Anda di halaman 1dari 2

UNIT 4: TINGKATAN 4

UNIT 4 :KERANAMU MALAYSIA


Tema : Patriotisme

Pendahuluan:
- Patriotisme itu boleh didefinisikan sebagai perasaan cinta yang kuat
terhadap tanah air.
- Namun begitu semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia
terutamanya golongan remaja semakin luntur.
- Semangat patriotisme ini perlu diterapkan dalam diri setiap remaja supaya
proses menuju negara maju bergerak seiring dengan semangat cintakan
tanah air.
- Kesepaduan antara semangat cintakan tanah air dan usaha mencapai
status negara maju dapat mengangkat martabat Malaysia di persada
dunia.

Faktor Semangat Patriotisme Semakin Luntur


1. Lahirnya individu yang mementingkan diri sendiri berbanding memelihara
kepentingan negara dan masyarakat

- individu yang lebih mementingkan kesempurnaan diri dan keluarga dari aspek
ekonomi, politik dan sosial
-tidak memainkan peranan sewajarnya dalam membangunkan negara walaupun
mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu
-contoh: mengambil keputusan berhijrah ke luar negara ketika negara
mengalami masalah kemelesetan ekonomi.

2. Kurang menekankan semangat patriotik di sekolah


- pendidikan di sekolah lebih berorientasikan peperiksaan.
- Penyerapan unsur patriotisme dalam PdP kurang diberikan perhatian oleh guru.
- contoh: Guru Sejarah lebih memberikan perhatian kepada kemahiran
menguasai fakta sejarah dan kurang peka menyelitkan nilai patriotisme di dalam
PdP.

3. Kempen kesedaran kurang berkesan (hangat-hangat tahi ayam)

-kempen kesedaran mengenai semangat patriotisme ini hanya dilakukan pada


waktu-waktu tertentu sahaja.
- kempen seperti ini hanya giat dijalankan apabila tiba bulan kemerdekaan
sahaja.
- hal ini menyebabkan semngat patriotisme ini gagal diserap dengan utuh dalam
diri masyarakat terutamanya remaja. Hal ini demikian kerana, mereka kurang
terkesan dengan kempen yang hanya dijalankan secara bermusim

4. Kemasukan budaya asing ke dalam negara.


UNIT 4: TINGKATAN 4

- Budaya asing semakin mudah meresap masuk ke dalam negara seiring dengan
perkembangan arus teknologi maklumat.
- budaya asing ini mempengaruhi budaya hidup masyarakat, ekonomi dan
sebagainya.
- masyarakat mudah terikut-ikut dengan budaya asing yang difikirkan lebih
moden ini. Hal ini sekaligus menyebabkan semangat cinta akan negara semakin
terhakis.

5. Masalah sentimen perkauman

- masyarakat di Malaysia lebih mementingkan kumpulan etnik dan kaum masing-


masing dari segi aspek ekonomi,politik dan sosial.
- hal ini menyebabkan masyarakat yang berbilang kaum ini semakin berpecah
belah dan tidak wujud unsur perpaduan.
- unsur perpaduan yang semakin terhakis ini akan mempengaruhi semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kesan Semangat Patriotisme Semakin Luntur

1. Keharmonian negara terjejas


- apabila semangat perpaduan semakin terhakis secara tidak langsung
keharmonian negara terjejas.
- Hal ini bermakna tidak ada kesepaduan dalam kalangan rakyat.
-contoh: rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan
bersama.

2. Negara mudah diancam kuasa asing


- Apabila tiada rasa cinta akan tanah air, masyarakat seperti enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing tidak mengambil kira kepentingan
mempertahankan kedaulatan negara.
- Bagi mereka yang tidak cinta akan tanah air, kemaslahatan diri sendiri dan
keluarga lebih perlu diberikan perhatian berbanding memfokuskan kepada isu-isu
kepentingan negara.
- Kelemahan ini akan memudahkan kuasa asing untuk cuba campur tangan
dalam politik dan ekonomi negara kita.

Kesimpulan
- Semangat patriotisme perlu ditingkatkan dan diberikan perhatian khusus
oleh semua pihak.
- Jika tiada semangat patriotisme dalam diri setiap masyarakat Malaysia
maka usaha untuk menuju negara maju akan menjadi kurang sempurna.
- Hal ini demikian kerana, melalui semangat patriotisme, rasa cinta akan
tanah air dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum akan
melahirkan masyarakat yang sentiasa berganding bahu di atas satu
matlamat yang sama. Masyarakat juga akan sentiasa bersatu padu
mempertahankan negara daripada ancaman musuh. (sepakat membawa
berkat, bersatu teguh, bercerai roboh).

Anda mungkin juga menyukai