Anda di halaman 1dari 4

Pembinaan Lapisan Subgred

Langkah pertama yang dilakukan dalam pembinaan subgred ialah dengan


membuat ujian keupayaan galas tanah.

Sekiranya keupayaan galas tanah asal mencukupi, maka permukaan tanah


diratakan untuk pembinaan lapisan seterusnya.

Jika keupayaan galas tanah kurang sesuai untuk dijadikan subgred,


penstabilan atau penambakan tanah asing perlu dilakukan.

Kerja penstabilan dilakukan dengan mengadunkan bahan penstabilan


dengan tanah sebelum dilakukan pemadatan.

Penggunaan tanah asing pula dilakukan dengan mengorek tanah yang


didapati tidak sesuai untuk dijadikan subgred.

Tanah asing yang sesuai direbak menggunakan traktor pada ketebalan


tertentu, sebelum dipadatkan.

Jentera pemadatan yang biasa digunakan ialah jentera penggelek roda


besi dan penggelek bergetar.

Semasa kerja pemadatan, faktor yang berikut perlu dikawal dengan teliti
supaya kekuatan tanah yang diperlukan dapat dicapai dalam masa yang
singkat dan kos yang rendah.

Kandungan lembapan tanah.

Tebal lapisan tanah.

Jenis dan berat jentera pemadat.

Laju dan bilangan larian

Setelah lapisan pertama mencapai kepadatan, maka lapisan seterusnya


dibina sehingga mencapai aras formasi dengan kamber yang ditetapkan.

Kebiasaannya, lapisan atas subgred akan ditutup dengan lapisan pasir


atau habuk batu pecahan untuk menghalang percampuran bahan subgred
ke lapisan subtapak.

Pembinaan Subtapak

lapisan yg terletak di antara lapisan tapak jalan & s/gred

Bahan lapisan subtapak seperti pasir lombong, pasir sungai, pecahan


batu atau tanah laterit terpilih diletakkan dan diratakan di atas lapisan
subgred.

Sekiranya ketebalan lapisan subtapak melebihi 150mm, ia dibina dalam


dua lapisan.
Setiap lapisan dipadatkan dengan menggunakan jentera penggelak.

Pemadatan dilakukan scr memanjang dr tepi ke tengah & dr rendah ke


tinggi.

Di samping itu, kamber perlu dipastikan dari masa ke semasa.

Subtapak ialah lapisan pengagih beban sekunder yang mengagihkan


beban kenderaan ke subgred.

Fungsi subtapak ialah seperti berikut:

Menanggung tapak jalan dan mengagihkan beban ke lapisan subgred.

Bertindak sebagai lapisan penyalir.

Memisahkan lapisan tapak dan subgred.

Jalan sementara sms kerja2 pembinaan.

Pembinaan Tapak

merupakan lapisan terpenting

dibuat dr bhn yg bkualiti agak tinggi

lapisan penyebar beban yg utama & yg paling tebal

Tapak jalan di negara ini kebanyakannya dibina dengan bahan adunan


batu pecahan sama ada basah atau kering.

Perkembangan teknologi terkini dalam penyediaan lapisan tapak,


membolehkan penggunaan jentera penurap.

Setiap lapisan longgar yang direbak/rata mestilah tidak melebihi


150mm tebal.

Setiap lapisan dipadatkan dan ditarah mengikut kamber yang


ditetapkan.

Ia diratakan sehingga meliputi 250mm daripada lebar sebenar


permukaan jalan dengan tujuan bagi menyediakan sokongan sisi
terhadap lapisan permukaan jalan.

Antara fungsi lapisan tapak ialah:

Bertindak sebagai lapisan penanggung utama beban.

Mengagihkan beban ke lapisan di bawahnya.

Menyediakan permukaan binaan untuk lapisan berbitumen.

Antara kaedah pembinaan lapisan ini ialah:


Macadam Crusher-run (Run Road Base.)

Macadam ikatan kering (Dry Bound Macadam Road Base).

Macadam ikatan basah (Wet Bound Macadam Road Base).

Tapak Berbitumen Tumpat (Bituminous Bound Macadam Road


base).

Lapisan Tapak Dan Subtapak Ikatan Simen.

Macadam ikatan Air Pracampuran

Pembinaan Permukaan

Lapisan permukaan berbitumen adalah lapisan terakhir dalam pembinaan


turapan jalan.

Pembinaan ini dilakukan dalam dua peringkat:

Pembinaan lapisan pengikat.

Pembinaan lapisan haus.

Pembinaan permukaan jalan dimulakan dengan menyembur bitumen ke


atas tapak jalan.

Bitumen ini akan membentuk satu lapisan yang dinamakan salut


perdana.

Salut perdana ini berfungsi sebagai pengikat batu pecahan permukaan


tapak, disamping menjadi lapisan kalis air yang boleh menahan resipan
air permukaan ke lapisan tapak.

Masa yang diperlukan untuk cecair bitumen meresip dan mengikat batu
pecahan dengan sepenuhnya bergantung kepada gred bitumen yang
digunakan.

Kebiasaanya bitumen gred rendah mengambil masa 24 jam sebelum


kerja pembinaan seterusnya dimulakan.

Sebelum kerja penurapan lapisan pengikat dijalankan, satu lagi


semburan bitumen yang dinamakan salut jelujur diperlukan untuk
mengikat rapi lapisan turapan berbitumen dengan lapisan tapak.

Sebaik sahaja bahan pracampuran diturap, pemadatan hendaklah


dilakukan dengan segera.

Suhu pracampuran semasa penurapan dan pemadatan hendaklah


dikawal.

Kerja penggelekan yang dilakukan semasa suhu yang tinggi akan


menyebabkan lapisan menjadi nipis.
Kerja penggelekan yang dilakukan semasa suhu yang rendah
menyebabkan turapan tidak mencapai kepadatan yang mencukupi.

Penurapan dan pemadatan lapisan haus dijalankan selepas salut jelujur


disembur pada lapisan pengikat.

Keadah penurapan dan pemadatan lapisan haus adalah sama dengan


keadah pembinaan lapisan pengikat.

Fungsi lapisan pengikat adalah seperti berikut:

Menerima beban dari lapisan haus dan mengagihkannya ke lapisan


tapak.

Menjadi asas kepada lapisan haus.

Fungsi lapisan haus ialah:

Menerima beban secara terus dari roda dan mengagihkannya ke


lapisan lain.

Menjadi lapisan kalis air untuk menyekat resapan air permukaan ke


lapisan tapak.

Memberi permukaan rata, selesa dan selamat kepada pengguna

Fungsi utama lapisan ini ialah :-

menawarkan satu permukaan yg selamat & selesa utk semua


aktiviti memandu

melindungi lapisan di bawahnya drpd :-

dipengaruhi oleh sumber s/jadi ( cuaca )

tercerai-berai disbbkn oleh kegiatan membrek & kend


tergelincir di atas j/r

Secara ringkasnya, proses pembinaan turapan lentur dan jentera


pembinaan yang digunakan adalah seperti jadual dibawah:

Anda mungkin juga menyukai