Anda di halaman 1dari 2

Laporan Keseluruhan Bagi Setiap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Yang

Dijalankan

Setelah selesai menjalankan ujian diagnostik bahasa Melayu terhadap klien saya
iaitu Anip, keputusan ujian menunjukkan Anip lemah dalam kemahiran tulisan. Jadi
berdasarkan kelemahan Anip ini, saya telah merangka satu Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) yang sesuai bagi membantu Anip memperbaiki kelemahannya yang
wujud. RPH yang digunakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran secara individu.

RPH saya bertemakan haiwan peliharaan dan objektif saya pada RPH ini ialah
Anip diperkenalkan dengan kosa kata yang baru, contohnya nama-nama haiwan dan
ciri-ciri fizikal yang terdapat pada haiwan tersebut. Antara kemahiran menulis yang
ditekankan dalam RPH ini ialah menyambung titik-titik bagi membentuk huruf,
mengenal dan menulis huruf dan suku kata, dan menulis perkataan dan ayat mudah. Di
akhir pengajaran Anip dapat menyambung 3 kad huruf daripada 5 kad perkataan yang
diberikan, menulis 3 perkataan yang bermakna berkaitan dengan haiwan, menulis 2
ayat mudah mengenal haiwan.

Saya mulakan pengajaran dan pembelajaran saya dengan set induksi. Kami
berbual mengenai haiwan-haiwan yang boleh dipelihara oleh manusia dan saya
bertanyakan Anip sama ada Anip ada membela haiwan ataupun tidak. Anip
memberitahu dia ada membela burung dan Anip bercerita dengan penuh semangat.
Setelah selesai bercerita dan bekongsi maklumat saya terus ke langkah yang
berikutnya.

Langkah pertama ialah menyambung titik-titik atau garisan putus-putus bagi


membentuk nama haiwan. Saya menunjukkan kad haiwan kepada Anip contohnya kad
ayam, kemudian saya menyebut perkataan ayam dengan betul dan menyuruh anip
menyambungkan garis-garis putus bagi membentuk perkataan ‘ayam’. Anip berjaya
melakukan apa yang disuruh dengan sempurna.

Langkah kedua ialah mengenal dan menulis huruf dan suku kata nama-nama
haiwan. Dalam langkah ini saya menunjukkan kepada Anip kad ‘ayam’ sekali lagi dan
menyebut ‘ayam’ dengan betul. Seterusnya saya menunjukkan suku kata membentuk
perkataan ‘ayam’ dan menyuruh Anip mengikut saya mengenal huruf dan
membatangkan suku kata. Kemudian anip diarahkan untuk menulis suku kata tersebut.
Anip berjaya melakukanya dengan baik.

Langkah ketiga dan yang terakhir ialah menulis ayat mudah berdasarkan gambar
haiwan yang ditunjukkan. Sebagai contoh saya menunjukkan gambar ayam kepada
Anip dan menyuruh Anip untuk menulis ayat-ayat mudah tentang ayam. Anip ada idea
tentang ayat yang menggunakan perkataan ayam tetapi Anip tidak mampu untuk
menginterpretasikan secara bentuk tulisan. Jadi saya membantu Anip memberi huruf
dan suku kata yang sesuai untuk ditulis bagi membentuk sesuatu ayat mudah.

Di akhir pengajaran, saya menutup sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sekali
lagi bercerita kepada Anip tentang kepentingan haiwan kepada manusia. Kita perlu
sayangkan haiwan dan hargai haiwan sebagai sumber rezeki makanan kita.

Di akhir pengajaran anip berjaya dapat menyambung 3 kad huruf daripada 5 kad
perkataan yang diberikan, menulis 3 perkataan yang bermakna berkaitan dengan
haiwan, menulis 2 ayat mudah mengenai haiwan.

Anda mungkin juga menyukai