Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 3 (F)

73460 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

TARIKH 23 NOVEMBER 2016

HARI RABU

MASA 8.00 PAGI

TEMPAT DEWAN ILTIZAM SK PALONG 3(F)


Lampiran 1

LAPORAN PELAKSANAAN PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) TAHUN 2016

1 KOD SEKOLAH NBA 6013


2 NAMA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 3 (F)
3 NAMA PROGRAM HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN GRADUASI PRA SEKOLAH SK PALONG 3
(F) TAHUN 2016
4 TARIKH 23 NOVEMBER 2016
5 MASA 8.00 PAGI HINGGA 01.00 PETANG
6 TEMPAT DEWAN ILTIZAM SK PALONG 3(F)
7 KEHADIRAN
BILANGAN YANG HADIR BILANGAN PATUT HADIR PERATUS KEHADIRAN ( %)
59 80 73.7%

Tanggal 23 November 2016, Sekolah Kebangsaan Palong 3 (Felda) telah


mengadakankan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan majlis Graduasi Pra Sekolah
Tahun 2016. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan
kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedemik dan kokurikulum.
8 PENGISIAN PROGRAM
Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid
supaya terus cemerlang.

Majlis Anugerah Kecemerlangan ini telah bermula pada pukul 7.45 pagi di mana
para ibu bapa dan penjaga mendaftar di meja pendaftaran disediakan. Majlis
bermula dengan perarakan masuk murid serta ibubapa dan penjaga masing-masing
diikuti dengan ketibaan tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan
dari pengerusi majlis. Kemudian bagi memohon keberkatan majlis, Ustaz Nor Azizan
dijemput selaku guru yang ditugaskan untuk mengetuai bacaan doa.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan YDP PIBG ,Encik Subari Bin Bahudin
dan diikuti dengan Ucapan Guru Besar SK Palong 3(F0, Encik Mazlan Bin Zahari.
Upacara perasmian telah disempurnakan oleh mantan guru besar SK Palong 3(F),
Puan Norraini Bte Ismail. Dalam ucapan tersebut beliau telah menasihatkan ibu
bapa agar lebih peka terhadap pendidikan anak-anak. Beliau juga turut memberi
nasihat kepada murid agar berusaha dengan lebih gigih bagi memperoleh
kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum di sekolah.

Majlis dimulakan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan serta sesi


graduasi kepada murid pra sekolah SK Palong 3 (F) 2016. Kemudian tetamu
jemputan serta murid-murid dihiburkan dengan persembahan murid. Kemudian
majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada ketua dan penolong
ketua kelas, pengawas perpustakaan dan pengawas sekolah.

Kemudian diikuti dengan acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-
murid yang cemerlang dalam bidang akedemik dan kokurikulum berdasarkan
keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang rajin dan cemerlang dalam
bidang kokurikulum turut menerima hadiah.Majlis diakhiri dengan penyampaian
hadiah dan sijil penghargaan kepada Tokoh Kurikulum dan Tokoh Ko Kurikulum.
Kemudian para tetamu jemputan, murid serta penjaga dijemput ke kantin sekolah
untuk jamuan sebelum menyambung sesi penyampaian hadiah untuk Kelas Agama
Petang (KAP).

Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meraih sekali. Beberapa persembahan
telah diadakan yang amat menarik perhatian..Para tetamu terhibur dengan
persembahan yang dipersembahkan. Diharapkan agar majlis ini menjadi pendorong
kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang .

OUTPUT PROGRAM 1. Majlis berjalan lancar dan mengikut tentatif yang telah dirangka.
2. Kehadiran ibu bapa dan penjaga sangat memberansangkan.
9 (Hasil langsung dan segera yang dicapai
dalam jangka pendek)

10 OUTCOME PROGRAM Peratus kedatangan ibu bapa dan penjaga meliebihi 65% dan melepasi sasaran yang telah
(Hasil/ Akibat yang diperoleh setelah/selepas ditetapkan
pelaksanaan sesuatu proses program)

11 TINDAKAN YANG TELAH DILAKSANAKAN Pihak sekolah telah menyediakan makanan dan minuman kepada penjaga yang hadir di
(Bagi peningkatan penglibatan kehadiran ibu kantin sekolah pada waktu rehat.
bapa/penjaga dalam program ini)

12 TINDAKAN INTERVENSI YANGA AKAN


DILAKSANAKAN Tiada
(Jika kehadiran ibu bapa/penjaga tidak
mencapai minima 65% ATAU untuk
peningkatan pada masa akan datang)

13 LAPORAN BERGAMBAR Seperti lampiran

14 DI SEDIAKAN OLEH MOHD SAIFUL BIN SULAIMAN


(JAWATANKUASA DEOKUMENTASI )

15 PENGESAHAN GURU BESAR

16 TARIKH 24 NOVEMBER 2016


Lampiran 2

LAPORAN BERGAMBAR

Pendaftaran Penjaga Ucapan YDP PIBG

Ucapan Guru Besar Ucapan Perasmian


Persembahan Murid Penjaga Yang Hadir

Penyampaian Hadiah Penyampaian Cenderahati


Lampiran 4 :Pendaftaran Penjaga
Lampiran 5: Buku Program
Lampiran 6 :Kertas kerja

Anda mungkin juga menyukai