Anda di halaman 1dari 11

Tajuk

Mengkaji awan dan cuaca

Tujuan

Untuk mengkaji tentang hubungan antara awan dan cuaca

Hipotesis

Jenis awan yang wujud dapat mempengaruhi cuaca.

Kemahiran proses sains

Kemahiran proses sains yang terlibat dalam amali ini termasuklah:

Memerhati dengan mengumpul maklumat tentang awan dan cuaca dengan


menggunakan deria-deria badan.
Mengelaskan jenis-jenis awan berdasarkan ciri-ciri sepunya yang boleh
diperhatikan
Membuat inferens tentang ramalan cuaca yang dibuat
Meramal dengan menentukan dan menjangka cuaca yang akan datang
berasaskan pemerhatian awan dan cuaca yang lalu
Menyampaikan maklumat dalam bentuk tulisan serta jadual
Mengenalpasti pembolehubah yang boleh mempengaruhi hasil eksperimen
Membuat hipotesis dengan menyatakan hasil eksperimen yang dijangkakan
berdasarkan data yang ada.

Alat radas

Kamera

Prosedur amali
1. Maklumat mengenai awan dan cuaca telah dicari daripada buku, majalah,
jurnal, surat khabar dan internet.
2. Ramalan Cuaca bagi daerah kajian dijalankan telah didapatkan daripada
AccuWeather.com.
3. Lokasi yang sesuai telah dipilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap
awan dan cuaca.
4. Jenis awan yang terdapat di kawasan itu serta cuaca semasa pemerhatian
dijalankan telah diperhatikan dengan menggunakan mata kasar.
5. Tarikh, masa dan hasil pemerhatian direkodkan.
6. Suhu dan kelembapan udara di kawasan tersebut juga dicatatkan.
7. Berdasarkan pemerhatian pada waktu pagi dan tengah hari, cuaca pada
waktu petang di tempat tersebut diramalkan.
8. Ramalan dibandingkan dengan cuaca sebenar pada waktu petang.
9. Pemerhatian dan ramalan dilakukan setiap hari selama seminggu.
10. Kamera yang sesuai digunakan untuk merakamkan gambar.

Dapatan

Suhu dan kelembapan dari Accuweather.com serta keadaa cuaca

Hari Masa Suhu / C Kelembapan / % Keadaan


1 07:39 25 89 Kebanyakannya mendung
12:45 32 66 Kebanyakannya mendung
15:42 31 51 Kebanyakannya mendung
2 07:43 24 78 Kebanyakannya mendung
12:36 31 58 Kebanyakannya mendung
15:41 33 52 Kebanyakannya mendung
3 07:46 24 85 Kebanyakannya mendung
12:35 31 64 Kebanyakannya mendung
15:36 28 74 Ribut petir
4 07:34 24 85 Kebanyakannya mendung
12:43 31 59 Kebanyakannya mendung
15:34 33 62 Awan dan matahari
5 07:38 23 88 Kebanyakannya mendung
12:45 30 61 Kebanyakannya mendung
15:35 33 55 Kebanyakannya mendung
6 07:41 24 94 Kebanyakannya mendung
12:33 31 62 Kebanyakannya mendung
15:39 32 58 Awan dan matahari
7 07:38 23 90 Kebanyakannya mendung
12:09 30 70 Kebanyakannya mendung
16:11 28 55 Kebanyakannya mendung

Jenis awan yang wujud pada setiap masa pemerhatian


Hari: 1

Masa: 07:39

Jenis awan: Stratus

Hari: 1

Masa: 12:45

Jenis awan: Kumulus


Hari: 1

Masa: 15:42

Jenis awan: Altokumulus

Hari: 2

Masa: 07:43

Jenis awan: Sirus

Hari: 2

Masa: 12:36

Jenis awan: Kumulus


Hari: 2

Masa: 15:41

Jenis awan: Kumulus

Hari: 3

Masa: 07:45

Jenis awan: Sirus

Hari: 3

Masa: 12:35

Jenis awan: Stratus

Hari: 3

Masa: 15:36

Jenis awan: Nimbostratus


Hari: 4

Masa: 07:34

Jenis awan: Sirokumulus

Hari: 4

Masa: 12:43

Jenis awan: Stratokumulus

Hari: 4

Masa: 15:34

Jenis awan: Kumulus


Hari: 5

Masa: 07:38

Jenis awan: Nimbostratus

Hari: 5

Masa: 12:45

Jenis awan: Sirus

Hari: 5

Masa: 15:35

Jenis awan: Stratokumulus

Hari: 6

Masa: 07:41

Jenis awan: Nimbostratus


Hari: 6

Masa: 12:33

Jenis awan: Altostratus

Hari: 6

Masa: 15:39

Jenis awan: Stratokumulus

Hari: 7

Masa: 07:38

Jenis awan: Sirostratus


Hari: 7

Masa: 12:09

Jenis awan: Sirostratus

Hari: 7

Masa: 16:11

Jenis awan: Nimbostratus

Perbincangan

Berdasarkan pemerhatian awan pada waktu pagi dan tengah hari, cuaca
pada waktu petang telah diramalkan dan dibandingkan dengan cuaca sebenar pada
waktu petang.

Bagi hari pertama, awan yang diperhati pada pagi dan tengah hari
merupakan sirus dan kumulus. Awan kumulus yang tersebar secara meluas
menunjukkan cuaca baik. Maka, cuaca petang yang diramalkan adalah cuaca
mendung. Ramalan ini adalah sepadan dengan cuaca sebenar petang.

Bagi hari kedua, awan yang diperhati pada pagi dan tengah hari juga
merupakan sirus dan kumulus. Awan kumulus yang tersebar secara meluas
menunjukkan cuaca baik. Maka, cuaca petang yang diramalkan adalah cuaca
mendung. Ramalan ini adalah sepadan dengan cuaca sebenar petang.
Bagi hari ketiga, awan yang diperhati pada pagi dan tengah hari merupakan
sirus dan stratus. Awan stratus pada tengah hari adalah tebal dan meliputi
sebahagian besar langit yang akan menghasilkan cuaca mendung. Maka, cuaca
yang diramalkan adalah cuaca mendung. Ramalan ini adalah tidak sepadan dengan
cuaca sebenar petang di mana cuaca sebenar merupakan ribut petir. Hal ini mungkin
disebabkan awan stratus terkumpul dan membentuk awan nimbostratus yang boleh
membawa hujan lebat dan berpanjangan.

Bagi hari keempat, awan yang diperhati pada pagi dan tengah hari
merupakan sirokumulus dan stratokumulus. Awan sirokumulus memberi tanda cuaca
baik namun awan stratokumulus boleh menghasilkan hujan ringan. Maka, cuaca
petang yang diramalkan adalah cuaca mendung. Cuaca sebenar petang yang
mempunyai awan dan matahari tidak sepadan dengan ramalan yang dibuat. Hal ini
mungkin disebabkan awan yang akan membawa hujan telah ditiup oleh angin ke
tempat lain.

Bagi hari kelima, awan yang diperhati pada pagi dan tengah hari merupakan
nimbostratus dan sirus. Awan sirus telah menunjukkan tanda cuaca yang baik.
Disebabkan awan pada pagi merupakan awan nimbostratus yang boleh mrmbawa
hujan, ramalan yang dibuat adalah cuaca mendung. Ramalan ini adalah sepadan
dengan cuaca sebenar.

Bagi hari keenam, awan yang diperhati pada pagi dan tengah hari merupakan
nimbostratus dan altostratus. Awan Altokumulus merupakan awan cuaca yang baik
yang biasanya berlaku selepas ribut. Maka, ramalan yang dibuat adalah cuaca baik
yang ada awan dan matahari. Ramalan ini adalah sepadan dengan cuaca sebenar
pada waktu petang.

Bagi hari terakhir, awan yang diperhati pada pagi dan tengah hari merupakan
sirostratus. Awan sirostratus menunjukkan tanda hujan bergantung kepada suhu.
Maka, cuaca yang diramalkan adalah hujan ringan kerana suhu agak rendah iaitu
24C dan 30C. Ramalan ini agak tidak sepadan dengan cuaca sebenar yang
merupakan cuaca mendung tetapi awan yang dibentuk pada waktu petang
merupakan awan nimbostratus yang boleh membawa hujan berpanjangan.

Dalam menjalankan amali tersebut, terdapat beberapa aspek yang menjadi


kekuatan. Antaranya, lokasi yang dipilih untuk memerhati awan adalah sentiasa
sama. Hal ini meningkatkan ketepatan kajian kerana lokasi yag tidak sama
mempunyai cuaca yang berbeza dalam masa yang sama. Seterusnya, lokasi yang
dipilih untuk menjalankan kajian adalah sesuai kerana tidak banyak objek yang
menghalang kita daripada memerhati awan dengan jelas. Selain itu, gambar awan
yang diambil adalah jelas. Hal ini memudahkan kerja analisis kerana jenis awan
dapat ditentukan dengan gambar awan. Di samping itu, AccuWeather.com yang
digunakan untuk merujuk suhu dan kelembapan serta ramalan cuaca juga
merupakan satu kekuatan dalam kajian ini kerana aplikasi ini menunjukkan maklumat
tentang cuaca dengan jelas dan lengkap.

Manakala, terdapat juga kelemahan dalam amali tersebut. Salah satunya


merupakan masalah masa untuk mengambil gambar awan. Masa gambar awan
diambil dalam 7 hari ini adalah sedikit perbezaan yang mungkin menyebabkan kejian
tidak begitu tepat. Hal ini disebabkan kadang-kala terdapat hal-hal seperti kuliah atau
mesyuarat yang menyebabkan kita tidak dapat pergi ke lokasi yang ditetapkan untuk
ambil gambar pada masa yang tepat. Maka, kita terpaksa anjakkan masa kepada
ebih awal atau lebih lewat.

Untuk mengatasi masalah yang disebut di atas, masa yang dipilih untuk
mengambil gambar awan perlu sesuai. Hal ini bermaksud masa yang dipilih perlulah
masa yang kebanyakannya masa lapang yang tiada kuliah atau aktiviti. Selain itu,
lokasi yang dipilih untuk menjalankan kajian juga perlu sesuai iaitu dekat dengan
tempat yang kita selalu berada supaya dapat pergi ke lokasi dalam masa yang
singkat.

Kesimpulan

Hipotesis diterima. Jenis awan yang wujud dapat mempengaruhi cuaca.

Rujukan

Philip Werner. (n.d.). How to Predict the Weather Using Couds. Retrieved from
Section Hiker: http://sectionhiker.com/predicting-the-weather-using-clouds/

Masitah Taih. (2012). Kemahiran Proses Sains. Retrieved from Dunia Pendidikan
Khas: http://masitahtaib.blogspot.my/2012/07/kemahiran-proses-sains.html

Anda mungkin juga menyukai