Anda di halaman 1dari 7

PROSES PEMBUKAAN TAWARAN DAN TUGAS JAWATAN KUASA PEMBUKAAN

TAWARAN

Sebagaimana yang telah diterangkan proses pembukaan peti tawaran akan


dilakukan oleh Ali Jawatankuasa Pembukaan Tawaran.

Ahli jawatankuasa ini biasanya terdiri daripada tiga orang pegawai yang telah dilantik
oleh pihak majikan

Setiap dokumen tawaran yang dihantar akan direkodkan nombor siri berdasarkan
jumlah dokumen tawaran tersebut.

Contohnya 1/10,2/10,3/10,4/10....9/10 dan 10/10 sekiranya ada 1o orang penender


yang menyertai tawaran.

nombor siri akan disenaraikan dalam borang khas bersama-sama dengan harga
tawaran yang telah dikemukakan dan borang ini dikenali sebagai Borang Jadual
Tawaran.

Borang jadual tawaran akan diserahkan kepada satu jawatankuasa yang lain untuk
membuat penilaian atau analisis tender.

Jawatankuasa ini mesti terdiri tidak kurang dari dua orang samada Jurukur Bahan
atau Pegawai Teknikal dalam bidang kerja yang berkaitan.
ANALISIS TAWARAN

Penilaian keatas tender-tender kerja dijalankan dalam dua peringkat iaitu Penilaian
Peringkat Pertama dan Penilaian Peringkat Kedua.

PENILAIAN PERINGKAT PERTAMA

Penilaian peringkat pertama keatas tender terendah sehingga beberapa


tender dalam lingkungan harga yang munasabah untuk memenuhi pra syarat
berikut:

I. Kesempurnaan tender
Tender-tender mesti lengkap dan bebas dari segala cacatan
dari segi undang-undang dan kontrak yang munasabah untuk
menentukan

II. Kedudukan kewangan yang memuaskan


Penender mengemukakan bukti atau pegawai penilai berpuas
hati bahawa penender mempunyai kedudukan kewangan yang
memuaskan untuk melaksanakan projek yang ditender.

III. prestasi kerja semasa yang memuaskan


petender yang tidak mempunyai projek atau ditakrifkan sebagai
sakit
mendapat laporan buruk daripada pegawai penyelia projek
menghadapi tindakan penamatan pengambilan kerjanya
adalah tidak memuaskan prestasi kerjanya.

Tender yang tidak memenuhi mana-mana pra syarat diatas adalah gagal
Penilaian Awal dan tidak layak diberi pertimbangan seterusnya.
PENILAIAN PERINGKAT KEDUA

Penilaian peringkat kedua hanya dibuat keatas beberapa tender yang lulus
peringkat pertama bermula dengan tender terendah mengikut turutanharga
tender tender menaik

Kriteria-kriteria berikut digunakan bagi menentukan tender yang paling


menguntungkan untuk dipertimbangkan

1) Harga tender
- harga tender yang dikemukakan oleh petender-petender akan
dibandingkan dengan Anggaran jabatan.
- anggaran jabatan hendaklah terlebih dahulu dipastikan
Kemunasabahannya

2) Pengalaman
- penilaian dari aspek pengalaman hanya perlu dibuat ke atas petender
yang harganya sangat rendah.
- Untuk melayakkan sesuatu tender yang sangat rendah atau rendah
dipertimbangkan mestilah sekurang-kurangnya dua projek yang serupa
dengan projek yang ditender cemerlangnya dalam tempoh lima tahun
yang lepas.

3) Prestasi kerja semasa


- kerja semasa ialah projek yang belum disahkan siap pada tarikh tutup
tender.
- Prestasi kerja semasa petender akan dikategorikan seperti berikut:

Cemerlang-peratus kemajuan sebenar melebihi jadual


Memuaskan-peratus kemajuan sebenar atau terkebelakang dari
jadual kurang dari 30%.
Penilaian prestasi kerja semasa hendaklah berdasarkan laporan daripada Pegawai
Penguasa atau Jurutera yang menyelia projek tersebut.

4) Kakitangan teknikal
- faktor ini dinilaikan berdasarkan bilangan kakitangan teknikal petender
berbanding dengan bilangan Anggaran Keperluan Minimum(AKM)
kakitangan teknikal untuk enjalankan projek yang ditender dengan
memuaskan.

5) Loji,kuari dan kilang.


- sekiranya kakitangan teknikal kurang daripada yang ditetapkan oleh AKM
tetapi petender didapati mempunyai kuari,kilang dan sebagainya atau
terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyokang harga tendernya maka
faktor tersebut bolehlah diambil kira.

Kesemua analisis dan penilaian akan dimasukkan kedalam laporan tender untuk
dikemukakan kepada Lembaga Tebder untuk dibuat pertimbangan.

Kemudian Lembaga Tawaran akan membuat pemilihan dan keputusan kontraktor


yang berjaya untuk melaksanakan projek tersebut.
Tugas dan kuasa ahli lembaga tawaran bergantung kepada peringkat-peringkat
lembaga tersebut.Peringkat-peringkat lembaga tawaran terdiri daripada:

1. Lembaga Tawaran Peringkat Persekutuan.


o ianya diwakili oleh ketua pengarah Jabatan Kerja Raya,
Perbendaharaan,Kementerian Kerja Raya Unit Perancan Ekonom
/Negeri / UPEN atau mana-mana badan / unit yang berkenaan.

o Tawaran ini adalah khas untuk kerja-kerja peringkat persekutuan


sahaja.Lembaga ini berkuasa mengesahkan tawaran yang
melebihi RM250,000.00.

2. Lembaga Tawaran Peringkat Negeri


o lembaga ini diwakili oleh setiaiusaha kerajaan negeri atau
SUK,Pegawai Kewangan Negeri,Pengarah JKR dan sebagainya.

o Lembaga ini berkuasa memperakui tawaran yang dibiayai oleh


jerajaan negeri sahaja.

3. Lembaga tawaran peringkat daerah.


o lembaga ini diwakili oleh setiausaha kerajaan ,pegawai kewangan
yang mana ia merupakan ahli jawatankuasa sebut harga.
o Berkuasa memperakui tawaran kecil yang tidak melebihi RM10
000.00 sahaja.
PENGANUGERAHAN TAWARAN.

Penganugerahan tawaran bermaksud tawaran diberikan kepada kontraktor iaitu


tawaran yang dikemukakan oleh kontraktor diakui dan majikan membuat penerimaan
terhadap tawaran kontraktor.

Majikan akan mengeluarkan Surat penerimaan tawaran kepada kontraktor yang


dipilih maka kontraktor berkenaan tidak boleh menarik diri.

Kontraktor boleh disaman sekiranya menolak tawaran tersebut.Ini kerana sebaik


sahaja kontraktor enerima surat penerimaan tawaran ikatan kontrak terjalin antara
pihak majikan dan kontraktor.

Surat penerimaan tawaran boleh dibuat pada dua peringkat:

a) Surat niat (letter of intent)


Surat kepada kontraktor yang kandungannya meliputi hasrat untuk
menerima tawaran kontraktor tersebut tertakhluk kepada syarat-
syarat dan keperluan kerajaan yang mesti dipatuhi oleh kontraktor.
Surat ini tidak mengikat kerajaan kepada satu perjanjian bahawa
satu kontrak telah wujud.

b) Surat setuju terima (letter of acceptance)


surat pengesahan tawaran berasaskan kepada syarat yang
berkaitan dengan kontrak tersebut.
Surat ini merupakan dokumen perundangan yang sah dan
sebahagian daripada kontrak.
Surat ini dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya apabila
semua perkara telah diselesaikan dan rundingan lanjut tidak
diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai