Anda di halaman 1dari 3

Antipsikotik

Pengenalan
Antipsikotik adalah kelas ubat yang digunakan untuk merawat psikosis (penyakit
mental yang menyebabkan perubahan personaliti dan tidak peka dengan realiti).
Ubat-ubatan ini juga dikenali sebagai 'neuroleptik'.
Ubat-ubatan ini memberi kesan kepada sistem perhubungan khas yang membenarkan
komunikasi antara sel-sel otak dan membolehkan otak berfungsi secara normal.
Hasilnya, pesakit akan dapat pulih dari gejala psikotik dan melalui kehidupan yang
normal semula.

Jenis-jenis Antipsikotik

1. Antipsikotik Tipikal (juga dikenali sebagai antipsikotik generasi pertama):


o Phenothiazines (Chlorpromazine "Largactil", Thioridazine "Melleril",
Fluphenazine, Perphenazine, Prochlorperazine "Stemetil", Trifluoperazine
"Stelazine").
o Butyrophenones (Haloperidol)
o Thioxanthenes (Flupenthixol "Fluanzol", Zuclopenthixol "Clopixol")
o Benzamides yang diubah (Sulpiride)
2. Antipsikotik Atipikal (juga dikenali sebagai antipsikotik generasi kedua):
o Clozapine (Clozaril)
o Olanzapine (Zyprexa)
o Risperidone (Risperdal)
o Quetiapine (Seroquel)
o Aripiprazole (Abilify)
o Ziprasidone (Geodon)
o Sertindole (Serlect)Clozapine

Kesan Sampingan
Kesan sampingan yang dikaitkan dengan Antipsikotik termasuklah :

1. Kesan sampingan Ekstrapiramidal:


o Kejang dan menggeletar (gejala Parkinson) biasa berlaku secara beransur-
ansur pada pesakit dewasa atau warga tua
o Pergerakan muka dan badan yang tidak normal biasanya pada kanak-kanak
atau remaja
o Perasaan tidak selesa boleh berlaku selepas pengambilan dos yang tinggi
o Pergerakan beritma tidak terkawal pada lidah, muka dan rahang biasanya
berlaku selepas rawatan jangka panjang atau dengan dos ubat yang tinggi
2. Kesan sampingan yang lain
o Peningkatan selera makan
o Pertambahan berat badan
o Perubahan paras gula dalam darah lalu meningkatkan risiko kencing manis
o Kehilangan sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit
o Mengantuk
o Tekanan darah rendah

Langkah Berjaga-jaga
Antipsikotik harus digunakan dengan berhati-hati dalam keadaan :

Kerosakan hati
Kerosakan ginjal
Masalah jantung
Penyakit Parkinson
Epilepsi (sawan)
Kemurungan
Myasthenia gravis (masalah fungsi otot disebabkan otot menjadi lemah)
Pembesaran prostat
Glaukoma

Peringatan
Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor

Maklumat Am
Sebelum mengambil ubat ini, sila maklumkan kepada doktor tentang sejarah
perubatan terutama tentang penyakit hati atau ginjal serta alahan kepada ubat
Gabungan ubat kumpulan ini dengan alkohol atau ubat-ubatan jenis sedatif yang lain
boleh menyebabkan kesan mengantuk yang kuat
Hadkan pengambilan alkohol
Guna dengan berhati-hati ke atas warga tua kerana mereka lebih terdedah kepada
kesan sampingan ubat ini
Perlu perhatian yang lebih kepada mereka yang mengandung
Bincang tentang risiko dan kebaikan menggunakan ubat ini dengan doktor anda
Maklumkan kepada doktor anda jika anda menyusukan anak kerana dos ubat perlu
diubah

Kaedah Penyimpanan
Kaedah penyimpanan perlu diberi lebih perhatian kerana ubat jenis ini selalu
disalahguna
Jangan campurkan ubat ini dengan ubat-ubatan lain
Simpan ubat di dalam tempat yang sejuk, kering dan sukar dicapai oleh kanak-kanak

Semakan Akhir : 05 Jun 2008

Anda mungkin juga menyukai