Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM MEMBAS LINUS 2.

0 2016
NUMERASI
SJK CHUNG HUA SUNGAI MOYAN (YCC1313)

1.0 Tajuk Program: Hapus LINUS Num

2.0 Latar Belakang

2.1 Program LINUS 2.0, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah


menyasarkan semua murid Tahun 3 yang tidak mempunyai masalah
dalam pembelajaran kecuali Murid Berkeperluan Khas (MPK)
berkeupayaan menguasai 100% kemahiran asas yang terkandung dalam
12 konstruk Literasi Bahasa Melayu (LBM), Literasi Bahasa Inggeris (LBI)
dan Numerasi (Matematik).

Namun demikian, berdasarkan dapatan analisis data saringan 1, 2016


masih terdapat murid Tahun 3 yang belum menguasai K1-K12.

3.0 Tarikh dan masa pelaksanaan

3.1 Tempoh pelaksanaan bermula pada 20 Jul 2016 hingga 14 Okt 2016

3.2 Tempoh pelaksanaan program Hapus LINUS Num adalah pada setiap
hari Selasa seperti jadual berikut bermula dari pukul 6:40-7:00pagi:

Tarikh Catatan
2 Ogos 2016
9 Ogos 2016
16 Ogos 2016
23 Ogos 2016 Peperiksaan Pertengahan Semester 2
30 Ogos 2016
6 Sep 2016 Dibatalkan. (UPSR)
13 Sep 2016 Dibatalkan. (Cuti Pertengahan Penggal 2)
20 Sep 2016
27 Sep 2016
4 Okt 2016
11 Okt 2016

4.0 Tempat

4.1 Program Hapus LINUS Num dijalankan di bilik komputer.

5.0 Objektif
5.1 Membantu murid meningkatkan peratus penguasaan konstruk dalam
Saringan 2 Program LINUS 2.0 Numerasi 2016
5.2 Melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran yang efektif dan
berkesan untuk membantu murid yang belum menguasai konstruk..

6.0 Kumpulan sasaran

6.1 Murid yang tidak menguasai LINUS Numerasi Saringan 1 2016

7.0 Jawatankuasa program

7.1 Sila rujuk lampiran

8.0 Senarai Huraian Tugas AJK

8.1 Sila rujuk lampiran

9.0 Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

9.1 Output: 1 orang murid menguasai konstruk K1-K12 dalam saringan


2, Tahun 3 2016.
9.2 Outcome: Selepas pelasanaan Program Hapus LINUS Num, murid
dapat meningkatkan pencapaian konstruk yang belum dikuasai.

10.0 Implikasi Kewangan

10.1 Anggaran perbelanjaan: Tiada


10.2 Sumber kewangan: Tiada

11.0 Strategi Pelaksanaan

11.1 Strategi pengajaran visual yang melibatkan penggunaan pelbagai


bahan bantu mengajar seperti bahan maujud, gambar, video dan
sebagainya digunakan mengikut kesesuaian topik yang ingin
disampaikan.

11.2 Strategi ini dapat meningkatkan minat dan perasaan ingin tahu murid
selain meningkatkan kefahaman konsep dalam aktiviti pembelajaran.

12.0 Pengisian Program

12.1 Sesi perjumpaan ibu bapa mulai sebulan selepas pelaksaanan


program dengan kekerapan sekali sebulan untuk memaklumkan
kemajuan anak mereka dalam konstruk yang telah dikuasai dan
belum dikuasai.

13.0 Jadual

Perkara Tarikh Pelaksanaan


Jul Ogo Sep Okt
Taklimat Program MEMBAS 20
Penyediaan kertas kerja program 21-27
Pretest 29
Program Hapus LINUS Num
LINUS Numerasi saringan 2 membaca
LINUS Numerasi saringan 2 bertulis
Masuk data LINUS Numerasi saringan 2
Post-test 11

14.0 Kaedah Pemantauan

14.1 Hasil kerja murid


14.2 Hasil borang pemantauan oleh Guru Besar

15.0 Pelan Pengurusan Risiko

15.1 Sekiranya guru LINUS tidak hadir ke sekolah pada hari program
Hapus LINUS Num, penyelaras LINUS akan melaksanakan program
tersebut.

16.0 Penutup

16.1 Pihak sekolah berharap Program Hapus LINUS Num dapat


meningkatkan peratus penguasaan dalam Saringan 2 Program
LINUS 2.0 2016 dan semoga semua pihak yang terlibat dapat
bekerjasama untuk menjayakan pelaksanaan program ini.

17.0 Disediakan oleh,

_____________________________
(NG CHIEW LIN)
Guru Subjek Matematik Tahun 3
Disemak oleh,

_____________________________

(CHONG PEI SAN)


Penyelaras LINUS

Disahkan oleh,

_____________________________
(CHONG FUNG MOI)
Guru Besar,
SJK Chung Hua Sungai Moyan

Anda mungkin juga menyukai