkan kesalahan serentak dan terdapat
perselisihan pendapat pasukan yang sepatutnya dihukumkan, keputusan pengadil
diutamakan.

Keputusan 2
Kedua-dua Pengadil dan Pengadil Kedua berhak untuk memberikan amaran atau perintah
keluar seseorang pemain, tetapi jika terdapat perselisihan pendapat, keputusan pengadil
diutamakan. Pengadil kedua.

Tugas-tugas

Seorang Pengadil Kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggang yang
bertentangan dengan Pengadil. Dia dibenarkan untuk menggunakan wisel.

Pengadil Kedua membantu pengadil untuk mengawal perlawanan mengikut Undang-undang


Permainan..

Pengadil Kedua juga:


mempunyai kuasa budibicara untuk memberhentikan permainan jika berlaku
perlanggaran undang-undang
Memastikan penggantian dilakukan dengan betul

Jika berlaku gangguan yang tidak sewajarnya, Pengadil akan menamatkan tugas Pengadil Kedua
dan mendapatkan penggantinya serta melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa yang
bertanggungjawab.

Keputusan-keputusan

Untuk perlawanan antarabangsa penggunaan Pengadil Kedua adalah diwajibkan.

12. Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga.

Tugas-tugas

Seorang Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga hendaklah dilantik. Mereka ditempatkan di luar
gelanggang permainan pada pertengahan garisan tepi di sebelahan yang sama dengan zon
penggantian.
Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga itu dilengkapkan dengan jam (randik) yang sesuai dan
peralatan yang perlu untuk menunjukkan kesalahan-kesalahan terkumpul, yang dibekalkan oleh
persatuan atau kelab di mana gelanggang itu dimainkan.

Penjaga Masa:
memastikan jangkamasa perlawanan mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam
Undang-undang 8 dengan memulakan jamnya selepas sepak mula
memberhentikan jam itu bila bola di luar permainan
memulakan semula selepas satu sepakan ke dalam, hantaran gol, sepakan penjuru,
sepakan percuma, sepakan-sepakan dari tanda penalti pertama atau kedua, hentian masa
atau jatuhan bola
mengawal hentian masa satu minit
mengawal masa bagi tempuh masa hukuman 2 minit setelah seseorang pemain diperintah
keluar
memberi isyarat tamatnya masa separuh masa pertama, tamatnya masa perlawanan dan
tamatnya masa-masa tambahan dengan satu tiupan wisel atau isyarat bunyi lain yang
berbeza dari bunyi wisel Pengadil-pengadil.
menyimpan catatan semua hentian masa untuk setiap pasukan
memberi maklumat sewajarnya kepada pengadil-pengadil dan pasukan-pasukan tentang
ini dan memberi isyarat kebenaran hentian masa apabila diminta oleh jurulatih dari salah
satu pasukan. (Undang-undang 8)
menyimpan rekod lima kesalahan terkumpul pertama setiap pasukan pada setiap separuh
masa permainan setelah dihukum oleh pengadil dan memberi isyarat apabila kesalahan
kelima dilakukan oleh mana-mana pasukan.

Pengadil Ketiga

Pengadil Ketiga membantu Penjaga Masa.

mencatatkan lima kesalahan pertama yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan pada setiap
separuh masa yang dicatatkan oleh Pengadil dan memberikan isyarat apabila kesalahan
kelimat dilakukan oleh mana-mana pasukan
menyimpan rekod semua pemberhentian dan sebab-sebabnya di dalam sesuatu
permainan,
catatan nombor pemain-pemain yang menjaringkan gol
mengingatkan nama pemain-pemain yang diberi amaran atau diperintah keluar
memberikan maklumat-maklumat lain yang ada kaitan dengan permainan itu.

Jika berlaku gangguan yang tidak sewajarnya oleh Penjaga Masa atau Pengadil Ketiga, Pengadil
akan menamatkan tugasnya dan mendapatkan penggantinya serta melaporkan kejadian itu
kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

Jika berlaku gangguan yang tidak sewajarnya oleh Penjaga Masa atau Pengadil Ketiga, Pengadil
akan menamatkan tugasnya dan mendapatkan penggantinya serta melaporkan kejadian itu
kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

Keputusan 1

Untuk perlawanan antarabangsa pelantikan seorang penjaga masa adalah diwajibkan.

Keputusan 2

Untuk perlawanan antarabangsa, jam randik yang digunakan hendaklah merangkumi semua
fungsi-fungsi yang diperlukan (penyukat masa yang tepat, kaedah merakam tempuh masa
hukuman 2 minit serentak untuk empat pemain dan mengesan jumlah kesalahan terkumpul
setiap pasukan di setiap masa).

13. Tempoh Masa Permainan.

Tempuh Masa Permainan


Perlawanan hendaklah dibahagikan kepada dua tempuh masa yang sama, iaitu 20 minit setiap
satu.

Catatan masa dilakukan oleh Penjaga Masa yang tugasnya adalah dihuraikan di dalam Undang-
undang 7.
Tempuh masa setiap separuh masa akan dilanjutkan untk membolehkan satu sepakan penalti
dibuat.

Hentian Masa
Setiap pasukan berhak meminta satu hentian masa satu minit pada setiap separuh masa dengan
prinsip-prinsip berikut dikuatkuasakan:

jurulatih pasukan diberi kuasa untuk meminta hentian masa satu minit dan ia boleh
diminta pada bila-bila masa tetapi dibenarkan hanya bila pasukannya mengawal bola
Penjaga Masa memberi isyarat untuk satu hentian masa apabila bola di luar permainan,
dengan menggunakan wisel atau bunyi lain yang berbeza dari yang digunakan oleh
pengadil-pengadil.
Bila satu hentian masa dibenarkan pemain-pemain boleh berkumpul di dalam
gelanggang. Jika mereka hendak menerima arahan dari pegawai pasukan, ia hendaklah
dilakukan di garisan tepi gelanggang berhadapan dengan bangku pemain simpanan
pasukan. Pemain tidak dibenarkan keluar dari gelanggang. Pegawai yang memberi arahan
tidak dibenarkan masuk ke gelanggang.
Pasukan yang tidak meminta hentian masa pada separuh masa pertama, hanya berhak
untuk satu hentian masa pada separuh masa kedua.

Masa Rehat

Rehat pada separuh masa tidak boleh melebihi 15 minit.

Keputusan-keputusan

Keputusan 1
Jika seorang Penjaga Masa tidak disediakan, jurulatih boleh membuat permintaan hentian
masa dari Pengadil
Keputusan 2
Jika peraturan pertandingan menyebut bahawa masa tambahan dimainkan pada
penghujung masa biasa, tiada hentian masa dibenarkan dalam masa tambahan.
14. Permulaan dan Permulaan Semula Permainan.

Pra-perlawanan
Pilihan tempat sepak mula hendaklah ditentukan dengan lentingan syiling. Pasukan yang menang
lentingan berhak membuat pilihan tempat untuk diserang pasukannya.

Pasukan lawan akan memilih sepak mula perlawanan.

Pasukan yang menang lentingan syiling membuat sepak mula pada separuh masa kedua
perlawanan.

Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan bertukar tempat menyerang gol yang
bertentangan.

Sepak Mula
Sepak mula adalah satu cara untuk memulakan atau memulakan semula permainan:

pada permulaan perlawanan


selepas satu gol telah dijaringkan
pada permulaan separuh masa kedua perlawanan
pada permulaan setiap masa tambahan, bila sesuai.

Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula.

Prosedur
semua pemain berada di dalam kawasan separuh gelanggangnya dan berada sekurang-
kurangnya 3 meter dari bola sehingga bola di dalam permainan
bola berada tetap di atas tanda tengah
pengadil memberikan isyarat
bola di dalam permainan apabila ia disepak dan bergerak ke hadapan
penyepak tidak dibenarkan untuk memainkan bola buat kali kedua sehingga ia telah
dimainkan oleh pemain lain

Setelah sesuatu pasukan membuat jaringan, sepak mula dilakukan pasukan lawannya.

Kesalahan-kesalahan/Hukuman
Jika penyepak memainkan bola kali kedua sebelum ia dimainkan oleh pemain lain:
suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan dibuat dari tempat di
manakesalahan itu dilakukan. Walau bagaimanapun. Jika kesalahan itu berlaku oleh
pemain di dalam kawasan penalti pasukan lawan, suatu sepakan percuma tidak terus akan
dibuat di atas garisan kawasan penalti yang hampir dengan kesalahan itu.
Untuk sebarang kesalahan lain dalam prosedur sepak mula, sepak mula dibuat semula.

Jatuhan Bola
Jatuhan bola ialah suatu cara untuk memulakan semula permainan selepas sesuatu penangguhan
sementara yang diperlukan, semasa bola di dalam permainan dengan syarat sebelum
pemberhentian itu bola belum melintasi garisan tepi atau garisan gol, atau mana-mana sebab
yang tidak disebut di mana-mana bahagian Undang-undang Permainan yang lain.

Prosedur
Pengadil hendaklah membuat jatuhan bola di tempat di mana bola berada semasa permainan
diberhentikan, kecuali jika ia berada di dalam kawasan penalti, maka jatuhan bola hendaklah
dibuat di atas garisan 6 meter di tempat paling hampir dengan bola semasa permainan
diberhentikan.

Permainan bermula semula sebaik saja bola menyentuh tanah.

Kesalahan-kesalahan/Hukuman-hukuman

Bola dijatuhkan semula jika:


ia disentuh oleh seseorang pemain sebelum ia menyentuh tanah
bola keluar dari gelanggang selepas ia menyentuh tanah, tanpa disentuh oleh mana-mana
pemain.
15. Bola Di Dalam dan Di Luar Permainan.

Bola di Luar Permainan

Bola adalah di luar permainan apabila:

keseluruhannya telah melintasi garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah atau di
udara
permainan diberhentikan oleh pengadil
ia menyentuh siling.

Bola di Dalam Permainan

Bola sentiasa di dalam permainan termasuk apabila:

ia melantun dari tiang gol atau palang gol ke dalam gelanggang


ia melantun dari pengadil-pengadil ketika mereka berada di dalam gelanggang

Keputusan-keputusan

Apabila sesuatu perlawanan dimainkan di gelanggang dalam dewan dan bola terkena siling,
permainan hendaklah dimulakan semula dengan satu sepakan ke dalam, yang dibuat oleh
pasukan lawan kepada pemain yang akhir sekali menyentuh bola itu.

Sepakan ke dalam dibuat dari garisan tepi paling hampir kepada tempat di mana bola menyentuh
siling.
16. Menentukan Jaringan.

Jaringan Gol

Kecuali terdapatnya peruntukan lain di dalam undang-undang ini, gol dijaringkan apabila
keseluruhan bola telah melintasi garisan gol, di antara kedua-dua tiang gol dan di bawah palang
gol, kecuali bola itu telah dilontar, dibawa atau sengaja dikuis dengan tangan atau lengan oleh
seorang pemain pasukan menyerang, termasuk penjaga gol.

Pasukan yang Menang

Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih dalam sesuatu perlawanan akan dikira
pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringan bilangan gol yang sama atau tiada gol
jaringankan, perlawanan dikira seri.

Peraturan Pertandingan

Untuk perlawanan yang berkesudahan dengan seri, peraturan pertandingan boleh menyatakan
peruntukan yang melibatkan tambahan masa atau prosedur-prosedur lain untuk menentukan
pemenang sesuatu perlawanan.
17. Kesalahan-kesalahan dan Kelakuan Tidak Tertib.

ialah kesalahan yang dihukum dengan satu sepakan percuma terus tercatat di dalam
Undang-unhdang 12.
Lima kesalahan pertama yang terkumpul oleh setiap pasukan pada setiap separuh masa
dan dicatatkan di dalam catatan perlawanan.

Kedudukan Sepakan Percuma

Untuk lima kesalahan terkumpul yang pertama yang dicatatkan oleh mana-mana pasukan di
dalam setiap separuh masa:

Pemain pasukan lawan boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan


percuma itu.
Semua pemain lawan berada sekurang-kurangnya lima meter dari bola sehingga ia di
dalam permainan.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan ini.

Bermula dengan kesalahan terkumpul yang keenam yang dicatatkan oleh mana-mana pasukan di
dalam setiap separuh masa:

Pemain pasukan lawan tidak boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan
percuma itu.
Pemain yang membuat sepakan hendaklah dikenal pasti.
Penjaga gol mesti berada di dalam kawasan penaltinya dan sekurang-kurangnya lima
meter dari bola.
Semua pemain lawan di dalam gelanggang hendaklah berada se belakang garisan
bayangan yang selari dengan garisan gol, dan di luar kawasan penalti. Mereka mestilah
berada lima meter dari bola dan tidak boleh menghalang pemain yang membuat sepakan
itu. Tiada pemain dibenarkan melepasi garisan bayangan itu sehingga bola berada di
dalam permainan.
Prosedur (untuk kesalahan terkumpul keenam dan lebih)

Pemain yang membuat sepakan mesti menyepak bola dengan tujuan untuk membuat
jaringan dan tidak dibenarkan untuk membuat hantaran kepada pemain lain.
Sebaik saja sepakan dibuat, tiada pemain dibenarkan menyentuh bola sehingga ia
disentuh oleh penjaga gol, atau ia melantun dari tiang atau palang gol, atau telah keluar
dari gelanggang.
Tiada sepakan percuma dibenarkan dibuat kurang enam meter dari garisan gol (lihat
Undang-undang 13). Jika sesuatu kesalahan yang biasa dihukumkan dengan suatu
sepakan percuma tidak terus berlaku di dalam kawasan penalti, sepakan percuma itu
hendaklah dibuat dari garisan kawasan penalti yang hampir dengan kesalahan itu.
Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam pasukannya di dalam kawasan
pasukan lawan atau di dalam kawasan sendiri di depan garisan bayangan yang selari
dengan garisan pertengahan padang dan melalui tanda penalti kedua 10 meter dari garisan
gol, sepakan percuma itu hendaklah dibuat daripada tanda penalti kedua. Tanda penalti
kedua ini diterangkan di dalam Undang-undang 1. Sepakan percuma ini hendaklah dibuat
menepati peruntukan yang disebutkan di bawah Posisi untuk sepakan percuma.
Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam pasukannya di dalam kawasannya di
antara garisan 10 meter dengan garisan gol, pasukan yang akan membuat sepakan itu
boleh memilih untuk membuat sepakan itu dari tanda penalti kedua atau dari tempat di
mana kesalahan itu berlaku.
Jika permainan berlanjutan ke masa tambahan, semua kesalahan yang terkumpul dari
separuh masa kedua akan dibawa ke masa tambahan itu.

Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman

Jika mana-mana dari situasi berikut berlaku:

Jika seorang pemain pasukan pertahanan melakukan kesalahan:

Sepakan ini hendaklah dibuat semula, hanya jika suatu gol tidak dijaringkan.
Sepakan ini tidak dibuat semula jika gol telah dijaringkan.

Jika rakan kepada pemain yang membuat sepakan melakukan kesalahan:

Sepakan ini hendaklah dibuat semula, jika suatu gol dijaringkan.


Sepakan ini tidak dibuat semula jika gol tidak dijaringkan.

Jika pemain yang membuat sepakan melakukan kesalahan setelah bola di dalam permainan:
Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan, dan dibuat dari tempat
di mana kesalahan itu berlaku, kecuali ia berlaku di dalam kawasan penalti, dalam hal
demikian, sepakan percuma tidak terus ini dibuat dari garisan kawasan penalti yang
hampir dengan dengan kesalahan itu.

18. Sepakan Penalti

Suatu sepakan penalti diberi kepada pasukan lawan jika seseorang pemain melakukan salah satu
dari kesalahan di atas di dalam kawasan penaltinya tanpa diambil kira kedudukan bola tetapi
dengan syarat bola berada di dalam permainan.

Gol boleh dijaringkan terus dari satu sepakan penalti.

Masa hendaklah dilanjutkan untuk suatu sepakan penalti dibuat pada penghujung masa setiap
separuh masa atau pada penghujung setiap separuh masa tambahan.

Kedudukan Bola dan Pemain

Bola:
Diletakkan di tanda penalti
Pemain yang membuat sepakan penalti:
Dikenal pasti
Penjaga gol bertahan:
Berada di atas garisan golnya, mengadap penyepak, di antara kedua-dua tiang gol,
sehingga bola disepak.

Pemain-pemain selain dari penyepak berada:


Di dalam gelanggang
Di luar kawasan penalti
Di belakang atau di tepi tanda penalti
Sekurang-kurangnya 5 meter dari tanda penalti
Prosedur
Penyepak sepakan penalti itu menyepak bola ke hadapan
Dia tidak dibenarkan memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain
Bola berada di dalam permainan sebaik ia disepak dan bergerak ke hadapan

Apabila sesuatu sepakan penalti dibuat semasa permainan biasa, atau masa dilanjutkan pada
separuh masa atau masa penh untuk membenarkan sepakan penalti itu dibuat atau dibuat semula,
gol diberi jika, sebelum melintasi tiang-tiang gol di bawah palang gol:

Bola menyentuh salah satu atau kedua-dua tiang gol, dan/atau palang gol dan/atau penjaga
gol.

Kesalahan-kersalahan/hukuman-hukuman

Jika mana-mana dari keadaan berikut berlaku:


Seorang pemain pasukan bertahan melakukan kesalahan:

Sepakan ini dibuat semula, hanya jika suatu gol tidak dijaringkan.
Sepakan ini tidak dibuat semula jika gol telah dijaringkan.

Jika rakan kepada pemain yang membuat sepakan melakukan kesalahan:

Sepakan ini hendaklah dibuat semula, jika suatu gol dijaringkan.


Sepakan ini tidak dibuat semula jika gol tidak dijaringkan.

Jika pemain yang membuat sepakan melakukan kesalahan setelah bola di dalam permainan:

Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan, dan dibuat dari tempat di
mana kesalahan itu berlaku, kecuali ia berlaku di dalam kawasan penalti, dalam hal
demikian, sepakan percuma tidak terus ini dibuat dari garisan kawasan penalti yang hampir
dengan dengan kesalahan itu.
19. Sepakan Percuma Tidak Terus

Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol melakukan
salah satu dari kesalahan-kesalahan berikut:

setelah melepaskan bola dari kawalannya, dia menerima semula bola yang disepak oleh
rakannya, tanpa bola terlebih dahulu melepasi garisan tengah atau dimainkan oleh pemain
pasukan lawan
menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia disepak dengan sengaja
kepadanya oleh rakannya
menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia menerima bola terus dari
suatu sepakan ke dalam oleh rakannya
menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kakinya lebih dari empat saat, di
mana-mana bahagian gelanggang, kecuali ia menyentuh bola di separuh bahagian
gelanggang pasukan lawan

Suatu sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan, dan dibuat di tempat
kesalahan, jika, pada pendapat pengadil, seorang pemain:

bermain dengan cara berbahaya


apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang pergerakan pemain lawan
menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya
melakukan mana-mana kesalahan lain, tidak disebut di dalam Undang-undang 12 di atas,
di mana permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar seseorang
pemain

Sepakan percuma tidak terus dibuat di tempat kesalahan, kecuali di dalam kawasan penalti, maka
sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat di atas garisan kawasan penalti yang paling
hampir dengan tempat kesalahan dilakukan.
20. Hukuman-hukuman Disiplin

Kesalahan-kesalahan diberi Amaran

Seorang pemain diberi amaran dan dilayangkan kad kuning jika dia melakukan mana-mana dari
kesalahan berikut:

1. berkelakuan tidak bersemangat sukan


2. membantah keputusan pengadil dengan perkataan atau tindakan
3. sentiasa melanggar undang-undang permainan
4. melambat-lambatkan permulaan semula permainan
5. gagaal menghormati jarak yang diperlukan semasa permainan dimulakan semula dengan
suatu sepakan penjuru, sepakan ke dalam, sepakan percuma atau lemparan gol
6. masuk atau masuk semula gelanggang tanpa kebenaran pengadil atau melanggaar
prosedur penggantian
7. dengan sengaja keluar dari gelanggang tanpa kebenaran pengadil

Untuk mana-mana dari kesalahan di atas, suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada
pasukan lawan, yang dibuat dari tempat kesalahan. Jika kesalahan itu dilakukan di dalam
kawasaan penalti, sepakan percuma tidak terus itu dibuat dari garisan penalti di tempat yang
paling hampir dengan tempat kesalahan. Suatu kesalahan juga diberi dengan syarat tiada
kesalahan yang lebih berat dilakukan.

Kesalahan Perintah Keluar

Seorang pemain diperintah keluar dan dilayangkan kad merah jika melakukan mana-mana

kesalah berikut:
1. bersalah kerana bermain dengan amat kasar;
2. bersalah kerana berkelakuan ganas
3. meludah pemain lawan atau orang lain
4. menggagalkan pasukan lawan suatu jaringan atau peluang jaringan yang jelas dengan
kesalahan memegang bola dengan sengaja (ini tidak termasuk penjaga gol di dalam
kawasan penaltinya)
5. menggagalkan peluang jeringan yang jelas pemain lawan yang bergerak ke arah gol
pemain dengan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan suatu sepakan percuma atau
sepakan penalti
6. menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kesat
7. bersalah kerana menerima amaran kedua dalam satu permainan.

Jika permainan diberhentikan kerana seorang pemain diperintah keluar di atas kesalahan 6 atau

7, tanpa pelanggaran undang-undang lain, permainan akan dimulakan semula dengan satu

sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan dari tempat di mana kesalahan itu dilakukan.

Walau bagaimanapun, jika ia dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus

itu hendaklah dibuat dari garisan kawasan penalti yang paling hampir dengan tempat kesalahan.

Keputusan-keputusan

Seorang pemain yang diperintah keluar tidak boleh masuk semula dalam permainan atau duduk
di bangku pemain simpanan. Pasukannya boleh dilengkapkan semula dua minit selepas perintah
keluar itu, kecuali suatu gol telah dijaringkan sebelum masa dua minit itu tamat, dan dengan
syarat dia menerima kebenaran penjaga masa. Dalam hal sedemikian perkara berikut
dikuatkuasakan:

jika terdapat lima pemain melawan empat pemain dan pasukan yang mempunyai lebih
pemain membuat jaringan, maka pasukan dengan empat pemain itu boleh dilengkapkan
dengan pemain kelima
jika kedua-dua pasukan bermain dengan empat pemain dan jaringan dibuat, kedua-dua
pasukan kekal dengan bilangan pemain yang sama itu
jika lima pemain melawan tiga pemain, atau empat melawan tiga pemain dan pasukan yang
mempunyai lebih pemain membuat jaringan, pasukan tiga pemain boleh menambah satu
pemain sahaja;
jika kedua-dua pasukan bermain dengan tiga pemain dan satu jaringan dibuat kedua-dua
pasukan kekal dengan bilangan pemain yang sama itu
jika pasukan yang kurang pemain membuat jaringan, permainan diteruskan tanpa mengubah
bilangan pemain.

21. Sepakan Percuma

Jenis Sepakan Percuma


Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus.

Untuk kedua-dua sepakan itu bola hendaklah tidak bergerak semasa sepakan percuma dibuat, dan
penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga bola disentuh atau dimainkan oleh
pemain lain.

Sepakan Percuma Terus


Jika dari suatu sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan, gol
dikira.

Sepakan Percuma Tidak Terus


Suatu gol boleh dijaringkan hanya apabila bola itu telah dimainkan atau disentuh oleh
seorang pemain lain sebelum bola masuk ke dalam gol

Kedudukan untuk Sepakan Percuma


Semua pemain lawan mestilah sekurang-kurangnya 5 meter dari bola sehingga ia berada di
dalam permainan
Bola berada di dalam permainan sebaik saja ia disentuh atau dimainkan

Kesalahan-kesalahan/Hukuman-hukuman
Jika, apabila suatu sepakan percuma dibuat, seorang pemain berada lebih hampir ke bola dari
jarak yang diperlukan:
Sepakan dibuat semula
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola semula sebelum ia
dimainkan oleh pemain lain:

Satu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan di tempat kesalahan itu.
Walau bagaimanapun, jika kesalahan itu berlaku di dalam kawasan penalti, sepakan percuma
tidak terus itu hendaklah dibuat di atas garisan kawasan penalti di tempat paling hampir
dengan kesalahan itu.

Jika pasukan yang membuat sepakan percuma mengambil lebih dari 4 saat

Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan.

Isyarat-isyarat

Sepakan Percuma Terus: pengadil mengekalkan lengannyanya melintang menunjukkan


arah sepakan dibuat. Dalam kesalahan yang dikira sebagai kesalahan terkumpul, pengadil
mengisyaratkan dengan menunjukkan jari telunjuk ke bawah supaya pengadil ketiga, atau
mana-mana pegawai pada meja, tahu bahawa ia dikira sebagai kesalahan terkumpul.
Sepakan Percuma Tidak Terus: pengadil mengisyaratkan sepakan percuma tidak terus
dengan mengangkat sebelah tangan lurus ke atas. Dia mengekalkan tangannya sehingga
sepakan itu telah dibuat dan bola telah dimainkan oleh pemain lain.
22. Kesalahan-Kesalahan Terkumpul

Kesalahan-kesalahan terkumpul

ialah kesalahan yang dihukum dengan satu sepakan percuma terus tercatat di dalam Undang-
unhdang 12.
Lima kesalahan pertama yang terkumpul oleh setiap pasukan pada setiap separuh masa dan
dicatatkan di dalam catatan perlawanan.

Kedudukan Sepakan Percuma

Untuk lima kesalahan terkumpul yang pertama yang dicatatkan oleh mana-mana pasukan di
dalam setiap separuh masa:

Pemain pasukan lawan boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma
itu.
Semua pemain lawan berada sekurang-kurangnya lima meter dari bola sehingga ia di dalam
permainan.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan ini.

Bermula dengan kesalahan terkumpul yang keenam yang dicatatkan oleh mana-mana pasukan di
dalam setiap separuh masa:
Pemain pasukan lawan tidak boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan
percuma itu.
Pemain yang membuat sepakan hendaklah dikenal pasti.
Penjaga gol mesti berada di dalam kawasan penaltinya dan sekurang-kurangnya lima meter
dari bola.
Semua pemain lawan di dalam gelanggang hendaklah berada se belakang garisan bayangan
yang selari dengan garisan gol, dan di luar kawasan penalti. Mereka mestilah berada lima
meter dari bola dan tidak boleh menghalang pemain yang membuat sepakan itu. Tiada
pemain dibenarkan melepasi garisan bayangan itu sehingga bola berada di dalam permainan.

Prosedur (untuk kesalahan terkumpul keenam dan lebih)

Pemain yang membuat sepakan mesti menyepak bola dengan tujuan untuk membuat jaringan
dan tidak dibenarkan untuk membuat hantaran kepada pemain lain.
Sebaik saja sepakan dibuat, tiada pemain dibenarkan menyentuh bola sehingga ia disentuh
oleh penjaga gol, atau ia melantun dari tiang atau palang gol, atau telah keluar dari
gelanggang.
Tiada sepakan percuma dibenarkan dibuat kurang enam meter dari garisan gol (lihat Undang-
undang 13). Jika sesuatu kesalahan yang biasa dihukumkan dengan suatu sepakan percuma
tidak terus berlaku di dalam kawasan penalti, sepakan percuma itu hendaklah dibuat dari
garisan kawasan penalti yang hampir dengan kesalahan itu.
Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam pasukannya di dalam kawasan pasukan
lawan atau di dalam kawasan sendiri di depan garisan bayangan yang selari dengan garisan
pertengahan padang dan melalui tanda penalti kedua 10 meter dari garisan gol, sepakan
percuma itu hendaklah dibuat daripada tanda penalti kedua. Tanda penalti kedua ini
diterangkan di dalam Undang-undang 1. Sepakan percuma ini hendaklah dibuat menepati
peruntukan yang disebutkan di bawah Posisi untuk sepakan percuma.
Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam pasukannya di dalam kawasannya di
antara garisan 10 meter dengan garisan gol, pasukan yang akan membuat sepakan itu boleh
memilih untuk membuat sepakan itu dari tanda penalti kedua atau dari tempat di mana
kesalahan itu berlaku.
Jika permainan berlanjutan ke masa tambahan, semua kesalahan yang terkumpul dari separuh
masa kedua akan dibawa ke masa tambahan itu.

Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman

Jika mana-mana dari situasi berikut berlaku:

Jika seorang pemain pasukan pertahanan melakukan kesalahan:

Sepakan ini hendaklah dibuat semula, hanya jika suatu gol tidak dijaringkan.
Sepakan ini tidak dibuat semula jika gol telah dijaringkan.

Jika rakan kepada pemain yang membuat sepakan melakukan kesalahan:

Sepakan ini hendaklah dibuat semula, jika suatu gol dijaringkan.


Sepakan ini tidak dibuat semula jika gol tidak dijaringkan.

Jika pemain yang membuat sepakan melakukan kesalahan setelah bola di dalam permainan:

Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan, dan dibuat dari tempat di
mana kesalahan itu berlaku, kecuali ia berlaku di dalam kawasan penalti, dalam hal
demikian, sepakan percuma tidak terus ini dibuat dari garisan kawasan penalti yang hampir
dengan dengan kesalahan itu.

23. Sepakan ke Dalam.

Sepakan ke dalam adalah suatu tatacara untuk memulakan semula permainan.

Gol tidak boleh dijaringkan terus dari sepakan ke dalam.

Sepakan ke dalam diberi:

Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara, atau terkena
siling
dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi
kepada lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola itu

Kedudukan Bola dan Pemain

Bola
berada tetap di atas garisan tepi
disepak ke dalam permainan ke mana-mana arah
Pemain yang membuat sepakan ke dalam:
sebahagian dari satu kaki di atas garisan tepi atau di atas tanah di luar garisan tepi ketika
menyepak bola itu

Pemain bertahan:
mestilah berada tidak kurang 5 meter dari tempat sepakan ke dalam dibuat.

Prosedur
pemain yang membuat sepakan ke dalam mestilah melakukannya dalam masa 4 saat dari
masa ia menerima bola
pemain yang membuat sepakan ke dalam tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ia
telah disentuh oleh pemain lain
bola berada di dalam permainan sebaik saja ia disepak atau disentuh

Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman

Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika:

Jika pemain yang membuat sepakan ke dalam memainkan bola kali kedua sebelum ia
disentuh atau dimainkan oleh pemain lain. Sepakan percuma tidak terus akan dibuat oleh
pemain pasukan lawan di tempat kesalahan, kecuali ia dilakukan di dalam kawasan penalti,
dalam keadaan ini sepakan percuma tidak terus ini akan dibuat dari garisan kawasan penalti
di tempat paling hampir dengan tempat kesalahan berlaku.

Sepakan ke dalam dibuat semula oleh pemain pasukan lawan jika:

Sepakan ke dalam tidak dibuat dengan betul


Sepakan ke dalam dibuat dari tempat selain dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi.
Sepakan ke dalam tidak dilaksanakan dalam masa 4 saat pemain yang menerima bola itu.
Sebarang kesalahan lain yang dilakukan.
24. Hantaran Gol.

Hantaran gol ialah satu cara untuk memulakan semula permainan

Gol tidak boleh dijaringkan terus dari hantaran gol.

Hantaran gol diberi apabila:

keseluruhan bola melintasi garisan gol, setelah disentuh oleh pemain dari pasukan penyerang
sama ada di udara atau di tanah, dan suatu gol tidak dijaringkan mengikut Undang-undang
11.

Prosedur
bola dibaling dari mana-mana kawasan penaltinya oleh penjaga gol pasukan bertahan
pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola di dalam permainan
penjaga gol tidak memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain
bola di dalam permainan sebaik saja ia dibaling melepasi kawasan penalti tersebut.
Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman

Jika bola tidak melintasi terus dari kawasan penalti:

hantaran gol dibuat semula

Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola kali kedua, sebelum ia
telah disentuh oleh pemain lain:

satu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan dari tempat kesalahan, ia
berlaku di dalam kawasan penalti, dalam hal demikian, sepakan percuma tidak terus ini
dibuat dari garisan kawasan penalti yang hampir dengan dengan kesalahan itu.

Jika setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menerima bola semula dari rakannya:

satu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan dari garisan kawasan penalti
yang hampir dengan dengan kesalahan itu.

25. Sepakan Penjuru.

Sepakan penjuru ialah satu cara untuk memulakan semula permainan.

Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap pasukan lawan.
Sepakan penjuru diberi apabila:

keseluruhan bola melintasi garisan gol, akhir sekali disentuh oleh pemain bertahan sama ada
di tanah atau di udara, dan satu gol tidak dijaringkan menurut Undang-undang 11.

Prosedur
Bola diletakkan tepat pada bahagian dalam lengkuk penjuru yang palaing hampir
Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang 5 meter dari bola sehingga bola didalam
permainan
Bola disepak oleh pemain pasukan menyerang
Bola berada di permainan sebaik saja disepak atau disentuh
Pemain yang membuat sepakan itu tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ia telah
disentuh oleh pemain lain

Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman

Satu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika:

Pemain yang membuat sepakan penjuru itu memainkan bola kali kedua sebelum ia disentuh
oleh pemain lain. Sepakan percuma tidak terus itu dibuat dari mana kesalahan itu berlaku.
Sepakan penjuru itu tidak dibuat dalam masa 4 saat dari masa pemain berkenaan menerima
bola. Sepakan percuma tidak terus itu dibuat dari tanda sepakan penjuru.

Untuk kesalahan-kesalahan lain:

Sepakan penjuru dibuat semula

SEPAKAN DARI TANDA PENALTI

Sepakan dari tanda penalti ialah suatu cara untuk menentukan pemenang di mana peraturan
pertandingan memerlukan suatu pasukan pemenang setelah suatu perlawanan berkesudahan seri.
Prosedur
Pengadil akan menentukan gol bagi sepakan penalti dibuat.
Dia akan membuat lentingan syiling dan pasukan yang menang lentingan syiling itu akan
membuat sepakan pertama
Pada dasarnya setiap pasukan membuat lima sepakan, tertakluk kepada keadaan yang
diterangkan berikutnya
Sepakan dibuat secara selang-seli
Nama dan nombor pemain-pemain yang akan membuat sepakan ini hendaklah dimaklumkan
kepada Pengadil oleh ketua pasukan sebelum sepakan penalti dibuat dan hendaklah dari
senarai 12 pemain yang dikemukakan sebelum perlawanan.
Jika, sebelum kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, salah satu pasukan telah
menjaringan bilangan gol melebihi dari bilangan yang mampu dibuat oleh pasukan lawan,
walaupun ia menamatkan kelima-lima sepakan itu, tiada sepakan akan dibuat.
Jika, setelah kedua-dua pasukan membuat lima sepakan, kedua-dua pasukan telah membuat
jaringan yang sama atau tiada jaringan dibuat, sepakan hendaklah diteruskan dalam giliran
yang sama, sehingga salah satu pasukan telah membuat satu jaringan lebih dari pasukan
lawannya.
Sepakan tambahan ini akan dibuat oleh pemain-pemain yang belum melakukan mana-mana
dari lima sepakan pertama itu. Setelah mereka membuat satu sepakan, pemain-pemain yang
membuat sepakan dahulu akan meneruskan sepakan.
Mana-mana pemain yang telah diperintah keluar tidak boleh mengambil bahagian dalam
sepakan penalti ini.
Mana-mana pemain yang layak boleh menukarkan tempat dengan penjaga gol.
Hanya pemain yang layak dan pegawai-pegawai perlawanan saja dibenarkan berada di dalam
gelanggang semasa sepakan dari tenda penalti dibuat
Semua pemain, kecuali pemain yang membuat sepakan dan kedua-dua penjaga gol, mestilah
berada di dalam gelanggang, di bahagian separuh gelanggang yang bertentangan dengan
tempat sepakan dibuat. Penolong pengadil hendaklah mengawal kawasan ini dan pemain-
pemain yang berada di situ.
Penjaga gol, rakan kepada penyepak mestilah berada di dalam gelanggang tanpa
mengganggu pelaksanaan sepakan itu.

CONTOH ISYARAT PENGADIL.


Adventej Sepakan percuma terus Sepakan percuma

( kesalahan terkumpul ) tidak terus


4 saat Kesalahan kelima Amaran
Perintah keluar Sepak mula Time-out

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya permainan futsal ini ada sedikit
persamaan dengan bola sepak. Cara permainan, peraturan, dan
konsepnya adalah hamper sama. Tapia pa yang membezakannya
adalah tempat permainan dan alatan yang digunakan dan ia
memerlukan stamina yang sangat tinggi kerana futsal adalah
permainan yang lebih kepada ketahanan fizikal dan mental
berbanding bola sepak. Saiz gelanggangnya yang maka
pergerakan setiap pemain juga adalah lebih banyak dan kerap.
Futsal memerlukan lebih banyak pengadil berbanding bola sepak
biasa. Futsal boleh dimainkan pada bila-bila masa dan di mana-
mana gelanggang kerana ia hanya memerlukan ruang seluas
gelanggang bola keranjang. Bilangan pemain yang diperlukan
untuk bermain futsal juga adalah kurang berbanding bola sepak
biasa. Ini juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
seorang pemain futsal mempunyai kekerapan yang tinggi untuk
menyentuh bola. Lantunan bola yang dihasilkan oleh bola futsal
juga adalah kurang berbanding bola sepak biasa. Pertukaran
pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dilakukan
beberapa kali dengan syarat pemain perlulah memberitahu
pengadil terlebih dahulu.
LAMPIRAN
JADUAL TUGASAN BERKUMPULAN BAGI KELAS KEMAHIRAN
IKHTISAS FUTSAL

PENSYARAH: EN.NUZSEP ALMIGO BIN MUHAMMAD ALWI ZAINUDDIN

MINGG KUMPULAN TAJUK


U
3 SYAMIN BIN SAMSUDIN KEMAHIRAN MENGHANTAR
TUAN MOHD MANSUR BIN DAN MENERIMA BOLA
TUAN MOHD EZANEE PERATURAN DAN UNDANG-
UNDANG PERMAINAN
4 NURADILAH BINTI SULLEH KEMAHIRAN MENANDUK BOLA
MUHAMMAD UNTUK PELBAGAI TUJUAN
IKHSANNUDIN BIN PERATURAN DAN UNDANG-
NORDIN UNDANG PERMAINAN
FATIHASUHADA BINTI ABD
AZIZ
5 MOHD ZAMZURI BIN KEMAHIRAN MENGGELECEK,
MOHD NOOR MENUKAR ARAH DAN HALAJU
MOHD ZUHAIRI BIN RAMLI PERATURAN DAN UNDANG-
MOHD RAFIQ RIDHWAN UNDANG PERMAINAN
BIN MOHD ADNAN
6 MUHAMMAD RAFFIZAN KEMAHIRAN SHIELDING DAN
BIN OMAR BLOCKING
MOHD SHARIFF BIN PERATURAN DAN UNDANG-
RUZLAN UNDANG PERMAINAN
7 NORSHAM BINTI HARUN KEMAHIRAN MENJAGA GOL
NORIDA AKMAL BINTI PERATURAN DAN UNDANG-
MOHD KHALID UNDANG PERMAINAN
HAMSYAH BIN SANUSI
8 NORNABILA FARHANA KEMAHIRAN MENJARINGKAN
BINTI RAZALI GOL MENGGUNAKAN
NURUL NABILA BT SAIDIN PELBAGAI BAHAGIAN KAKI
MUHAMMAD FAIZ BIN PERATURAN DAN UNDANG-
MOHD RAZALI UNDANG PERMAINAN
9 TENG SEET MAY KEMAHIRAN MENGAMBIL
MOHD FARIZE BIN SEPAKAN PENALTI DAN
HASHIM SEPAKAN SUDUT
MOHAMMAD FENDY BIN PERATURAN DAN UNDANG-
ISMAIL UNDANG PERMAINAN
10 HAMMADAH BIN SISTEM PERMAINAN DAN
ISKANDAR PERGERAKAN
HAFIEZAIME BIN PEMAIN(ROTATION, DIAMOND,
ABDULLAH DAN 2-2)
PERATURAN DAN UNDANG-
UNDANG PERMAINAN

BIBILOGRAFI
http://en.wikipedia.org/wiki/Futsal

http://en.wikipedia.org/wiki/Futsal#History
http://en.wikipedia.org/wiki/Futsal#Ranking

http://www.gofutsal.com/

http://www.gofutsal.com/modules/futsal/

http://www.futsal.com.my/home.php

http://www.futsalplanet.com/home/index.asp

http://www.futsalplanet.com/news/news-01.asp?id=12675

http://www.sambadefutsal.com/

http://www.metacafe.com/watch/138370/futsal_skills_robinho_x_falcao/

http://buddysurvey4u.com/search/futsal/index.htm

http://www.the-afc.com/en/tournaments/men-a-youth/afc-futsal-championship

http://sukan-sriaman.blogspot.com/2007/12/sejarah-futsal.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Futsal

http://goal.perubatan.org/index.php?view=article&id=30%3Asejarah-
futsal&format=pdf&option=com_content

Anda mungkin juga menyukai