Anda di halaman 1dari 7

Jawi adalah merupakan satu bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang wajib

dipelajari oleh setiap murid muslim di peringkat rendah. Namun adalah menjadi masalah
kepada murid dalam menguasai kemahiran penulisan dan pembacaan Jawi. Murid lemah
dan keliru dalam mengesan huruf-huruf yang bersambung dalam membentuk perkataan.

Pelajaran Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu matapelajaran yang wajib
dipelajari oleh setiap murid Muslim di peringkat sekolah rendah. Manakala Pelajaran
Jawi adalah salah satu bidang dalam Pendidikan Islam, malah buku teks juga ditulis
dengan tulisan jawi. Menyedari hakikat ini, semestinya setiap murid perlu menguasai
pelajaran Jawi, iaitu mereka dapat membaca dan menulis Jawi dengan baik.

Dalam menguasai pembacaan Jawi, murid-murid mempunyai masalah untuk mengenal


huruf apabila bersambung, manakala dalam penulisan Jawi pula mereka bermasalah
untuk menyambung huruf-huruf dalam membentuk perkataan, Masalah ini mungkin
wujud walaupun mereka mahir dalam mengenal huruf tunggal Jawi mahupun huruf-huruf
Hijaiyyah (Al-Quran). Keadaan ini akan menyebabkan mereka sukar untuk menjalankan
aktiviti pembelajaran dan mengikuti pengajaran di dalam bilik darjah serta bermasalah
untuk menduduki peperiksaan dan ujian secara bertulis.

Masalah kurangnya penguasaan jawi di kalangan murid adalah berpunca dari kurangnya
penekanan dan kesedaran daripada pihak penjaga. Ibu bapa dan penjaga kurang
menghiraukan anak-anak sekiranya mereka gagal dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
dan Jawi. Keadaan ini menyebabkan murid kurang memberi penekanan kepada Jawi.

Selain itu, sikap murid sendiri yang kurang berminat dengan matapelajaran Jawi dan
Pendidikan Islam. Keadaan ini berlaku kerana mereka menganggap bahawa pelajaran
berkenaan tidak dinilai dalam peperiksaanpeperiksaan dan mereka mengambil sikap
sambil lewa dalam mengikuti pelajaran tersebut.

satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar melalui latihan
yangsistematik dan dapat memenuhi keperluan mereka. Pemulihan juga dikenali sebagai
satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk
kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran di kalangan murid di sekolah
biasa. Ini bermakna pemulihan sebagai tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi
kesusahan darisegi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa atau di pusat khusus
yang dihadiri oleh pelajar secara sambilandalam kumpulan yang diasingkan untuk
pengajaran khusus oleh guru pemulihan (Ab. HalimTamuri. 2007).Sang M.S (1998)
berpendapat pendidikan pemulihan adalah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajarn
untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas.Model
Kelas Pemulihan JawiJawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan
mula dilaksanakan padatahun 2003 dengan pendekatan pengajaran dua waktu seminggu
pada enam bulan pertama diTahun Satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati
penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-
QAF menjadi keutamaan khasnya kepada pelajar yang tercicir supaya semua pelajar
boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingansecara berterusan. Model Kelas
Pemulihan Jawi ini diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalamwaktu yang sama dengan
kelas Jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan
pembelajara yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Kelas Pemulihan
Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas pemulihan Jawi j-QAF untuk
memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. kelas ini dijalankan serentak dengan
jadual waktu persekolahan sedia ada. Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan
dengansekurang- kurangnya dapat mengenal,menyebut,dan menulis huruf-huruf
tunggal,suku kataterbuka, suku kata tertutup dan perkataan mudah yang dibina daripada
suku kata terbuka dansuku kata tertutup. Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun satu
yang tidak dapat melepasiujian khas seperti tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata
terbuka. Matapelajaran inihendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat
murid-murid,mudah dan tidak membebankan.

Pemulihan JawiMasalah penguasaan Jawi di kalangan pelajar menjadi isu yang hangat
diperkatakan. Menguasaisetiap kemahiran mengenal huruf adalah wajib bagi setiap
pelajar terutamanya mengenal huruf tunggal Jawi.Pelajar yang tidak mengenal huruf
tunggal Jawi akan menyebabkan merekatertinggal apabila rakan-rakan yang seusia
mereka telah mengikut kemahiran yang lebih tinggidan semakin susah. Pelajar akan
semakin sukar mengingat kembali apa yang diajar dan terkelirudengan bunyi dan bentuk
huruf yang hampir sama sebutan dan bentuknya. Menurut MuhammadEndut (1990)
pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi akansemakin
ketinggalan dalam Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan
olehguru ditulis dalam tulisan Jawi.Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran asas ;
mengenal , mengeja dan menulis huruf Jawi akan dipulihkan dalam sesi pembelajaran
yang berasingan untuk memudahkan gurumengajar berdasarkan tahap pelajar. Kelas
pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakanoleh guru Kelas Pemulihan Jawi j-
QAF yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 adalah untuk pelajar yang tercicir .
Pelajaran Jawi adalah salah satu komponen mata pelajaran PendidikanIslam dengan
pendekatan pengajaran sebanyak dua kali seminggu pada enam bulan pertama bagi Tahap
Satu. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.Pelajar
yang tercicir ini akan menguasai sekurang-kurangnya kemahiran mengenal, mengejadan
menulis huruf tunggal jawi, suku kata terbuka dan perkataan yang dibina
apabiladicantumkan dua suku kata terbuka. Pelajar yang dipilih mengikuti kelas ini
adalah pelajar yangtidak melepasi ujian saringan yang dijalankan. Pelajar yang lemah
dalam pelajaran Jawi ini perlu diberi perhatian dan tumpuan yang lebih dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran guru juga sepatutnya diubah agar sesuai dengan pelajar dan
minat pelajar.Zulkifli Haji Dahalan (2003) menyatakan bahawa pendedahan Pendidikan
Islam kepada setiapindividu Muslim perlu bermula sejak kecil lagi. Penekanan Pelajaran
Jawi wajar dilakukanketika mereka mula mengenal huruf. Pembinaan strategi dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran kelas Pemulihan Jawi amat penting bagi mencapai
matlamat yang telahdisasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.SKOP

Modul Pemulihan Jawi ini memberi memberi tumpuan kepada aspek pemulihan
yangmerangkumi perkara berikut:1 Menguasai huruf jawi tunggal dan suku kata.2
Menulis tulisan jawi dengan baik.3 Membaca tulisan jawi dengan lancar.4 Mempelajari
asas seni tulisan jawi.

Matlamat

Matlamat Modul Pemulihan Jawi adalah untuk membolehkan murid-murid yang


ketinggalan jawi dipulihkan dan menyertai murid-murid laindi dalam kelas jawi
biasa.OBJEKTIFSetelah mengikuti kelas pemulihan jawi murid dapat:1 Mengenal,
menyebut dan menulis huruf jawi tunggal.2 Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi
sambung.3 Mengenal, membaca dan menulis suku kata terbuka.4 Mengenal, membaca
dan menulis suku kata tertutup.5 Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat.6
Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman.7 Mengenal, membaca dan menulis
perkataan berimbuhan dan ayat pendek.8 Mengenal dan menggunakan tanda baca.9
Membaca dan menulis pelbagai jenis teks mudah daripada pelbagai bahan.10 Mengenal
dan meniru seni khatAntara masalah-masalahnya ialah mereka seringkali sukar
mengingat kembali apa yangtelahdiajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan
bentuk-bentuk huruf jawitunggal.Jadi,persediaan secara teori dan amali membolehkan
sesuatu tugas itu dijalankan secara professional. Sebagai langkah awal, pembinaan
strategi pengajaran dan pembelajaran pemulihan jawi amat penting bagi mencapa
imatlamat yang sebenar. Pendekatan tersebuthendaklah lebih berkesan dan sesuaidengan
tahap kemampuan murid-murid bagi memastikankeberkesanan pengajaran dan
pembelajaran jawi serta menarik minat mereka untuk terus belajar sehingga mampu
membaca dan menulis jawi.

Kemahiran Membaca Antara aktiviti pemulihan yang dapat dilakukan oleh guru di dalam
kelas ialah membaca, menulis dan mengira. Al Sagoff (1996) menyatakan kaedah
pengajaran pemulihan membaca terbahagi kepada dua teknik, iaitu:

1. teknik am.

Seorang guru perlu melakukan proses saringan untuk mengenalpasti kelemahan yang
dihadapi oleh pelajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Terdapat
lima prinsip asas yang perlu dlaksanakan dalam program pemulihan;

1. Memulakan proses pengajaran mengikut tahap kebolehan pelajar.

2. Pencapaian pelajar perlu sentiasa diberitahu.

3. Pengajaran dan pembelajaran harus serupa dengan keadaan sebenar.

4. Rasa puas hati pelajar akan mempercepatkan dan memudahkan proses pembelajaran.

5. Latihan yang banyak dan pelbagai harus dilakukan kerana pelajar perlu kepada
pengalaman yang baru.

2. teknik khusus.

Teknik ini sesuai dijalankan terutama untuk pengajaran pemulihan dalam


bidangkemahiran membaca. Antaranya menambah kadar kepantasan membaca: pelajar
yang sudah pandai membaca, menambah kadar kepantasan membacanya akan menjadi
mudah.

1. Selalu membaca: membaca bahan bacaan yang mudah dan yang menyeronokkan
adalah cara yang paling baik.

2. Penggunaan masa yang terhad; Menghadkan masa membaca akan mempercepatkan


kadar bacaan Kemahiran Menulis Aktiviti menulis adalah merupakan salah satu aspek
yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Jawi.

Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis akan menghadapi masalah dan
guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti mengenaldan menulis Jawi Aktiviti ini
amat sesuai untuk pelajar kelas pemulihan sekolah rendahyang masih belum menguasai
cara menulis Jawi. Kebanyakan pelajar sekolah rendah belum dapat menguasai
kemahiran mengenal huruf tunggal Jawi. Mereka juga tidak dapat membezakan bunyi
sebutan huruf yang hampir sama. Pelajar juga sering terkeliru dalam membezakan bentuk
huruf yang hampir sama. Kaedah Belajar Sambil Bermain Permainan adalah suatu
aktiviti yang boleh merangsang minat murid untuk belajar. Permainan berbentuk
pertandingan atau perlawanan bersama dengan peraturan tertentuakan menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang seronok.1. Permainan
Roda Impian Jawi Permainan ini adalah sama seperti rancangan realiti Roda Impian .
Murid dimintamemilih satu suku kata atau huruf Jawi dan memusing roda. Penanda yang
terdapat pada roda akan berhenti di salah satu suku kata atau huruf. Pelajar yang
memusing rodadiminta menyambung dan mengeja suku kata tersebut menjadi perkataan
yang mudahdifahami.2. Joran JawiGuru menyediakan kad huruf tunggal hijaiah atau kad
suku kata terbuka berbentuk ikan.Pelajar akan memancing menggunakan joran dan akan
mengeja suku kata. Pelajar yangdapat mengeja dengan betul akan diberi ganjaran.3.
Pandai JoranKad-kad huruf tunggal jawi akan ditampal di atas polisterin secara
berselerak. Pelajar akan memilih dan menyebut suku kata atau huruf berulang kali.
Pelajar yang tidak dapatmenguasa kemahiran akan diajar menyebut huruf atau mengeja
suku kata terbuka. Pengelolaan Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti yang dijalankan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah secara individu, kumpulan dan kelas
secara terancang dan teratur di samping mengaitkan aktiviti dengan akhlak Islam dan
nilai-nilai murni.

1. Aktiviti secara IndividuAktiviti yang dijalankan secara individu memberi peluang


kepada murid untuk berinteraksi secara personal dengan guru dan secara tidak langsung
guru dapatmengetahui kelemahan pelajar.

2. Aktiviti secara KumpulanPembahagian kanak-kanak kepada beberapa kumpulan


membolehkan pelajar berkomunikasi dan bekerjasama. Aktiviti yang berbentuk
permainan sangat sesuaiterutama guru mengadakan pertandingan.

3. Aktiviti secara KelasAktiviti ini melibatkan seluruh kelas secara serentak. Guru
menggunakan aktiviti iniuntuk menyampaikan maklumat , arahan, penerangan, bercerita,
bersoal jawab danmembuat refleksi sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir.
Antara aktivitiyang sesuai dijalankan ialah nyanyian, bercerita atau kuiz.

PENUTUP

Guru merupakan orang yang paling kuat mempengaruhi pembelajaran pelajar danmereka
juga memainkan penting dalam mempersembahkan cara untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui penggunaan bahan
bantu mengajar, aktiviti berkumpulan, motivasi dan interaksi akan merangsang pelajar
untuk belajar. Guru yang bersifat positif akan menerima perubahan sebagai satu cabaran
dalam profesion mereka. Sebaliknya guru yang mempunyai sikap negatif akan terus
menggunakan kaedah pengajaran secara lama kerana ianya telah menjadi kebiasaan
kepada guru tersebut. Dalam pembelajaran Jawi, guru perlu berusaha menggerakkan
dirinya untuk mencapai kualiti kerja. Guru yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha
untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran Jawi dalam bilik darjah dengan
merancang teknik mengajar dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik.
Kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang mempunyai
tahap pengetahuan yang berbeza dalam penguasaan Jawi bertujuan memudahkan pelajar
memahami pengajaran guru dalam suasana gembira dan tanpa rasa terpaksa. Program j-
QAF yang dilaksanakan pada tahun 2003 merupakan satu langkah yang amat baik untuk
memperbaiki penguasaan Jawi di kalangan pelajar. Sasaran j-QAF yang bertujuan untuk
memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada Jawi, Al-Quran,
bahasa Arab dan Fardhu Ain adalah satu usaha yang baik demi untuk membentuk
keseimbangan spiritual dan jasmani pelajar.

RUJUKAN

Zarina Binti Mahyuddin, Rasimah Binti Idrus, (2005). Pelajaran Jawi Tahun 2, DBP,
Kuala Lumpur.

Matlob, (2003), Modul Cekap Jawi: Pandai Jawi Pandai Khat, Penerbitan Matlob, Kuala
Lumpur.

Buku Tinta Dikara Masalah Pengajaran dan Pembelajaran oleh Jabatan Pelajaran Kedah
dan Majlis Guru Cemerlang Kedah, Kedah.

Huruf Jawi (Bahasa Arab: Jwi) (atau Yawi di Daerah Pattani) adalah abjad arab
yang diubah untuk menuliskan Bahasa Melayu. Abjad ini digunakan sebagai salah satu
dari tulisan resmi di Brunei, dan juga di Malaysia, Indonesia, Filipina selatan, Patani di
Thailand selatan dan Singapura untuk hal hal yang bersifat kerohanian. Kemunculannya
berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Abjad ini
didasarkan pada abjad arab dan digunakan untuk menuliskan ucapan Melayu. Dengan
demikian, tidak terhindarkan adanya tambahan atau modifikasi beberapa huruf untuk
menggantikan bunyi yang tidak ada dalam bahasa Arab (misalnya ucapan /o/, /p/, atau
//). Bukti terawal tulisan Jawi ini berada di Malaysia dengan adanya Prasasti Terengganu
yang bertarikh 702 Hijriah atau abad ke-14 Masehi (Tarikh ini agak bermasalah sebab
bilangan tahun ini ditulis, tidak dengan angka). Di sini hanya boleh dibaca tujuh ratus
dua: 702H. Tetapi kata dua ini bisa diikuti dengan kata lain: (20 sampai 29) atau -lapan ->
dualapan -> "delapan". Kata ini bisa pula diikuti dengan kata "sembilan". Dengan ini
kemungkinan tarikh ini menjadi banyak: (702, 720 - 729, atau 780 - 789 H). Tetapi
kerana prasasti ini juga menyebut bahawa tahun ini adalah "Tahun Kepiting" maka hanya
ada dua kemungkinan yang tersisa: iaitu tahun 1326M atau 1386M.
Pendidikan Jawi merangkumi pelbagai jenis kemahiran mengenal, mengeja, menyebut,
membaca dan menulis jawi dengan matlamat untuk membolehkan pelajar menguasai
pelbagai mata pelajaran dalam pendidikan Islam seperti Asuhan Tilawah Al-Quran,
Ulum Syariah yang meliputi Akidah, Ibadah dan Sirah serta Adab dan Akhlak Islamiah
selain daripada Pengajaran Jawi. Ini bermakna kebolehan membaca dan menulis Jawi
amat penting bagi seseorang pelajar dalam memahami dan menguasai pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam (Che Siah Che Man 2006). Ini kerana hampir semua
bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam menggunakan tulisan Jawi.

Kecelaruan dan perbahasan mengenai kedudukan bidang jawi sebagai satu mata pelajaran
dalam sistem pendidikan negara sama ada diajar dalam subjek Pendidikan Islam atau
Bahasa Melayu tidak dapat disangkal lagi (Hashim Musa & Adi Yasran 2009; Akmariah
& Sofiah 2010). Penolakkan hak pengajaran dengan pelbagai alasan mengambarkan
bahawa tulisan jawi kurang mendapat tempat di hati bangsanya sendiri. Terkini, Model
Kelas Pemulihan Jawi yang sebelum ini dilaksanakan oleh guru-guru j-QAF bagi
memulihkan murid-murid keciciran jawi telah terkubur dengan sendiri apabila guru-guru
tersebut dilantik kembali sebagai guru Pendidikan Islam. Sebelum ini program j-QAF
telah dilihat sebagai pemangkin utama dalam memperkasakan tulisan jawi dalam
kalangan pelajar sekolah rendah.

Anda mungkin juga menyukai