Anda di halaman 1dari 3

5 Bahasa Pengaturcaraan Popular yang paling

mudah untuk dipelajari


Belajar bahasa pengaturcaraan bukanlah sesuatu yang mudah. Selain dari
beberapa tahap yang perlu dikuasai, menentukan bahasa pengaturcaraan mana
yang paling sesuai untuk digunakan juga mempunyai cabarannya yang
tersendiri.
Namun, jika dapat mengenalpasti bahasa pengaturcaraan apa yang ingin anda
pelajari, proses pembelajarannya dapat dipermudahkan sedikit. Misalnya, bagi
anda yang ingin melakukan pembangunan web, belajar memahami PHP dan
Javascript mungkin akan membantu anda. Manakala belajar memahami Java dan
Swift pula memudahkan anda membina aplikasi mudah alih. Sebaik sahaja anda
dapat menentukan keperluan anda untuk belajar, anda mungkin telah mendapat
sedikit klu berkenaan apa yang anda akan bangunkan.
Terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambil kira berkenaan bahasa
pengaturcaraan yang sesuai untuk anda belajar, seperti misalnya, peluang
pekerjaan, populariti di kalangan penggiat IT tempatan, gaji yang ditawarkan
dan juga faktor setempat. Ini boleh diambil kira jika anda bercadang ingin
belajar hingga ke peringkat lanjutan.
Bagi anda yang baru ingin belajar, anda boleh juga memilih bahasa
pengaturcaraan yang popular atas faktor ianya lebih mesra untuk digunakan
selain dari sokongan dari komuniti pengguna bahasa pengaturcaraan berkenaan.
Sokongan komuniti ini penting terutamanya untuk pengguna yang baru belajar
kerana dari sini pengguna akan mudah mendapat tunjuk ajar dan tips dari otai-
otai yang sudah lama menggunakannya.
Antara bahasa pengaturcaraan yang boleh dijadikan pilihan anda termasuklah;

Python
Hari ini, Python dianggap sebagai salah satu bahasa pengaturcaraan
yang paling mudah dan antara yang terbaik untuk bagi anda yang
baru mula belajar pengaturcaraan. Dibangunkan oleh Guido van
Rossum, bahasa yang mula diterbitkan pada tahun 1991 ini menjadi
popular disebabkan kedinamikannya, fleksibel, berorientasikan
objek, mempunyai tatacara serta memiliki gaya pengaturcaraan
kefungsian.
Melalui kod-kod yang ringkas dan mudah dibaca, pengaturcara dapat
menterjemahkan konsep tanpa perlu menulis kod-kod yang panjang.
Django merupakan kerangka kerja berasaskan web untuk Python
yang digunakan untuk pelbagai aplikasi-aplikasi yang penting.
Kegunaan Python: Python digunakan untuk menghasilkan aplikasi
desktop dan juga web. Selain itu, ia digunakan di dalam lapangan
pembelajaran mesin, pengumpulan data, perkomputeran saintifik
dan sebagainya.

Ruby
Ruby merupakan bahasa pengaturcaraan pelbagai guna yang
dinamik. Ia direka dan dibangunkan oleh Yukihiro Matsumoto dan
diterbitkan pertama kali pada tahun 1995. Bahasa pengaturcaraan
ini menyokong pengaturcaraan paradigma pelbagai, termasuklah
berorientasikan objek, berbentuk kefungsian (functional) dan juga
berbentuk perintah (imperative).
Sama seperti Python, Ruby adalah ringkas dan mudah dibaca. Ia juga
mendapat sokongan padu dari komunitinya yang banyak membantu
para pembangun tidak mengira sama ada yang baru atau lama untuk
berkongsi pendapat. Ia seringkali digunakan untuk membangunkan
laman web, aplikasi berasaskan web dan aplikasi mudah alih.
Ruby on Rails merupakan kerangka kerja berasaskan web untuk
Ruby. Sesetengah syarikat-syarikat permulaan (startups) turut
menawarkan peluang pekerjaan yang mengkhususkan kemahiran
berdasarkan penggunaan rangka kerja Ruby on Rails.
Kegunaan Ruby: Seperti yang dinyatakan di atas tadi, Ruby on Rails
digunakan untuk menghasilkan aplikasi-aplikasi web. Selain itu, ia
juga boleh digunakan untuk membuat blog.

Java
Java telah dibangunkan oleh James Gosling di Sun Microsystems pada
tahun 1994. Hari ini, ia diselenggarakan oleh Oracle. Tujuan utama
pada asalnya adalah untuk menghasilkan pelbagai jenis aplikasi dan
perisian. Lama kelamaan, bahasa pengaturcaraan ini telah menjadi
salah satu bahasa yang paling berpengaruh dan paling solid.
Ia juga merupakan bahasa pengaturcaraan berasaskan pengkelasan
dan berorientasikan objek yang diwujudkan untuk kemudahalihan
dan aplikasi rentas platform.
Kebanyakan sintaks Java adalah berasaskan C dan C++. Atas sebab
itu, kebanyakan jurusan yang menawarkan kursus pengaturcaraan
memperkenalkannya selepas pembelajaran C dan C++. Belajar
menulis Java memberikan anda asas yang kukuh serta
menjadikan anda lebih bersedia menempuh karier pengaturcaraan.
Hadoop merupakan kerangka kerja berasaskan Java popular yang
sering digunakan oleh syarikat-syarikat besar.
Kegunaan Java: Java digunakan membina aplikasi Android natif. Ia
juga digunakan sebagai bahasa bahagian pelayan (server-side).

C dan C++
Bahasa pengaturcaraan C dan C++ adalah bahasa pengaturcaraan
yang sering menjadi subjek bagi jurusan-jurusan berkaitan teknologi
informasi dan komputer sejak sekian lama. C masih lagi popular
sebagai bahasa pengaturcaraan kegunaan umum dan ianya telah
mempengaruhi kewujudan bahasa pengaturcaraan lain terutamanya
C++.
Sungguhpun C dianggap lebih kompleks berbanding bahasa
pengaturcaraan yang lain, ia adalah bahasa paling fundamental di
dalam sains komputer. Belajar menggunakannya menjadikan asas
anda lebih teguh.
Untuk C++ pula, ia berasaskan C tetapi lebih advance dan
menawarkan pengaturcaraan berasaskan objek. Ia juga merupakan
diantara bahasa yang penting di dalam pengaturcaraan.
Kegunaan C dan C++: Bahasa ini sering digunakan untuk
membangunkan perisian, sistem operasi, aplikasi desktop, aplikasi
mudah alih, aplikasi web, permainan, enjin permainan dan
sebagainya.

JavaScript
JavaScript dianggap sebagai bahasa untuk web dan ia tidak sama
dengan Java. Kegunaan utamanya adalah bahasa penskripan
sebelah pelanggan yang digunakan untuk pembangunan bahagian
depan. Mempelajarinya boleh dikatakan agak mudah, namun ia tidak
semudah mempelajari Python dan Ruby on Rails.
Sintaks JavaScript adalah sama dengan C. Oleh sebab sifatnya yang
rentas platform, ia merupakan diantara bahasa pengaturcaraan yang
popular. Ia juga disokong oleh semua jenis pelayar web.
Menggunakan Node.js, ia juga boleh digunakan sebagai bahasa
sebelah pelayan.
JavaScript juga sering digunakan bersama-sama perpustakaan
seperti JQuery dan kerangka kerja seperti React dan AngularJS
Kegunaan JavaScript: Ia digunakan untuk pembangunan web dan
boleh digunakan pada kebanyakan pelayar web moden hari ini. Ia
juga boleh digunakan untuk pembangunan aplikasi mudah alih dan
aplikasi web.

Lain-lain Bahasa Pengaturcaraan yang mudah untuk


dipelajari (khas untuk kanak-kanak)
Blockly
Scratch
Alice
Tynker
Turtle Art

Anda mungkin juga menyukai