Anda di halaman 1dari 6

Hadis Ghulam Dakwah

Hadith ini merupakan sebuah hadith yang menerangkan permulaan sebuah kisah
yang Allah swt. selitkan episod akhirnya di dalam Surah al-Buruj ayat 3 hingga 12.
Sebuah kisah pembantaian orang beriman yang mengimani kebenaran yang dibawa
oleh seorang pemuda. Hadith ini adalah episod penuh kisah pemuda tersebut, yang
persis perjalanan hidup kita para duat. Sebuah hadith yang isinya bukannya
kebetulan kerana kebetulan bertentangan dengan akidah kita! Tetapi inilah
sunnah Allah swt. yang akan terus berlaku.



:
:








: :
:
.

:
:




: .




.
:



:
: : .
:

:


:



:




:

:
:



:


: :
:

:



: .
.
:


: . :


:

.

:



.
:

:

. .
:
:



:
.
:
:
:
:

:
.
Dari Suhaib bahawa Rasulullah saw. pernah bercerita:

Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang
sihir. Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja
tersebut, Aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) 1 yang boleh aku
ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut
mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.
Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak
tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok
dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut
akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia
dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata
kepadanya:

Jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibu bapaku
menahanku (di rumah), jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat
pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah
menahanku.
Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor
binatang besar (singa)* yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut
berkata di dalam hatinya,
Pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau
rahib.
Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca:

Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka
bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang lain.
Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (Orang ramai sangat
kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita
semua tidak mengetahuinya)*.

Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata padanya;

Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah
sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, Engkau
nanti akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali
engkau memberitahu tentangku.
Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat
mengubat semua penyakit yang dihidapi oleh orang ramai.Suatu ketika seorang
yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila
mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang
banyak. Dia berkata kepada budak tersebut; semua ini untukmu jika engkau dapat
menyembuhkan mataku.

Budak berkata kepadanya:

Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat


menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan
berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu.
Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut
mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sediakala.

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya
kepadanya; Siapa yang mengembalikan penglihatanmu? Kata pembesar
tersebut: Tuhanku. Raja sangat marah dan mengatakan: Ada ke tuhan lain selain
dariku?? Lalu pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun
membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja
bertanya: Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat
menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini.
Lalu budak itu menjawab,
Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat
menyembuhkan ialah Allah.
Lalu ia pun ditangkap dan terus di siksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia
rahib (kerana tidak tahan dengan siksaan).

Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib
menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan
digergaji, tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.
Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata, Balik semula kepada
agama asalmu. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya
dan dikatakan kepada mereka: Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika
sekiranya ia tetap enggan, campakkan dan atas bukit tersebut. Lalu mereka
membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah:


Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki.
Tiba-tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik
berjalan kepada raja. Raja bertanya; Mana dia kawan-kawanku? jawab budak: Allah
telah menolongku menghadapi mereka. Lalu raja memanggil sebahagian lagi
kumpulannya dan berkata: Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan,
campakkan dia ke dalam laut.

Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba
perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada
raja. Raja terkejut dan bertanya: Mana kawan-kawanku? Jawab budak: Allah telah
menolongku menghadapi mereka.

Lalu budak tersebut berkata kepada raja: Kamu tidak mungkin akan dapat
membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. Tanya raja: Apa dia?
Kata budak: Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan
aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dan panahku dan letakkan panah
tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca:

Dengan nama Allah, tuhan budak ini.


Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat
membunuhku.

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada
sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya.
Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya.
Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan
tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia.

(Tiba-tiba orang ramai berkata: Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak
ketahui.)* Kami percaya kepada tuhan budak ini.
Raja menjadi kelam kabut dan dikatakan kepadanya, Apakah tuanku tidak melihat
apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah menimpa tuanku. Orang
ramai telah semuanya beriman.

Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api
di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada
agama asal. Jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut
gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan
berkata kepada ibunya:

Wahai ibu, sabarlah, engkau berada di atas kebenaran !


Hadis Riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqaiq) Tarmizi (No. 3263 Kitab
Tafseer Al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis di sebutkan oleh Imam An-Nawawi dalam
Kitab Riyadhus-Solihin di bawah Bab Sabar.
Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa: Budak tersebut kemudiannya
dikebumikan.Pada zaman Saiyidina Omar r.a. telah ditemui mayatnya dalam
keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih
luka. ALLAHUAKBAR!!

Anda mungkin juga menyukai