Anda di halaman 1dari 1

Tender Kerajaan

Artikel kali ini saya akan kongsikan sedikit mengenai tender kerajaan. Bila sebut
mengenai tender perkara pertama anda perlu ingat adalah nilainya di atas
RM500,001. Ini paling penting! Kerana ada yang masuk tender meletak harga di
bawah nilai yang disebutkan tadi. Ini adalah satu kesilapan yang besar dan tidak
harus dilakukan.

Perkara kedua, tender kerajaan ada 4 kategori:

1. Tender Terbuka

2. Tender Terhad

3. Tender Secara Pra-Kelayakan

4. Tender Rundingan Terus

Mari saya ceritakan lebih dalam tentang kategori tender ini. Tender Terbuka dan
Tender Terhad terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

1. Tender Terbuka/Terhad Tempatan

2. Tender Terbuka/Terhad Antarabangsa

3. Tender Terbuka/Terhad Bumiputera

4. Tender Terbuka/Terhad Pembuat/Pengilang

Dua lagi kategori tender adalah Tender Secara Pra-Kelayakan dan Tender Rundingan
Terus. Tender Secara Pra-Kelayakan, akan dilakukan oleh Jabatan atau Agensi kerana
sebelum ia tender dikeluarkan Jabatan perlu menentukan kreteria projek dan
kelayakan kontraktor yang akan menyertai tender tersebut.

Bagi Tender Rundingan Terus akan dilakukan oleh Jabatan atau Agensi bagi
mendapatkan perkhidmatan perunding (consultant). Jabatan haruslah menguruskan
tender ini mengikut tatacara yang telah ditetapkan dengan menyediakan
menyediakan skop kerja yang perlu dilaksanakan oleh kontraktor.

Anda mungkin juga menyukai